Salam..
Yeah! Yeah! Balik Kampung...
Yeah! Yeah! Balik Kampung...
Alhamdulillah, setelah tidak dapat kembali beraya bersama keluarga pada Hari Raya Qurban, akhirnya pada hari esok saya akan balik ke kampung halaman untuk bertemu keluarga, untuk melihat muka kedua orang tua ku.. (Tengok kedua wajah orang tua kita pun dah dapat pahala tau.. Indahnya Islam..) dan untuk menghadapi satu misi yang menentukan masa depan saya.. Hehehe...
Saya akan balik untuk menghadapi satu sesi temuduga di Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada 27 November 2010 bersamaan dengan hari Sabtu, pada pukul 3.45 petang sehingga 4.30 petang.. Huu, bermacam perasaan yang ada sekarang ni.. Walauapa pun saya kena buat sehabis baik sesi temuduga ini.. Berkali-kali saya terlepas jawatan yang ditawarkan dan kali ini UMS menawarkan jawatan yang lebih baik buat saya.. Gambate!
Sekiranya saya berjaya mendapat jawatan yang saya pohon ini, Alhamdulillah bolehlah saya berada dekat dengan orang tua saya, dan adik-beradik saya.. Insyallah... Saya akan lakukan sehabis-habis baik.. Mohon kepada anda semua, sahabat-sahabat, rakan-rakan, kawan-kawan, saudara-mara, sepupu-sepupu, makcik-makcik, pakcik-pakcik, datuk-datuk, nenek-nenek, yang mengenal dan tidak mengenali diri ini, doakanlah kejayaan saya.. Amin..
Semoga Allah akan mempermudahkan segala-galanya buat diri ini.. Semoga Allah akan memberikan kekuatan, kecerdasan, kebijaksanaan, ketenangan, dan apa sahaja untuk saya menghadapi temuduga ini.. Insha Allah.. Amin..
Aku bersyukur kepada-Mu Ya Allah..
No comments:
Post a Comment