K A W A N

Thursday, August 11, 2011

Jarum Syaitan!!

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.
"Salam Ramadhan Al-Mubarak"

Renungkan sejenak...

Perancangan syaitan yang tidak pernah jemu menggoda wanita untuk mendedahkan segenap kecantikan kepada orang yang tidak berhak menikmatinya..



"Alah... buat  apa pakai tudung? Nampak kolotlah," bisik syaitan. (Perancangan pertama)

"Gila ke apa... nak kena parang dengan mak ayah akau kalau tak pakai tudung? Aku ini keturunan baik-baik tau. Ayah aku imam surau, kau tahu tak," balas gadis itu kepada syaitan yang berbisik di sisi hatinya.

"Okey tak apa. Kau pakai aje tudung tu. Tapi pakailah t-shirt lengan pendek sikit. Rimas aku tengok kau pakai baju tangan panjang berbungkus macam ni," bisik syaitan lagi. (Perancangan kedua)

"Wah... cantiknya baju tu tapi tangan pendeklah. Nanti kena sunburn pulak separuh tangan aku ni. Tapi, beli ajelah. Boleh pakai waktu malam, tak ada matahari..." kata gadis itu seraya membawa baju yang disukainya ke kaunter bayaran.

"Eh... kenapa tudung tu labuh sangat? Angkat sikit, letak pin, barulah nampak rantai emas yang mahal tu. Setakat sorok bawah tudung, siapa yang boleh nampak? Lagipun, lurah kau tu kan cantik... tunjuklah sikit aset. Bukan semua, sikit aje," hasut syaitan lagi. (Perancangan ketiga)

Si gadis sedang memandang dirinya di cermin. Sudah sejam di situ, asyik membetul-betulkan tudungnya yang agak labuh. Akhir sekali, dia mencapai beberapa pasang kerongsang sambil menarik tudungnya tinggi ke bahu. Maka terserlahlah lurahan indah itu di sebalik belahan leher baju yang agak luas.

"Kau tahu tak, zaman sekarang ni, anak gadis ayu sangat kalau pakai baju dari kain lace. Apatah lagi kalau kau pakai body tube yang macam singlet tu... confirm anggun! Tengok pulak kainnya, belah kat depan. Barulah senang nak melangkah. Tentu lelaki akan pandang berkali-kali." Syaitan terus-menerus tidak jemu memujuk. (Perancangan keempat).

"Wah... cantiknya baju ni, tapi jaranglah pulak. Tak apa, aku boleh pakai tube kat dalam. Lagipun ni latest design. Mesti kawan pejabat cemburu tengok aku bergaya sakan ni..." sahut gadis itu, mengiyakan pujukan syaitan yang masih melekat rapat dalam hatinya.

Apabila sudah terbiasa mendengar 'nasihat' syaitan ketika berpakaian, beginilah jadinya. Daripada bertudung litup cantik ayu, mulalah terpengaruh dengan bisikan syaitan yang mengatakan memakai pakaian yang ketat, jarang dan terbelah itu lebih ayu. Kemudian, tidak mustahil pula akan terus terpengaruh dengan syaitan yang mahu gadis-gadis seperti anda mula memendekkan kain ke paras atas lutut.

Memakai skirt lebih menyerlah dan lebih mengundang perhatian. Barulah luar biasa, itu pendapat anda. Jika memakai skirt pendek, takkanlah masih hendak memakai tudung, bukan? Maka, perhiasan iman pada diri seorang gadis sunti mula tercabut satu demi satu... hingga akhir sekali, yang ada pada diri hanyalah santapan harian yang tidak lagi berharga. Sesiapa sahaja boleh menikmatinya dengan percuma. Masya-ALLAH.. liciknya permainan syaitan, yang para gadis tidak menyedari kehadirannya.

20 comments:

Bidadari Syurga said...

haish... memasing dah besar... tapi tulah dia. lagi besar.... haish..... malas nak cakaplah...

Bidadari Syurga said...

weeeeeeeeeeeee 1st upanyaaa............

Anisa Hang Tuah said...

seindah hiasan adalah wanita solehah

deeya said...

masyaAllah ~ semoga dijauhkan dari menuruti kehendak syaitan . syaitan itu memang tidak pernah jemu menggoda manusia

EB said...

@Bidadari Syurga
Mmm tu la pasal.. Aku pun mls nak ckp.. Tp aku harap mereka rajinla mbaca..

EB said...

@Bidadari Syurga
Waaa.. Teruja akak 1st comment.. Suke...

EB said...

@Anisa Hang Tuah
Misi ini bukan hanya pada perempuan tp juga kepada lelaki mcm aku.. juga misi aku sendiri yg perlu aku selesaikan...

Semoga aku jumpa wanita yg itu..

EB said...

@deeya
Innalillahwainalillahirojioun... Smoga kita sentiasa dilindungi Allah... Amin..

zati embong said...

lelaki,seteruk2 perangai pn still mencari wanita yg baik di pandangan mata. O.o

Puteri said...

setan nye ayat power gila..tu sbb ramai yang tertarik..

EB said...

@zati embong
Yang benar itu JAT!

EB said...

@Puteri
Tu la hati kena kuat... Ingat pesanan Allah.. Allah itu lgi Maha Berkuasa..

cik Dil said...

suka entry ni..^^

cik Dil said...

moga dil, sntiasa d lndungi oleh Allah

Najwa Sofwani said...

wanita mudah lemah mudah mndgr hasutan syaitan
dulu syaitan nk kenakan Nabi Adam a.s pun melalui Hawa. dihasutnya Hawa.
Dan sememangnye lelaki mudah lemah dgn wanita. Adam menurut pujuk rayu Hawa maka tercampak due2 ke Bumi.

moga kita dkuatkan iman. jom kalahkan syaitan, jgn bg diorg menang hasut kita :)

EB said...

@cik Dil
Alhamdulillah.. Eb pun suka jg...

EB said...

@cik Dil
Insha'Allah..
Semoga kita semua sentiasa dilindung Allah S.W.T

EB said...

@Najwa Sofwani
Tidak kurang juga lelaki..
Sesungguhnya itulah jnji syaitan, dia akan terus menyesatkan umat Allah sehingga ke akhirat nnti.. Itu jnjinya..

Jd kta kenalah bersungguh² memantapkan iman serta amalan kita agar kita bersedia pabila tiba hari perhitungan nnti.. Semoga Allah mempermudahkan urusan kita..

Yupp jgn bagi.. Jd bulan Ramadhan yang penuh barakah ni marilah kita sama² memperbanyakkan amalan sempena ketiadaaan syaitan yg tlh dibelenggu ini.. Insha'Allah..

.::: Princess MOMOY :::. said...

Terima kasih entry nih EB
menarik
momoy byk ikut nasihat satan dah
huhu...

EB said...

@.::: Princess MOMOY :::.
Sama-sama kasih momoy...
Momoy cantik dan pintar..
Tp x slh untuk lebih cantik ikut cara agama kitakn.. Semoga dipermudahkan urusan momoy.. I ♥ to see you in hijab.. I know you gonna be more beautiful.. I know.. So don't let the satan win k.. I pray for you...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...