K A W A N

Monday, February 28, 2011

GiveAway Edy | "KATA KAU!"

سم الله الرحمن الرحيم

bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm


Assalamualaikum, Ya! Aku join G|A Abang Edy plak kali ini. Mungkin agak lambat kehadiran aku untuk mengikuti G|A Abang Edy ini, dikala orang lain sudah tidak sabar menanti siapakah pemenang bertuah yang bakal mendapat hadiah-hadiah istimewa daripada Abang Edy terchenta ini. Tapi tak kisahlah, at least ada juga nama aku kat ruangan komen Abang Edy..


Ok gambar yang aku pilih curi adalah:-


©Edy | Tong sampah dah penuh kot kat Jalan 'Indah' ni..
Mudah | Ringkas | Cepat kan nak buat G|A ni. So pada sesiapa yang nak G|A ni, anda cuma perlu klik banner Abang Edy kat atas tu. Then ikut semua syarat-syarat yg diberikan okay. Good luck for you and for me.

EB tag follower EB yang ke 381 ~ Liyana

Sunday, February 27, 2011

Where are you dear?

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm


p/s: Sahabat bloggers semua, anda rasa dia merajuk ke?

©2011 | The opposite of talking isn't listening. The opposite of talking is waiting.
Love is missing someone whenever you're apart,
but somehow feeling warm inside because you're close in heart.

Friday, February 25, 2011

Mensyukuri Nikmat Keamanan

Khutbah Jumaat
(25 Februari 2011/ 22 Rabiul Awal 1432 H)

Keamanan adalah anugerah tuhan dan merupakan satu kenikmatan yang tinggi nilainya di dalam kehidupan manusia samada di peringkat individu, masyarakat atau bernegara demi kebaikan umat sejagat. Dalam sejarah ketamadunan manusia sendiri telah menunjukkan betapa nikmat kemanan memberi kesan untuk kemakmuran dan kesejahteraan dunia. Keamanan bererti kita bebas dari bahaya, bencana, malapetaka, bebas daripada kejahatan, kecelakaan, dan lain-lain. Dengan keamanan kita dapat melakukan urusan kehidupan dunia tanpa merasa takut, gerun dan dengannya juga boleh membawa banyak kebaikan serta rezeki kepada manusia itu sendiri dan negara. Firman Allah SWT dalam surah an-Nahl ayat 112 :

Maksudnya:
“Dan Allah memberikan satu misalan; Sebuah negeri yang aman damai dan tenteram, yang didatangi rezekinya yang mewah dari tiap-tiap tempat, tetapi penduduknya kufurkan nikmat-nikmat Allah itu, maka Allah merasakannya kelaparan dan ketakutan disebabkan apa yang mereka telah lakukan.” 

Memelihara keamanan adalah suatu yang dituntut dalam kehidupan tanpa mengira anutan agama, bangsa atau keturunan. Nabi Ibrahim AS semasa meneroka pembukaan Mekah sebagai pusat ibadah dan tanah suci telah mendoakan agar Mekah dikurniakan Allah SWT dengan keamanan dan kemakmuran. Ini dijelaskan dalam firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah ayat 126:

Maksudnya:
“Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdo'a dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah (negeri Mekah) ini, negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki dari berbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat di antara mereka". Allah berfirman:"(Permohonanmu itu diterima) tetapi sesiapa yang kufur dan ingkar maka Aku akan beri juga ia bersenang-senang menikmati rezeki itu bagi sementara (di dunia), kemudian Aku memaksanya (dengan mengheretnya) ke azab neraka, dan (itulah) seburuk-buruk tempat kembali.” 

Ayat ini menegaskan bahawa keamanan adalah asas utama dalam menegakkan agama Allah SWT dan mengimarahkan sesebuah negara. Perlu kita insafi betapa rugi dan malangnya negara-negara yang dilanda kekacauan, persengketaan dan perpecahan. Negara-negara berkenaan bukan sahaja ketinggalan dan mundur dalam aspek kemajuan dan pembangunan material serta spiritual, malah keselamatan hidup seharian pun sentiasa terancam. Justeru itu, Islam menolak keras gerakan-gerakan yang menggunakan kekerasan untuk mengancam keamanan sesebuah negara seperti melakukan rusuhan, pemberontakan dan peperangan. Soal ancaman ini perlu di ambil perhatian oleh semua pihak kerana ia membabitkan masalah keselamatan rakyat. Sekiranya perkara ini tidak dipenuhi, maka akan jatuh sesebuah bangsa dan akan hancurlah sesebuah negara. 

Anugerah keamanan dan keharmonian negara mestilah disyukuri dan dipertahankan dengan bersungguh-sungguh oleh seluruh warganegara. Dalam hal ini, Islam menuntut bahawa cintakan keamanan negara sebagai tanda orang yang beriman dan bersyukur. Segala bentuk perjuangan mempertahankan keamanan dan keselamatan adalah sebahagian daripada ibadah dan tanda jihad kita di jalan Allah. Dalam konteks kesyukuran terhadap nikmat Allah SWT ini, secara realitinya kita dapat bandingkan dengan negara-negara lain di dunia yang sentiasa terdedah kepada pelbagai ancaman seperti bencana banjir, gempa bumi, kemarau, letupan gunung berapi, ribut taufan, peperangan, rusuhan, kelaparan serta kemiskinan. 

Oleh demikian, kita sepatutnya memetik gugusan hikmah tersebut agar kita tidak lupa diri dan sentiasa mensyukuri nikmat keamanan dan kedamaian yang dilimpah dan dianugerahkan kepada negara kita ini dan seterusnya berusaha mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan mematuhi dan melaksanakan semua perintah-Nya serta meninggalkan segala larangan-Nya. Firman Allah SWT dalam Surah al-Anaam ayat 82:

Maksudnya:
“Orang yang beriman dan tidak mencampurkan iman mereka dengan kezaliman, bagi mereka itulah keamanan dan merekalah yang mendapat petunjuk.” 

Sejarah telah membuktikan runtuhnya tamadun umat-umat terdahulu seperti kaum Thamud, A’ad dan Firaun adalah kerana kekufuran dan kezaliman yang telah dilakukan oleh mereka sendiri. Golongan ini tidak mensyukuri nikmat keamanan yang diberikan oleh Allah SWT. Manakala tegahan syarak pula tidak segan silu dilanggari. Mereka membelakangi panduan para Nabi sehingga menyebabkan hancurnya negara mereka. Mereka menjadi sombong dan angkuh dengan apa yang telah dikurniakan oleh Allah SWT sedangkan apa yang mereka miliki itu hanyalah bersifat sementara sahaja. 

Di negara kita dengan nikmat keamanan ini rakyat dapat hidup dengan aman damai, dapat melakukan proses pendidikan sepanjang hayat tanpa rasa takut untuk ke sekolah, kuliah atau masjid dan sebagainya. Kita juga dapat melakukan ibadat kepada Allah SWT dengan sempurna sepanjang masa, hidup bermasyarakat dengan mengamalkan sistem muamalat dan munakahat secara teratur tanpa ada kekacauan dan penindasan antara kita. Dengan keamanan kita juga mendapati peluang kerjaya yang begitu luas lagi halal samada dalam sektor Kerajaan atau Swasta. Lihatlah berapa ramai rakyat negara asing yang datang ke negara ini semata-mata untuk mencari pekerjaan dan mendapat pendapatan yang lumayan. Kita juga bebas daripada wabak penyakit disebabkan sistem pengurusan kesihatan yang amat baik. Rakyat negara kita juga bebas bergerak ke mana saja samada siang atau malam tanpa merasa takut atau gerun untuk melaksanakan pelbagai urusan kehidupan. 

Bagi memastikan keamanan ini terpelihara sepanjang masa maka rakyat di negara ini khususnya umat Islam dituntut mengamalkan cara hidup bertoleransi antara kita dengan mengambil kira kepentingan semua kaum samada dari segi agama, budaya, politik, ideologi dan lain-lain. Namun dalam pada itu umat Islam juga diingatkan agar tidak terpengaruh dengan aliran-aliran pemikiran baru yang boleh memecah-belahkan umat Islam dan memesongkan aqidah mereka seperti plurarisma agama atau wahdatul adyan yang menyamakan antara agama di dunia ini. Walaupun negara kita mengamalkan kebebasan beragama dan membenarkan agama-agama lain diamalkan, namun persoalan aqidah tidak boleh dikompromi antara kaum di negara ini. Ingatlah bahawa agama Islam adalah agama persekutuan dan hendaklah kita mematuhi dan mengiktiraf hak masing-masing sebagai mana yang termaktub dalam perlembagaan dan undang-undang negara. 

Mengakhiri khutbah pada minggu ini, mimbar ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan penghargaan kepada pihak kerajaan khususnya kepada Perdana Menteri, Majlis Keselamatan Negara, Agensi-Agensi kerajaan lain dan kepada pihak-pihak yang terlibat di atas usaha membawa pulang rakyat dan pelajar Malaysia yang berada di negara Mesir. Mengikut laporan Kementerian Luar Negeri sehingga kini seramai 8,341 rakyat dan pelajar kita selamat pulang ke tanah air. Sesungguhnya usaha ini adalah usaha yang tulus ikhlas daripada pihak kerajaan di dalam mempastikan keselamatan dan keamanan kepada rakyat terjamin walaupun di mana mereka berada. 

Mimbar ingin mengingatkan kepada kita semua khususnya kepada umat Islam, ambillah iktibar apa yang berlaku di luar sana dengan sama-sama kita menjaga keamanan dan ketenteraman negara kita ini bagi memastikan pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat terus berkekalan. Kita juga berdoa semuga keamanan di negara-negara yang sedang bergolak akan pulih seperti sedia kala dan mengharap mudah-mudahan pelajar Malaysia yang pulang dapat kembali untuk meneruskan pengajian mereka dengan selamat. Ingatlah bahawa mensyukuri nikmat keamanan merupakan sebahagian daripada tuntutan Islam. Marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah an-Naml ayat 89:

Maksudnya:
“Sesiapa yang datang dengan kebajikan maka ia akan beroleh yang lebih baik daripadanya, dan mereka akan beroleh keamanan pada hari kiamat.”

Thursday, February 24, 2011

Orang Kita Kaya "Budi Bahasa"

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm



Assalamualaikum,


"Budi Bahasa Budaya Kita"

Seperti yang kita ketahui rakyat Malaysia sememangnya mempunyai budi bahasa yang cukup-cukup tinggi. Keramahan dan kemesraan rakyat Malaysia cukup membuatkan para pelancong tertarik untuk datang bercuti ke negara kita. Selain itu, keunikan budaya dan amalan serta masyarakat yang berbilang kaum tapi mampu bersatu juga antara faktor kenapa Malaysia cukup disegani di mata dunia.

Tapi adakah ianya hanyalah pada suatu masa dahulu?? Sekarang masihkah??

Cuba perhatikan gambar dibawah ini:-

"Tolong menolong" amalan mulia
Rakyat kita memang 'pantas' memberikan bantuan andai berlaku kemalangan jalan raya. Mereka sangat-sangat ringan tulang menghulurkan bantuan dengan membantu membersihkan kawasan kemalangan jalan raya tanpa diminta. Lihat saja pada gambar di atas sudah terbukti rakyat kita sememangnya 'prihatin'.

Oleh itu, atas rasa 'terhutang budi' dan 'berterima kasih', mangsa yang mengalami kemalangan jalan raya tersebut ingin memberikan ucapan terima kasih kepada mereka semua yang "banyak memberikan bantuan". Mari kita lihat ucapan 'terima kasih' sahabat kita yang mengalami kemalangan jalan raya tersebut. Oh sebelum itu, aku paparkan sekali gambar beliau supaya semua pihak mengenali beliau dan nampak lebih ikhlas.

Ahmad Rodzlin Ahmad Murad ditemani adiknya, Putra Mohd. Ahmad Murad menunjukkan paha kaki kirinya di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak, semalam
Ok antara petikan ucapan terima kasih beliau:-

“Hampir satu jam saya terbaring di atas lebuh raya dan tiada seorang pun yang menghulurkan bantuan. Malah, mereka kelam kabut mengutip beras yang bertaburan.

“Tidak cukup dengan beras, beg dan telefon bimbit saya juga diambil. Bayangkan dalam keadaan berlumuran darah, mereka hanya memandang tanpa membantu memberikan kain untuk menutup luka saya,” katanya ketika ditemui di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini hari ini.

Kan aku dah kata rakyat kita memang kaya budi bahasa. Bukan itu sahaja mereka juga kaya beras. Untuk berita penuh anda boleh klik sini - Orang Ramai Sibuk Kaut Beras

Nak tengok lagi orang kita kaya budi bahasa?
Baca entri ini - Kutip Duit | Kutip Dosa?


p/s: Entri ini bukan nak kondem orang kita. Tapi inilah realiti kebanyakan orang kita masa kini. Sekadar renungan dan luahan hati si penulis.

Mati Imamkan Solat

ANGKAT - Peserta PLKN Kem Tondong, Bau mengangkat jenazah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, malam tadi.
RAWANG: Seorang pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kem Temasya Rimba Templer, Rawang, di sini, rebah ketika mengimamkan solat Zuhur di surau kem berkenaan sebelum disahkan meninggal dunia di hospital, kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira jam 1.45 tengah hari dan sejurus Syed Abdul Rahman Wan Ahmad, 17, rebah, dia dibantu rakan-rakannya mendapat rawatan di klinik kem berkenaan. 

Remaja itu yang berasal dari Menggatal, Kota Kinabalu, Sabah, diberi bantuan pernafasan (CPR), namun keadaannya yang kritikal menyebabkan pihak kem menghantarnya ke Hospital Selayang sebelum dia disahkan meninggal dunia. 

Jenazah Syed Abdul Rahman dihantar ke Hospital Kuala Lumpur pagi semalam untuk dibedah siasat dan polis mengesahkan kematian remaja itu tidak membabitkan unsur jenayah, sebaliknya disebabkan serangan sawan.

Bapa Allahyarham, Wan Ahmad Wan Yasin, 50, ketika dihubungi berkata, dia menerima berita kematian anaknya daripada pengurusan kem berkenaan kira-kira jam 2.45 petang kelmarin dan tiba di Kuala Lumpur, semalam.

Menurut Wan Ahmad, dia berbual dengan anaknya ketika menghubunginya untuk bertanya khabar, Ahad lalu. 

“Dalam perbualan itu anak saya tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap, malah memberitahu gembira tinggal di kem berkenaan. Anak saya juga memberitahu dia sihat dan ramai kawan baru serta selesa berada di kem itu. 

“Namun, saya tidak menyangka keceriaannya itu hanya sementara kerana kini dia meninggalkan kami,” katanya. 

Wan Ahmad berkata, ketika berbual dengan Syed Abdul Rahman, Ahad lalu, dia berpesan kepada anaknya supaya menjaga diri, jangan lupa solat serta selalu berdoa. 

“Setakat ini, saya belum dimaklumkan punca kematian anak saya. Saya cuma diberitahu anak saya menjadi imam solat Zuhur, namun tiba-tiba rebah sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya. 

Sementara itu, Ketua Polis Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, berkata mangsa yang berasal dari Sabah menjalani latihan di kem berkenaan sejak 2 Januari lalu dan akan tamat pada 13 Mac depan. 

Menurutnya, mangsa yang pengsan dihantar ke Hospital Selayang, namun gagal diselamatkan sebelum mayatnya dibawa ke HKL untuk bedah siasat. 

“Kami mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut dan hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia kerana sawan,” katanya. 

Abdul Rahim berkata, keluarga mangsa sudah menuntut jenazah Syed Abdul Rahman yang dijadual dikebumikan di kampung neneknya di Kampung Masjid Sebuyau, Kota Samarahan, Sarawak, hari ini. 

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil, berkata berdasarkan rekod, Allahyarham pernah menerima rawatan sekali akibat batuk di kem itu. 

Katanya, setakat ini, pihaknya menunggu laporan penuh bedah siasat pelatih terbabit yang dijangka siap dalam dua minggu. 

“Berikutan itu, keluarga pelatih berkenaan layak menerima khairat kematian RM5,000 dan insurans nyawa RM50,000,” katanya. 

Menurutnya, kejadian itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan JLKN meminta mana-mana pihak tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara itu sehingga laporan lengkap mengenai kematian pelatih berkenaan diketahui.

Wednesday, February 23, 2011

Dekat tapi JAUH

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm



"You don't have to ask if I care. In every word you say, 
feel free to tell your worries and realize that I'm here.. 
For now, for always and forever for you exclusively.."


"I caught myself thinking of the moments spent with you. I'm little lonely but begin far from you give me a chance to realize how much you meant to me and how much I miss your company.."

p/s: EB PJJ sekarang ni..
Rasanya dah lama tak upload gambar...

Canggihnya Zaman Ini


سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Kecanggihan gajet seperti kamera dan perakam video serta Internet yang lebih mudah diakses menyebabkan penyebaran imej dan klip video lucah di negara ini kian menular. Walaupun kemudahan tersebut dicipta untuk perkara lebih baik, ada juga yang menjadikannya medium paling murah untuk merakam dan menonton aksi pornografi.

Ada pengguna yang sengaja merakam aksi intim sendiri untuk dijadikan koleksi peribadi. Namun, ramai juga yang menggunakannya untuk mendapatkan wang, sama ada melalui jualan ataupun peras ugut.

Tidak hairanlah pada zaman dunia tanpa sempadan ini peratusan remaja yang terbabit dalam seks bebas menurut satu kajian dianggarkan lebih 27 peratus kerana peluang dan ruang semakin terbuka termasuk mendapat bahan lucah di telefon bimbit dan Internet.

Penyebaran melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dan muat turun yang boleh dibeli pada harga murah memberi pengaruh negatif kepada kanak-kanak dan remaja.

Bersaing

Bermula dengan tengok sekadar suka-suka, ia boleh menjadi ketagihan sehingga timbul perasaan ingin mencuba.

Sebagai contoh, penyebaran meluas rakaman video membabitkan kanak-kanak yang juga adik-beradik berumur antara 11 hingga 14 tahun yang sedang melakukan hubungan seks akhir tahun lalu membuktikan pengaruh filem porno mengundang masalah yang lebih besar di negara ini.

Perlu diakui, zaman remaja adalah peringkat perkembangan individu mencari identiti diri.
Sekiranya tiada didikan daripada ibu bapa, mereka akan terpesong apatah lagi jika akrab dengan rakan sebaya yang sudah rosak akhlak.

Penyebaran video lucah semakin sukar diperangi

Pensyarah Kanan, Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya (UM), Prof. Madya Dr. Mariani Md. Nor memberitahu, kanak-kanak dan remaja yang terdedah kepada perlakuan seks terutama secara langsung di depan mata mereka sendiri akan mempelajari dan menimba kemahiran tertentu, cuma belum sampai ke tahap mengamalkannya.

Beliau mempunyai pengalaman menjalankan satu kajian ke atas remaja perempuan berusia 12 tahun yang mengatakan melakukan seks tidak menjadi kesalahan, bahkan sering melakukannya dengan lebih daripada seorang pasangan.

“Itu kajian lima tahun dulu, remaja itu sudah sampai ke tahap begitu serius dalam seks bebas, apatah lagi pada peringkat usianya sekarang yang sudah 17 tahun,” katanya.

Kosmo! sebelum ini mendedahkan hasil satu kajian yang dibuat oleh seorang pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 2009 yang mendapati 60 peratus kes perzinaan berpunca daripada menonton bahan-bahan lucah.

Pakar Psikologi Kanak-Kanak dan Remaja UKM, Dr. Khaizil Ismail berkata, Kajian Remaja Berisiko Tinggi yang dijalankan selama enam bulan di pusat-pusat pemulihan akhlak di seluruh negara itu merangkumi kira-kira 600 responden yang berumur antara 15 dan 20 tahun. Khaizil juga menyokong kenyataan bahawa kes buang bayi yang semakin banyak berpunca daripada menonton bahan lucah.

Selain cenderung melakukan zina, penyelidik di Pusat Penyelidikan Seks, Kesihatan dan Masyarakat Australia, Universiti La Trobe di Melbourne, Australia, Michael Flood mendapati kanak-kanak yang sering menonton filem porno menganggap kekerasan dalam hubungan seksual adalah perkara biasa.

Nafsu

Bermula dengan tengok sekadar suka-suka, ia boleh menjadi ketagihan sehingga timbul perasaan ingin mencuba. - Gambar hiasan
Menonton filem lucah adalah sumber pembelajaran seks yang salah kerana secara realitinya, aksi yang ditunjukkan adalah aksi yang keterlaluan.

“Filem lucah tidak menunjukkan kasih sayang, keintiman dan keistimewaan hubungan antara pasangan, sebaliknya ia mempamerkan kekasaran dan kekerasan lelaki terhadap perempuan demi memuaskan nafsu,” jelasnya kepada USA Today.

Jelas Flood lagi, bukti dari seluruh dunia mendapati pornografi memberikan kesan negatif bukan sahaja kepada individu, tapi juga komuniti. Bahkan, hasil daripada soal selidik yang dijalankan secara rambang, Flood merumuskan kanak-kanak yang suka menonton aksi lucah sering gagal dalam membina hubungan dengan pasangan dan kebanyakannya lebih gemar melakukan hubungan seks bebas.

Tahun lalu juga, akhbar-akhbar di Indonesia menyiarkan Komisi Perlindungan Anak Indonesia (KPAI) menerima laporan mengenai kes perkosa melibatkan 33 kanak-kanak. Ia dikatakan berpunca daripada pengaruh video porno penyanyi Ariel Peterpan yang ditonton.

Di Amerika Syarikat pula, dianggarkan kanak-kanak dan remaja lelaki berumur 12 hingga 17 tahun adalah golongan terbesar yang menonton video lucah kategori ekstrem yang menayangkan aksi seks kasar.

Suruhanjaya Kajian Pornografi Kebangsaan di negara itu pada tahun 1970 dan 1986 mendapati seorang daripada lima kanak-kanak lelaki serta seorang daripada 10 kanak-kanak perempuan mendapat pendedahan pertama kepada filem lucah seawal usia 12 tahun.


Sumber: Kosmo

Tuesday, February 22, 2011

Jawapan "Sekilas Pandang"

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

©2011 | Abang haus sayang
Assalamualaikum,
Hai semua. Ingat lagi tak gambar kat atas ni? Mesti ramai yang tak tahu dan ramai yang dah lupa rasanya. Ok kita imbas kembali mengenai gambar ini. Pada 3 Februari 2011 bersamaan dengan hari Khamis, saya telah membuat entri mengenai gambar ini. Ok cakap banyak nak terangkan pun tak guna, jadi anda semua boleh klik sini - "Sekilas Pandang".

Secara ringkasnya, saya ada bertanyakan kepada rakan-rakan semua dengan ayat yang berbunyi lebih kurang macam ni:-

"Ok melalui gambar ini, saya ingin bertanyakan pendapat anda semua mengenai situasi yang berlaku di dalam gambar tersebut. Apakah pandangan pertama anda apabila anda melihat gambar tersebut? Apakah pendapat anda mengenai dua orang insan tersebut? Pendapat dan pandangan awal anda melihat gambar ini amat saya alu-alukan. Selamat memberikan pendapat dan pandangan."

Ok antara jawapan/pandangan yang diberi:-

Sila klik kalau bijak
Terlebih dahulu EB nak ucapkan terima kasih buat mereka yang sudi menyusahkan diri untuk komen gambar itu. Terima kasih bebanyak. So rakan bloggers yang lain bolehlah add mereka yang memang super duper cool ni:-

Ok, berbalik kepada gambar tersebut. Saya akan ceritakan apa yang berlaku sebenarnya disebalik gambar tersebut.

Situasi seperti ini seringkali berlaku di merata tempat tak kira masa. Pada permulaannya memang menjengkelkan untuk dilihat. Apatah lagi ianya berlaku di depan mata anda. 

Situasi ini berlaku di dalam sebuah bas mini. Bas-bas mini seperti ini sememangnya merupakan pengangkutan awam yang utama di negeri Sabah. Kalau nak cerita pasal bas mini ni boleh buat satu entri baru ni. Hahaha..

Ok apa yang berlaku kita saya berada di belakang tempat duduk mereka adalah; Pada permulaannya si Gadis ini sedang enak menjamu selera dengan jeruk jambu. Kemudian disuapkan jeruk jambu itu kepada si Lelaki. Ok saya biarkan, tak nak ambik gambar lagi. 

Setelah selesai menghabiskan jeruk jambu itu, si Gadis mengeluarkan pula satu bungkusan. Oh! bungkusan ini adalah Buntut Ayam Panggang. Harum semerbak satu bas mini dengan haruman Buntut Ayam Panggang. Aku tak tergoda pun. (<-Tipu) Maka edisi membelasah Buntut Ayam Panggang antara mereka pun bermula, mereka makan dengan rakusnya (<-Tipu).

Seperti tadi, lelaki ini masih tak nak suap diri sendiri. Si Gadis kusyuk dan tawaduk menyuap si Lelaki. Aku rasa pelik bin ajaib.  Hati jealous ini berkata, "Mana tangan lelaki ni? Dalam bas pun nak manja-manja.. Perempuan ni pun satu.. Agak-agaklah.. Hmm.." Aura ketidaksenanghatian mulai timbul.

Lantas aku mengeluarkan DSLR ku yang besar gedabak itu dan settingkan  ISO/Shutter/Aperture yang sesuai dan bersedia untuk mengabadikan moment antara mereka berdua. Percubaan pertama, GELAP! Aku salah setting ISO. Percubaan ke-2, cun seh! Gambar yang terhasil adalah seperti gambar di atas, moment|candid yang kira okaylah. Not bad kan?

Selesai minum air mereka pun berehat, bercerita, berkasih-kasihan dan bermanja-manja. Aku abaikan. Malas nak layan nanti jealous.

Dalam jarak kurang 100m aku akan sampai ke destinasi aku. Jari sudah berada tepat pada loceng bas. Teeeettt!! bunyi loceng bas. Bas berhenti tepat di jalan masuk ke taman perumahan aku. 

Seperti yang anda maklum ruangan bas mini memang agak sempit dan kita perlu tunduk untuk keluar daripada bas tersebut. Ketika hendak keluar daripada bas mini tersebut aku sempat melihat ke arah lelaki itu. Ingin mengetahui sama ada dia OKU atau sebaliknya. 

*********************************

Deng! Aku dah fikir yang bukan-bukan pasal lelaki ni. Aku dah fikir yang buruk pasal dia, pasal mereka. Rupa-rupanya..........

"He was holding a baby in his arm.."

Sob sob.. Aku jahat, fikir yang bukan-bukan pasal mereka.. Huuuu..
Aku ambik gambar mereka dengan niat nak buruk-burukkan mereka.. Niat aku jahat!
Huu.. Maafkan aku.. Kalau kita bertemu lagi aku nak bagi gambar ni kat kamu berdua..

Kesimpulan:

Seorang ulama terkenal Syeikh Abdul kadir al- Jailani pernah berpesan kepada kita dengan katanya: 

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu 
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah SWT jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku". 

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) 
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepada-Nya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku".

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu)
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu)
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu)
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepada-Nya padahal aku mengetahui akibatnya. Aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu)
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk". 


Monday, February 21, 2011

Khatan Untuk Wanita

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm



p/s: Entri kesihatan untuk wanita | Pengetahuan untuk lelaki. 
Info kesihatan ini banyak memberikan maklumat serta jawapan mengenai kemusykilan EB selama ini. Untuk info lanjut, rajin-rajinlah baca entri ini. Selamat membaca..

BAGI sebahagian besar masyarakat Islam di negara ini, mengkhatankan bayi perempuan dianggap sebagai satu tuntutan agama walaupun secara dasarnya ia bukan amalan yang wajib dilaksanakan.

Rata-ratanya percaya, bersunat boleh mempengaruhi kesihatan sepanjang hayat sama ada untuk lelaki mahupun wanita.

SEORANG kanak-kanak perempuan meronta ketika mudim wanita melakukan prosedur khatan. - Gambar hiasan
Bersunat bagi wanita bertujuan untuk menjaga kebersihan selain daripada mengawasi kesihatan batin. Menurut petua orang-orang lama juga, berkhatan dapat memelihara diri daripada mendapat pelbagai penyakit.

“Ia juga merupakan satu cara untuk mendoakan zuriat menjadi perempuan yang baik dan solehah apabila dewasa nanti,” jelas pengamal perbidanan tradisional, Nikmah Suhaidi, 49, ketika ditemui Jurnal di rumahnya di pekan Dengkil, Selangor.

Amalan dituntut

Mewarisi kepakaran turun-temurun daripada keluarga sebelah ibunya, wanita berketurunan Melayu Boyan ini sudah 18 tahun menyunatkan kaum Hawa.

“Selain bayi, saya juga menyunatkan wanita dewasa, sama ada wanita Melayu yang tidak pernah bersunat mahupun wanita yang baru memeluk Islam. Ada yang masih muda, ada juga yang sudah beranak-pinak,” ujarnya.

Menurut Nikmah, wanita mualaf memilih untuk berkhatan kerana mereka menganggap ia sebagai ritual pembersihan selain membuktikan kesediaan mereka untuk menjalani kehidupan sebagai wanita Islam.

“Ia bukan paksaan, tetapi amalan yang dituntut. Selain itu, saya juga percaya, berkhatan mampu memelihara gelora nafsu dan mengurangkan rangsangan berlebihan terhadap kaum Adam.

“Saya tidak pasti sama ada terdapat kajian yang jelas tentang sunat mampu mengawal nafsu berahi wanita. Namun, menurut pengalaman saya, sudah beberapa kali wanita dewasa yang dikhatankan mengakui lebih mudah mengendalikan rangsangan seksual mereka,” katanya yang pernah mengkhatankan beberapa orang pekerja seks sebelum ini.

Mengupas lebih lanjut kaedah berkhatan bagi perempuan, Nikmah memberitahu, lazimnya bayi perempuan disunatkan ketika masih kecil, seeloknya beberapa hari selepas dilahirkan. Namun, ada juga ibu bapa yang memilih untuk menunggu hingga setahun sebelum mengkhatankan anak masing-masing.

Kerat 1.3 sentimeter

“Bersunat bagi perempuan ialah dengan memotong sebahagian muncung daging yang tersembul berdekatan saluran kemaluan wanita. Ia terletak di sebelah atas faraj yang kelihatan seakan-akan bonjolan.

SEORANG wanita menenangkan anaknya dalam satu prosedur berkhatan khusus untuk wanita di Indonesia. - Gambar hiasan
“Bagi wanita dewasa, daging yang dipotong kira-kira setengah inci (1.3 sentimeter). Alat yang digunakan untuk memotong ialah mata pisau cukur yang dipotong empat untuk bayi dan gunting kecil untuk wanita dewasa,” ujarnya.

Selain itu, kelengkapan lain yang diperlukan dalam adat berkhatan ialah kain putih yang bersih, minyak gamat, kain kapas dan duit syiling lima sen. Kain putih biasanya akan disediakan sendiri oleh pihak yang ingin dikhatankan. Bagi bayi perempuan, kain yang diperlukan ialah sepanjang satu meter dan dua meter bagi wanita dewasa.

Kain tersebut akan digunakan sebagai alas punggung selain untuk membungkus duit syiling sebagai pelapik mata pisau cukur bagi mengelak mata pisau menoreh tangan. “Bagi wanita dewasa pula, selain dijadikan alas, kain putih juga digunakan untuk membungkus daging yang digunting sebelum ditanam,” tambahnya.

Sungguhpun masih mengekalkan berkhatan cara lama, Nikmah tidak pernah berkompromi tentang kebersihan. Setiap peralatan seperti kain, mata pisau dan gunting, akan dicuci bersih sebelum digunakan.

Malah, bekas bidan di klinik swasta ini juga tidak akan menggunakan peralatan yang sama untuk pelanggan berbeza. Kain, mata pisau dan gunting akan digunakan sekali saja. Ia akan dibungkus dan ditanam bersama daging yang dipotong tadi. Ini untuk mengelakkan jangkitan kuman dan komplikasi lain.

Tambah Nikmah, untuk memudahkan proses berkhatan, seelok-eloknya kita memulakan dengan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. Tanpa sebarang suntikan bius atau ubat pelali, Nikmah melakukan tugasnya dengan berbekalkan ayat suci al-Quran selain selawat.

“Selesai berkhatan, saya akan memandikan mereka dengan air limau sambil membaca selawat, ia bertujuan untuk membersihkan diri dan menjauhi perkara tidak baik daripada berlaku,” ujarnya yang pernah mengkhatankan bayi yang baru lahir hinggalah wanita dewasa berusia 50 tahun.


Sumber: Kosmo|Kesihatan

Do'akan Azizulhasni Awang

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum, pagi ini seluruh rakyat Malaysia dikejutkan dengan insiden pelanggaran yang berlaku terhadap pelumba basikal negara, Azizulhasni Awang. Insiden ini telah menyebabkan serpihan kayu trek sepanjang 17.5cm (7 inci) tertusuk ke betis beliau. Walaupun menghadapi kecederaan beliau tetap menamatkan perlumbaan untuk muncul juara keseluruhan Kejohanan Trek Berbasikal Siri Piala Dunia di Manchester pagi semalam.




Insiden pelanggaran kelajuan tinggi di selekoh terakhir itu turut membabitkan Kamil Kuczynski (Poland), Edward Dawkins (New Zealand) dan Juan Peralta Gascon (Sepanyol). Di kala Azizul meneruskan semula kayuhan, Dawkins menolak basikal ke garisan penamat, manakala Peralta berlari tanpa basikal yang menyebabkan penyertaannya dibatalkan.

"Saya juga tidak tahu Azizulhasni terkena serpihan kayu itu sehinggalah dia menamatkan perlumbaan. Perkara ini cukup mengejutkan seluruh pegawai dan pelumba-pelumba Malaysia," kata ketua jurulatih, John Beasley. - (KOSMO)

Azizul bakal terlepas peluang beraksi di Kejohanan Dunia di Apeldoorn, Belanda pada 23 Mac ini.

p/s: Marilah kita semua do'akan agar pelumba basikal negara kita, Azizulhasni Awang ini cepat pulih daripada kecederaannya dan seterusnya dapat beraksi di kejohanan peringkat dunia di masa akan datang. Semangat juang yang ditunjukkan beliau sememangnya harus dipuji dan semua ini pasti ada hikmahnya.

No One Else

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm


Al-salāmu'alaykum, EB dalam mood jiwang + rindu sekarang..
So tengah-tengah malam ni EB nak share satu video buat semua rakan bloggers.
Terutama sekali buat kamu Cikgu Dilla. Selamat Malam.. 

당신 허니 감사



Even tough..
I’m reborn a thousand more times
There will not be another one like you.. Mm~

The person who..
Would warm up my sad life
I’m really grateful for that person

For that person..
My heart could 
Be hurt indefinitely

Even though I can’t tell that I love you
The fact that I’m able to
Look at you from far away, 
Give you everything and love you
Although I’m sad, I’m happy

There is no other love in the world
That could make my chest shiver with such anticipation
I've buried so deep in my memories
My one true love

To someone like you..
All the painful tears
I could endure it indefinitely..

Even though I can’t tell that I love you
The fact that I’m able to
Look at you from far away 
Give you everything and love you
Although I’m sad, I’m happy

I don’t want anything else except
Your laugh, with it, I’ll be happy
Because love is about giving everything
Only about giving
So even if I’m sad.. I’m happy..


p/s: I just wanna be your toothbrush....

Sunday, February 20, 2011

Saya Seorang Blogger Yang Aktif!

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm


Al-salāmu'alaykum,



Sebenarnya EB memang tak pernah join apa-apa segmen Abang Ben sehinggalah ke hari ini. 
Bukan EB sombong, bukan juga EB tak suka tapi asyik tak ada kesempatan dan asyik terlupa sahaja. Tapi tak join apa-apa segmen|contest|Giveaway Abang Ben bukan bermaksud EB ni blogger yang tak AKTIF!

So, di kelapangan dan kesempatan yang ada ini EB dengan rela hati join 
Segmen: "SAYA SEORANG BLOGGER YANG AKTIF!" ini.


Para Bloggers yang nak JOIN ~ klik Banner Abang Ben Okay.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...