سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm
Al-salāmu'alaykum WBT.
"Salam Ramadhan Al-Mubarak"
Selamat Ulang Tahun adikku, Mohd Nor Azrul bin Junaidi yang kami adik-beradik panggil dengan nama Arul. Dulu, pada tarikh 12 Ogos 1989, kau dilahirkan di Hospital Kudat. Kini di ulang tahun kelahiran mu, kau sudah berumur 22 tahun dan kau sudah meningkat remaja. Begitu cepat masa berlalu sehingga aku terpaksa menggunakan kalkulator untuk mengira usia mu, kerana aku tak percaya kau sudah berumur 22 tahun. Mau 2, 3 kali juga abang mu ini tekan kalkulator tak percaya umur kau dah 22 tahun. Hmm..
Hadiah? Insha'Allah raya kali ini ada baju baru untuk mu.. Hehehe..
Duit raya? Insha'Allah diberi kemudian.. Hahaha..
Tapi,
Yang penting sekarang ini adalah hadiah ini:-
Doa untukmu adikku...
Ya Allah, aku memohon kepada-Mu agar Engkau menjadikan sebaik-baik umur adikku pada akhirnya, sebaik-baik amal pada penutupannya, sebaik-baik hari-hari adikku adalah saat bertemu dengan-Mu.
Aku memohon kepada-Mu agar Engkau menjadikan kuburan setelah berpisah dengan dunia, sebaik-baik tempat tinggal adikku, luaskanlah liang lahat adikku, dan rahmatilah saat adikku menjadi rendah pada waktu menghadap-Mu saat hisab, tetapkanlah kaki adikku di atas shirath, selamatkanlah adikku dari kesusahan hari kiamat, putihkan wajah adikku pada hari dimana wajah manusia ada yang putih dan ada yang hitam.
Aku memohon kepada-Mu kenikmatan yang tak terputus-putus, mata yang sejuk yang tidak terputus-putus, aku memohon kepada-Mu untuk dapat melihat wajah-Mu, dan kerinduan bertemu dengan-Mu. Aku memohon agar Engkau mensucikan kerusakan hati adikku dengan taubat, dan menyatukan hati adikku dalam keadaan takut kepada-Mu, dan memberi adikku pemberian yang besar yang dapat memasukkan adikku ke dalam syurga, tempat yang aman.. Amin.
Ya Allah, kepada-Mu aku beribadah dan untuk-Mu kami shalat dan sujud. Kepada-Mu kami menuju dan bersegera. Kami mohon rahmat-Mu dan takut akan azab-Mu, sesungguhnya azab-Mu menimpa orang-orang kafir. Ya Allah aku memohon perlindungan kepada-Mu, kami meminta ampun dari-Mu, memuji-Mu dengan kebaikan, tidak kufur kepada-mu, tunduk kepada-Mu dan mencabut siapa yang kufur kepada-Mu.. Amin.
Barakallah fi umrina
p/s: Semoga Allah memberkati usia mu adikku..
20 comments:
hepi 22nd besday anniversary utk adik EB, Mohd Nor Azrul B. Junaidi...
@[k]o{q}i[n]
Terima kasih shbt!!
Semoga dia sentiasa ceria dan sihat selalu..
happy birthday arul
:)
@Anisa Hang Tuah
Hehehe terima kasih Nis!
Ko bt aku senyum pagi² ni.. hehehe..
^_^
sanah helwah ya arul. semoga Allah sentiasa memberkati setiap inci usimu. aamin..
moga jadi anak dan adik yg baik... amin ~
@Nurr Kasih
Amin Insha'Allah..
Terima kasih NK!♥
@♥ manje ♥
Insha'Allah...
Semoga begitula hendaknya..
Terima kasih Manje ♥ it.
Selamat hari tua untuk adik EB
haha...
@.::: Princess MOMOY :::.
Selamat Hari Tua kpda beliau.. hehehe..
tolong amin kan..
bagus abgnya~~^^
@saya cello191
Terima kasih...
Kasih dan sayang ini x akan putuskn..
:) sweet..bestnya ada abg mcm abg Eb...
aminnn :)
@ayyu
Ba sya jadi abg ko la ah.. hehehe..
Ko stndt UMS kn.. x pena nmpk adik sya ni ka? Dia bdk sains sukan..
Apa pn terima kasih ah..
♥ it..
aminnn..
hepi besday pada arul..
@Puteri
Ya selamat kpd beliau..
Hee terima kasih..
Amin..
Happy Birthday dik,wah jat 12july!hihi.
@zati embong
Hehehe.. suka Cik Jat kta ye..
Ada geng 12 dia... hehehe..
Makasi Jat!
eppy bsday to him..=D
@zOeY zAu YaH
Huuu terima kasih zoey zoey...
Post a Comment