bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm
©2011 | Abang haus sayang |
Assalamualaikum,
Hai semua. Ingat lagi tak gambar kat atas ni? Mesti ramai yang tak tahu dan ramai yang dah lupa rasanya. Ok kita imbas kembali mengenai gambar ini. Pada 3 Februari 2011 bersamaan dengan hari Khamis, saya telah membuat entri mengenai gambar ini. Ok cakap banyak nak terangkan pun tak guna, jadi anda semua boleh klik sini - "Sekilas Pandang".
Secara ringkasnya, saya ada bertanyakan kepada rakan-rakan semua dengan ayat yang berbunyi lebih kurang macam ni:-
"Ok melalui gambar ini, saya ingin bertanyakan pendapat anda semua mengenai situasi yang berlaku di dalam gambar tersebut. Apakah pandangan pertama anda apabila anda melihat gambar tersebut? Apakah pendapat anda mengenai dua orang insan tersebut? Pendapat dan pandangan awal anda melihat gambar ini amat saya alu-alukan. Selamat memberikan pendapat dan pandangan."
Ok antara jawapan/pandangan yang diberi:-
Sila klik kalau bijak |
Terlebih dahulu EB nak ucapkan terima kasih buat mereka yang sudi menyusahkan diri untuk komen gambar itu. Terima kasih bebanyak. So rakan bloggers yang lain bolehlah add mereka yang memang super duper cool ni:-
Ok, berbalik kepada gambar tersebut. Saya akan ceritakan apa yang berlaku sebenarnya disebalik gambar tersebut.
Situasi seperti ini seringkali berlaku di merata tempat tak kira masa. Pada permulaannya memang menjengkelkan untuk dilihat. Apatah lagi ianya berlaku di depan mata anda.
Situasi ini berlaku di dalam sebuah bas mini. Bas-bas mini seperti ini sememangnya merupakan pengangkutan awam yang utama di negeri Sabah. Kalau nak cerita pasal bas mini ni boleh buat satu entri baru ni. Hahaha..
Ok apa yang berlaku kita saya berada di belakang tempat duduk mereka adalah; Pada permulaannya si Gadis ini sedang enak menjamu selera dengan jeruk jambu. Kemudian disuapkan jeruk jambu itu kepada si Lelaki. Ok saya biarkan, tak nak ambik gambar lagi.
Setelah selesai menghabiskan jeruk jambu itu, si Gadis mengeluarkan pula satu bungkusan. Oh! bungkusan ini adalah Buntut Ayam Panggang. Harum semerbak satu bas mini dengan haruman Buntut Ayam Panggang. Aku tak tergoda pun. (<-Tipu) Maka edisi membelasah Buntut Ayam Panggang antara mereka pun bermula, mereka makan dengan rakusnya (<-Tipu).
Seperti tadi, lelaki ini masih tak nak suap diri sendiri. Si Gadis kusyuk dan tawaduk menyuap si Lelaki. Aku rasa pelik bin ajaib. Hati jealous ini berkata, "Mana tangan lelaki ni? Dalam bas pun nak manja-manja.. Perempuan ni pun satu.. Agak-agaklah.. Hmm.." Aura ketidaksenanghatian mulai timbul.
Lantas aku mengeluarkan DSLR ku yang besar gedabak itu dan settingkan ISO/Shutter/Aperture yang sesuai dan bersedia untuk mengabadikan moment antara mereka berdua. Percubaan pertama, GELAP! Aku salah setting ISO. Percubaan ke-2, cun seh! Gambar yang terhasil adalah seperti gambar di atas, moment|candid yang kira okaylah. Not bad kan?
Selesai minum air mereka pun berehat, bercerita, berkasih-kasihan dan bermanja-manja. Aku abaikan. Malas nak layan nanti jealous.
Dalam jarak kurang 100m aku akan sampai ke destinasi aku. Jari sudah berada tepat pada loceng bas. Teeeettt!! bunyi loceng bas. Bas berhenti tepat di jalan masuk ke taman perumahan aku.
Seperti yang anda maklum ruangan bas mini memang agak sempit dan kita perlu tunduk untuk keluar daripada bas tersebut. Ketika hendak keluar daripada bas mini tersebut aku sempat melihat ke arah lelaki itu. Ingin mengetahui sama ada dia OKU atau sebaliknya.
*********************************
Deng! Aku dah fikir yang bukan-bukan pasal lelaki ni. Aku dah fikir yang buruk pasal dia, pasal mereka. Rupa-rupanya..........
"He was holding a baby in his arm.."
Sob sob.. Aku jahat, fikir yang bukan-bukan pasal mereka.. Huuuu..
Aku ambik gambar mereka dengan niat nak buruk-burukkan mereka.. Niat aku jahat!
Huu.. Maafkan aku.. Kalau kita bertemu lagi aku nak bagi gambar ni kat kamu berdua..
Kesimpulan:
Seorang ulama terkenal Syeikh Abdul kadir al- Jailani pernah berpesan kepada kita dengan katanya:
Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah SWT jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".
Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu)
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepada-Nya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku".
Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu)
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."
Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu)
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."
Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu)
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepada-Nya padahal aku mengetahui akibatnya. Aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."
Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu)
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk".
8 comments:
prasangka itu biasanya negatif dulu.. syukur kita insaf..
@A.s.t.i.n.a
Yupp juga disebabkan persekitaran dan gaya hidup skrg ini cenderung membuatkan kita berfikir dan beranggapan sedemikian.
Alhamudulillah..
"Manusia lebih suka melihat keburukan orang daripada menteladani kebaikan orang.."
oo salah teka.huhu O.o
a ah, xterfikir langsung..:)
@zati embong
Hehehe is okay Zaty...
Ada sebab napa eb tnya 1st...
Hehehehe..
Xda jawapan yg slh.. smua betul..
Masing2 pnya pdpt..
haha. 1st tym bace.. suke la entri nihh. actly, fay pun da pk buruk2 td. hehehe
wei..tak baek ko..sian mereke. sweet taw.
tp lau aku jd ko aku pun nyampah gak kot.hehe
tp takdela jaat cam ko smpai nk amek gambo!
papepun, nice entry^^
@MiSs F.A
Hee... ^^v
That y tajuknya "Sekilas Pandang"
Biasala tu.. Tp at least kita dpt pgajaran dr benda2 mcm ni kn..
@Amira Naddia
Hehehe.. Maafkn aku penunggu gua..
Alaa EB kn mmg suka ambik gmbr..
Mmg da photog keja dia mcm tu..
Actly gmbr ni sweet..
tpyg mburuknya adalah niat eb yg x baik..
Tu masalahnya.. huuu..
Gmbr ok x?
Post a Comment