K A W A N

Friday, February 11, 2011

Maundy Thursday | On Happy Time

بسم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum
"Selamat Sejahtera ke atas kamu semua"

Ok! Sementara saya pergi ke Masjid untuk menunaikan solat Jumaat, anda semua (terutama yang perempuan) bolehlah layan entri Jumaat ini. Saya ingin berkongsi mengenai sebuah lagi filem Korea yang saya tonton baru-baru ini. Sebuah filem yang diterbitkan pada tahun 2006. Ya! filem ini dah berusia lebih kurang 6 tahun sekarang ini. Biarpun filem ini sudah lama diterbitkan, namun filem ini tidak kurang hebat jalan ceritanya. Best tak best, anda semua boleh tengok dulu trailer dan baca sinopsis filem ini.

p/s: Tajuk Khutbah Jumaat hari ini ~ "MENGHAYATI PERJUANGAN RASULULLAH SAW"

Cover Filem

Maundy Thursday

On Happy Time

Trailer Maundy Thursday | On Happy Time




Sinopsis Maundy Thursday | On Happy Time:

Yu-Jeong seorang gadis yang sering melakukan percubaan bertubi-tubi untuk membunuh diri, namun seringkali juga terselamat. Dia telah dikenalkan kepada Yun-Soo, seorang lelaki yang bakal dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh makciknya, Sister Monica. 

Perjalanan hidup Yun-Soo sangat-sangat perit dan menyedihkan. Dia dibesarkan dalam keluarga yang porak peranda, dia sering didera oleh ayahnya sewaktu dia masih kecil lagi. Hidupnya semakin sukar apabila ayahnya telah membunuh diri dan ibunya pula telah berkahwin lain. Dia dan adiknya dihantar ke Rumah Anak Yatim tapi mereka melarikan diri daripada tempat tersebut.

Bapa tiri mereka tidak suka akan kehadiran mereka dan ibu mereka juga tidak mahu menjaga mereka kerana takut suami barunya marah, maka mereka berdua terpaksalah hidup di jalanan. Membesar di jalanan bukanlah sesuatu yang bagus, Yun-Soo telah terlibat dengan sebuah kes jenayah yang sangat-sangat kejam. Dia telah disabitkan dengan 3 kesalahan membunuh dengan niat yang membawa hukuman gantung mandatori.

Kehidupan Yu-Jeong sangat-sangat berbeza dengan Yun-Soo. Yu-Jeong dibesarkan dalam sebuah keluarga yang sangat kaya. Walaubagaimanapun, semasa dia berumur 15 tahun satu sejarah hitam telah berlaku kepada dirinya menyebabkan dia sanggup cuba membunuh diri. Dia sangat-sangat membenci ibunya disebabkan sejarah hitam yang berlaku ke atas dirinya. Dia berlaku kasar dan langsung tidak menghormati ibunya.

Kedua-dua jiwa yang terluka ini, Yu-Jeong dan Yun-Soo perlahan-lahan membuka hati mereka dan mencari motivasi untuk hidup dalam kasih sayang dengan masing-masing berkongsi rahsia dan masalah. Yu-Jeong akhirnya menyedari betapa manja hidupnya dibandingkan dengan Yun-Soo yang merasakan dirinya tidak seharusnya diampunkan atas kesalahan yang telah dilakukan.


p/s: Untuk mengetahui lebih lanjut dan bertapa bestnya cerita ini. Anda semua kena tengok filem ini. Kesedihan semakin terasa di penghujung cerita ini, apabila hukuman gantung yang dihadapi Yun-Soo diawalkan daripada waktu yang ditetapkan. Sedihnya..

6 comments:

zati embong said...

layan korean memang lekat x gerak2 nih.

EB said...

@Zaty
Hahaha... sape yg x gerak? Hehehe...
Org da gerak la.. hehehe..

Unknown said...

xlayan cite2 korea ni..huhu

EB said...

@Edy
Hehehe.. x tngk lg tu yg x tau best x best.. hehehe..

.::: Princess MOMOY :::. said...

momoy pun layan...
tapi suka yang comdey romantic sebab nak gelak2
Peristiwa itu masih menhantui diriku...
100 kerja kosong kerajaan sepanjang 2011

EB said...

@Momoy
A'aa...
EB pun suka mcm tu juga..
EB ada mcm2 genre movie korea ni..
X abis tngk lg ni.. Huhuhu...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...