K A W A N

Thursday, February 17, 2011

Bestnya Sambut Hari Kekasih..

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

p/s: Ini adalah sambutan mengenai Hari Kekasih yang saya raihkan..

Al-salāmu'alaykum semua..

Terlebih dahulu saya ingin meminta maaf kerna dah lama tak update blog. Saya perlu berkursus untuk menambah ilmu didada selama 3 hari berturut-turut bermula daripada hari Rabu sehinggalah ke hari esok.

Ok kembali ke pangkal jalan. 

Saya ingin membuat pengakuan dan ingin meminta maaf kepada semua rakan blogger kerana saya telah melanggar janji. Di mana sebelum ini saya pernah melarang keras anda semua menyambut Hari Kekasih dan saya sendiri menyatakan bahawa saya tidak pernah menyambut Hari Kekasih.

Akan tetapi saya telah melarang janji dan memecahkan rekod saya sendiri dengan menyambut Hari Kekasih baru-baru ini. Saya juga telah didapati bersalah dan telah ditangkap serta dijatuhkan hukuman kerana meraihkan Hari Kekasih ini. Malunya apabila begitu ramai photographer mengambil gambar tanpa henti dari semua sudut.

Maafkan saya rakan-rakan semua, Hari Kekasih ini sebenarnya hari yang sangat penting bagi diri saya. Hari yang saya tunggu-tunggu pada setiap tahun. Hari yang sungguh ceria dan penuh warna warni serta penuh dengan semangat bagi diri saya dan para sahabat yang lain. Saya akan buat persediaan seawal mungkin untuk menyambut Hari Kekasih ini dengan penuh kasih dan sayang.

Pada Hari Kekasih ini, saya akan bangun awal, saya akan bersiap dengan sekacak-kacaknya pada hari ini. Walaupun saya seorang yang comel dan tidak kacak langsung, TAPI pada Hari Kekasih ini saya akan pastikan saya adalah yang terkacak sekali antara lelaki-lelaki yang ada pada masa itu. Saya akan pastikan si DIA gumbira dan bangga pada saya.

Oleh itu, saya ingin meminta maaf dan ingin membuat pengakuan kepada semua, bahawa saya dengan rela hati dan bangga dapat menyambut Hari Kekasih. Ya Hari Kekasih! Hari Kekasih Allah, Nabi Muhammad SAW sempena Hari Keputeraan Baginda SAW pada 12 Rabiualawal 1432H (15 Februari 2011). Hari Kekasih Allah ini saya sambut dengan berarak dan berselawat daripada Masjid Putra, Putrajaya ke Masjid Sultan Mizan, Putrajaya.

Bukan saya seorang sahaja yang bangga menyambut Hari Kekasih Allah ini malahan saya bersama lebih 9000 orang muslimin dan muslimat turut sama berarak dan berselawat meraihkan Hari Kebesaran Islam ini. Gema selawat kami ini boleh didengar jelas di setiap penjuru bangunan di Putrajaya. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW ini, kami laungan jelas, seirama dan penuh dengan semangat. 

Hati saya merasa puas dan gembira sekali kerna dapat bersama-sama dengan sahabat handai meraihkan Hari Kekasih Allah sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan bagi Tahun 2011 di Putrajaya. Bestnya sambut Hari Kekasih Allah ini..


"1 Malaysia 1 Ummah"

"All Muslims are like foundation, each strengthening the other, 
in such way they do support each other"
(Abu Musa, Bukhari & Muslim)

12 comments:

A.s.t.i.n.a said...

Wahh EB .. gitulah bah semangat yang bagus.. ramai urg hanya pandai bercerita ja.. ni akn turut sama meraikan.. sa salute oh sama EB

TiKa LEh said...

selamat hari kekasih Allah..

EB said...

@Astina
Yupp smngt mesti semngt ni...
hehehe.. Makasi...
Sorry lama x update blog..

EB said...

@Tika Leh
yUpp selamat Hari Kekasih Allah...

Cik Dya said...

waaa...betol2 sambut hari kekasih Allah.cayalah babe!

EB, soalan pasal reply dekat comment tu ekceli what i did is i follow other people's tutorial.U can google it.There are a lot. But i follow this girl punya.Liyana Lunia

http://www.liyanaa.com/2010/06/memasang-fungsi-balas-komen-di-blogspot.html

Hope it is helpful ya. :)

EB said...

@Cik Dya
Hehehe makasi Akak...
Mesti sambut Hari Kekasih Allah ni..
Lagi best lagi bnyk pahala..
Insha Allah diringankn siksa kubur..

Ok thanks for the info...

SPEK HITAM said...

aku ingat ko memang sambut valentine tadi, baru nak suruh jakim wat serbuan ke blog ko. hahaha

EB said...

@SPEK HITAM
Hohoho...
Gila ka nak sambut benda xda maksud tu..
Buat tmbh dosa ja.. Huuu..
Lau nak sngt tnjuk kasih syg..
Balik umah masakkn utk mama...
Tu lg bgs..
Dan ini sya btul2 buat...

MiSs F.A said...

menyambut hari kekasih Allah lg bermakna :) sng je nk dpt pahala kan?hehe

EB said...

@MiSs F.A
Haa tau xpa..
Lgpn Insha Allah dengan izin Allah, kurangla juga siksa kubur nnti....

~AliFFaNiS~ said...

assalam...bwat suspen jer masa mula2 baca entry nie..rupenye smbut hari "kekasih" tu..alhamdulilah..bagusla..

EB said...

@~AliFFaNiS~
Waalaikumusalam...
Hehehe.. Lau x suspen x seronokla..
Msti x nk baca.. hehehe..
Alhamdulillah...
Thanks tau..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...