K A W A N

Thursday, August 4, 2011

Muslimah | Mukminah

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.
"Salam Ramadhan Al-Mubarak"

Bicara seorang penulis...

Kita perempuan. Kita juga beragama Islam. Maka kita adalah seorang muslimah. Ada orang yang akan membantah. Katanya, aku tidak warak jadi tidak layak digelar muslimah. Eh.. usahlah sensitif sangat! Muslimah itu perkataan Arab. Maksudnya, tidak lain tidak bukan.. perempuan beragama Islam. Terma ini tidak ada kaitan pun dengan warak atau tidak warak. Lainlah jika perkataan mukminah. Itu maksudnya perempuan yang beriman dan warak.

Sesungguhnya, terma mukminah inilah yang belum layak disandang oleh ramai perempuan. Malah, ada yang tidak suka! Dalam facebook, saya sering bersembang dengan rakan-rakan dan bekas pelajar saya. Biasalah, bermacam-macam karakter mereka kerana dilahirkan dengan latar belakang berbeza. Kebanyakannya berstatus anak orang berada. Tidak pernah langsung mengenal erti susah.


Ada seorang bekas pelajar yang sangat moden ini cepat melatah apabila saya bertanya, "Kenapa awak pakai tudung masa bulan puasa saja? Cikgu tengok, awak lebih cantik dan manis jika bertudung."

"Alah cikgu... saya malulah. Saya belum bersedia nak pakai tudung sepenuh masa. Lagipun, saya bukanlah perempuan beriman." Noktah!

Astaghfirullahalazim... pengakuannya itu amat menyentap dada. Apakah dia ingat, iman itu boleh dibuat mainan? Jika malu hendak mengaku sebagai perempuan yang warak sekalipun, tidak perlulah menyebut 'bukan perempuan beriman'!

Mungkin pada pelajar ini, beriman maksudnya sopan santun, memakai tudung dan hidup berlandaskan syariat sepenuhnya. Sedangkan dia masih muda, masih mahu bebas bersuka ria dan tidak dikongkong oleh batasan syariat.

Walau apa sekalipun tafsirannya, saya kira pegangan pelajar perempuan ini salah. Jika masih belum mahu mentaati ajaran Islam sepenuhnya, usahlah sampai melabel diri sesuka hati, bimbang akan menjadi syirik pula nanti.

Kita dilahirkan beragama Islam. Jadi, usah sesekali mensia-siakannya. Islam sudah ada dalam diri, ketika masih dalam kandungan ibu lagi. Iman juga sudah ada walaupun senipis kulit bawang. Jadi, ia perlu digilap dan dijaga biar bergemerlap di dalam diri. Usah biarkan ia pudar hingga kelama-kelamaan menjadi kelabu dan gelap. Akibatnya, hati akan kering dan mati.


Srikandi Islam pada zaman silam semuanya berlumba-lumba, hendak mencapai title mukminah ini. Jadi, kita juga mesti mencontohi mereka. Bukan apa, kerana wanita beriman banyak disebut di dalam al-Quran. Jaminan keuntungan untuk wanita beriman juga sangat banyak. Wanita beriman juga amat dirindui oleh syurga-NYA.

Islam adalah satu-satunya agama yang diterima dan diredhai oleh ALLAH S.W.T seperti firman-NYA dalam Surah Ali Imran ayat 19 yang bermaksud: Sesungguhnya agama yang benar dan diredhai di sisi ALLAH ialah Islam.

Akuilah, apa yang diajar oleh agama kita ini cukup indah dan mudah. Saat ini, kita hanya perlu menerima dan boleh mengamalkannya sahaja secara terbuka. Tidak sama seperti srikandi Islam zaman lampau yang hanya boleh mengamalkan Islam secara sembunyi kerana bimbang akan diseksa. Malah, ketika mula hendak menyebarkan Islam, Rasulullah s.a.w sendiri pernah dicerca dan dipulaukan oleh kaumnya sendiri.

Islam maksudnya sejahtera. Jadi, apabila kita mengaku diri sebagai seorang muslimah, maka kita sudah masuk dalam golongan yang selamat dan sejahtera. Kemudian, apabila kita mengamalkan semua perintah dan meninggalkan semua larangan, kita semakin menghampiri taraf seorang mukminah, iaitu wanita yang beriman pula. Ya... semudah itu sebenarnya, jika kita tidak membantah!!


p/s: Cerita ini adalah hasil tulisan Puan Ruhana Zaki di bab awal buku beliau yang bertajuk "Kerana-MU AKU BERUBAH". Sungguh indah hasil tulisan penerima Pingat Emas Al-Imam Al-Ghazali, Anugerah Khidmat Cemerlang dan Anugerah Guru Pendidikan Islam Peringkat Negeri Selangor, 2009 ini. Baru baca bab pertama saya dah tertarik dengan penulisan beliau. Semoga kita semua mendapat syafaat daripada buku beliau. Insha'Allah saya akan kongsikan dengan anda semua info-info menarik daripada buku ini.

15 comments:

Unknown said...

Syukran EB.. Perkongsian yang cukup mendalam.. jadi ni la buku tu?

EB said...

@nong
Yupp inilah buku itu..
"Kerana-MU Aku Berubah"

EB said...

@nong
Afwan nong.. Smoga sama² kita renung²kn.. Buku ini sasarannya mgkn lebih kpada perempuan tp x menjadi masalah utk llki mcm sya baca sebgai penmbh ilmu...

Nini Hartini said...

begitulah realitinya.. dan kebanyakan mmg akn gunakan isu 'bertudung bukan baik sgt'.. atau 'tak semestinya sy x bertudung, saya ni jahat"... susah nk repair mentaliti org skrg.

EB said...

@Nini Hartini
Sedihkan kak.. Sewenang² dipermainkan iman itu.. Berkata ikut sedap hati..
Mentaliti yg dikatakan 'moden'.. Astagfirullahalazim..

Anisa Hang Tuah said...

islam adalah agama indah.

EB said...

@Anisa Hang Tuah
Benar.. Sangat² indah bila dihati sepenuh²nya....

Puteri said...

pemikiran orang zaman sekarang seiring dengan kecanggihan teknologi..

EB said...

@Puteri
Strategi org kafir menyerang umat Islam ada 3F:-
FUN
FOOD
FASHION

zati embong said...

moga diberikan hidayah.moga mereka2 lebih mendalami dan di ajari tentang islam.

EB said...

@zati embong
Amin Insha'Allah..
Semoga semua dipermudahkan untuk mendalami dan memahami agama suci kita ini...

Unknown said...

amin..

EB said...

@nong
Amin....

Anonymous said...

ermm thanx kongsi sama2 =)

EB said...

@cantekk
Insha'Allah eb kongsikan.. Just stay connected with me and alert with updated status or entri..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...