K A W A N

Friday, August 5, 2011

Alhamdulillah Aku Menang Contest "Pic Hitam|Putih Paling Cool"

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.
"Salam Ramadhan Al-Mubarak"

Masih ingat banner contest ini?


Contest ini telah difikirkan oleh Si Gadis Bermata Sepet atau nama sebenarnya Siti Fatimah. Contest ini bermula pada 1 Januari 2011 (kalau tak silap) dan berakhir pada 1 Mac 2011. Lamakan tempoh contest ini berlangsung. Oleh kerana tempoh masa yang lama yakni selama 3 bulan, maka ada beratus-ratus penyertaan telah diterima oleh Cik Siti Fatimah daripada seluruh bloggers yang ada di Malaysia ini.

Disebabkan penyertaan yang begitu menggalakkan, maka saudari penganjur perlulah membuat penilaian yang lebih teliti dan terperinci, yang mana proses penilaian ini akan mengambil masa yang agak lama dan panjang. Bertambah panjang dan lama proses penilaian ini bila mana saudari penganjur terpaksa berdepan dengan final exam di Universiti beliau. So proses penilaian terpaksalah ditangguhkan sebentar untuk memberi laluan kepada final exam beliau.

Tapi apa yang lebih mendukacitakan selepas sahaja beliau selesai final exam, blog saudari penganjur telah digodam dan beliau tidak dapat login lagi ke blog beliau sendiri disebabkan password yang dimasukkan tidak boleh digunakan lagi. Jadi ini adalah masalah-masalah yang telah dihadapi oleh saudari penganjur untuk membuat keputusan mengenai pertandingan yang dianjurkan beliau ini.

Oleh itu, pada beberapa hari yang lepas barulah saudari penganjur dapat memberitahu berita kemenangan ini melalui facebook kepada saya (sorry saya tak boleh nak print screen kat office FB kena block). Apa-apa pun ribuan terima kasih saya ucapkan kepada Cik Siti Fatimah kerana telah memilik saya sebagai pemenang contest ini, walaupun gambar saya tak adalah cantik mana pun. 

Syukur Alhamdulillah rezeki Ramadhan. Syukur ke hadrat Ilahi di atas rezeki yang diberikan, semoga rezeki ini membawa berkat kepada diri ku dan juga kepada kepada penganjur contest ini, Cik Siti Fatimah. Ok dibawah ini dipersembahkan gambar hitam|putih paling cool dalam contest tersebut.

Location: Pantai UMSKAL 

p/s: Mesti ramai yang dah lupa mengenai contest ini kan?
p/s/s: Untuk link ke entri contest tersebut sila klik SINI

28 comments:

Lyssa Faizureen said...

tahniah ! Lyssa ada jugakk join , tapi , tak menang . hhehhe :)

EB said...

@Lyssa Faizureen
Oh yeke.. Xpela.. ni pn pilihan Cik Fatim eb pn x tau.. Apa2 pn eb terima la juga rezeki ini.. hehehe...
Xpe len kali nnti cuba lg ye..

cantekk said...

alhamdulillah,,tahniah eb =)

zati embong said...

ingat2 eb.congrats eb!

Nurr Kasih said...

tahniah EB :)

Najwa Sofwani said...

tahniah =D

cik gold said...

ng kacak gmbar ya..congrat :)))

Anisa Hang Tuah said...

tahniah EB!

gambar tu mmg cantik.

plus suasana yg romantik


:)

EB said...

@cantekk
Alhamdulillah.. Terima kasih.. ^^

EB said...

@zati embong
You're my favorite reader mesti ingat pnya kan Jat.. hehehe.. Thanks Jat!!

EB said...

@zati embong
You're my favorite reader mesti ingat pnya kan Jat.. hehehe.. Thanks Jat!!

EB said...

@Nurr Kasih
Alhamdulillah rezeki Ramadhan..

EB said...

@Najwa Sofwani
Alhamdulillah.. Syukran!

EB said...

@cik gold
Nang kacak ka?
Sik la biasa2 ja..
Apa pn syukran ah..

EB said...

@Anisa Hang Tuah
Alhamdulillah Nis..

Hehehe klu nak tau kawan sya ni akan kawen pd 29hb Oktober nnti.. Alhamdulillah...

Cik Aish said...

tahniah..aish pun ada join..tp disebabkan lama tk dgr berita pasal contest ni, aish pun delete banner kat sidebar tu..ingtkan da takde lagi da. hehe..

EB said...

@Cik Aish
Alhamdulillah...
Terima kasih awak..

Mmm eb harap dgn entri ini dptla mrungkai persoalan korang knapa penganjur lmbt na annouce pemenang bg contest ini..

Eb pn mula2 ingat contest ni da x on.. Tp cik fatimah ada bgtau yg dia exam dgn eb.. n dia mmg x dpt na view smua.. so eb tngu je.. lg pn eb xda apa yg nak rushing.. hehehe..

Alhamdulillah ada rezeki n hikmah disbalik semua ini.. Da nak delete da aritu banner tp x smpi hati n eb biarkn je.. rupe2nye ini agenda Allah sbnrnya..

nick izzatie said...

tahniah (^_^)

EB said...

@nick izzatie
Alhamdulillah.. Syukran Cik Nico Izzatie.. ^^

cik Dil said...

eb, congrate tauu.. gmbar tu mmg best..shantek..^^

*eb, eb ada hutang dgn dil..lupa la tuu..

cik Dil said...

eb, congrate tauu.. gmbar tu mmg best..shantek..^^

*eb, eb ada hutang dgn dil..lupa la tuu..

EB said...

@cik Dil
Syukran Cik Dil..
Alhamdulillah rezeki Allah..

Astagfirullahalazim.. Apakah? Ingatkan eb.. Sorry eb x ingat apa.. Sorry sesngt tau... Cik dil bgtau eb tau..

MIMIE AIZA said...

uishh mmg dah lama da contest ni rasanya... cograts yaa

EB said...

@MIMIE AIZA
A'aa lama da.. Baru ja saudari penganjur dpt bgtau pemenangnye.. Dr FB n phone call..
Btw thanks so much.. ^^v

eyqa amin said...

waa....congratez yea eb
=)
finally~~~

EB said...

@eyqa amin
Heee terima kasih..
Alhamdulillah rezeki Ramadhan...
Yupp finally.. Tp sian saudari penganjur masih xdapat nak login ke blog sndiri..

Sophie Al-yahya said...

alahai..memang cool lah gambar ni.
suka gambar yang ada emotion =)

EB said...

@Sophie Al-yahya
Hehehe.. Syukran Sophie..
Dorg nak kawen da bln 10 ni..
Sehari sblm besday eb, yg mana hari ulang tahun perkahwinan abg eb jg.. hehehe.. Eb plan nak bg gmbr dOrg ni as a wedding gift.. Sophie rasa okay x?

Harus mgambil gmbr yg penuh dgn emosi baru seronok dlihat.. Lihat saja kita da tahu apa ceritanya.. Bestkn feeling tu...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...