سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm
Al-salāmu'alaykum WBT.
"Salam Ramadhan Al-Mubarak"
Salam Ramadhan dan salam Jumaat semua. Semoga anda semua sihat walafiat hendaknya. Alhamdulillah di 11 Ramadhan ini, Allah S.W.T masih lagi memberikan kesempatan kepada diri ini untuk mengemaskini entri di blog kesayangan hamba ini. Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai sebuah cerita yang saya baca di sebuah buku yang bertajuk "Kerana-MU Aku Berubah" tulisan Puan Ruhana Zaki. Semoga kita dapat bermuhasabah diri dengan cerita ini, Insha'Allah.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Pada suatu hari, Allah S.W.T memerintahkan malaikat Jibril bertemu seekor kerbau dan meminta dia bertanya satu soalan. Malaikat Jibril segera mematuhi perintah itu. Pada suatu siang yang panas, kerbau berendam di sebatang sungai.
Malaikat Jibril mendekatinya lalu bertanya, "Hai kerbau, apakah kamu selesa dijadikan oleh Allah sebagai seekor kerbau?"
Lembu New Zealand!! Location: Desa Dairy Farm | Mesilau | Ranau | Sabah |
Kerbau menjawab, "Masya-ALLAH, alhamdulillah! Aku bersyukur kepada ALLAH yang telah menjadikan aku sebagai seekor kerbau. Ini berbeza jika aku dijadikan sebagai seekor kelawar yang mandi dengan air kencingnya sendiri."
Mendengar jawapan itu, malaikat Jibril segera pergi menemui seekor kelawar yang pada ketika itu sedang tidur bergantungan di dalam sebuah gua. Kemudian dia bertanya, "Hai kelawar, apakah kamu selesa dijadikan oleh Allah sebagai seekor kelawar?"
"Masya-ALLAH! Alhamdulillah. Aku bersyukur kepada ALLAH yang telah menjadikan aku sebagai seekor kelawar daripada dijadikanku seekor cacing. Tubuhnya kecil, tinggal di dalam tanah dan berjalan menggunakan perut," jawab si kelawar.
Mendengar jawapan itu, malaikat Jibril segera pergi menemui seekor cacing yang sedang merayap di atas tanah. Lalu Jibril bertanya kepada cacing, "Wahai cacing yang kecil, apakah kamu selesa dijadikan ALLAH sebagai seekor cacing?"
Mount Kinabalu Worm! Location: Mount Kinabalu, Sabah |
Jawab cacing, "Masya-ALLAH, alhamdulillah! Aku bersyukur kepada ALLAH yang telah menjadikan aku sebagai seekor cacing daripada dijadikanku sebagai seorang manusia. Apabila mereka tidak memiliki iman yang sempurna dan tidak beramal, ketika mereka mati mereka akan diseksa selama-lamanya.
Moral: Manusia adalah ciptaan terhebat. Dengan akal yang dikurniakan, manusia wajib berfikir untuk menjadi makhluk yang terpuji dalam semua tindak-tanduknya. Ingat... semua perbuatan ada balasannya..
8 comments:
hebat ciptaan Allah..
@Anisa Hang Tuah
Allah Maha Besar Nis..
laju2 jat scroll nmpak cacing.huhu.
moga kita semua akan di pelihara olehNya.
yup manusia mmg ciptaan terhebat...
kerana punya akal yang haiwan takde... moga kita sentiasa menggunakan akal utk apa sahaja yg kita buat... ~
@zati embong
Hehehe klu cacing laju² scroll mesti lembu ditatap lelama kn.. Hehehe... Comelkn lembu eb tu.. Sdp tau susunye.. hehehe...
Insha'Allah.. Amin..
@♥ manje ♥
A'aa mmg ciptaan hebat sampai kekdang terasa diri terlalu hbt sampai lupa akan Tuhannya Allah SWT..
Semoga kita sentiasa berfikir terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu.. Semoga kita sentiasa terpelihara..
momoy geli tengok cacing
huhu...
@.::: Princess MOMOY :::.
Hehehe lembu tu??
Jgn la geli eb kn ada..
Post a Comment