K A W A N

Thursday, February 24, 2011

Orang Kita Kaya "Budi Bahasa"

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm



Assalamualaikum,


"Budi Bahasa Budaya Kita"

Seperti yang kita ketahui rakyat Malaysia sememangnya mempunyai budi bahasa yang cukup-cukup tinggi. Keramahan dan kemesraan rakyat Malaysia cukup membuatkan para pelancong tertarik untuk datang bercuti ke negara kita. Selain itu, keunikan budaya dan amalan serta masyarakat yang berbilang kaum tapi mampu bersatu juga antara faktor kenapa Malaysia cukup disegani di mata dunia.

Tapi adakah ianya hanyalah pada suatu masa dahulu?? Sekarang masihkah??

Cuba perhatikan gambar dibawah ini:-

"Tolong menolong" amalan mulia
Rakyat kita memang 'pantas' memberikan bantuan andai berlaku kemalangan jalan raya. Mereka sangat-sangat ringan tulang menghulurkan bantuan dengan membantu membersihkan kawasan kemalangan jalan raya tanpa diminta. Lihat saja pada gambar di atas sudah terbukti rakyat kita sememangnya 'prihatin'.

Oleh itu, atas rasa 'terhutang budi' dan 'berterima kasih', mangsa yang mengalami kemalangan jalan raya tersebut ingin memberikan ucapan terima kasih kepada mereka semua yang "banyak memberikan bantuan". Mari kita lihat ucapan 'terima kasih' sahabat kita yang mengalami kemalangan jalan raya tersebut. Oh sebelum itu, aku paparkan sekali gambar beliau supaya semua pihak mengenali beliau dan nampak lebih ikhlas.

Ahmad Rodzlin Ahmad Murad ditemani adiknya, Putra Mohd. Ahmad Murad menunjukkan paha kaki kirinya di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak, semalam
Ok antara petikan ucapan terima kasih beliau:-

“Hampir satu jam saya terbaring di atas lebuh raya dan tiada seorang pun yang menghulurkan bantuan. Malah, mereka kelam kabut mengutip beras yang bertaburan.

“Tidak cukup dengan beras, beg dan telefon bimbit saya juga diambil. Bayangkan dalam keadaan berlumuran darah, mereka hanya memandang tanpa membantu memberikan kain untuk menutup luka saya,” katanya ketika ditemui di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini hari ini.

Kan aku dah kata rakyat kita memang kaya budi bahasa. Bukan itu sahaja mereka juga kaya beras. Untuk berita penuh anda boleh klik sini - Orang Ramai Sibuk Kaut Beras

Nak tengok lagi orang kita kaya budi bahasa?
Baca entri ini - Kutip Duit | Kutip Dosa?


p/s: Entri ini bukan nak kondem orang kita. Tapi inilah realiti kebanyakan orang kita masa kini. Sekadar renungan dan luahan hati si penulis.

16 comments:

A.s.t.i.n.a said...

Budaya MYOB sudah menjadi dominan kan EB?

EB said...

@A.s.t.i.n.a
Budaya MYOB mmg menjadi-jadi skrg ni...
Ntahla.. Semangat kejiranan da smakin pudar skrg ni...
Disbbkn budaya inilah bnyk budaya -ve timbul dlm khidupan kita sharian...

azzey said...

Mmg memalukan!

EB said...

@azzey
What to do mmg da mcm tu rakyat kita...

bunga said...

mungkin semakin pupus..tapi kita leh buat semangat kejiranan itu kembalik kan EB..yang penting pemuda pemudi zaman sekarang bertindak supaay dapat mengekalkan sikap baik negara kita..

EB said...

@bunga
Buli mesti buli..
Kalau masing2 punya pertimbangan diri yg bagus..
Insha Allah mesti blh..
Tepuk dada tanya iman...

zati embong said...

semalam jat ade baca pasal kutip beras2 tu, xsngka plak drebar dia ade n tercedera.tp logik gak,org leh fikir xkn g curi beras2 2.no wnder diorg x tlg drebar 2.

EB said...

@zati embong
Kalau Jat baca News tu..
sOrg lg kwn dia mati tau...
Sian muda lg kwn kelindan tu..

Beras lg penting dr nyawa org.. hmm...

Nier Zecter said...

beras lg penting dr nyama manusia...aisshhh

MiSs F.A said...

mcm2 org zmn skrg.. tolong pun mcm x ikhlas..x susah nk dpt pahala tp manuisa lbh mgharapkan ganjaran dunia..

EB said...

@Nier Zecter
A'aa beras lg penting kasi makan anak bini..
Rezeki tepi jln bilang bapanye..

EB said...

@MiSs F.A
A'aa tu la pasal..
Ganjaran dunia tu lagi penting buat masa ni...
Hmm minta2 la aku pn x masuk golongan yg mcm ni juga.. MasyaAllah..

d_LA said...

tulah kan..aritu sibuk kutip duit..skang sebok kutip beras..nt kene kat diri sndiri, xde sape nk tlg baru sedar kan..

EB said...

@d_LA
A'aa tu la pasal...
Sian ba pemuda ni...
Xda org tolong dia..
Besar tu lg penting dr nyawa skrg ni..

.::: Princess MOMOY :::. said...

urm...x rasa malu ke makan rezeki yang tak halal?
jadi darah daging
Korang pernah main game ni?"
Coupon makan-makan untuk korang"
Comelnya HEMPEDU ULAR"

EB said...

@.::: Princess MOMOY :::.
dOrg ni da xda kemaluan da ni..
Semua nk senang tu la mcm tu...
Semangat kekitaan da semakin hilang pd diri kita skrg ni..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...