K A W A N

Tuesday, August 16, 2011

Teman Untuk Diri


سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.
"Salam Ramadhan Al-Mubarak"

Salam 16 Ramadhan buat anda semua..

Location: 1Borneo | Sabah
Lazimnya, kita semua memerlukan teman untuk berdamping. Adakalanya kita akan mendapat kekuatan melalui aura seorang teman, maksud saya teman sejantina. Adakalanya, apa yang kita bualkan dengan ayah dan ibu, tidak sama seperti apa yang kita bualkan dengan seorang teman. Adakalanya, kita memerlukan seorang teman pada saat-saat kecemasan. Adakalanya, ada berita tertentu yang hanya boleh dikongsi dengan seseorang teman sahaja.

Untuk mendapatkan kawan yang baik, pertama sekali kita sendiri mestilah baik. Jika menilai orang lain sebagai jahat, maka apa pula penilaian orang tentang diri kita?

"Ala.. kau tu bukannya baik sangat!"

Kata-kata umpama ini sangat menyakitkan. Betul tak? Oleh itu, cermin diri dahulu, perbaiki diri dan cuba menjadi insan yang sebaik mungkin walaupun agak mustahil untuk mencapai tahap sempurna.

Kemudian, carilah kawan-kawan yang baik, yang boleh dijadikan teman sewaktu gembira mahupun sedih. Disebabkan seseorang kawan itu akan banyak mempengaruhi cara dan gaya hidup kita, Rasulullah s.a.w menasihati kita supaya berhati-hati ketika memilihnya. Sabda baginda: "Seseorang itu mengikut agama (perjalanan) temannya. Oleh itu, kamu hendaklah memerhatikan siapa yang hendak dijadikan teman." HR Bukhari

Maksud hadis ini mudah. Kita dinilai sebagai orang yang baik jika kawan kita itu baik perangainya. Sebaliknya kita akan dinilai sebagai jahat jika kawan kita itu seorang yang jahat meskipun hakikatnya tidak begitu. Adakala kita berkawan dengannya atas alasan kerana memerlukan pertolongannya tetapi identiti buruk dirinya itu akan terpalit pada diri kita. Ini kerana masyarakat selalunya menilai sifat manusia seperti menilai kulit buku. Jika coraknya cantik, isi buku juga cantik. Jika kulit buku tidak cantik, automatiknya isi buku juga tidak cantik.

Jadi, dengan siapa kita bergandingan, itulah tanggapan pertama oleh mata yang memandang.


p/s: Insha'Allah selepas ini saya akan berkongsi panduan/tips mencari kawan.


14 comments:

zati embong said...

jat sokong.sbb 2 ma jat control sgt2 dgn sape yg kitorg berkawan.

Anisa Hang Tuah said...

kacak!

EB said...

@zati embong
A'aa sama la.. Parents eb pn mcm tu jg.. Mula² rasa pelik n x fhm napa dOrg bt mcm tu.. Mcm kongkong sngt.. Now baru la bsyukur sngt sbb ikut ckp dOrg sbb da tahu apa yg tersirat sebenarnya....

1 said...

saya selapan dgn entri ini..byk kejadian berlaku, sikap seseorang dicorakkan oleh kawan2 yang didampingi..

EB said...

@Jahidih Saili
Sya sembilan dgn kmu.. hehehe..
Makanya harus mencari rakan yg baik²..

qwert. said...

kwn boleh bagi influence kat kita tak kira baik atau tak punya.

EB said...

@unieMARKS :)
Betul² makanya harus lebih hati² memilih kawan.. Jgn cari kawan tp jadi kawan..

Unknown said...

A single rose can be my garden...a single friend, my world..

EB said...

@nong
Huuu you embrace me.. nice!

Unknown said...

pasyan arr tu..

EB said...

@nong
Org main² pun x blh..

Nini Hartini said...

kwn yg baik, bukanlah kwn yg selalu sokong apa yg kita buat. tp kawan yg baik, dia akn kritik apa yg kita nk buat tp dgn tujuan nk positifkan kita.

kdg ada kwn yg bila kita cerita kisah A... dia akan Ya kan dan tambah itu ini...

ada kwn yg bila kita cerita, dia nmpk spt sebelahkan si A tadi. dan spt menyalahkan kita...

sbnrnya kwn yg mcm ni bh akk perlukan. huhu... supaya akk tak rasa yg diri akk lah paling betul.

EB said...

@Nini Hartini
Yupp sya stuju dgn akak...
"Sahabat yang baik bukanlah sahabat yang hanya membenarkan kata-kata tetapi sahabat yang baik adalah sahabat yang sentiasa berkata benar"

Btul sangat setuju dgn pendapat akak.. Sya kurang mempunyai sahabat sebegini hanya mempunyai sahabat yang memerlukan saya ketika mereka memerlukan pertolongan atau sesuatu.. Pendek kata tiada keikhlasan dalam persahabatan..

EB said...

@Nini Hartini
Yupp sya stuju dgn akak...
"Sahabat yang baik bukanlah sahabat yang hanya membenarkan kata-kata tetapi sahabat yang baik adalah sahabat yang sentiasa berkata benar"

Btul sangat setuju dgn pendapat akak.. Sya kurang mempunyai sahabat sebegini hanya mempunyai sahabat yang memerlukan saya ketika mereka memerlukan pertolongan atau sesuatu.. Pendek kata tiada keikhlasan dalam persahabatan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...