K A W A N

Monday, February 7, 2011

Khalwat


Berduaan di alam siber sama seperti khalwat

KUALA LUMPUR: Wanita dan lelaki bukan mahrim yang berbual berduaan biarpun di alam siber, melakukan perlakuan sama seperti berkhalwat kerana ia mengundang bisikan syaitan yang akhirnya akan menarik mereka melakukan perbuatan mungkar, termasuk curang pada suami atau isteri.

Sehubungan itu, penceramah dan pakar motivasi, Datuk Mohd Zawawi Yusoh, berkata mereka yang menggunakan kemudahan Internet perlu meletakkan sempadan syariat dan sempadan hati supaya teknologi itu tidak disalah guna atau menjadi alat perantaraan untuk membuat maksiat.

Beliau berkata, isteri tidak seharusnya membenarkan lelaki bukan mahrim memasuki rumahnya ketika suami tiada di rumah, begitu juga halnya dengan perbuatan isteri berbual dengan lelaki lain menerusi Internet, seumpama membenarkan individu itu memasuki rumahnya, seterusnya merosakkan rumah tangga.

“Membenarkan perkara sebegini memasuki rumah bermakna membenarkan ia memasuki hati dan apabila manusia sudah keluar daripada sempadan, manusia itu akan menjadi rosak,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, bisikan syaitan menjadikan seseorang itu merasakan sesuatu perkara itu begitu menyeronokkan hingga sanggup melakukan perkara mungkar termasuk meninggalkan suami, isteri atau anak-anak, sedangkan ia bakal menyesali perbuatannya kerana keseronokan berkenaan hanya bersifat sementara disebabkan ia berada dalam alam fantasi.

Katanya, alam khayalan dan realiti tidak sama dengan di alam nyata, kita semua mempunyai tanggungjawab dan amanah yang perlu dipikul, bukan sekadar untuk berseronok.

“Asasnya adalah apabila hubungan dengan Allah rosak, maka semuanya akan meruntuh. Teknologi itu tidak salah, tetapi orang yang menyalah gunakan teknologi untuk tujuan terpesong,” katanya.

15 comments:

zati embong said...

O.o huhu

EB said...

@Zaty
Hehehe... haaa.. Ingat tu Zaty..

Bunga said...

xsangka 2..hehehe..

e F a said...

owh, lepas nie nak chat ramai la2... eheheh macam kt dlm ym tue.. ahahah

EB said...

@Bunga
Yg x sngka tu la slalu kita buat kn..
So da tahu pandai2 la kn..
Hehehe eb pn slalu jg ni.. Adoi...

EB said...

@Efa
Haa btul2..
Chat dlm group.. Hahaha...
Tp bgantung pada niat n iman jg smua ni...
Tepuk dada tanya Iman..

Unknown said...

berdua dalam ym...menghadap satu sama lain menggunakan webcam..isu ni da lama dengar..memang ramai..boleh dikatakan 90% chaterz di malam hari sedang syok berkhalwat dengan pasangan masing2...tak percaya?cuba masuk chatroom kul 2 3 pagi..konfem ramai ajak camsex!

EB said...

@Cik Aish
Huuu.. Tu la psl.. Bnyk mmg bnyk..
Tp sya mmg jarang on YM..
Hehehe...

FadhDeela said...

btol2 cik aish..deela online mlm2 saje boring2 ramai la yg ajak camsex..kadang2 ngeri lakk :D

Meh singgah: 070211 Happy Besdayy!!

EB said...

@Fadhdeela
Hmm.. lau ada org mcm tu ban smpi mati je..
Toksah layan.. Makin dlayan makin mjadi tu...
So careful k..

!annomorad! said...

owh..baru tau.hihi

EB said...

@NAN
Haaa jgn coba2... hehehe..

Unknown said...

bru tau..thx 4 d info EB :)

EB said...

@Miss F.A
Is Okay...
My pleasure... ^^v

EB said...

@Khairul Hisham Hassan

“Asasnya adalah apabila hubungan dengan Allah rosak, maka semuanya akan meruntuh. Teknologi itu tidak salah, tetapi orang yang menyalah gunakan teknologi untuk tujuan terpesong.."

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...