K A W A N

Sunday, February 20, 2011

Masjid Al-Khalidiah

بسم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm


Al-salāmu'alaykum,

Ok entri kali ini EB nak share mengenai jasa Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dan suaminya Datuk Khalid Mohd Jiwa kepada penduduk kampung Permatang Pasir, Kedah Darul Aman. Untuk makluman semua, sebuah Masjid yang dibiayai sepenuhnya oleh Datuk Siti & Datuk K telah siap dibina dan boleh digunakan sepenuhnya untuk program-program keagamaan dan kemasyarakatan bermula semalam.

Masjid yang diberi nama Masjid Al-Khalidiah ini menelan belanja sebanyak RM1.7 Juta. Membina sebuah Masjid merupakan impian Datuk K semenjak dari kecil lagi dan beliau bersyukur kerana impian tersebut sudah menjadi kenyataan. Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam telah selamat merasmikan Masjid tersebut dalam sebuah majlis pelancaran semalam. Alhamdulillah.

Masjid Al-Khalidiah | Datuk Siti Nurhaliza & Datuk K
Kg. Permatang Pasir, Kedah
Syukur Alhamdulillah niat suci lagi murni Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk K untuk membina sebuah Masjid telah selesai. Alhamdulillah. Sungguh besar pahalanya. EB juga mendoakan agar Datuk Siti akan mengekalkan imej seperti dibawah ini:-

Datuk Siti bertudung litup | Manesss...
Semoga dengan benda yang baik ini Datuk Siti & Datuk K akan sentiasa mendapat rahmat dan barakah daripada Allah SWT. Semoga ramai lagi artis yang mengikut jejak langkah Datuk Siti dan suami. 


Sumber: Oh Bulan!


p/s: Keluarga EB tidaklah sampai tahap membina sebuah Masjid, tapi kami pernah mendapat projek untuk membaikpulih semula sebuah Masjid.. Syukur Alhamdulillah...

4 comments:

Unknown said...

siti da bina masjid.. saya bila lg? hehe

Anonymous said...

alhamdulillah..smoga doa kite sume utk lihat CT pkai tdung litup termakbul..aminn..

EB said...

@MiSs F.A
Hehehe Insha Allah 1 hari nnti...
EB doakn.. Doa kn yg tbaik bt kita smua...

EB said...

@~AliFFaNiS~
Insha Allah..
1 Hari nanti...
Yg pting dia da btul2 sedia...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...