بسم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm
Al-salāmu'alaykum selamat petang semua. Aku baru saja sampai di rumah, lantas membuka kasut dan stokin. Segera membuka pintu bilik dan campakkan beg yang ku sandang. Dengan segera aku ke bilik air untuk mengambil wudu'. Ya aku belum menunaikan solat Asar lagi. Dek kerana waktu Asar masuk agak lewat iaitu pada jam 4.51 petang maka aku berniat untuk tunaikan kewajipan ku ini ketika sampai di rumah sahaja.
Alhamdulillah selesai sudah solat Asar ku.
Ok! Aku sememangnya seorang pendengar yang setia. Pendengar setia yang macam mana? Pendengar setia yang macam ini:-
Aku Pendengar Setia | Situasi 1:
Ketika aku berada dalam bas Nadi Putra sebentar tadi. (Ya! aku naik bas je.. Aku tak ada kereta..) Aku duduk di kerusi kedua terakhir daripada belakang. Di depan aku ada seorang awek comel (kalau dapat janji cari lain..) Di belakang aku ada seorang awek berbaju merah yang rasanya baru sahaja abis SPM sedang sibuk SMS.
Tiba-tiba rakan si gadis yang berbaju merah yang juga berbaju merah bersuara.
Rakan Si Gadis Berbaju Merah : Hey, you'll ada tengok Mentor tak semalam?
Si Gadis Berbaju Merah : Ada! ada! Jawapnya dengan yakin dan separuh tergelak.
Rakan Si Gadis Berbaju Merah : Ingat tak lelaki tu. Lawak gila doh!
Si Gadis Berbaju Merah : A'aa tu lah pasal. Yang orang Hulu Langat tu kan? Hehehe.. macam tu punya orang pun boleh nak jadi artis ke? Aku malu gila bila dia cakap dia orang Hulu Langat. Buat malu aku orang Hulu Langat je. Apa dah!
Rakan Si Gadis Berbaju Merah : Tu lahnya. Beribu-ribu orang kot yang pergi Ujibakat tu. Boleh pula bila giliran dia, dia macam tu pula. Aduh sengal betullah orang tua tu.
Si Gadis Berbaju Merah : A'aa betul tu. Dia siap tunjuk IC lagi nak bagitahu yang dia orang Hulu Langat. IC warna merah pula tu. Malu aku! Lepas tu siap cakap dia tu bakal penganti Awie ada bakat macam P.Ramlee. Siap peluk tubuh pula tu.. Sengal betullah pakcik tu.
(Perbualan itu berhenti kerana bas sudah sampai ke destinasi..)
Sebenarnya aku tak tahu sangat apa yang berlaku dalam Mentor tu. Sebab aku manalah ada TV nak tengok. Yang aku ada cuba MB dan P1Wimax je. Itu sajalah peneman setia aku. Sedar tak sedar aku dah lama tak tengok TV. Rasanya dah bertahun aku tak tengok TV. Huu.. aku tengok bila aku balik ke pangkuan Ibu ku saja. Waktu itu sahajalah aku akan tengok TV dan aku pasti tengok dengan perasaan teruja! SERIUS.
Berbalik kepada Si Gadis Berbaju Merah tadi, aku rasa tak payahlah awak malu sangat pasal orang tu mengaku dia orang Hulu Langat. Sebab orang yang ikut Uji Bakat Mentor tu pun tak kenal awak dan tak payahlah kutuk dia. At least dia berani untuk cuba, daripada kita yang hanya mampu melihat dia mencuba. Lagi satu, orang lain tak tahu pun awak tu orang Hulu Langat. Tapi aku dah tahulah sebab awak dah bagitahu. Hahaha...
Aku Pendengar Setia | Situasi 2:
Sesampainya aku dikawasan "Rumah Sewaku, Syurga Tuan Rumahku" aku segera berfikir apakah menu yang ingat aku masak untuk santapan malam nanti. Aku membuat keputusan untuk memasak "Kuer Tiaw Tom Yam" malam ini. Maka aku segera ke Pasar Raya Tafaz Maju yang tak berapa nak Pasar Raya keadaannya untuk membeli bahan-bahan masakan.
Oleh kerana hari esok adalah Cuti Umum sempena Maulidur Rasul, maka ramai para aweks membeli bekalan makanan di Kedai Runcit itu. Dek kerana cuti umum ini maka kaunter bayaran menjadi sesak. Barisan menjadi panjang dan telah menjadi ular. Di depan aku ada seorang mamat hitam manis dengan rambut ala 'Blues Untuk Aku' dan seorang awek di hadapannya dengan shawl polka dot berwarna warni.
Dijadikan cerita si Mamat Blues Untuk Aku ini rupanya sedang cuba memikat awek di hadapannya. Pada mulanya aku ingatkan mereka adalah pasangan kekasih yang cuba merancang sesuatu sempena Hari Kekasih ini. Mamat ini bercakap dengan nada yang amat lembut dan macho kepada gadis itu. Sehinggakan gadis itu terpaksa bertanya kembali apa yang dikatakan oleh Mamat ini.
Apabila tiba giliran si Gadis ini membayar barang belinya.
Mamat itu bersuara, 'Awak tak nak nombor telefon saya ke?' Mamat ini tanpa rasa segan menawarkan.
'Nombor awak? Buat apa?' lantas si Gadis itu menjawab dengan nada yang penuh tanda tanya.
'Mmm.. Saja untuk awak simpan. Boring nanti awak boleh call saya..' jawab Mamat itu.
'Rasanya tak perlu kot.. Terima kasih ye..' Si Gadis menjawab dengan penuh sopan.
Selesai membayar. Dengan segera si Gadis itu berlalu meninggalkan si Mamat tadi. Langkahnya laju dan sedikit gusar.
Adoi lelaki ni. Tak gentle langsung. Come on bro. Apa barang mengurat sampai buat perempuan ni rasa takut. Semangat tu dah ada. Cuma taktik dan cara itu silap bro. Nampak sangat awak ni desperate bro. Awak bukan sahaja menakutkan gadis itu, malah awak juga menakutkan aku bro. Aku takut sebab lain macam je cara awak ni.
Lain kali janganlah mengurat waktu membeli. Kena-kena lagi time membeli belah. Sampai malu perempuan tu dibuat awak. Sekarang yang rugi siapa? Awak juga.. Yang malu siapa? Awak juga.. Yang melepas siapa? Awak juga.. Dahlah semua orang dok pandang dan dengar. Adoi hampeh tul.. Lagi satu, janganlah pandang dia umpama awak nak makan perempuan tu bro. Relax and cool bro. Adoi...
p/s: Inilah aku pendengar yang setia!
4 comments:
err EB.. awak takmo no tel saya ker?
ndakan sampai begitu oohh...
@Astina
Sila sila..
Eb mgalu2kn.. Inbox me k.. hehehe..
wah...bagus laa
@Bro Edy
Hahaha.. Bgs sngt2..
Post a Comment