K A W A N

Monday, August 29, 2011

Semoga Selamat Pergi & Kembali


سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.


KLIA ~ KKIA

Salam Ramadhan..
Salam Lebaran..

Kini sudah berada di Sabah..
Santai di rumah lama di Taman Putera Jaya, Telipok..
Sudah hampir setahun lebih tidak kembali ke rumah lama..

Kami adik beradik yang lelaki tinggal disini..
Ayah, bonda dan adik perempuan kami tinggal di rumah baru..
Insha'Allah raya sambut di rumah baru..

Maaf zahir dan batin buat semua..
Beberapa hari ni tak dapat nak update blog..
Seperti biasa, bila sekembalinya ke Sabah, kemudahan untuk akses internet agak sulit..
Bukan tak ada.. Ada tapi harus menunggu giliran..
P1 wimax tak ada lagi di Sabah, so my P1 tak bolehlah guna disini.. Hmm..

Apa pun dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan..
Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin pada semua para bloggers.. Andai ada salah dan silap sepanjang perkenalan, persahabatan kita dalam dunia blogging ini.. Andai ada janji yang tidak tertunai, silalah ingatkan diri ini semula.. Andai ada yang termakan dan terminum tanpa izin, harap halalkanlah.. Semoga Aidilfitri ini menjadi hari kemenangan yang begitu bermakna buat diri kita.. Semoga semua gembira dan bahagia selalu.. Insha'Allah.. 

Salam kemaafan, Salam kasih sayang, Salam kerinduan, Salam kecintaan..
Salam Aidilfitri...


Thursday, August 25, 2011

The Brothers


سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.
"Salam Ramadhan Al-Mubarak"


Sudah lama tak berkumpul bersama..
Syawal nanti, Insha'ALLAH bakal bersua semula..

Minor ~ yang sulung!
Menghisap rokok adalah hobi beliau.. Ya cuma hobi..
Akulah EB, jangan buat-buat tak kenal..
Geget nanti!!
Anor ~ Si bakal cikgu!
My sifu!
Arul ~ Orang Sukan!
Diam-diam tapi berisi..
Ini adalah darah dagingku..
Aku ada lagi seorang adik perempuan tapi...
Gambarnya tiada dalam simpanan.. 
Sebenarnya ada tapi tak berapa nak sesuai untuk di'upload'..
Korang tunggulah raya nanti Insha'Allah aku upload gambar dia..
Adik bungsu perempuan kami ~ Nurul Shafika Fitrianna..

Hati dan fikiran tak tenteram..
Fikir nak balik je..
Flight seawal pagi Jumaat..
Bila ditanya rakan senegeri ada yang dapat balik malam..
Kenapa aku seorang sahaja yang balik awal pagi..
Orang yang urus tiket aku ni memang saja nak aku bangun awal..
Sajelah tu nak test aku pantas tak pantas...
Takpe.. takpe.. Janji aku dapat balik SABAH..

Tapi banyak pula urusan nak kena settle hari ini:-
1. Tukar tombol pintu rumah. (Sebab ex-housemate, tak pulangkan kunci lagi.. Aku takut terjadi apa-apa kat rumah aku nanti.. Bukan nak menuduh tapi lebih baik aku mencegahkan?)
2. Kena settlekan bil air kalau tak kena potong. Nak balik dari bercuti rumah tak ada airlah pulak, malas aku nak kelam kabut kemudian..
3. Bayar sewa rumah.. Nanti owner rumah yang aku tak pernah 'face to face' tu marah pula.. Syukurlah dia bagi sewa rumah dia kat akukan.. Buat baik dibalas baik..
4. Kena tukar kepala paip kat kamar mandi.. Nanti bil air mendadak naik walaupun tak ada orang yang pakai..
5. Packing!!!!
6. Nak kejutkan kawan minta tolong hantar aku pergi Putrajaya Sentral.. Raya kat sini kalau aku terlepas train terawal.. Nauzubillah jangan!!

Okaylah aku dah serabut dah ni.. Aku nak settlekan semua permasalahan aku dulu.. Kejap lagi aku nak kuar office nak settlekan semua ni.. Ok sehingga bertemu lagi sahabat-sahabatku!! Daaaa.. Selamat bercuti dan selamat hari raya aidilfitri buat kalian semua!!

Wednesday, August 24, 2011

#WW8 | Wordless Wednesday #8

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Awan Nano Nantikan Aku..

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.
"Salam Ramadhan Al-Mubarak"

Awan NANO!
Terlebih dahulu nak ucap salam kepada semua..
Biarpun kat atas tu dah bagi salam dah..
Tapi selalunya orang lupa nak baca..
Ingatkan hiasan sematakan..
So, Assalamualaikum WBT buat semua yang membaca pagi-pagi ni.

Maaflah ye, mungkin korang perasaan aku dah semakin jarang update blog sekarang ni..
Jujur, mood aku kurang untuk berblogging sekarang ini..
Sebab bila aku dah mula menulis..
Eh! Jap menulis? Bukan menulis!
Menaip.. Ya menaip.. 
Bila aku dah mula menaip aku nak menaip bab agama je..
So, aku malas korang boring nak baca nanti..

Apa-apa pun, dulu aku suka lagu "Suasana Hari Raya"..
Yang liriknya macam ni, 'Berlalulah sudah Ramadhan.. Sebulan berpuasa..." lalalala..
Sekarang aku dah tak suka.. Bukan aku benci..
Lagu ni memang menjadi pojaan hatiku..
Tapi Ramadhan kali ni aku tak nak dengar lagu ni..
Aku sedih.. Sedih sangat bila dengar lagu ni..
Dulu masuk puasa ke-5, lagu ni dah jadi ringtone hapek aku..
Bukan main suka.. Banggalah..

Sekarang.. Aku dah tak buat lagi..
Aku tak suka lagu tu di pasang pada bulan Ramadhan..
Sebab Ramadhan tak berlalu lagi..
So, tunggu raya baru pasang..
Untuk rekod, ada sebuah pasaraya pasang lagu ni pada hari pertama kita berpuasa..
Takpelah dah nama dia pasar-Raya kan..

Aku naik MAS!
Oh ya!
Tujuan aku post new entri bukan sebab lagu raya..
Tapi aku nak bagitahu kat korang semua yang tiket flight aku dah confirm..
Hehehe.. Hanya jasad yang ada disini..
Tapi hati dan fikir semua sudah berada di Sabah..
Advance kan.. Yahoo!!! Balik kampung..
Menghitung hari je sekarang ni.. Hihi lagi 2 hari..

Flight aku seawal pagi Jumaat jam 7.30 pagi..
Awal sangat, aku minta malam tapi seat tak ada yang kosong..
So terpaksalah balik pagi-pagi..
Tak dapatlah buka puasa dalam flight kali ni.. Sedih..

Aku akan mula bercuti pada 26hb Ogos 2011 sehingga 11hb September 2011..
Lebih kurang 2 minggulah.. Yang cuti sikit dari aku jangan jeles tau..
Hahahahahahaha.. Gelak kejam!
Selamat bercuti dan selamat berhari raya semua..


p/s: Flight balik ke semenanjung adalah dari Labuan so bolehlah borong coklat sebelum balik semenanjung.. Lalalala... hehehehe... 



Monday, August 22, 2011

Portraiture | New Talent | Kay


سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.
"Salam Ramadhan Al-Mubarak"

Talent : Kay
Date : 20 Ogos 2011
Location : HR Steak House | Kampung Baru

NAKAL!!
Aku COMEL!
Di atas sana..
Senyumlah dengan topi ku..
Harus pose seperti ini supaya kelihatan comel..

Akhirnya pada sabtu yang lepas, yang mana merupakan hari pertama aku Iftar kat luar. Atas jemputan Wany (talent dalam entri INI) aku telah Iftar bersama-sama dengan sahabat photog saya Farhan Sofia dan rakan-rakan yang lain di HR Steak House, Kampung Baru. Dalam masa yang sama aku berjaya juga melepaskan gian untuk menembak. Saudari Kay telah menjadi bahan untuk tembakan kali ini. Hehehehe.. Walaupun hanya berada di dalam kedai makan dan hanya duduk di meja makan sambil menunggu hidangan untuk Iftar, namun semua itu tidak membataskan niat untuk menembak beliau. Asalkan lensa boleh dituju kepada subjek itu sudah memadai. Hehehe...

Kepada saudari Kay, gambar-gambar potret diatas, EB hadiahkan sebagai tanda perkenalan dan persahabatan kita. Gembira dapat berkenalan dengan kamu, dan sungguh senang bekerja dengan kamu. Otak pun gila-gila, memang boleh jadi geng EB.. hehehe.. Semoga kamu sukses dalam apa juga bidang yang kamu ceburi. Insha'ALLAH.

p/s: Mood balik kampung dah semakin membuak-buak!!


Friday, August 19, 2011

This is all because of Mary!!

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.
"Salam Ramadhan Al-Mubarak"

Salam 20 Ramadhan semua, huu rasanya dah lama tak buat entri yang tak berapa nak seriuskan. Asyik-asyik entri yang serius je, bila entri dah serius dan penuh dengan fakta semakin ramailah orang tak nak bacakan.. Lagilah kalau bab agamakan, semakin bertambah malaslah orang nak baca entri terbaru dari saya kan? Apa pun, saya nak minta maaf kat semua, sebab saya sememangnya tak berapa suka nak taip pasal gosip, ataupun benda-benda yang sewaktu dengannya.. Sorry ye..

So, kepada mereka yang suka baca entri fakta saya, anda dialu-alukan untuk membaca dan berbanyak-banyak terima kasih saya ucapkan atas kesudian anda untuk meluangkan masa membaca entri skema saya. Buat mereka yang tak berapa suka nak baca, terima kasih kerana sudi singgah dan saya ingin memohon maaf sebab entri yang kamu klik, tak sepertimana yang kamu inginkan dan hanya membuang masa kamu untuk baca. Maafkan saya ye.

Di kesempatan ini juga, saya ingin meminta maaf kepada semua sebab entri terbaru daripada saya tak memberangsangkan kepada anda-anda semua, buat kebelakangan ini. Kenapa tak memberangsangkan? Mesti ada sebabnya...

Hehehe sekarang ini saya lebih banyak beristirehat di rumah mahupun di pejabat, lebih-lebih lagi selepas solat sunat Tarawih. Semua ini disebabkan Mary! Siapa Mary? Mary bukan kekasih non-muslim saya tapi Mary adalah waktu heroin dalam drama Korea yang saya tengah layan sekarang ini. Mungkin ramai yang dah tengok kot, saya yang kuno ni je kot yang belum tengok lagi.

Drama Korea yang saya tengah layan sekarang ni bertajuk, "Mary Stayed Out All Night"!!. Nanti bila saya dah habis tengok semua episod, saya buat reveiw untuk korang ok. So far drama ni tak merugikan untuk ditonton. Hehehe..






p/s: Aku nak sambung tengok Korean series ni dululah ye.. Selamat malam semua. Mohon sejuta kemaafan andai ada salah dan silap yang melukakan korang semua. Daaa Assalamualaikum.. 

p/s/s: My Korean language is getting better... hehehe..

Ucapkanlah "Inna lillahi wa inna ilahi raji'un"


سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.
"Salam Ramadhan Al-Mubarak"


Usahlah risau akan masalah kerana ia adalah sesuatu yang baik untuk kita.
Tanpa masalah, kita pasti tidak mampu mengenali diri.
Ia juga adalah tanda-tanda seruan ALLAH S.W.T agar kita datang segera kepada-NYA.

Ucapkanlah Inna lillahi wa inna ilahi raji'un
yang bermaksud sesungguhnya kami adalah milik ALLAH
dan kepada ALLAH kami kembali.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Mungkin ramai yang tahu hal ini. Tetapi ingin berkongsi juga sebab ramai yang tahu tetapi tidak ambil tahu dan ramai yang tahu tapi terlupa. Ramai juga yang tahu tetapi terlepas pandang. Semua ini berlaku kerana salah faham sesetengah pihak yang mengatakan bahawa ucapan itu adalah untuk kematian. Ia bukan sekadar untuk kematian tetapi adalah kehidupan dan kehidupan adalah kematian.

Mati dek kerana roh kita tertimbus dengan ego manakala yang hidup sebenarnya adalah nafsu. Mengucapkan saja Inna lillahi wa inna ilahi raji'un tanpa memahami juga tidak membawa seseorang itu ke arah penyelesaian masalah. Cubalah ucapkan dengan perlahan-lahan sebelum tidur. Insha'Allah anda akan dapat mencari jalan keluarnya secepat mungkin.

Mengapa tidur? Mengapa tidak berfikir bagaimana untuk menyelesaikan masalah? Jika kita membacanya dan kemudian mencari jalan keluar, maka kita tidaklah menyerah pada ALLAH secara total. Kita masih yakin kita boleh menyelesaikan maka itu satu pendustaan yang besar. Kita tidur kerana tidur itu mati kecil. Orang yang mati tidak mampu berbuat apa-apa hinggakan untuk masuk ke dalam liang lahad juga dibantu orang. Orang mati tidak perlu memerintah orang untuk mengangkatnya kerana orang akan mengangkatnya dan paling bagus orang itu melakukannya kerana ALLAH.

Segalanya bermula dengan TUHAN dan berakhir juga dengan TUHAN. Apabila meninggal, orang mengucapkan Inna lillahi wa inna ilahi raji'un begitulah kiasannya. Jadi apabila kita sudah mengucapkannya, kita melalui mati kecil. Orang mati akan bergantung dengan ALLAH. Begitu juga apabila kita tidur. Kita tidak tahu apakah yang bakal berlaku. Jadi apabila kita tidur, kita akan melepaskan segala masalah dan inilah yang dikatakan pergantungan. Insha'Allah apabila kita bangun, kita akan mudah melihat jalan keluar bagi setiap permasalahan baik untuk diri sendiri atau untuk orang lain.

Cubalah tanamkan tekad mulai hari ini agar sentiasa memahami dan mengucapkan Inna lillahi wa inna ilahi raji'un bila sahaja kita berdepan dengan musibah sama ada berbentuk fitnah, cercaan, atau penindasan. Jangan pula setelah mengucapkan kita mencari jalan untuk membuat pembalasan atas alasan membuktikan kebenaran. Yang benar pasti terbukti, yang batil pasti ke tepi.

"Tiada suatu musibah pun yang menimpa diri seseorang kecuali dengan izin ALLAH, dan barang siapa yang beriman kepada ALLAH nescaya ALLAH akan memberi petunjuk kepada hatinya" ~ HR Bukhari.

Ucaplah Inna lillahi wa inna ilahi raji'un sebanyak mungkin tetapi ia tidak bermaksud pula anda harus membaca dengan kadar kelajuan yang boleh mengalahkan keretapi ekspres. Ucapkanlah dengan santai, Insha'ALLAH anda akan mendapati masalah adalah satu permainan yang menyeronokkan.

p/s: Aku sudah mengamalkan setiap kali sebelum aku melelapkan mata, Alhamdulillah keputusannya tidak mengecewakan.. Cubalah... 

Wednesday, August 17, 2011

#WW7 | Wordless Wednesday #7

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Tuesday, August 16, 2011

Ramadhan Al-Mubarak bukan Ramadhan Al-Murtabak!!


سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.
"Salam Ramadhan Al-Mubarak"


"Curiosity"
Location: Bazaar Ramadhan | Presint 2 | Putrajaya
Searching food for Iftar is really tiring!!
Location: Bazaar Ramadhan | Presint 2 | Putrajaya
Bertiga-tigaan lebih baik bukan?
Location: Bazaar Ramadhan | Presint 2 | Putrajaya


Aku rindu menekan shutter!
Aku rindu melihat sesuatu dari viewfinder!
Aku rindu bermain dengan white balance!
Aku rindu akan kepantasan shutter speed!
Aku rindu akan ISO!

Aku rindu candid street!
Aku rindu akan moment yang indah!
Aku rindu untuk berKARYA!

TAPI..

Aku sedih Ramadhan semakin berlalu pergi...
Semakin hari semakin dia (Ramadhan) berlalu pergi meninggalkan kita..

Hati risau dan resah..
Puasaku diterimakah?
Dosa-dosaku diampunkan kah?
Aku bukan orang yang rugi dan celaka bukan?

Ya ALLAH
Sesungguhnya yang baik itu datang dari-MU ya Allah,
Yang buruk itu datang dari aku sendiri..


p/s: Sahabat-sahabatku ingatlah, ini Ramadhan Al-Mubarak bukan Ramadhan Al-Murtabak!!

Teman Untuk Diri


سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.
"Salam Ramadhan Al-Mubarak"

Salam 16 Ramadhan buat anda semua..

Location: 1Borneo | Sabah
Lazimnya, kita semua memerlukan teman untuk berdamping. Adakalanya kita akan mendapat kekuatan melalui aura seorang teman, maksud saya teman sejantina. Adakalanya, apa yang kita bualkan dengan ayah dan ibu, tidak sama seperti apa yang kita bualkan dengan seorang teman. Adakalanya, kita memerlukan seorang teman pada saat-saat kecemasan. Adakalanya, ada berita tertentu yang hanya boleh dikongsi dengan seseorang teman sahaja.

Untuk mendapatkan kawan yang baik, pertama sekali kita sendiri mestilah baik. Jika menilai orang lain sebagai jahat, maka apa pula penilaian orang tentang diri kita?

"Ala.. kau tu bukannya baik sangat!"

Kata-kata umpama ini sangat menyakitkan. Betul tak? Oleh itu, cermin diri dahulu, perbaiki diri dan cuba menjadi insan yang sebaik mungkin walaupun agak mustahil untuk mencapai tahap sempurna.

Kemudian, carilah kawan-kawan yang baik, yang boleh dijadikan teman sewaktu gembira mahupun sedih. Disebabkan seseorang kawan itu akan banyak mempengaruhi cara dan gaya hidup kita, Rasulullah s.a.w menasihati kita supaya berhati-hati ketika memilihnya. Sabda baginda: "Seseorang itu mengikut agama (perjalanan) temannya. Oleh itu, kamu hendaklah memerhatikan siapa yang hendak dijadikan teman." HR Bukhari

Maksud hadis ini mudah. Kita dinilai sebagai orang yang baik jika kawan kita itu baik perangainya. Sebaliknya kita akan dinilai sebagai jahat jika kawan kita itu seorang yang jahat meskipun hakikatnya tidak begitu. Adakala kita berkawan dengannya atas alasan kerana memerlukan pertolongannya tetapi identiti buruk dirinya itu akan terpalit pada diri kita. Ini kerana masyarakat selalunya menilai sifat manusia seperti menilai kulit buku. Jika coraknya cantik, isi buku juga cantik. Jika kulit buku tidak cantik, automatiknya isi buku juga tidak cantik.

Jadi, dengan siapa kita bergandingan, itulah tanggapan pertama oleh mata yang memandang.


p/s: Insha'Allah selepas ini saya akan berkongsi panduan/tips mencari kawan.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...