K A W A N

Showing posts with label Landscapes Photography. Show all posts
Showing posts with label Landscapes Photography. Show all posts

Wednesday, October 12, 2011

#WW11 | ACCEPTANCE!


سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Location: Taman Saujana Hijau | Putrajaya


"Acceptance. It is the true thing everyone longs for. The one thing everyone craves. To walk in a room and to be greeted by everyone with hugs and smiles. And in that small passing moment, you truly know you're loved, needed, and accepted."



Thursday, October 6, 2011

Lapang Sebelum Sempit

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.


Location: Desa Dairy Farm. Kundasang


Aku sibuk!
Sibuk dengan kerja.
Sibuk dengan Bajet 2012.
Sibuk dengan Boss baru.
Sibuk dengan urusan Boss baru.
Sibuk dengan pegawai lain.
Sibuk dengan kereta.
Sibuk dengan pembekal.
Sibuk dengan mesyuarat.
Sibuk dengan minit.
Sibuk dengan maklum balas.
Sibuk dengan pembetulan yang berulang-ulang.
Sibuk dengan dokumen.
Sibuk dengan folder dan fail.
Sibuk dengan alat tulis.




Kesimpulannya aku memang sibuk!!




Mood: Aku ingin berada di sana.. Di sana.. Di gambar itu...





Monday, September 12, 2011

Kembali!

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Sehingga berjumpa lagi..
Location: Pekan Nabalu | Ranau
Alhamdulillah.. Akhirnya dapat bersiaran kembali..
Sebelum tu, rasanya masih tak terlewat lagi untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua rakan-rakan bloggers.. Juga selamat Hari Merdeka kepada anda semua yang memegang kad pengenalan yang menyatakan anda adalah warganegara Malaysia..

Maaf juga kerana sudah lama blog ini tidak diserikan dengan entri terbarukan?
Bila diri sudah berada di kampung halaman, sememangnya agak sukar untuk berblogging..
Line berukband tak mampu nak loading blog ni pun.. 
Bila dah macam tu niat nak berblogging serta merta dibatalkan..
Maka terbiarlah blog ini sepi selama berminggu.. Maaf ye..

Kini EB sudah berada di tanah semenanjung..
Semalam sampai di KLIA kira-kira jam 8.00 malam, flight daripada Labuan..
Alhamdulillah selamat sampai walaupun kabin pesawat terasa amat panas daripada biasa..
Sudahlah diberikan seat yang berada di belakang sekali..
Hmm mujur masih berada di tepi tingkap.. 
Bolehlah menikmati sunset.. 

Rasanya terlalu banyak cerita yang ingin dikongsikan..
Tapi terpaksalah dicerita satu per satu.. 
Juga ada banyak gambar yang ingin dikongsikan kepada semua...

Apa pun yang lebih penting adalah, EB ingin jasa baik semua sahabat bloggers untuk...
Sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah Atuk yang telah selamat pergi ke Rahmatullah pada 3 Syawal yang lepas.. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman.. Amin.. 

Arwah atuk sakit dah lama since bulan April lagi.. 

p/s: Masih dalam mood cuti lagi.. 


Thursday, June 23, 2011

Kesibukan!

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.


Huuu.. baru punya kesempatan untuk mengupdate blog. Selama ada tugasan yang perlu diselesaikan. Aku perlu menjadi OP sempena Audit MPC 5S di Kementerian aku. Agak penat apabila tugasan ini bermula seawal 8.00 pagi dan berakhir kira-kira pada pukul 6.00 petang. Apa-apa pun aku enjoy dan banyak pengalaman dan ragam orang yang ditemui sempena sesi audit ini dijalankan. Namun begitu, aku doakan agar kementerian aku berjaya mengekalkan sijil 5S ini buat kali ke-3. Semoga berjaya!!

Hari ini aku perlu menyelesaikan lagi beberapa tugasan sebelum aku perlu kembali sekali lagi ke kampung halaman untuk Majlis Cukur Jambul anak buah aku, Fatimah Syarha Az-Zahra. Tapi agak menyedihkan apabila menerima perkhabaran yang kurang enak didengar bilamana mendapat berita bahawa bapa mentua abang sulungku telah terlibat dalam kemalangan. Kemalangan ini telah menyebabkan bahu dan tangan kanan bapa mentua abang aku yang juga aku panggil dengan panggilan bapa ni patah. Syukur Alhamdulillah beliau tidak cedera teruk.

Kemalangan ini disebabkan oleh sebiji batu sebesar bola sepak telah jatuh daripada sebuah lori lebih muatan yang ketika itu sedang memandu menuruni bukit dan beliau pula sedang memandu menaiki bukit. Anda bayangkan saja impak yang berlaku. Syukur Alhamdulillah beliau memandu kereta dari jenis Toyota sedan yang dah otai, yang mana body kereta itu adalah besi sepenuhnya dan sememangnya keras. Anda bayangkan saja jika waktu itu dia memandu Perodua Viva. Huuu dasyhat!

Satu lagi berita yang meresahkan, bila mendapat tahu Atuk aku sekali terpaksa ditahan di Hospital. Biasalah dah tua.. Hmm.. Semoga semuanya dipermudahkan.. Insha'Allah.. Oklah aku nak sambung buat kerja dulu. Insha'Allah ada kelapangan aku akan update entri yang seterusnya. Oh sebelum terlupa komen-komen yang anda semua tinggalkan dalam entri yang sebelum ini akan aku segerakan untuk reply. 

p/s: Actually pagi ni ada sesi ceramah Datuk Dr. Hj. Mohd. Fadzillah Kamsah tapi banyak pula kerja yang tak settle lagi. Huuu... 

Thursday, June 9, 2011

I'm Flying!!

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Sorrylah mood nak balik kampung dah membuak-buak jadi korang layanlah gambar-gambar udara aku ni okay. Hehehe.. tak nak cakap banyaklah. Korang tengoklah gambar-gambar kat bawah ni ye. Kalau ada penambahbaikan korang tegur-tegurlah ye. Jangan malu jangan segan. Kritikan itu baik untuk peningkatan mutu gambar saya.






p/s: Sesiapa yang ada pengalaman manis/pahit pasal naik kapal terbang ni sila-silalah kongsikan dengan saya ye..



Wednesday, June 8, 2011

Kusut!!

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Malam ini aku cuba untuk tidur awal. 
Berjaya ke? Nampaknya tak!
Merasa sedih andai blog tidak ditempekkan dengan sesuatu yang baru.
Cik Dil dah marah EB dah tak rajin update blog.
Dia kata EB sangat-sangat busy sekarang ini.
Maaf bukan tak nak update cuma memang betul-betul busy Mera Dil.
Sebenarnya ingin bercerita akan sesuatu.. tapi..
Mm abaikanlah. Cik Dil rindu EB katanya..

Hari ini banyak sangat blogwalking ke blog orang lain.
Macam-macam cerita yang dibaca.
Tapi yang banyak adalah pasal politik dan artis.
Paling tak suka bila politik ini melibatkan agama.
Rasa buruk bebenor rupenye.
Hmm tak faham dengan perjuangan mereka.
Yang paling sedih bila tengok doa mereka.
Adui!!! Aku memang sedih dan menyampah melihat.
Aku kerdil maka aku hanya mampu membenci.
Nak tulis lebih-lebih, nanti dikatakan pula aku ni pro mereka.
Hmm.. Cukuplah sekadar aku tahu mana yang baik dan mana yang buruk.
Buang yang keruh ambillah yang jernih.

Bau lilin Abang Eq ni sungguh menenangkan.
Aku suka! Buat aku tenang dan rasa nyaman.
Jadi aku nak upload gambar untuk tatapan semua.
Kalau ada yang tak suka maafkan saya.
Apa aku merepek malam ni, aku pun tak tahu. 
Tapi bermacam-macam yang aku fikirkan sekarang ni.
Tak apalah kita bertenang dulu dengan melihat gambar.

My Human and Geometry photos:-
Jangan Pilih Jalan Hitam!
Akan ku gagahkan kaki ini melangkah hingga ke penghujungnya...
Kundasang War Memorial Park | Aku dalam mood merindukan kampung halaman
Aku minta diri dululah. Ingin mengotakan janji kepada diri untuk tidur lebih awal daripada biasa. Terasa amat malas untuk mengiron baju ketika ini, so mengambil keputusan untuk iron baju pada esok pagi. Juga sebagai alasan kepada diri sendiri untuk bangun awal esok. Besok hari Khamis, kena pakai batik! Tapi aku tak pernah pakai batik pada hari Khamis. Lantaklah! Oklah gua minta diri dululah..

Assalamualaikum.. Jawab sayang.. Tak jawab dosa!

Monday, June 6, 2011

Taman Saujana Hijau

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Okay di pagi yang indah ni, aku teringat sebuah tempat yang amat-amat seronok dikunjungi pada waktu pagi mahupun pada waktu petang. Di mana di kawasan ini amat sesuai untuk aktiviti riadah seperti berjogging, berjalan kaki bersiar-siar, berbasikal secara solo mahupun secara duet, atau hanya duduk santai menikmati keindahan alam dan macam-macam aktiviti lagi. Dan apa yang menarik hati aku ialah pada waktu petang cahaya mentari yang perlahan-lahan tenggelam diufuk timur amat seronok untuk dilihat dan ditangkap gambarnya. Melihat mentari perlahan-lahan hilang ditelan kegelapan malam dari atas bukit berbeza dengan memerhatikan mentari ini tenggelam ditepian pantai.


Taman Saujana Hijau ini terletak di Presint 11, Putrajaya berdekatan dengan kawasan perumahan Pangsapuri Putra Damai, Presint 11. Juga berdekatan dengan Pusat Kejiranan, Presint 11 atau berdekatan dengan Pejabat Kesihatan, Presint 11. Jom kita kita lihat apa yang ada di Taman Saujana Hijau ni.

Jogging trek yang luas dan panjang.
Pre-Wedding / Wedding Photoshoot kat area ni pun bestkan!
Banyak pokok-pokok Ru (Pokok krismas) di sini yang sungguh menenangkan mata dan minda
Jogging trek yang luas ini juga sesuai untuk aktiviti berbasikal
Port yang best untuk melihat sunset!!
Sunset yang indah dan pasti tidak mengecewakan anda!
Tapi aku yakin ramai orang yang tidak mengetahui kedudukan taman ni, mahupun orang tu memang duduk kat area Putrajaya ini sendiri. Dan apatah lagi bagi mereka yang tidak tinggal di Putrajayakan? Ini disebabkan kedudukannya yang agak jauh dari kawasan tumpuan seperti Taman Botani, Taman Wetland dan taman-taman lain yang ada di Putrajaya. Taman ini memang tak sepopular taman-taman yang lain tapi bagi aku taman ini still terbaik kerana bentuk geografi taman ini, di mana taman ini berada di kawasan yang tinggi.

Jadi kepada sesiapa yang berminat nak pergi sini bolehlah menghubungi saya diruangan komen dibawah ye. Heeeheehehe.. Oklah aku nak buat kerja sikit jap lagi aku update entri baru ok.. Daaa...


p/s: Aku dah lama tak jogging... Hmmm...

Wednesday, June 1, 2011

Hijau ataupun Biru??

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm


Al-salāmu'alaykum WBT.

Hmm.. Semakin hari semakin tak berkesempatan nak update blog. Ada saja urusan yang perlu diselesaikan. Kelmarin sudah berniat akan bertemu Ummi (My Aunty) di lapangan terbang, malangnya dek kerna sibuk dengan urusan kerja maka tidak berkesempatan untuk bertemu Ummi buat kali ke-2. Kiriman Ummi terpaksa ditinggalkan diruangan luggage. Maafkan saya Ummi kerna sekali lagi menyusahkan Ummi dan tidak lupa kepada sahabat saya, Addam yang sudi menghantar saya ke LCCT.

Kiriman Ummi, udang kering dan lada putih sudah saya terima. Oh tidak lupa juga kepada Kak Ayu yang sudi menguruskan urusan penyimpanan kiriman Ummi itu. Terima kasih Kak Ayu, terima kasih bebanyak. Mohon sejuta kemaafan juga sebab tak sempat nak jumpa Ummi sebelum Ummi balik ke Sabah. Insha'Allah bila saya balik Sabah, 10hb ni kita jumpa ye Ummi.

Sesampai sahaja di rumah kelmarin, saya segera ke dapur. Rindu nak buat dapur tu berasap. Dapur bujang ni jarang-jarang nak berasap memandangkan hanya saya seorang sahaja yang rajin nak memasak. Housemate yang lain saya kurang pasti sama ada mereka tak rajin nak masak atau tak reti nak masak. Apa pun semalam Ikan Masin Masak Lada Putih menjadi santapanku. Alhamdulillah kenyang! dan saya amat rindukan menu seperti ini. Petang ni nak masak apa pula ek? Hehehe..

Ok EB ada satu soalan mengenai warna kepada rakan-rakan bloggers semua. Mana yang anda semua lebih suka nak tengok pemandangan yang berwarna biru kah atau pemandangan yang berwarna hijau??

Ketika aku melihat awan fikiranku akan menjadi sangat-sangat tenang dan tenteram..

Hijau warna alam yang sentiasa memberikan maksud kedamaian dan keharmonian

p/s: Apa warna pilihan anda hijau atau biru?

Tuesday, May 24, 2011

Taman Tasik Cyberjaya

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Selamat pagi semua, baru saja selesai bersarapan roti telur + karipap + nescafe panas. Pergghhh memang nyaman sekali. Sukar untuk aku mengambarkan bagaimana nyamannya. Cuba korang beli dan nikmatilah sendiri, itulah perasaan yang sama dengan perasaan aku sekarang ini. Walaupun cuma berharga RM2.60 tidak semewah bersarapan di M'cD tapi cukuplah untuk menenangkan perut yang sedang memberontak. Eh! apasal cerita pasal makan pula ni? Hahaha sorry korang tapi memang harga roti telur sekarang ni RM2.00 ek??

Ok ni nak kongsikan dengan korang semua 2 keping gambar yang aku buat semasa aku ke Taman Tasik Cyberjaya baru-baru ini. Aku ke sana atas ajak Abang Pejai selepas aku outing dengan sahabat aku Mork Kenji (Sila baca di entri INI.)  Thanks Abang Pejai!! Gambar ini aku tangkap selepas hujan turun, so cuaca tak berapa nak lawa dengan keadaan langit yang putih dan tidak berawan. Walaupun di ketika itu sudah mulai senja, dan aku mengharapkan langit menjadi kemerah-merahan namun keadaan langit tidak seperti yang aku inginkan.


Tasik ini boleh tahan cantik dengan keadaan landskapnya, ada pondok-pondok untuk bersantai-santai, ada taman permainan yang boleh besar dan luas untuk anak-anak anda bermain, ada kawasan jogging yang cukup luas dan bermacam-macam lagi. Namun apa yang aku kesali, penjagaan kebersihan di kawasan tasik ini kurang terjaga kerana terdapat sampah yang dibuang merata tempat. Bunga-bunga teratai yang ada di tasik ini juga tidak terurus kerna banyak yang sudah rosak dan layu. Ini secara tidak langsung memburukkan pemandangan tasik ini.

"Pokok ini menjadi saksi cinta kita.."
Secara keseluruhannnya, Taman Tasik Cyberjaya masih tidak mengecewakan dan masih ada daya tarikannya tersendiri. Cuma perlu penjagaan kebersihan dan landskap sahaja. Penjagaan kebersihan ini bukan hanya kepada pihak pengurusan tapi juga kepada orang ramai yang menggunakannya. Memandangkan pengunjung tasik ini adalah kebanyakkannya daripada negara luar, jadi faktor kebersihan ini haruslah diperbaiki dan masa ke semasa. Demi menjaga nama baik negara. 

p/s: Nak pergi Ceramah Penerapan Nilai-Nilai Islam dulu..
p/s/s: Sorry ada 2 gambar je.. Yang lain ada kat lappy lagi tak edit lagi.. Nanti aku topup okay..

Friday, May 20, 2011

Hari Wesak Ku!

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Bersempena cuti Hari Wesak yang lalu, aku telah dijemput di Facebook untuk menyertai sebuah outing yang bertajuk "Kids Photoshoot Outing" di Taman Botani, Putrajaya anjuran saudara Adhadi Mohd. Malangnya dek kerna aku tidak mempunyai kenderaan sendiri dan aku terlambat untuk mendapatkan geng untuk pergi bersama-sama ke Outing tersebut, maka terlambatlah aku sampai ke lokasi tersebut. Sedih! Sampai kat sana outing tu dah nak habis dalam 30 minit saja lagi. Nak call pihak penganjur pun dah segan, so aku dan member aku, Mork Kenji outinglah berdua shoot kat dalam Taman Botani tu.

Aku selalu mendengar mengenai keindahan Taman Botani, Putrajaya ini. Taman ini memang akan menjadi pilihan ramai photog untuk buat photoshoot. Namun aku tidak pernah melihat sendiri akan keindahan yang selalu diuar-uarkan. Tapi ternyata Taman Botani ini bukan hanya indah pada khabarnya saja, tapi sememangnya sangat-sangat indah. Keindahan alam ciptaan Allah ini memang mengasyikkan. Memandangkan kami berdua tidak pernah lagi menjejakkan kaki ke sana maka keterujaan melanda kepada kami berdua sepanjang berada di dalam taman tersebut.

Kelihatan ramai orang menghabiskan masa seisi keluarga di taman tersebut. Ada yang berbasikal, ada yang berjogging, ada yang duduk bersantai beramai-ramai di tepi tasik, ada yang ber'photoshoot' dan bermacam-macam aktiviti lagi. So untuk mengambarkan keadaan disana ketika itu aku terjemahkan bicara aku ni dalam bentuk gambar ye kengkawan semua. Tapi aku ingin memohon maaf sebab untuk entri kali ini aku tak dapat letak banyak gambar sebab aku tak bawa laptop. Insha'Allah sekembalinya aku di rumah aku update gambar dalam entri ini ok. So enjoy mana yang ada dulu okay.. Sorry guys.. ^^


Taman Paku Pakis | "Mereka Juga Perlukan Mentari"


p/s: Sabar ye nanti saya update lagi gambar dalam entri ini. Sorry.. T_T
p/s/s: Nak tengok "Kids Photoshoot Outing" hari tu sila klik SINI.

Monday, May 16, 2011

Aku Dah Tak Putih Lagi!!

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Fuh!! Terasa amat lama tak meng'update' entri di blog ini. Semenjak blog mulai meragam hari tu, banyak peristiwa-peristiwa yang nak dikongsikan terbantut untuk dikongsikan dek kerna masalah tersebut. Idea-idea mulai hilang, nak draf entri pun tak dapat. Merasa amat kecewa tapi kini redha kerna ada hikmahnya disebalik kejadian.

Terlebih dahulu aku ingat memohon maaf kerna beberapa hari ini aku agak sibuk dengan kamera. So ini juga salah faktor kenapa aku tak dapat nak update entri. Aku ada beberapa event yang perlu aku sertai, 1st aku kena shooting sempena Pesta Sukan Perbendaharaan (Pertandingan sempen 'Kempen Senyum') di UKM, Bangi, 2nd aku ada Mini Outing dengan Bro MNj (Urban Outing) di Perbadanan Putrajaya, Putrajaya. Selain itu, banyak lagi event yang aku tak dapat sertai seperti Photohunting di PKNS, Silhouette Hunting di Terengganu, Outing di Zoo Negara dan bermacam-macam lagilah. Mohon sejuta kemaafan dan terima kasih kepada rakan-rakan yang menjemput.

Dua hari, di hujung mingguku diisi dengan aktiviti menembak, maka hasilnya aku telah mendapat sunburn yang amat teruk.. Arrrrggghhh aku dah hitam dah tak putih lagi. Belang pada kedua belah tangan, sudah cukup menjadi bukti sunburn menyerang. Bahagian muka tak payah ceritalah. Dah confirm terbako! Aku terlupa nak pakai arm sock or baju long sleeve. Sunblock actually dah pakai tapi terbako juga. Nak tengok kat mana aku menembak??

UKM, Bangi
Haaa korang rasa mau tak terbako, menembak tempat yang lapang macam ni? Di serata tempat nak kena cover. Aku siap baring kat track lagi untuk dapatkan angle yang terbaik. Huu.. so korang semua ronda-rondalah dulu kat blog aku ni, kalau nak rondalah tak nak pun takpe. Aku tengah nak cari gambar yang sesuai untuk Pertandingan Fotografi sempena Kempen Senyum Perbendaharaan. Wish me luck guys. 

p/s: Miss you all guys... 
p/s/s: Siapa nak tengok EB shoot Model?? 

Monday, May 9, 2011

IC ~ PICC

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

View from PICC, Putrajaya
Maka dengan rasminya berakhirlah Festival Pengantin 2011 bertempat di PICC, Putrajaya. Banyak booth-booth yang menawarkan pelbagai pakej-pakej perkahwinan yang sarat dengan pelbagai diskaun dan promotion. Dari segala aspek ditawarkan dan hanya perlu menyiapkan fulus dan diri sahaja. Dari baju pengantin, photographer, videographer, catering, pelamin, kad jemputan kahwin, door gift, kenderaan pengantin dan bermacam-macam lagi tawaran-tawaran yang hebat. Semuanya serba serbi ada, tiada yang tiada!

Sebilangan Promotion Catalog yang masih selamat disimpan dari dibuang...
Photographers yang menangkap gambar untuk perkahwinan ini semuanya handal-handal belaka. Semuanya penuh dengan pengalaman dalam bidang 'Wedding Photographer'. Selain daripada booth-booth pengantin, juga ada persembahan artis, cabutan bertuah dan bermacam lagi. Antara artis yang memeriahkan majlis seperti ONE (One Nation Emcees) - tapi tak sempat tangkap gambar mereka sebab tak kuarkan kamera lagi time tu. Malu nak keluarkan semua photographer kat situ gear power-power. Aku pakai biasa-biasa je. 

My old buddy | Si Pengemys Jalanan!
Tapi apa yang mengumbirakan, aku dapat bertemu kembali coursemate aku 'Si Pengemys Jalanan" aka 'PJ' sewaktu zaman diploma dulu. Setelah 5 tahun lamanya tidak bersua muka. Memang mengujakan kerna dia adalah photog yang hebat dan kini memiliki gear yang superb, Canon 5D setelah let go 2 biji kamerenya Canon 50D dan 550D. Deng! Gua caya sama lu der!  Semoga kau akan terus maju dan maju.. Amin..

So itu sahajalah cerita untuk pagi ini. Insha'Allah aku akan buat entri bergambar pasal festival ini jika aku rajin. Oh sebelum terlupa aku ada cerita best pasal apa yang berlaku semasa aku berada di PICC. Hehehe nanti aku kongsikan dalam entri yang lain okay. Rasanya ramai yang akan rasa meluat bila melihat! Insha'Allah entri yang seterusnya okay.

p/s: Aku lapar giler dah ni.. Mm nak makan apa ek? 

Sunday, May 8, 2011

Tabahkan Aku..

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Pergi sudah tinggalkan aku...

Hai semua, mohon sejuta kemaafan kerna baru ada kesempatan untuk mengupdate blog. Hari ini menghabiskan masa bersama rakan-rakan, menonton wayang dan juga outing tembak suka-suka. Tapi dikala ini hati merasa amat tidak tenteram, terlalu hebat tamparan yang diberikan secara tiba-tiba ini. Aku terkesima dan terkedu. Aku masih tertanya-tanya, apakah ini semua? Benarkah ini bukan cobaan semata-mata? Terlalu drastik bagi diri ini. 

Maafkan kawan-kawan malam ni agak emosional sikit. Aku perlu menenangkan diri. Aku perlukan sesuatu. Aku perlu fikirkan dengan sebaik mungkin. Andai ini adalah yang terbaik untukku maka aku harus redha. Tapi kenapa tidak boleh dibincangkan. Aku musykil. Aku sedih. Aku risau. Aku kecewa. Apa-apa pun, doakan agar aku tabah menghadapi semua ini.

Tabahkah aku??

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...