K A W A N

Tuesday, August 2, 2011

Allah Cintakan Kita

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Salam Ramadhan buat semua yang membaca dan juga yang melihat entri ini. Alhamdulillah  syukur ke hadrat Ilahi dapat kita bertemu lagi di hari ke-2 Ramadhan bersamaan dengan 2 Ogos 2011 (Selasa). Tahun ini kita bersyukur kerana kita akan menyambut 2 bulan pembebasan dan penuh kehormatan. Dua bulan itu adalah bulan Ramadhan Al-Mubarak dan bulan Ogos, yakni bulan Kemerdekaan bagi seluruh rakyat Malaysia sempena Ulang Tahun Kemerdekaan kali ke-54 tahun bagi tahun 2011 tahun ini. Alhamdulillah kita masih berkesempatan untuk menikmati pemberian Allah SWT ini.

Ok tajuk entri saya hari ini berbunyi begini "Allah Cintakan Kita". Sememangnya semua orang tahu bahawa cinta yang agung itu cuma cinta kepada Allah yang Maha Esa lagi Maha Penyayang. Dan kita tahu kita adalah manusia yang sentiasa berada dalam kesesatan dan kelalaian serta sering melupakan Allah SWT. Oleh kerana cinta dan sayangnya Allah kepada kita maka dijadikan 1 bulan yakni Ramadhan daripada 12 bulan untuk kita WAJIB berpuasa serta memohon keampunan dan bersungguh-sungguh memperbanyakkan amalan agar dapat DIA mengampunkan dosa-dosa kita di 11 bulan yang lain. Sesungguhnya cinta Allah SWT ini tiada tandingan dan tiada sempadannya.



Pernah tak kita bertanya pada diri kenapa "Sahur" itu dilakukan pada waktu Subuh? Kenapa bukan pukul 8.00 pagi atau waktu Zuhur? Kenapa ye?

Jawapannya cukup-cukup indah dan mudah, kerana cintanya Allah kepada kita manusia yang sentiasa lalai maka dibuatnya Sahur pada waktu Subuh kerana waktu subuh adalah waktu yang paling sukar sekali untuk kita bangun. Waktu Subuh inilah kita seringkali terbabas dan lalai untuk solat Subuh. Maka dijadikan Allah bulan Ramadhan dan dibuatnya Sahur pada waktu Subuh supaya kita tidak lalai lagi. Percaya atau tidak siapa yang tak kunci jam untuk bersahur? Siapa yang tak set alarm pada handphone menanti waktu sahur? Siap ada mercun bola, periuk api lagi untuk kejutkan bangun sahur bukan? Itulah hikmah Sahur sebenarnya, Sahur itu sunat yang wajibnya solat Subuh. Nampak tak cantiknya agenda Allah disini. 

 

Dan kenapa "Berbuka puasa" dibuat pada waktu Maghrib? Kenapa tak buat pada waktu Isya'? Kan best macam ni sahur pukul 9.00 pagi, berbuka puasa pukul 9.00 malam. Kenapa tak macam tu?

Sekali lagi jawapannya lebih kurang sama maksudnya seperti bersahur. Ini kerana pada waktu Maghrib inilah kita seringkali kita lalai, seringkali kita lewat-lewatkan. Waktu inilah semua orang baru nak balik rumah tapi ada juga yang tak reti nak balik rumah. Mungkin lupa rumah katner hehehe. Ada yang baru balik dari main bola, futsal, baru nak tengok wayang dan macam-macam lagilah. Tapi bila di bulan Ramadhan ini, waktu Maghrib telah menjadi waktu yang ditunggu-tunggu untuk berbuka puasa. Setengah jam sebelum berbuka dah duduk kemas kat meja makan menunggu Azan Maghrib untuk berbuka puasa. Selepas selesai berbuka puasa kita akan ke modul seterusnya iaitu Terawih. Inilah agenda tersirat Allah sebenarnya kalau diselami sebaik mungkin. Indah bukan?

Renung-renungkan dan selamat beramal..


p/s: Sesungguhnya Ramadhan ini sungguh banyak keberkatannya.
p/s/s: Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah SWT, ketidaksempurnaan serta kesilapan itu datangnya dari hamba Allah yang hina ini. Salam Ramadhan.

14 comments:

Anisa Hang Tuah said...

Islam adalah agama yg indah.

semoga kita semua mendapat keberkatan.

EB said...

@Anisa Hang Tuah
Ya.. Indah malahan sungguh Indah Nis..

Insha'Allah semoga keberkatan itu sentiasa dkt dengan kita. Amin.

Najwa Sofwani said...

selamat berpuasa :)
jom berusha kearah yg lebih baik,!!

EB said...

@Najwa Sofwani
Selamat berpuasa... ^_^
Jom.. Berusaha ke arah kebaikan terus menerus..

Sufy said...

sayhdu n bahagia berada dalam bulan ramadhan kan abg ebi..;) jgn tinggal posa n terawih k..

zati embong said...

Amin..senyum jat baca tau eb.

adan said...

agenda yang aku sendiri tak meneyedarinya.. thanks buat entri ni..

EB said...

@Sufy
Tu la psl.. Sngt² syahdu n indah.. Banyak fadhilat Ramadhan yg kita x sedar sebenarnya.. Insha'Allah takkn tngl posa n terawih..

EB said...

@zati embong
Heee... bgsla klu ada yg menarik smpi tersenyum..

EB said...

@adan
Bnyk lg agenda tersirat yg cukup indah sebenarnya.. Cuma kita sedar x sedar shja.. Lg 1 jgn berpuasa ikut adat tp ikut la syariat Islam..

Anonymous said...

ermm ni la hikmah nye kan, tp ramai yang tak prihatin. buat cam biasa, sahur, sahur lah..buke, buke lah.. ada jgk tu lpas sahur awal, tdo balik. xde nk tunggu subuh.. time bbuke plak, makan semahunya, mcm smggu xjmpe nasik..dah knyg, smyg pon malas..

EB said...

@cantekk
A'aa tau xpe..
Tu la klu x dihayati mksd sebenarnya Sahur dan berbuka itu sendiri.. Sama²lah kita memperbaiki diri kita dengan saling ingat mengingati anatara 1 sama lain..

Semoga kita sedar dgn kesilapan serta kelalaian kita selama ini..

Puteri said...

ye..ye..tol..tol..kalau tak bangun sahur nanti lapa..bila dah bangun mesti kene tunggu sampai subuh..

EB said...

@Puteri
Indahkan agenda Allah... Setiap benda yg terjadi pasti ada hikmahnya.. X kn berlaku sesuatu itu tnpa ada apa sebab musabab yg sebenar..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...