K A W A N

Tuesday, February 8, 2011

Skandal Pantas

بسم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum
"Selamat Sejahtera ke atas kamu semua"


Ya! Saya perlukan kasih sayang seorang Ayah.
Itulah harapan saya, itu semua apa yang saya mahukan.
Semua orang ada Ayah, semua mereka ADA AYAH!!

Kenapa perlu saya katakan bahawa saya TIDAK mempunyai Ayah?
Sedangkan saya ada seorang AYAH!!

Ayah fikir saya mahu dilahirkan ke dunia ini??
Ayah fikir saya mahukan semua ini??

Ayah, saya pernah cakap yang saya tidak akan menyusahkan Ayah.
Saya akan pastikan orang tidak tahu kamu adalah AYAH saya.
Saya akan berdiam diri, jika mereka tanya 'Siapa saya'.
Saya akan tipu mereka dan katakan pada mereka saya bukan ANAK AYAH!!

Tapi Ayah, saya TIDAK akan berhenti untuk menyanyi.
Menyanyi adalah sebab kenapa saya perlu terus hidup.
Untuk terus menghadapi HIDUP ini.
Menyanyi adalah kecintaan saya Ayah!!

Tapi...
Apa kesalahan saya Ayah??
Apa yang telah saya lakukan??
Mata saya, Hidung saya, Telinga saya.
Semua ini daripada Ayah. Semua ini baka Ayah.
Ayah yang buat. Ayah yang BUAT!!

Saya ada disini.
KENAPA AYAH TIDAK MAHU SAYA BERADA DISINI??
KENAPA??!! Kenapa saya disini??

Ini adalah babak dimana ianya boleh menyebabkan air mata jantan boleh berguguran. Babak klimaks dalam sebuah lagi filem Korea yang saya tonton pada malam ini. Sebuah cerita mengenai seorang DJ Radio yang terkenal Hyun-Su Nam (watak yang dimainkan oleh Tae-Hyun Cha) yang menjadi role model dan idola remaja masa kini. Rating dalam sebuah program radionya mula menjulang ketika dia memperkenalkan kisah sedih Hwang-Jeong Nam (Park Bo-Yeong) yang merupakan seorang ibu tunggal yang berusia 22 tahun dan mempunyai seorang anak lelaki yang berusia 6 tahun. Dia sedang berusaha mencari ayah kandungnya yang dia tidak pernah bersua muka semenjak dia dilahirkan dan ingin memperkenalkan anak kandungnya, Gi-Dong (Sug-Hyun Wang) kepada ayahnya. 

Suatu hari, semasa Hyun-Su Nam ke udara. Jeong-Nam telah menelefon dan bercakap secara langsung semasa rancangan itu ke udara. Dia mengatakan bahawa dia sudah menemui ayah kandungnya dan dia ingin bertemu akan ayah kandungnya dengan segera. Hyun-Su memberikan dorongan dan kata-kata semangat agar dia terus berusaha mencari ayah kandungnya dan berdoa agar mereka akan bersatu semula dalam sebuah keluarga yang penuh kasih sayang.

Namun tanpa diduga rupa-rupanya Jeong-Nam itu merupakan anak kandung kepada Hyun-Su Nam. Hyun-Su Nam tidak dapat menerima kenyataan itu dan bermacam-macam cara dia lakukan untuk menafikan semua itu. Namun ujian darah membuktikan bahawa mereka sememangnya adalah anak beranak dan budak kecil itu adalah cucunya. Dia bimbang akan popularitinya dan kerjayanya akan hancur seandainya ada orang tahu mengenai perkara tersebut.

Bermula dari saat itu bermacam-macam dugaan dan rintangan yang dihadapi beliau. Beliau sehabis baik merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan umum. Untuk kisah selanjutnya anda semua kena tengok filem ini. Memang best!!  


Speed Scandal






i aineun jeongmal gwiyeowo
(budak ini sangat comel)





p/s: 
Saya memang suka tengok filem dan drama korea.
Pada lelaki-lelaki di luar sana yang tak suka tengok filem atau drama Korea. Jangan cepat mengata kami, lelaki yang suka tengok filem dan drama Korea. Tidak semestinya semua filem dan drama mereka adalah mengenai Cinta Mati antara si lelaki dan si perempuan. Tidak semestinya semua filem mereka adalah mengenai cinta jiwang-jiwang karat yang sentiasa bermain dengan air mata. Sila tengok terlebih dahulu filem dan drama mereka, barulah anda boleh katakan adakah filem dan drama mereka hanya mengenai CINTA sahaja ataupun tidak. 

10 comments:

MiSs F.A said...

wahhh..EB suke tgk muvi korea rupenye :D

unknown girl said...

huhu..membe laki saya pn ada obses ngan korea.. its ok la :)
btw...budak tu cute! :D

EB said...

@Miss F.A
Hahaha.. Mmg EB suka tngk korea ni since dari kecik lg.. Ni smua pengaruh drpd Mama EB sndiri.. hehehe...

EB said...

@UG
Hahaha sya ada 100 lebih movie dan drama korean..
Koleksi 500G cakera keras sya ni blum abis lg sya tonton.. hahaha..

Maria Azhari said...

waaa... EB nak sikit drama korean..huhuhu

EB said...

@M|A
Boleh2.. Blnjer KFC...
Hahaha....

Maria Azhari said...

huhuhuhu..... Kalau tak nak mcm mn..

EB said...

@M|A
Tak pa la.. Mksdnya tu bukan Rezeki EB la tu...
Hehehe...

Maria Azhari said...

hehehe... kecian bila melihat dengan berkata-kata begitu.. :) EB dwld ke drama2 tu..

EB said...

@M|A
EB ok je la...
kLu kesian terusknla hajat utk blnje eb.. hehehe..
A'aa EB minta abg eb yg donloadkn.. hahaha...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...