K A W A N

Wednesday, February 9, 2011

My 300 Spartans!!

بسم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum
"Selamat Sejahtera ke atas kamu semua"

Alhamdulillah semakin lama semakin ramai rakan-rakan blogger yang terus memberi sokongan kepada saya sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Semakin ramai rakan blogger yang mula mengikuti cerita, info-info, luahan dan bermacam-macam lagi hasil nukilan saya. Terima kasih semua. Sayang kamu semua kerana terus menyokong dan menyokong tanpa henti.

Ok! Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada saudara Ezay Hadry yang sudi dan bertuah menjadi followers saya yang ke-300. Tetapi sebelum itu, saya ingin memohon maaf sebab lambat nak buat entri mengenai kamu saudara Ezay Hadry. Niat dihati sememangnya nak buat entri ini secepat mungkin tetapi oleh kerana kekangan masa dan ada benda yang perlu diselesaikan terlebih dahulu menjadikan entri terima kasih ini terbantut. 

Siapakah Ezay Hadry ini? Okay mari kita berkenalan dengan saudara ini. Ezay Hadry atau nama sebenarnya Izzil Hadri bin Muhamad yang berasal dari Kuala Terengganu, Terengganu. Beliau masih lagi menuntut di IIUM/UIAM dalam jurusan Kejuruteraan. Itu adalah serba sedikit pengenalan diri mengenai beliau dan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai saudara Ezay Hadry anda semua bolehlah terus ke laman blognya Mouth-Watering Thoughts (sila klik).

Ok mari kita lihat wajah Spartans saya yang ke-300 ini:-

©2011 | My 300 followers ~ Mr. Ezay Hadry
Kiutkan beliau.. Hehehe gambar ini ada ehsan daripada beliau sendiri. Terima kepada beliau kerana sudi memberikan gambar untuk saya selitkan sekali di dalam entri ini. Walaupun agak lambat untuk mendapatkan gambar daripada beliau. Bukan dia tak nak bagi gambar tapi saudara Ezay Hadry mengatakan kepada saya bahawa dia tidak mempunyai gambar-gambar yang cantik untuk diberikan. Dia malu sebenarnya.. hehehe.. Jadi saya memberikan masa untuk saudara Ezay Hadry untuk memilih gambar yang dia rasa terbaik dan saya akan lakukan sedikit editing pada gambar tersebut. 

Ok lets enjoy the photos and don't forget to follow  me and him.. hehehe...

©2011 | My 300 followers ~ Mr. Ezay Hadry
Thanks for your supports Mr. Ezay Hadry

©2011 | My 300 followers ~ Mr. Ezay Hadry and ??
Okay sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada saudara Izzil Hadri bin Muhamad kerana sudi menjadi followers saya yang ke-300. Semoga anda sentiasa sukses dalam apa jua benda yang anda lakukan. Semoga anda akan terus dan terus berkarya di dunia blogging ini. Tidak lupa semoga berjaya dalam pelajaran anda dan sentiasa diberikan kesihatan yang berpanjangan. Semoga ikatan persahabatan di dunia blogging ini terus berkekalan. Insha Allah. 

Jom follow dan support Mr. Ezay Hadry
Just klik link di bawah ini.

2 comments:

EzayHadry said...

terima kasih banyak2 la EB..
bhahaha malu kot sbb EB wat entry tuk ezay..
1st time ni dpt cmni..
hope bkawaan sampai bila2..

EB said...

@Ezay Hadry
Hahaha.. xda hal la..
EB ok ja.. Benda baik..
Insha Allah..
Btw eb minta maaf lau ada kekurangan k..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...