بسم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm
Al-salāmu'alaykum
"Selamat Sejahtera ke atas kamu semua"
Waktu cuti saya ini saya 'manfaat'kan dengan melayan beberapa buah filem Stephen Chow tanda saya meraihkan Tahun Baru Cina. Filem-filem beliau sungguh menceriakan keadaan dan membuatkan saya tidak henti-henti ketawa melihat lawak spontan dan aksi-aksi yang dilakonkan beliau. Aksi-aksi nakal dan spontan yang sungguh mencuit hati para penonton.
Antara movie Stephen Chow yang saya tonton hari ini:
Legend Of The Dragon (1991) |
Flirting Scholar (1993) |
From Beijing With Love (1994) |
Forbidden City God (1996) |
Ada banyak lagi movie beliau yang ada dalam simpanan saya yang belum sempat saya habiskan. Insha Allah saya akan habiskan dalam masa terdekat sempena musim cuti dan Tahun Baru Cina ini. Tidak dinafikan memang ada peningkatan dalam setiap movie beliau dari tahun ke tahun dan saya mengikut perkembangan filemnya. Saya akan pastikan saya tidak ketinggalan untuk menonton setiap kali filem barunya keluar.
Sedikit info mengenai Stephen Chow;
Nama:
Chau Sing Chi
Tarikh Lahir:
22 Jun 1962
Pekerjaan:
Pelakon, Penulis Skrip, Pengarah dan Produser
Kejayaan yang telah dikecapi beliau:
Hong Kong Film Awards
Best Actor
2002 Shaolin Soccer
Best Director
2002 Shaolin Soccer
Golden Bauhinia Awards
Best Actor
1996 A Chinese Odyssey
Best Director
2002 Shaolin Soccer
Hong Kong Film Critics Society Awards
Best Actor
1996 A Chinese Odyssey
Golden Horse Awards
Best Director
2005 Kung Fu Hustle
Best Supporting Actor
1988 Final Justice
TVB Anniversary Awards
Jade Lifetime Achievement Award
1999
Other Awards
Asia Pacific Film Festival
Best Actor
1992 Justice, My Foot
Blue Ribbon Awards
Best Foreign Language Film
2003 Shaolin Soccer
Amsterdam Fantastic Film Festival
Silver Scream Award
2005 Kung Fu Hustle
Sungguh banyak award yang telah dimenangi beliau.
Jom kita lihat wajah beliau;
Stephen Chow |
Dia nampak berusia. Tapi filem-filemnya tetap menjadi keminatan kami adik-beradik. Oleh kerana Stephen Chow ini juga berbangsa Cina maka dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat Tahun Baru Cina kepada beliau dan semua saudara mara saya yang berbangsa Cina dan tidak lupa kepada seluruh rakyat Malaysia yang meraihkan perayaan ini. Tahun Baru Cina tahun ini jatuh pada Tahun Arnab. 1Malaysia! 1Kedamaian!
Gong Xi Fa Chai!
Ang Pau Lai Leh!
p/s: Nak sambung tengok movie Stephen Chow lagi...
No comments:
Post a Comment