K A W A N

Wednesday, February 2, 2011

A to Y + Z | About Me



بسم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum
"Selamat Sejahtera ke atas kamu semua"

Arahan diberi;
"Once you have been tagged, you are suppose to write a note, with 25 random thing, fact, habits or goal about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tag you, it's because I want to know more about you. Your cooperation is highly appreciated.

Lets the story begin,

Actually ada 3 orang yang telah tag saya mengenai entri ini. Terima kasih yang tak terhingga buat saudari Wardah Alisya, Cik Ungu dan seorang lagi saya terlupa siapakah dia tapi yang pasti dia seorang perempuan. Maafkan saya terlupa dan 'Tolong Ingatkan Aku'. Sesuai dengan tajuk entri saya "A to Y + Z", jadi saya akan bercerita daripada A sehinggalah Y (A+Y=25) dan ditambah Z sebagai penutup cerita mengenai diri saya. Bersiap sedialah sebab entri ini akan jadi panjang. Hehehe..

Bismillahirrahmanirrahim.. Dimulakan dengan pujian ke atas Allah atas nikmat dan kesempatan yang DIA berikan, syukur Alhamdulillah saya masih berkesempatan untuk terus berkongsi dan bercerita mengenai diri saya kepada anda semua. Saya akan mengimbas kembali kisah-kisah silam saya untuk dikongsikan sebagai tatapan dan bacaan anda semua. Selamat membaca saya ucapkan, kalau ada yang tidak suka dengan apa yang hendak saya kongsikan saya ingin meminta maaf seandainya anda merasa begitu. Selamat membaca dan semoga terhibur semua.

Ceritanya bermula pada suatu malam pada bulan 30 Oktober pada tahun 1986, maka lahirlah seorang budak yang comel lagi gebu di sebuah kampung di utara sabah iaitu kampung yang bernama Kg.Bangau, Kudat. Saya yang comel ini hanya dilahirkan di dalam rumah dan bukannya diluar rumah di hospital yang mempunyai segala kelengkapan. Kelahiran saya telah disambut oleh seorang bidan kampung yang saya tidak sempat untuk bertanyakan namanya. Buat Mama, ampunkan saya kerana saya lahir secara songsang, maafkan saya kerana menyakiti mama. Syukur Alhamdulillah, mama dan saya selamat.

Dibesarkan dengan penuh kasih sayang di Kuartes Guru SK. Bangau, Kudat selama beberapa tahun selepas dilahirkan dan kami sekeluarga berpindah ke Kota Kinabalu kerana bapa saya telah dipindahkan ke sekolah baru. SK Pekan Telipok adalah sekolah baru untuk bapa saya mengajar dan mendidik anak bangsa. Di Kuartes Guru sekolah itulah saya membesar bersama adik beradik saya yang lain. Oleh kerana tinggal di Kuartes Guru maka kami pun bersekolah di sekolah yang sama dengan tempat bapa kami mengajar. Saya tidak perlu berbasikal atau menaiki bas untuk ke sekolah cukup dengan berjalan kaki. Jimat kos bukan?

EB adalah nama timangan saya. Nama 'EB' ini diberikan oleh abang saya Aminor sejak dari kecil lagi. Apabila abang saya mengetahui yang dia mempunyai seorang adik, maka dia telah diajar untuk memanggil saya dengan panggilan 'adik'. Tapi biasalah dia masih budak lagi dan  panggilan 'adik' telah bertukar menjadi 'EB' apabila abang saya mula belajar memanggil saya. Nickname EB ini kekal sehinggalah ke hari ini dan saya suka dengan nickname yang abang saya berikan ini. Nak eja senang, nak panggil pun senang. Thats why my blog name EB's Wall. Thank you brother.

Futsal adalah sukan kegemaran saya. Saya memang mengilai Futsal. Saya mula bermain Futsal semenjak dari sekolah menengah lagi. Tapi pada ketika itu, sukan ini belum dikenali sebagai Futsal lagi tetapi dikenali sebagai Street Soccer @ Bola Sepak Jalanan. Bermula dari Street Soccer inilah saya mengasah bakat bermain Futsal sehingga ke hari ini. Pencapaian saya dalam sukan Futsal ini memang sangat memberangsangkan walaupun tidaklah sampai ke tahap mewakili negara tapi pernah mewakili negeri/IPTA. Sehingga ke saat ini saya masih bermain Futsal dan akan terus bermain Futsal selagi kudrat dan kesihatan mengalakkan untuk saya bermain Futsal. Ketika menulis entri ini saya baru sahaja selesai bermain Futsal di Galaxy Futsal, Bangi. Majulah Futsal untuk diri sendiri!

Gunung Kinabalu telah saya tawan sebanyak 9 kali iaitu sebanyak 7 kali daripada Timpohon Gate Trail dan 2 kali daripada Mesilau Trail. Saya juga telah menawan puncak Gunung Tambayukon iaitu gunung ketiga tertinggi di Sabah sekali. Keindahan dan kebesaran ciptaan Allah SWT inilah yang menyebabkan saya tidak pernah jemu untuk mendaki Gunung Kinabalu. Tidak dapat saya gambarkan dengan kata-kata keterujaan saya ini tapi apa yang pasti anda kena cuba sendiri untuk memahami keterujaan saya ini. Keterujaan ini telah menyebabkan saya telah menawan puncak Gunung Kinabalu sebanyak 3 kali dalam setahun pada tahun 2007. Saya memang suka melakukan akitiviti lasak. Saya suka hiking, tracking, camping, kayaking dan bermacam-macam lagi aktiviti outdoor dan indoor.

Hari yang tidak akan saya lupakan ialah pada tarikh 10 Oktober 2010 (10.10.10). Tarikh keramat ini bukannya tarikh saya bertunang ataupun melangsungkan pernikahan tetapi ini adalah tarikh di mana saya telah mengalami kemalangan jalan raya. Kemalangan ini telah menyebabkan saya kehilangan kereta Satria Baja Hitam saya buat selama-lamanya. Ya kereta itu 'Total Loss' kerana kerosakan teruk impak dari kemalangan itu. Syukur alhamdulillah saya masih diberi peluang untuk bernafas dan saya tidak mengalami kecederaan yang teruk.  Saya terselamat dan hanya mengalami benjolan pada dahi dan pendarahan pada tangan akibat dari cermin tingkap yang pecah. Saya juga mengalami kebinggungan dan TRAUMA!!. Kemalangan yang disebabkan oleh kecuaian pemandu dihadapan saya yang gagal memberi isyarat terlebih dahulu sebelum mengubah haluan. Akibat kecuaian beliau, saya diseret ke tepi jalan, bertembung dengan pembahagi jalan serta tiang lampu dan menyebabkan saya berpusing sebanyak 3 kali. 

Impian. Setiap orang pasti punya impian begitu juga dengan saya. Saya ada banyak impian, jadi saya akan senaraikan impian-impian saya seperti berikut;
  1. Saya nak balas jasa kedua orang tua saya yang membesarkan saya. Walaupun saya tahu jasa mereka terlalu banyak buat saya dan saya tidak akan terbalas akan jasa-jasa mereka.
  2. Saya ingin membeli/membuat rumah yang besar dan selesa buat seisi keluarga saya.
  3. Saya ingin memiliki seorang isteri yang solehah. Isteri yang betul-betul mencintai saya yang sanggup menerima dan menjaga saya dan keluarga saya dan juga keluarga dia.
  4. Saya ingin mendalami lagi bidang photography sedalam-dalamnya dan Insha Allah saya ingin memiliki Studio sendiri.
  5. Semestinya saya ingin berjaya dalam hidup saya di dunia dan di akhirat nanti. Insha Allah.
Jangan mencari kawan, biar menjadi kawan. Prinsip ini adalah prinsip yang saya gunakan semasa berkawan. Kawan ada bermacam rupa dan bermacam ragam. Mama kata berkawanlah dengan orang yang pandai tapi tersalah cari kawan terkawan dengan orang yang pandai menipu, pandai membohong, pandai menghasut dan bermacam pandai lagi. Masalah! Penyelesaianya, berkawanlah dengan bijak. Jika kamu tahu kawan kamu itu tidak elok perangainya maka tinggalkanlah dia perlahan-lahan. Sedangkan awek yang melibatkan hati dan perasaan mampu direject kenapa tidak kawan yang tak elok perangainya. Berpada-padalah dalam memilih kawan. 

Kementerian Kewangan Malaysia adalah sumber rezeki saya ketika ini. Saya telah berkhidmat lebih 2 tahun di Kementerian ini. Di tahun ketiga ini saya merancang untuk berpindah Kementerian/Jabatan, untuk menambah pengalaman ditempat baharu. Saya bekerja sebagai seorang Sekretariat mesyuarat. Walaupun latar belakang pendidikan saya ialah dalam bidang Kejuruteraan dan saya langsung tidak mempunyai latar belakang pendidikan sebagai seorang Urusetia Mesyuarat, saya terima semua ini sebagai cabaran dalam pekerjaan saya. Syukur alhamdulillah sehingga ke saat ini saya dapat mengawal semuanya dengan baik. 

Lepas SPM, saya tidak terlibat dengan PLKN. Kesempatan ini saya gunakan untuk mencari pengalaman bekerja. Saya bekerja di Innoprise Wood Sdn. Bhd. sebuah kilang kayu. Saya berkerja selama 2 bulan di kilang itu. Saya memang seorang pekerja yang rajin, selama 2 bulan itu saya bekerja dari jam 8.30 pagi sehingga jam 5.30 petang dan saya akan sambung lagi OT sehingga ke jam 11.00 malam. Rajinkan? Ini semua disebabkan saya ingin membeli sebuah HP jadi saya perlu bekerja lebih masa untuk mendapatkan duit lebih. Akhirnya saya dapat membeli HP Samsung polifonik latest edition ketika itu. Saya bangga sebab saya tak perlukan duit ibubapa saya untuk membeli HP seperti budak-budak sebaya saya.

Memasak adalah salah satu hobi saya juga. Saya lebih suka memasak makanan saya sendiri daripada makan di Restoran atau kedai-kedai makan. Ini kerana saya tidak suka untuk mengkritik hasil air tangan orang lain. Kesian.. Kadang kala makanan yang dimasak di restoran tidak memenuhi citarasa kita kerana makanan-makanan itu tidak dimasak dengan kasih sayang. Cuba anda balik kampung nak rasa masakan mak kamu, biarpun mak kita hanya masak menu yang ringkas contohnya Sardin Masak Tomato tapi kelazatan dan keenakan jelas terasa dan tiada tandingannya. Inilah makanan yang dimasak dengan kasih sayang. 

Nuruldilla Ludin, seorang perempuan yang berjaya memikat hati saya. Dia meminati karya-karya saya, memahami saya, menyayangi saya dan dia juga sentiasa menyokong apa juga bidang atau perkara yang ingin saya ceburi. Dialah yang menjadi tulang belakang saya selama ini, yang mana banyak menyokong saya sama ada dari dalaman mahupun luaran. Merupakan seorang tenaga pengajar yang mendidik anak bangsa nun jauh di Bintulu, Sarawak sana. Saya dan dia sedang mengambil 'PJJ' sekarang ini. Walaupun banyak dugaan dan rintangan yang akan dihadapi selepas ini, saya berharap dia akan terus bersabar dan tabah dalam menghadapi liku-liku kehidupan ini. Terima kasih kerana sentiasa bersama saya walau dalam apa hal sekali pun. Saya sayang kamu.

Orang-orang yang saya ingin temui:
  1. Ibubapa dan adik beradik-beradik saya
  2. Sahabat-sahabat sewaktu berada di sekolah rendah/menengah/IPTA dahulu
  3. Insan yang bergelar isteri dan anak
  4. Rakan-rakan bloggers yang telah menjadi followers saya
  5. Rakan-rakan Photography/Videography
  6. Ronaldinho/Christiano Ronaldo/Wayne Rooney/Park Ji Sung
  7. Pemain-pemain bola sepak Malaysia
  8. Orang yang sentiasa menyokong saya sama ada secara langsung mahupun tidak langsung
Photography adalah suatu hobi mewah yang saya sangat-sangat minati. Saya memang cukup-cukup taksub dan teruja dengan angle, composition, tone, story of the picture dan bermacam-macam lagi benda dalam sesebuah gambar. Saya sedar saya buka Otai dalam bidang ini dan saya masih lagi hijau dalam dunia photography ini. Oleh itu saya akan terus belajar dan belajar lagi untuk memantapkan skills dan ilmu dalam bidang ini. Syukur saya punya rakan yang tidak jemu untuk mengajar serta memberi kritikan dan komen agar saya terus maju dalam bidang ini. Thanks 'Focal Oblique Team" untuk ilmu ini. "Photography make us family.."

Quiksilver adalah salah satu brand yang saya minati. Saya mempunyai 4 pasang selipar jepun Quiksilver yang berharga RM70.00 setiap satu. Sungguh membazirkan. Selipar jepun pun beli kat Quiksilver. Bukan apa semua ini kerana minat. Selain itu, saya juga mempunyai 3 pasang kasut Quiksilver yang berharga RM250.00 - RM300.00 sepasang dan kemungkinan besar saya akan menambah lagi koleksi kasut saya ini. Selain kasut dan selipar, saya juga meminati stuffs yang lain seperti key chain, t-shirt, jeans dan macam-macam lagi. Quiksilver tau bukan Quicksilver.

Result SPM saya tidaklah segempak mana tapi syukur Alhamdulillah saya dapat juga melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. UiTM Sabah ada tempat pertama saya menyambung pelajaran saya di peringkat Diploma akan tetapi dek kerana saya mula bosan untuk belajar ilmu perakaunan saya telah berpindah ke Politeknik Kota Kinabalu, Sabah untuk menyambung pelajaran saya dalam bidang Kejuruteraan Elektronik. Pada semester pertama saya mengalami kejutan budaya kerana saya tidak langsung mempunyai basic dalam Kejuruteraaan. Namun semua itu saya dapat hadapi dengan tenang berkat pertolongan daripada Pensyarah dan rakan-rakan lain. Alhamdulillah saya lulus dengan cemerlang.

Sabtu adalah hari yang ditunggu-tunggu kerana hari Sabtu merupakan hari cuti kepada semua orang dan terutamanya penjawat awam seperti saya. Hari Sabtu akan digunakan sepenuhnya untuk beristirehat setelah 5 hari berturut-turut penat dan bosan bekerja. Hari Sabtu ini sangat indah kerana saya dapat menyambung tidur selepas selesai mendirikan solat Subuh. Hari Sabtu dan Ahad adalah hari untuk menonton perlawanan bola sepak kelab terchenta saya Manchester United. Menonton bersama rakan-rakan di kedai Mamak memang sangat-sangat menghiburkan. GGMU!!

Tanpa keluarga disisi memang membuatkan diri ini terasa amat-amat rindu kepada mereka. Kini saya bekerja dan menetap di Wilayah Persekutuan Putrajaya dan keluarga saya berada di Kota Kinabalu, Sabah. Di Tahun Baru Cina ini saya tidak dapat balik ke kampung halaman, hanya doa yang dapat saya panjatkan kepada orang tua saya. Semoga mereka sentiasa dalam keadaan sihat. Mama, bapa dan adik-adik yang lain EB rindu kamu semua. Tak boleh taip panjang-panjang lagi nanti sedih.

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) adalah Universiti yang pernah saya pergi untuk pertandingan kayak Inter-Universiti. Saya berkayak mewakili Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) dalam kategori TK1. Pada mulanya kategori kayak itu adalah dalam kategori K1 bukan TK1, namun kami meminta jasa baik penganjur agar ditukarkan kepada kategori TK1 memandangkan tidak ramai yang tahu mengendalikan kayak K1. Gila sempit dan susah nak kawal kayak K1.

Videography juga merupakan salah satu kegilaan bagi saya. Saya amat-amat meminati hasil kerja daripada CST Production dan ramai lagi photog yang merakam video menggunakan DSLR. Sangat-sangat menakjubkan dan mengujakan saya. Saya ingin mendalami lagi ilmu Videography ini dan satu hari nanti saya ingin membuat Videography ini bersama-sama adik saya Adznor dan kami akan selitkan dalam pakej perkahwinan yang kami sediakan. Insha Allah. 

Wilayah Persekutuan terbahagi kepada tiga. Tahukah anda apakah wilayah-wilayah itu? Bukan Wilayah Celcom mahupun Digi atau Maxis tapi ini adalah tiga buah negeri yang berbeza di wilayah masing-masing. Tiga wilayah itu adalah Wilayah Persekutuan Putrajaya (tempat saya menetap sekarang), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan Wilayah Persekutuan Labuan (Ya W.P. Labuan bukan sebahagian daripada Sabah, jangan silap). Wilayah Persekutuan Labuan merupakan rumah kedua bagi saya.

X-file adalah salah satu drama yang saya minati suatu masa dahulu. Jalan ceritanya sentiasa membuatkan orang tertanya-tanya apakah yang akan berlaku selepas itu. Tapi sekarang ini saya sudah terlupa sepenuhnya mengenai drama itu. Maaf..

Ya! Saya anak kedua daripada 5 orang adik-beradik. Kami hanya mempunyai seorang adik perempuan iaitu yang bungsu sekali. Bertuahkan adik saya kerana dia mempunyai 4 orang abang yang hensem dan comel. Abang yang sulung sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan dan sedang menunggu ketibaan anak yang kedua sekarang ini. Maaf kerana saya hampir terlupa bercerita mengenai perkara ini.. Hehehe..

Zaman sudah berubah dan kini kita sudah di tahun baru 2011. Semakin banyak benda yang berubah semakin ramai orang yang berubah. Harga barang juga semakin meningkat dari masa ke semasa. Walaubagaimanpun kehidupan ini perlu diteruskan. Semoga daripada karangan 'pendek' saya ini anda akan mendapat gambaran tentang saya dan lebih mengenali saya. Maaflah sebab anda perlu membaca panjang lebar tulisan saya. Kalau yang sudi baca terima kasih banyak-banyak yang tak sudi baca sama-sama kasih. "Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah, dan yang buruk, tak comel, tak hensem semuanya datang dari diri saya sendiri.." Terima Kasih!



25 orang pilihan hati ku:

p/s:
Kepada sesiapa yang EB tag, jika anda sudah pernah buat entri seperti ini sila abaikan tagging EB itu. Juga kepada sesiapa yang tidak berminat untuk buat entri ini EB tak marah dan sila abaikan juga tagging tersebut. Kepada yang berminat anda tidak semestinya buat entri ini sepanjang lebar seperti EB buat anda boleh buat ikut kreativiti anda sendiri okay..
Selamat semua.

24 comments:

Dark Chocolate said...

aiyoo..DC dah pernah buat la...huuuu...

tk yh buat lagi la eh..kalo nk bace, tgk kt link bwh ni k ^_^

http://coklatakusuka.blogspot.com/2010/11/25-random-things-about-me.html

nuur an nor said...

ai..thanx sbb tag...
sy budak baru..
sebenarnya ni utk pe ek saudara eb?

EB said...

@DC
Ni mesti x baca p/s eb kat bawa kn..
Ok xpa nnti eb baca link DC tu k...
hehehe.. ^^v sorry la eb plh random ja td..

EB said...

@NAN
Hai..
Oh NewBie ek..
Xpe Newbie mcm awak la yg sesuai bt benda mcm ni..
Knapa perlu bt?
Hehehe scara tdk lngsung org akan kenal kat awak..
Pastu blh tmbh kenalan..
Blh tmbh traffic..
Just for fun actly..
tp dlm masa yg sama ada benefit jg..

Adyshariz said...

eb, macih tag akak, nanti balik kl akak buat..kat kmpg ni, beruk band slow cam siput, balik pakai streamix baru semangat..tunggu ya

EB said...

@Adyshariz
Hehehe ok akak.. Biasala tu..
Berukband eb ni lg la lau bawa balik Sbh mmg kojol terus lngsng xda line.. Sbb kat sbh xda P1wimax lg.. hehehe..
Ok xda hal la kak.. Take ur tym biasala tu cuti2 Mlysia..
Gong Xi Fa Chai..

bunga said...

hee..cam nak wak jer..InsyAllah ada masa bunga wak..bunga masih belajar ni..xtau la betul ke x..hee..lau tiru2 eb boleh ke??/haakk..

fatin nabillah :) said...

thanks EB , Insya-Allah , nanti fatin buad :)

EB said...

@Bunga
Hehehe.. buat biasa2 pn blh..
Nak tiru mcm eb bt pn blh jg..
Terpulang la.. Tp lau mcm eb pnya ni ambik masa jg la.. hehehe.. nak bt dr no.1-25 pn x kisah.. teplng mana yg senang bg bunga. hehehe..

EB said...

@Fatin Nabillah
My pleasure.. Ok..
Xpa take ur time..

Noorhasmira said...

Hi EB. dah siap tag tuh.
~salam kenal~
penat cik mira mengarang nih! hehe

MiSS Fyda said...

EB tq sebab tag... later saya buat...

LoLypop said...

thanks sayang...
ailebiuh ^^,

MyMye MyMya said...

tq 4 tag me....insyallah...sy join nnt ^_^

EB said...

@Mira
Hai Mira.. Takde hal la..
Salam Kenal jg...
EB baca skrg jg..

EB said...

@Miss Fyda
No biggie.. Ok take ur time..

EB said...

@Oh My Lolypop
Ailebiuh too...

EB said...

@MyMye
No biggie..
Ok take ur tym..

cik ungu said...

gla la awk . hambik i , dari a smpai z tu . hee . bagus2 , dr tulisan awk sy tau awk jenis y mcm mana . sejuk perut ibu mengandung c:

EB said...

@Cik Ungu
Hehehe.. sorryla teruja sngt nak bCerita..
Sorry2.. Ni pn da pendekkn ni.. Mula tu lagi pnjg.. hehehe... Thanks awak... Hehehe..

siti fatimah said...

tq tag :) haishh saya ni dah la pemalas nak menaip :DD hee
tapi akan di usahakan juga :P

EB said...

@Siti Fatimah
Hahaha.. xpela.. lau mls nak taip pnjg2 mcm ni..
Bt la ringkas2 je.. hehehe...

Aida Radzi said...

Eb... :)
xpe...ida x salah kan eb pon..bese la 2...tengs sb sudi jwp..
best & kreatif :)

EB said...

@Aida
Thanks tau...
EB syg kwn2 eb..
Hehehe biasa2 je...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...