K A W A N

Monday, February 14, 2011

Kamu buat Aku Rasa SOMBONG!

بسم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

p/s: Ini entri melibatkan emosi. Harap Maklum!!

Al-salāmu'alaykum (Selamat Sejahtera ke atas kamu semua), semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sentiasa. Terlebih dahulu saya ingat mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul buat semua yang beragama Islam. Ya! pada esok hari 12 Rabiulawal 1432H, saya akan berarak bersama-sama rakan sekerja sempena Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW yang juga merupakan Hari Kebesaran Islam.

Seperti tajuk entri saya "Kamu buat aku rasa SOMBONG". Yup! rasa SOMBONG. Kenapa? Ok saya akan jelaskan maksud sebenar saya melalui gambar. Sila perhatikan dan teliti gambar-gambar yang EB sertakan untuk mengetahui permasalahan yang timbul. 

©2011|My beloved Spartans!!
Okay seperti yang anda lihat diatas, saya ada sebanyak 349 followers ketika ini. Jumlah yang cukup sedikit dibandingkan dengan blogger hebat yang lain. Tapi syukur alhamdulillah masih ada yang sudi untuk follow dan mengikuti perkembangan di blog ini, walaupun tidak seramai mana. Terima kasih atas sokongan dan kesudian itu sahabat-sahabat blogger sekalian. Terima kasih banyak-banyak. Namun ada yang saya kesali dengan sikap segelintir rakan blogger yang telah menjadi follower blog EB ini.

Sebelum saya ceritakan dengan lebih lanjut masalah tersebut, EB nak minta maaf andai apa yang EB nak cakap ini menyakitkan hati atau menyinggung perasaan para blogger yang lain. Juga kepada rakan blogger yang EB jadikan contoh dalam gambar ini (Saudari Amira Atiya dan Saudari Chococherry28), EB minta maaf banyak-banyak. Tapi ketahuilah niat EB cuma mahu berlaku jujur dengan masalah ini. EB harap kamu faham. Bagi yang membaca, "Siapa yang makan lada, dia terasa pedas". Oleh kerana perkara ini sudah lama menghantui EB, maka hari ini EB ingin luahkan masalah ini setelah lama EB pendamkan. Maafkan EB.

Sila lihat gambar dibawah.

©2011 | Contoh Blogger ada Links
©2011 | Contoh Blogger tiada Links
Seramai 349 orang bloggers cuma jumlah yang kecil tapi cukup banyak dan bermakna bagi EB. Atas dasar terima kasih, terhutang budi, memberi sokongan dan ikatan persahabatan yang terjalin di dunia maya ini. Telah menjadi kewajipan dan kemestian bagi EB untuk membalas kunjungan, blogwalking dan mengikuti semula blog anda yang telah menjadi follower EB.

Akan tetapi, perkara seperti dalam gambar "©2011|Contoh Blogger tiada Links" itulah yang sering terjadi kepada EB apabila EB begitu teruja untuk mengucapkan 'Terima Kasih'. Seringkali ucapan 'Terima Kasih' EB ini 'PENDING' dengan keadaan seperti itu. Mungkin anda hendak menguji kepintaran, keikhlasan dan kesabaran EB. Mungkin juga TAPI... Ya! saya cari blog anda menggunakan google berdasarkan nama anda tapi... cukuplah saya rasa anda fahami mencari blog berdasarkan nama sahaja bukanlah perkara yang mudah... 

EB tahu blog anda memang hak anda sepenuhnya. EB tahu EB langsung tidak punya hak untuk membebel pasal benda ni pada anda. Tapi maaf, bila anda mempunyai 'links' seperti gambar "©2011|Contoh Blogger ada Links" maka ini memudahkan EB untuk terus menyampaikan hasrat EB untuk mengucapkan terima kasih kepada anda.  Secara tidak langsung bolehlah EB blogwalking dan selalu-selalulah ziarah ke blog anda. Tapi andai EB tak ada akses itu bagaimana??

EB harap anda semua faham masalah EB ini. EB bukan nak marah bukan nak cakap diri EB yang terbaik tapi fahamlah ini semua demi kebaikan kita bersama juga. Jadi tolong jangan buatkan EB rasa bersalah dan rasa SOMBONG kerana tidak dapat follow dan ziarah anda semula. EB ingin meminta maaf kepada Cik Chococherry28 dan Cik Atiya Amira, kerna jadikan mereka berdua contoh dalam entri EB ini. Sesungguhnya tiada niat untuk memalukan atau menjatuhkan Cik Chococherry28. Dia hanyalah sebahagian daripada contoh blogger yang tidak mempunyai 'Links'. Maafkan EB..

"Sesungguhnya yang baik, hensem, cantik itu datangnya dari Allah SWT, dan 
yang buruk, tak hensem, tak cantik semuanya itu datang dari diri saya sendiri.." 

p/s: Janganlah buat EB rasa SOMBONG..... please...... I'm really sorry for been rude..

14 comments:

♥e'in♥ said...

same2.. =)

EB said...

@e'in
Mm tu la pasal..
Bukan marah just nak bgtau..

nuur an nor said...

eb...
terima kaseh sgt2!!!

mmg da lama sy nak ckp hal ni tapi tak tau nak tulis nak jelaskan kat org yg sy jg alami nasib yg sama macam kamu. nk pergi kat blog org tp takkde link...

erm..nk tanya. sy punya de link kan eb?hihi

EB said...

@Nuur An Nor
Sama-sama kasih..
Hehehe semestinya anda di dalam dilema sperti sya kn.. hehehe..
Mm utk pgetahuan Nuur...
Lau kita open as a new tab direct dr comment kita blh dpt link tu..
Tp lau kita klik drpd list follower kita yg tertera nama mereka ni.. once kita klik then klur mcm dlm gmbr tu mmg x dpt links once dOrg x letak..

Awk pnya link ada Cik Nuur..

zati embong said...

2la psal,risau jugak kalau org ckp kita sombong.agaknya diorg x perasan link diorg xde or diorg xtahu kat mane nk setting maybe O.o

EB said...

@Zaty
Mmm EB pn rasa mcm tu juga..
Mgkn juga dOrg x perasaan..
N dOrg x tau org x blh link ke blog dOrg..
Tu la EB bt entri ni nak bg dOrg tau kot2 dOrg x perasaan.
Bukan nak kondem ke apa...
Tp tu la...

.::: Princess MOMOY :::. said...

urm...momoy pun almi masalah yang sama dear
nak tracking semula tak semudah disangka
kalau jumpa nasib
tapi banyak yg tak jumpa
bersabar...
Peristiwa itu masih menhantui diriku...
100 kerja kosong kerajaan sepanjang 2011

EB said...

@Momoy
Tu la pasal..
Eb mampu sabar..
Tapi mereka mampu sabar ka? Hehehe..
Eb harap blogger alert pasal benda ni..
Nampak remeh tp meleceh kn..

Miss Nina said...

sama sama brooo :)

EB said...

@Miss Nina
Sama sama kasih.. hehehe ^^v

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said...

hye..NWM lah kalau pinjam nama sy tu..heheh...betul setuju this entry..susah betul kita nak jejak balik siapa yg tade link..sy alami hal sama :(

new : http://amirazoe155.blogspot.com/2011/02/jatuh-cinta-melalui-twitter.html

EB said...

@Amira Atiya
Hehehe sorry ya guna kmu pnya nama tnpa btnya dulu... btw thanks cOz stuju...

A.s.t.i.n.a said...

Saya rasa mungkin mereka tidak yakin bole berblog.. blogging juga satu bakat yg memerlukan usaha dan keberanian utk mempamerkannya.. atau mamarazi? paparazi?

EB said...

@Astina
Ada kmungkinan jg..
Mungkin mereka hnya suka follow tp x suka d follow balik.. Sbb dOrg hnya suka mbaca means BW la tu..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...