K A W A N

Friday, August 19, 2011

Ucapkanlah "Inna lillahi wa inna ilahi raji'un"


سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.
"Salam Ramadhan Al-Mubarak"


Usahlah risau akan masalah kerana ia adalah sesuatu yang baik untuk kita.
Tanpa masalah, kita pasti tidak mampu mengenali diri.
Ia juga adalah tanda-tanda seruan ALLAH S.W.T agar kita datang segera kepada-NYA.

Ucapkanlah Inna lillahi wa inna ilahi raji'un
yang bermaksud sesungguhnya kami adalah milik ALLAH
dan kepada ALLAH kami kembali.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Mungkin ramai yang tahu hal ini. Tetapi ingin berkongsi juga sebab ramai yang tahu tetapi tidak ambil tahu dan ramai yang tahu tapi terlupa. Ramai juga yang tahu tetapi terlepas pandang. Semua ini berlaku kerana salah faham sesetengah pihak yang mengatakan bahawa ucapan itu adalah untuk kematian. Ia bukan sekadar untuk kematian tetapi adalah kehidupan dan kehidupan adalah kematian.

Mati dek kerana roh kita tertimbus dengan ego manakala yang hidup sebenarnya adalah nafsu. Mengucapkan saja Inna lillahi wa inna ilahi raji'un tanpa memahami juga tidak membawa seseorang itu ke arah penyelesaian masalah. Cubalah ucapkan dengan perlahan-lahan sebelum tidur. Insha'Allah anda akan dapat mencari jalan keluarnya secepat mungkin.

Mengapa tidur? Mengapa tidak berfikir bagaimana untuk menyelesaikan masalah? Jika kita membacanya dan kemudian mencari jalan keluar, maka kita tidaklah menyerah pada ALLAH secara total. Kita masih yakin kita boleh menyelesaikan maka itu satu pendustaan yang besar. Kita tidur kerana tidur itu mati kecil. Orang yang mati tidak mampu berbuat apa-apa hinggakan untuk masuk ke dalam liang lahad juga dibantu orang. Orang mati tidak perlu memerintah orang untuk mengangkatnya kerana orang akan mengangkatnya dan paling bagus orang itu melakukannya kerana ALLAH.

Segalanya bermula dengan TUHAN dan berakhir juga dengan TUHAN. Apabila meninggal, orang mengucapkan Inna lillahi wa inna ilahi raji'un begitulah kiasannya. Jadi apabila kita sudah mengucapkannya, kita melalui mati kecil. Orang mati akan bergantung dengan ALLAH. Begitu juga apabila kita tidur. Kita tidak tahu apakah yang bakal berlaku. Jadi apabila kita tidur, kita akan melepaskan segala masalah dan inilah yang dikatakan pergantungan. Insha'Allah apabila kita bangun, kita akan mudah melihat jalan keluar bagi setiap permasalahan baik untuk diri sendiri atau untuk orang lain.

Cubalah tanamkan tekad mulai hari ini agar sentiasa memahami dan mengucapkan Inna lillahi wa inna ilahi raji'un bila sahaja kita berdepan dengan musibah sama ada berbentuk fitnah, cercaan, atau penindasan. Jangan pula setelah mengucapkan kita mencari jalan untuk membuat pembalasan atas alasan membuktikan kebenaran. Yang benar pasti terbukti, yang batil pasti ke tepi.

"Tiada suatu musibah pun yang menimpa diri seseorang kecuali dengan izin ALLAH, dan barang siapa yang beriman kepada ALLAH nescaya ALLAH akan memberi petunjuk kepada hatinya" ~ HR Bukhari.

Ucaplah Inna lillahi wa inna ilahi raji'un sebanyak mungkin tetapi ia tidak bermaksud pula anda harus membaca dengan kadar kelajuan yang boleh mengalahkan keretapi ekspres. Ucapkanlah dengan santai, Insha'ALLAH anda akan mendapati masalah adalah satu permainan yang menyeronokkan.

p/s: Aku sudah mengamalkan setiap kali sebelum aku melelapkan mata, Alhamdulillah keputusannya tidak mengecewakan.. Cubalah... 

6 comments:

Anisa Hang Tuah said...

Inna lillahi wa inna ilahi raji'un

terima kasih mengingatkan

(:

ayyu said...

insyaALLLAH...akan selalui ingat benda ni..ma kc bro eb.:)

EB said...

@Anisa Hang Tuah
Untuk ingatan pada diri sendiri jg..
Sama-sama kasih Nis..

EB said...

@ayyu
Alhamdulillah..
Yg baik itu dtgnya dari Allah..

zati embong said...

akan mengamalkannya.

thanks eb.

EB said...

@zati embong
Alhamdulillah..
Yg baik jadikan amalan..
Yg kurang baik jadikan sempadan...

My pleasure Jat..
Saya sekadar berkongsi..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...