K A W A N

Sunday, February 6, 2011

6 Years in |LOve|

بسم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum
"Selamat Sejahtera ke atas kamu semua"


Seperti yang anda sedia maklum saya sedang mengadakan 'Movie Marathon' sempena menikmati percutian di rumah sendiri di sepanjang musim cuti ini. Mesti ada yang tertanya-tanya apa sebenarnya 'Movie Marathon' yang saya katakan ini. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai 'Movie Marathon' ini, anda boleh baca di entri saya sebelum ini. 

Ok! Dalam 'Movie Marathon' yang saya adakan itu, saya cukup-cukup tertarik dengan sebuah filem. Filem Korea yang bertajuk '6 years in Love' arahan Park Hyeon-Jin. Filem dalam durasi 112 minit ini adalah sebuah filem komedi romantik yang diterbitkan pada tahun 2008. Setelah hampir 2 tahun filem ini ditayangkan barulah saya dapat menontonnya pada hari kelmarin. Memalukan.


Filem ini mengisahkan mengenai sepasang kekasih yang telah bercinta selama 6 tahun lamanya. Yoon Kye Sang memegang watak sebagai Kim Jae Yeong yang merupakan seorang Pengarah di sebuah saluran TV. Dia telah berpacaran dengan Kim Ha Neul yang memegang watak Da Jin iaitu sebagai seorang Editor di sebuah syarikat penerbitan. 

Enam tahun yang lalu mereka mula berpacaran. Dua tahun sebelum itu, mereka mula tidur bersama. Sekarang mereka hanya tinggal berjiran tapi rumah hanya bersebelahan. Dinding hanya memisahkan rumah mereka namun tidak mempunyai apa-apa fungsi sebenarnya. Mereka berkongsi rumah, makanan, segala-galanya dan mereka juga berkongsi bilik tidur dan katil yang sama setiap malam. 

Mereka amat mengenali antara satu sama lain sama luaran mahupun dalaman. Namun semua itu kadangkala agak membosankan mereka dan percikan cinta serta kegembiraan mulai hilang. Hubungan mereka nampaknya sudah melewati tahap di mana sesuatu yang khas di tempat kerja sahaja.

Seperti pasangan bercinta yang lain, pasangan ini turut mengalami sesuatu tempoh yang sukar. Perselingkuhan adalah salah satu risiko daripada banyak lagi risiko percintaan, mestipun hidup bersama tidak bererti itu menjadi komitmen yang kukuh untuk sebuah perkahwinan. Da Jin dan Jae Yeong masih muda dan belum berkahwin, mereka juga belum berkongsi begitu banyak benda dalam hidup mereka.


Maaf trailer ini tiada sarikata. Tapi kalau anda ingin saya ahli bahasakan sila beritahu saya okay. ^^,

Kata-kata saya,

Berapa lama kita mengenali pasangan kita bukan menjadi isu. Memahami pasangan kita dan sedia berkongsi apa juga masalah adalah lebih penting daripada kita mengenali pasangan kita sudah bertahun lamanya namun kita langsung tidak pernah memahami pasangan kita.

Sikap bertimbang rasa dan sabar juga perlu ada untuk menjamin kesejahteraan dalam perhubungan. Selain itu, fikirlah lebih jauh mengenai perhubungan itu, adakah kamu mahu hubungan itu sekadar begitu sahaja atau kamu mahu hubungan itu lebih dari sekadar kekasih. Berdoalah, dan Insha Allah semua ini akab dipermudahkan. Setialah pada yang satu dan cintailah kekurangan pasangan kita. Sedarlah tiada manusia yang dilahirkan sempurna. 

Selamat berkasih sayang dan sentiasa ingat batas-batas dalam pergaulan. Apa yang baik dalam filem ini jadikan ikhtibar apa yang buruk dan tidak baik jadikan pengajaran dan berdoalah agar sentiasa diberikan hidayah daripada yang Maha Mengetahui.



p/s: Bagi bloggers yang sedang bercinta, saya amat-amat menyarankan anda untuk melihat filem ini. Banyak lagi perkara yang anda boleh pelajari dari filem ini. Sungguh banyak dan fahamilah.

8 comments:

A.s.t.i.n.a said...

people do changed *sigh*

EB said...

@Astina
Yupp.. Smua berubah tp plz bUbahla ke arah kebaikan

M#ria Azhari said...

yezza... Semua manusia tidak sempurna.

EB said...

@Maria
Yuppp betul!

Unknown said...

lelaki pun ada yg layan cite korea ek?huhu

EB said...

@Bro
FYI masa zmn sya stdy dulu..
Kbnykn bdk llki smua layan drama korea..
Lagi satu.. Mereka smua bdk engineering..
Hahahahaha...

Unknown said...

mn mau download nie?

EB said...

@Inang
o0o00 ni abg sya yg donload ni..
nnti sya tnya dia k.. hihihihi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...