K A W A N

Wednesday, November 10, 2010

Masalah!

Salam, 
Selamat Pagi semua.. Pagi ini saya ingin berkongsi mengenai 'Masalah'. 
Oleh itu, mari kita sama renung-renungkan apa yang telah diperkatakan oleh Ustaz HasrizalAbdul Jalil.
________________________________________________________________

Masalah Kita

Teringat kepada Masjid kita. Rumah Allah yang tidak mengalu-alukan si anak kecil. Budak-budak sering menjadi sasaran kemarahan jemaah di masjid. Malah ada pula papan tanda 'Kanak-kanak tidak boleh melepasi garisan ini'.

Ada yang cuba menyelesaikan masalah ini dengan membahaskan tentang hukum - apa hukum yang berkaitan khususnya dengan kanak-kanak lelaki yang belum berkhatan dan sebagainya. Bagi saya, layanan buruk terhadap kanak-kanak di masjid bukanlah kerana hukum. Tetapi kerana cara kita memandang kanak-kanak.

Air Asia juga sudah tidak lagi memberikan prioriti kepada mereka yang menaiki pesawat dengan kanak-kanak, sebaliknya anda perlu membayar duit untuk mendapat prioriti dalam barisan semasa masuk ke kapal terbang.

Masalah ini bukan masalah dan hukum, tetapi kita datang daripada sebuah masyarakat yang memandang rendah kepada kanak-kanak. Semuanya bersifat satu hala. Komunikasi satu hala, dan arahan satu hala. Kita memandang kanak-kanak tidak lebih daripada sekadar 'separuh manusia' yang jesteru itu dilayan 'separuh manusiawi'. Apatah lagi masjid kita adalah kelab warga pencen yang secara tidak sedar memegang polisi 'For Members Only'. 

© EB Junaidi | Masjid Putra, Putrajaya

p/s: Renungkan dan lihatlah dalam kehidupan kita di akhir zaman ini....






No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...