K A W A N

Monday, August 1, 2011

3 Golongan

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.


Ada 3 golongan manusia yang menyambut Ramadhan Al-Mubarak:-

Pertama (1)
GEMBIRA!!


Kedua (2)
SEDIH!!


Ketiga (3)
TAK PEDULI!!

1. Kenapa GEMBIRA?
Daripada Abu Hurairah RA berkata apabila tibanya Ramadhan Nabi SAW bersabda:
"Telah datang kepada kamu satu bulan yang penuh berkat di mana padanya telah diwajibkan berpuasa, dibuka pintu-pintu syurga, dan ditutup pintu-pintu neraka serta dibelenggu syaitan, padanya terdapat satu malam yang lebih baik dari seribu bulan sesiapa yang terhalang daripada mendapat kebaikannya sesungguhnya dia adalah orang yang malang"

2. Kenapa SEDIH?
Sebahagian orang ada yang merasa sedih dengan datangnya bulan Ramadhan dan merasa suka jika bulan Ramadhan berlalu begitu sahaja. Ini disebabkan mereka beranggapan bulan Ramadhan akan menghalangi mereka melakukan kebiasaan maksiat dan menuruti syahwat. Mereka berpuasa sekadar ikut-ikutan dan sambil lewa. Kerana itu mereka lebih mengutamakan bulan-bulan lain daripada bulan Ramadhan. Padahal ia adalah bulan penuh barakah, ampunan, rahmat dan pembebasan dari Neraka bagi setiap muslim yang melakukan kewajipan-kewajipannya dan meninggalkan setiap yang diharamkan atasnya, mengerjakan segala perintah dan menjauhi segala yang dilarang.

3. Kenapa TAK PEDULI?
Bagi golongan ini, bulan Ramadhan ini tiada bezanya dengan bulan-bulan yang lain. Mereka langsung tidak peduli apa yang berlaku disepanjang bulan Ramadhan ini. Mereka makan dan minum sesuka hati, mereka banyak memberi alasan untuk tidak berpuasa, mereka menganggap bulan Ramadhan ini adalah bulan untuk bermalas-malasan. Mereka juga menganggap bulan Ramadhan ini adalah bulan untuk berpesta dengan pelbagai juadah makanan dan mereka suka membazir.


Bagaimana sepatutnya puasa kita?
Puasa itu merupakan benteng, apabila seseorang  berpuasa maka janganlah dia bercakap kotor dan  berbuat jahil. Apabila orang ingin bergaduh dengannya atau mengutuknya hendaklah dia berkata, "Aku berpuasa" sebanyak dua kali. Demi tuhan yang mana nyawaku ditangannya sesungguhnya bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi, dia meninggalkan makan, minum dan syahwatnya semata-mata untukku (Allah). Sesungguhnya puasa itu untukku maka aku yang membalasnya, dan setiap kebaikan akan dibalas sepuluh kali ganda (Riwayat Bukhari).


p/s: Anda rasa anda di golongan mana?

10 comments:

Sufy said...

insyaAllah, sy mahu jdi yg gembira...:)

EB said...

@Sufy
Insha'Allah..
Marilah sama-sama kita menjadi yg gembira dalam bulan Ramadhan ini...

SITI ARFAH said...

InsyaAllah sy pastinya mau brada dlm glongn gembira. :)

EB said...

@Siti Arfah
Insha'ALLAH... Amin...
Marilah kita sama² meningkatkan amal ibadah kita dalam bulan yg penuh barakah ini..

Anonymous said...

cube menjadi yang terbaik, tp mcm biasa la, dugaan nye maha hebat. smg Allah melindungi kita.

Puteri said...

gumbira..gumbira semestinya..
leh tambah pahala..
leh tingkatkan amal ibadat..
leh rehatkan perut..(dia pon nak cuti juga)
dan bulan ini saja la leh jumpa pelbagai jenis makanan yg sedap2..tapi jgn membazir...

EB said...

@cantekk
A'aa itu sudah semestinya.. Dugaan itu perlu ada barulah kita dapat merasa nikmatnya..

EB said...

@Puteri
Salam Ramadhan Puteri..
Yupp sewajibnya kita bergumbira dengan kedtgn Ramadhan bulan yg penuh barakah ini..
Smua itu benar belaka..
Bab mkn tu mmg betul tp ntah knapa dr dulu eb x pernah tertarik apa yg ada d bazaar ramadhan.. Eb suka kalau ada bakar².. hehehe

zati embong said...

eb,selamat berpuasa,mari kita perbanyakkan amal di bulan keberkatan ni.

EB said...

@zati embong
Ye Jat.. Selamat berpuasa dan selamat berbuka puasa juga... Insha'ALLAH kita perbanyak2kn la amalan kita.. kta kumpul keberkatan itu..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...