K A W A N

Friday, September 21, 2012

Sesekali Apabila Memandang Ke Belakang..



سم الله الرحمن الرحيم 
 bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm 


Betapa banyak kecuaianku yang tersembunyi,
Sedangkan ENGKAUlah mengasihani dan mengurniakan untukku,
Apabila aku fikirkan penyesalanku ke atas perkara ini,
Aku mengigit jari-jariku dan aku mengertakkan gigiku,
Aku menjadi cair,
Aku menjadi cair dengan perhiasan dunia ini,
Aku menjadi cair dengan perhiasan dunia ini sebagai fitnahnya,
Aku juga telah merugikan sepanjang umurku dengan hanya berangan-angan,
Orang ramai menyangkakan aku ini baik sedangkan aku ini adalah orang yang terhina,
Aku tidak memiliki apa-apa helah melainkan pengharapanku,
Wahai ALLAH...
Ampunkanlah dosa-dosa kami dan kurniakan kami inayah supaya kami bertaubat.

Thursday, August 16, 2012

CUKUPLAH HANYA ALLAH...


سم الله الرحمن الرحيم 
 bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm 



DIA tetap ada untuk mendengar keluhan kita.
Oleh itu, berdoalah...


"Ya ALLAH, aku berlindung kepada-MU daripada tersesat dan disesatkan.
Ya ALLAH, aku berlindung kepada-MU daripada terjatuh dan dijatuhkan.
Ya ALLAH, aku berlindung kepada-MU daripada zalim dan juga dizalimi.
Ya ALLAH, aku berlindung kepada-MU daripada bodoh dan diperbodohkan."


"Cukuplah ALLAH menjadi Penolong kami dan ALLAH adalah sebaik-baik Pelindung. Maka, mereka kembali dengan nikmat dan kurnia ALLAH, mereka tidak mendapat bencana apa-apa, mereka mengikuti keredhaan ALLAH. Dan ALLAH mempunyai kurnia yang besar." - Surah Ali-Imraan: 173-174




p/s: Ramadhan semakin berada di penghujungnya. Semoga kita tergolong dalam golongan orang-orang yang terpilih.

Thursday, August 9, 2012

Di Sebalik Tabir!

سم الله الرحمن الرحيم 
 bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm 

Al-salāmu'alaykum WBT dan Salam Ramadhan diucapkan buat semua muslimin dan muslimat. Semoga kita semua sihat walafiat dalam menjalani ibadah puasa ini. Puasa jangan tak puasa tau. Buat malu je dah besar panjang tak puasa-puasa lagi. Haippp!!

Okay hari ni nak kongsikan dengan korang semua apa aktiviti yang saya lakukan pada minggu lepas. Korang pernah tak dengar drama "Mana Hilangnya Juwita?" yang disiarkan pada jam 10.00 malam setiap hari Isnin di saluran 104, Astro RIA? Haa.. kalau korang pernah dengar, inilah kerja EB! EB bersama rakan photographer yang lain akan merakamkan gambar-gambar pegun disebalik tabir drama ini.


Drama aksi 15 episod terbitan produksi Padi Pictures Sdn Bhd yang berinspirasi dari kisah penculikan ini menggandingkan tiga aktres terbaik iaitu Erra Fazira, Lisa Surihani dan Datin Paduka Umie Aida. Tidak ketinggalan, penampilan Zahiril Adzim, Azhan Rani, Diana Johor, Rizal Hamzah dan Raja Ilya.



p/s: Syukur hari Ahad yang lepas pengambaran di set pengambaran selesai pada pukul 2.00 pagi. So dapatlah balik awal sikit. Selalunya lewat lagi.. Huuuu.. Apa-apa pun jangan lupa saksikan drama ini pada jam 10.00 malam setiap hari Isnin di saluran 104 Astro Ria.


EB JUNAIDI

Sunday, August 5, 2012

Senyumlah! Wahai Hati Yang Sedih..


سم الله الرحمن الرحيم 
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm 
 Al-salāmu'alaykum WBT.
Salam Ramadhan!


Saat kita menempuhi onak duri dunia
Derita sekali sekala mencuit hati
Hati remuk menangis tidak henti
Kesedihan terus menerus bersemadi di dasar hati
Ketika itu, sabar pun sudah tidak dikenali lagi
Dalam terharu.. Air mata tertumpah juga

Wahai hamba Illahi..
Begitulah kehidupan di dunia
Kita tidak akan sesekali dapat menjangka
Apa yang Allah aturkan untuk kita
Adakalanya kita tersangat gembira
Adakalanya kita sangat kecewa

Namun,
Jangan risau manusia..
Allah itu Tuhan kita
Tuhan yang Maha Luas Kasih Sayangnya
Percayalah!
Allah tidak akan menduga hambaNya
Kecuali untuk melihat hambaNya..
Tersenyum disana..
Tertawa disana..
Berbahagia disana..
Insha'Allah di Syurga yang mengalir di bawahnya
sungai-sungai yang mendamaikan jiwa..
Oh indahnya!

Di dalam hati manusia ada kekusutan
dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah.

Wahai hamba Allah,
Jangan bersedih..
Kerana anda telah melalui kesedihan itu kelmarin
dan ia sama sekali tidak memberi manfaat pun pada keesokan harinya.
Kesedihan demi kesedihan,
bakal membuat anda semakin teperuk dalam keputus-asaan
dan dunia yang luas dirasakan sempit dan tidak lagi berguna

Padahal,
dunia inilah kesempatan untuk kita dekatkan diri pada Allah
untuk kita raih syurgaNya yang tersangat indah serta bebas daripada rasa kesedihan.

Gara-gara kesedihan..
air yang manis akan terasa pahit,
makanan yang lazat terasa hambar,
bunga mawar yang mekar mewangi kembali layu

Ingatlah,
tangisan terindah itu apabila butir-butir airmata mengalir hangat di pipi
lantaran terasa diri kita begitu kerdil di sisi Allah dan begitu berdosanya disisi Allah.

Wahai hamba Allah,
lihatlah sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu
Sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus asa
Senyuman yang kau berikan dan airmata yang kau titiskan..
Simpan.. jadi tauladan
Segala yang kau pandang dan dengar..
Simpan.. buat pedoman.


by EB Junaidi




Senyum macam saya! Hehehe..

Monday, June 25, 2012

1.. 2.. 3.. & 4..


سم الله الرحمن الرحيم 
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm 
 Al-salāmu'alaykum WBT.


1.
Saya minta maaf banyak-banyak buat semua rakan blogger sebab dah lama sangat tak update blog ni. Mesti semua dah tak kisah dengan blog saya ni kan. Yelah, dah tuan puan blog sendiri dah tak kisah dengan blog sendiri, kenapa pula korang semua nak kisahkan.

2.
EB tak update blog bukan pe, EB sekarang ni weekend dah tak ada waktu renggang dah. Semua dah semakin pack, dengan job di merata tempat di bumi Malaysia ni. (Ceh! cakap bajet macam gempak sangat lah job tu kan.. hehehehehe.. ^_^) Tapi betul EB memang busy dengan job wedding, engagement and events. Dan bila tak ada job, EB biasanya akan menghabiskan masa dengan rehat di rumah dan mengedit gambar-gambar client EB. 


Model : Humaira Hanafi
Studio : The Scope Studio
Photo by EB Junaidi

3.
Gambar kat atas ni EB shoot pada hari sabtu yang lepas kat Scope Studio. Talent adalah tunang kepada sahabat baik saya Shahrul Ikram (GambarWajah Photography). Sangatlah senang nak shoot Umai ni, dia memang dah biasa kena tembak-tembak macam ni. So, tak susahlah nak shoot dia. Tak payah nak ajar-ajar lagi. Dia pose kita shoot. Change pose kita shoot. So simple. Oh ya! untuk pengetahuan korang semua, Umai juga adalah seorang photographer or lebih tepat lagi "Wedding Photographer". Dia shoot wedding bersama-sama dengan tunangannya. Korang taip je kat Facebook ~ GambarWajah Photography, nanti bolehlah lihat artwork mereka yang gempak-gempak.

4.
Memandangkan EB dah jarang update blog EB ni, jarang dapat taip-taip panjang lebar. EB akan update blog EB dengan hanya meletakkan gambar-gambar yang EB shoot. Andai ada kesempatan EB akan tuliskan ceritanya, kalau tak EB akan biarkan gambar tu saja yang bercerita buat anda semua ye kawan-kawan. So jumpa lagi di lain entri. Sila bertemu lagi. Semoga anda semua sihat sentiasa dan sentiasa mendapat perlindungan daripada Allah SWT. Amin.


EB JUNAIDI

  

Sunday, June 24, 2012

The Wedding of Izudin + Zilfalinda



سم الله الرحمن الرحيم 
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm 
 Al-salāmu'alaykum WBT.



Wedding : Izudin + Zilfalinda
Date : 14 April 2012
Venue : Taman Ehsan Ibu, Rawang, Selangor
Photo by EB Junaidi




p/s: Mohon sejuta kemaafan buat semua rakan bloggers, EB dah lama giler tak update blog. Terlalu banyak kekekangan waktu yang menyebabkan EB tak dapat nak update blog EB ni. Ini pun baru saja selesai photoshoot dekat Taman Tasik Titiwangsa. Apa-apa semoga sahabat-sahabat bloggers semua masih sudi singgah ke blog yang telah lama EB biarkan ni. Buat pengubat rindu EB tempekkan beberapa keping gambar perkahwinan yang EB ambik dalam bulan April yang lepas. Semoga terhibur. Hehehe...

Friday, March 23, 2012

FACEBOOK 2012 ~ PENJARA BANDUAN SUKARELA


Artikel ini saya salin dari laman sesawang Ustaz Hasrizal Abdul Jalil (www.saifulislam.com), saya tertarik dengan hasil penulisan beliau mengenai Facebook. Ternyata apa yang diresahkan beliau, sama seperti apa yang saya risaukan walaupun saya bukanlah seorang ustaz. Penulisan beliau ada maksudnya yang tersendiri, ada yang perlu difikir-fikirkan, dan ada yang perlu direnung-renungkan. Semoga apa yang dikongsikan membawa erti yang berguna kepada kita semua Insha'ALLAH..
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
“Jika ada non Muslim bertanya mengapa orang Islam tidak makan babi, jawab sahajalah BABI PENGOTOR” saya menulis.
“Mengapa sebut begitu, bukankah sebenarnya kita tidak makan babi kerana Allah tidak bagi kita makan babi?” balas seorang pengomen.
“Mengapa ustaz cakap babi pengotor?” aju seorang lagi.
Oh, susah sekali. Menyebut babi pengotor pun perlu dijelaskan, dihuraikan, dibentangkan hujah-hujahnya. Terasa geram dan mahu menjawab. Bertanya seketika sama ada jawapan wajar dalam bentuk ilmiah, sinis atau bagaimana?
Resah.
Bagi mereka yang menggunakan Facebook untuk permainan atas talian, tidak sukar untuk dibuktikan kemudaratan yang sedang membelenggunya. Tetapi bagaimana pula dengan mereka yang menjadikan Facebook sebagai medium ilmu dan dakwah?
Walaupun Facebook Addiction Disorder (FAD) masih dibahaskan oleh pakar psikiatri tentang asasnya, para pengguna Facebook boleh meneliti sendiri tahap komitmen dan kondisi mereka.
MANUSIA MENYERTAI FACEBOOK SECARA AFWAAJA!
Semasa saya menulis artikel Facebook: Antara Pro dan Kontra (2009), jumlah pengguna Facebook di Malaysia adalah seramai 800,000 orang. Namun pada April 2011, jumlah pengguna Facebook negara sekecil Malaysia, sudah mencecah lebih 10 juta orang! Apabila pengguna Facebook di Malaysia sahaja sudah mencecah 10 juta, dan setiap seorangnya menyumbang sesuatu ke ‘alam alternatif’ ini, kita boleh membayangkan betapa pantas curahan benda baru yang melintas pandangan.
Di satu peringkat, saya merasakan bahawa Facebook benar-benar bertindak sebagai ‘ubat kuat’ yang mampu mengubah landskap penghayatan Islam masyarat. Tindakan berkongsi dan menikmati perkongsian menjadikan diri kita sangat informatif lagi terkini terhadap apa yang berlaku di sekeliling kehidupan. Saya mempunyai 5000 ‘rakan’ di akaun peribadi Facebook, kemudian mengurangkannya kepada 3000. Di halaman Facebook (Fan Page) pula, saya mempunyai 23,000 ‘LIKE’ yang bebas berinteraksi bersama. Akaun peribadi saya juga mempunyai lebih 10,000 pelanggan yang melanggan untuk membaca setiap kemaskini status. Semua itu belum mengambil kira halaman Facebook untuk syarikat saya dan beberapa halaman lain yang saya kendalikan.
Tanpa sedar, saya menjadi implusif.
Saya rasa seperti memikul tanggungjawab untuk mengemaskini status setiap jam, hingga apa sahaja yang saya fikir, saya perlu kongsi. Sama ada ia menerima 10 LIKE atau 1000, saya lebih mementingkan tugas saya ‘memberi status’. Maklum sahaja, bukankah selama ini blog saya sinonim dengan tagline ERTI HIDUP PADA MEMBERI. Saya bukan memikirkan tentang maklum balas, tetapi saya mahukan ruang untuk mengeluarkan apa yang saya fikir.
Itu hujah saya.
Namun setiap ‘notification‘ mengundang resah. Gelisah.
Biar pun setiap status yang saya kongsikan, boleh dijustifikasikan kebaikannya kerana ia mungkin ilmu, maklumat, tazkirah, analisa politik, dakwah, atau kata-kata hikmah, saya menyedari ada sesuatu yang tidak kena. Saya rasa seperti terperangkap. Tambahan pula, dari jauh saya disindir sebagai hanya juara di Facebook dan meninggalkan medan perjuangan sebenar, serta pelbagai unsur sembelihan diri yang dilakukan di sana sini, saya berasa amat gelisah. Bagai mahu menjawab setiap satunya. Bagai terpanggil untuk berjihad mempertahankan kebenaran dan maruah diri.
Dibantah, disindir, diejek, dipuji, disokong, di’like’… ia secara halus menyerap ke dalam mekanisma kawalan emosi.
Akhirnya, di hujung tindakan yang diambil, apa yang berlaku hanyalah satu. Saya tidak lagi mengawal Facebook. Facebook yang mengawal saya.
Di Facebook, perdebatan, perbalahan, orang yang ‘tidak get the point‘, bercakap perkara yang tidak masuk akal, semakin menjadi-jadi, salah satunya berpunca daripada karakter impulsif yang dicetuskan oleh penggunaan Facebook. Orang ramai tidak sabar mengambil masa untuk berfikir dahulu sebelum menyuarakan pendapat atau soalan. Kepantasan yang melebihi upaya proses manusia belajar, menjadi pembelajaran sebagai proses pengurang ajaran, a.k.a kurang ajar.
Biar pun berat bunyinya, saya terasa seperti Facebook pada tahun 2012 dengan jumlah pengguna melebihi 10 juta orang di negara sekecil Malaysia, ia telah menyebabkan orang sihat menjadi sakit, orang sakit menjadi gila, orang gila jadi meracau, orang meracau jadi murung, orang murung boleh akhirnya membunuh diri!
Saya juga gerun melihat kelakuan Narcissistic Personality Disorder pengguna-pengguna Facebook yang seperti kehilangan insight, hilang rasa malu untuk bercakap benda-benda yang mengaibkan diri, bersikap seperti dunia sangat berminat dengan apa yang dia fikir dan rasa, defensif apabila komennya disinggung, yang diterukkan sama ada oleh sokongan melampau, atau bantahan yang keterlaluan.
Adakah saya menyumbang kepadanya?
Astaghfirullah.
HUKUM YANG BOLEH BERUBAH
Dalam keharusan hukum menggunakan Facebook, sama seperti apa sahaja perkara lain yang melebihi dos, ia mula mendatangkan mudarat secara subliminal yang menguji TAQWA.
Taqwa mewajibkan saya kekal sedar. Saya kembali bertanya kepada diri, apa yang sedang saya lakukan. Apa yang sedang diperlakukan ke atas diri saya. Adakah saya masih terkawal, ada upaya mengawal, atau saya semakin tidak terkawal. Soalan itu mengundang rasa sedih. Saya tidak bermaingame. Saya tidak buat benda-benda lagha di Facebook. Saya hanya berdakwah.
Saya sangka saya sedang berdakwah dan rakan-rakan saya juga mungkin rasa yang mereka sedang didakwah.
Hakikatnya saya sebagai da’i dan rakan-rakan saya sebagai mad’u, kami sedang saling rosak merosakkan! Bukan merosakkan akal, tetapi merosakkan tahap upaya mengawal diri. Harga tertinggi seorang insan, atas nama TAQWA.
Akhirnya bermula pada 1 Januari 2012 selepas lebih empat tahun bergiat aktif di Facebook, saya mengambil keputusan untuk mengundur diri.
Saya mengalami kemurungan.
Terasa seperti kematian seseorang yang disayang.
Saya tidak tahu apa yang berlaku di sekitar.
Sunyi.
Namun selepas dua minggu ‘berpuasa’, saya mula menikmati ketenangan meninggalkan Facebook.
Saya menggunakan Twitter sebagai medium sederhana untuk mencoret, namun dengan frekuensi yang rendah, dan tidak mendesak diri menjawab pertanyaan yang dilontar.
Facebook kekal pada sifat asalnya yang neutral, namun dengan TAQWA, layarilah ia dengan tahap minda sedar yang tinggi, agar anda mengawal Facebook, dan bukannya Facebook yang mengawal anda.
Facebook adalah jaringan sosial.
Bukan penjara yang kita tawarkan diri menjadi banduannya.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
43000 Bandar Seri Putra

Wednesday, March 7, 2012

Wedding of Ady & Wati | 220112


سم الله الرحمن الرحيم 
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm 
 Al-salāmu'alaykum WBT.



Wedding of Ady & Wati
Date : 22 January 2012
Venue : Dewan Perdana Keramat Mall
Photo by EB Junaidi





p/s: Sejuta kemaafaan buat sahabat bloggers sekalian, sungguh kesibukan kerja begitu mencemburui diri ini untuk meng'update' blog ini.. 3 keping gambar ini untuk tatapan serta pengubat kerinduan anda semua.. Semoga kita semua dilindungi Allah SWT. Ameen..

Thursday, February 2, 2012

Zahrul + Emma | 11.11.11

سم الله الرحمن الرحيم 
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm 
 Al-salāmu'alaykum WBT.


Wedding of Zahrul + Emma
Venue: Jalang Enggang Timur 8 | Kg. Melayu, Subang
Date: 11.11.11 | 20.11.11 | 26.11.11
Photographer: EB Junaidi | Megat Rohaizal









Wednesday, January 25, 2012

Awesome Song! Awesome Lyric!

سم الله الرحمن الرحيم 
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm 
 Al-salāmu'alaykum WBT.

Photo credit to www.ILuvIslam.com
Tuhan tolong lembutkan hati hamba
Untuk mencintai-Mu seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu 
Menghadapi siksa neraka-MU 

Tuhan aku tahu banyak dosaku 
Hanya ingatkan-Mu kala dukaku 
Namun hanya KAMU yang mampu membuka 
Pintu hatiku untuk cinta-Mu 

Allah.. Ampunkanlah hamba-Mu (dosaku) 
Yang selalu dustakan janjiku 
Agar kelak ku tak kan disiksa 
Kerna dosa-dosa masa lalu 

Allah.. Jatuh air mataku 
dan trus mengalir mengiringi doaku 
Allah.. Yang mengampuni segala 
Dosa-dosa hamba yang meminta.. 

Hanya mampu berdoa.. 
Moga maghfirah (keampunan) tiba nanti..


Ombak Rindu by Mr. Bie

Thursday, January 19, 2012

Haire ♥ Syila

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.



Wedding of Haire & Syila
Venue : FRIM, Kepong, KL
Date : 26-27 November 2011
Photographer : EB Junaidi & Megat Rohaizal





Berminat dengan perkhidmatan saya?
Wedding | Portraiture | Event


Sila hubungi saya melalui:-
No. HP : 017-6956587
E-mel : asynor@gmail.com
FB : http://www.facebook.com/iAsynor
500px : http://www.500px.com/ebjunaidi

Monday, January 9, 2012

Kau Mencintaiku..


سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.




Kau mencintaiku..
Seperti bunga mencintai titah Tuhannya
Tak pernah lelah menebar mekar aroma bahagia
Tak pernah lelah meneduhkan gelisahnya lagi


Kau mencintaiku..
Seperti matahari mencintai titah Tuhannya
Tak pernah lelah memberi cerah cahaya
Tak pernah lelah menghangatkan jiwa


Kau mencintaiku..
Ku mencintaimu..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...