K A W A N

Showing posts with label Group Portraits. Show all posts
Showing posts with label Group Portraits. Show all posts

Thursday, January 19, 2012

Haire ♥ Syila

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.



Wedding of Haire & Syila
Venue : FRIM, Kepong, KL
Date : 26-27 November 2011
Photographer : EB Junaidi & Megat Rohaizal





Berminat dengan perkhidmatan saya?
Wedding | Portraiture | Event


Sila hubungi saya melalui:-
No. HP : 017-6956587
E-mel : asynor@gmail.com
FB : http://www.facebook.com/iAsynor
500px : http://www.500px.com/ebjunaidi

Monday, September 26, 2011

Couple Photoshoot | Arul ♥ Mey


سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.


Couple : Arul & Mey
Location : Tanjung Aru Beach, Sabah
Photographer : EBjunaidi



Alhamdulillah seperti yang aku janjikan sebelum ini, 'Couple Photoshoot' untuk tatapan anda semua. Couple photoshoot ini aku dedikasikan kepada adik aku yang no.4, Arul dan girlfriend dia si Mey (Mama aku panggil dia Memey). Photoshoot ini adalah hadiah buat mereka berdua yang sedang menghadapi PJJ (Percintaan Jarak Jauh). Adik aku berada di Sabah manakala aweknya berada di semenanjung. Semoga dengan adanya album ini, dapatlah meredakan kerinduan antara mereka berdua. Semoga berkekalan hendaknya, abang mu mendoakan yang terbaik buat kamu berdua dan semoga hubungan ini terjalin dalam hubungan yang lebih serius selepas ini. Insha'ALLAH.

Mood: I'm happy for them!

Wednesday, September 21, 2011

Group Portraiture!

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.


Group Portraiture!
Venue: Esplanade, Kudat 
Talents: EB | Keyla | Hamsa | Sitti | Zhul

Lihat kawan di sana..
Dari kiri ke kanan: Hamsa, Sitti, Keyla & EB
Ku lihat kamu..
Dari kiri ke kanan: Hamsa, Sitti, Keyla & EB

Frame the photo..
Dari kiri ke kanan: Zhul, Keyla, Sitti & Hamsa

Oraitss.. Tiga keping gambar ini, saya rakamkan sewaktu saya berhari raya di Tip of Borneo, Kudat pada Hari Raya ke-2. Kedatangan saya ke Kudat yang juga merupakan daerah kelahiran saya ini adalah atas ajakan sahabat dari kecil saya, Hamsa. Memandangkan sudah bertahun lamanya kami tidak bersemuka dan sudah bertahun lamanya juga saya tidak kembali ke kampung halaman, maka ajakan beliau untuk beraya di Kudat tidak saya bantah walau dengan sepatah ayat pun. Setelah mengatakn "Ya! Aku follow.." seraya itu juga aku bersiap. Hehehe aku semangat.


Kedatangan kami ke Kudat adalah untuk memenuhi jemputan rumah terbuka saudari yang berbaju oren di dalam gambar di atas. Selesai menjamah juadah di rumah Cik Keyla, dengan segera kami mencari tempat yang sesuai untuk merakamkan detik indah kami beraya bersama dengan Cik Keyla. Makanya, Esplanade, Kudat menjadi venue utama untuk kami merakamkan detik indah itu. Sebenarnya agak banyak juga gambar dirakamkan di dalam rumah Cik Keyla bersama ahli keluarganya tapi dek kerana gambar tersebut masih belum siap diedit maka gambar yang 3 di atas ini menjadi tatapan kita semua terlebih dahulu buat masa ini, okay.. Mak Cik Keyla sangat-sangat comel dan sporting.. Hehehe.. 


Okaylah aku nak rehat dulu, penat! Aku puasa hari ini, hari ni hari ke-2 aku berpuasa.


p/s: Adik aku tak ada dalam gambar ini, sebab dia yang ambik gambar aku.. Hehehe..

Tuesday, August 16, 2011

Teman Untuk Diri


سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.
"Salam Ramadhan Al-Mubarak"

Salam 16 Ramadhan buat anda semua..

Location: 1Borneo | Sabah
Lazimnya, kita semua memerlukan teman untuk berdamping. Adakalanya kita akan mendapat kekuatan melalui aura seorang teman, maksud saya teman sejantina. Adakalanya, apa yang kita bualkan dengan ayah dan ibu, tidak sama seperti apa yang kita bualkan dengan seorang teman. Adakalanya, kita memerlukan seorang teman pada saat-saat kecemasan. Adakalanya, ada berita tertentu yang hanya boleh dikongsi dengan seseorang teman sahaja.

Untuk mendapatkan kawan yang baik, pertama sekali kita sendiri mestilah baik. Jika menilai orang lain sebagai jahat, maka apa pula penilaian orang tentang diri kita?

"Ala.. kau tu bukannya baik sangat!"

Kata-kata umpama ini sangat menyakitkan. Betul tak? Oleh itu, cermin diri dahulu, perbaiki diri dan cuba menjadi insan yang sebaik mungkin walaupun agak mustahil untuk mencapai tahap sempurna.

Kemudian, carilah kawan-kawan yang baik, yang boleh dijadikan teman sewaktu gembira mahupun sedih. Disebabkan seseorang kawan itu akan banyak mempengaruhi cara dan gaya hidup kita, Rasulullah s.a.w menasihati kita supaya berhati-hati ketika memilihnya. Sabda baginda: "Seseorang itu mengikut agama (perjalanan) temannya. Oleh itu, kamu hendaklah memerhatikan siapa yang hendak dijadikan teman." HR Bukhari

Maksud hadis ini mudah. Kita dinilai sebagai orang yang baik jika kawan kita itu baik perangainya. Sebaliknya kita akan dinilai sebagai jahat jika kawan kita itu seorang yang jahat meskipun hakikatnya tidak begitu. Adakala kita berkawan dengannya atas alasan kerana memerlukan pertolongannya tetapi identiti buruk dirinya itu akan terpalit pada diri kita. Ini kerana masyarakat selalunya menilai sifat manusia seperti menilai kulit buku. Jika coraknya cantik, isi buku juga cantik. Jika kulit buku tidak cantik, automatiknya isi buku juga tidak cantik.

Jadi, dengan siapa kita bergandingan, itulah tanggapan pertama oleh mata yang memandang.


p/s: Insha'Allah selepas ini saya akan berkongsi panduan/tips mencari kawan.


Tuesday, July 26, 2011

Bridal Outing | Iman ♥ Amar

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Ok hari ini aku ingin menunaikan janji. Sebuah janji yang aku pernah janjikan pada entri ini ~ Bridal Outing | Taman Botani, Putrajaya. Alhamdulillah aku punya masa untuk melangsaikan janji aku untuk anda semua. Walaupun sebentar lagi ada bacaan Yasin dan Tahlil di aras aku ini. Namun aku hendak juga menunaikan janji, aku takut terlupa lagi. So hari ini aku akan paparkan gambar-gambar semasa outing tersebut. Mungkin tak semua tapi ini adalah antara sebilangan gambar yang menarik untuk dilihat. Moga-moga kepada yang belum berkahwin seperti aku mempunyai semangat yang jitu untuk berumahtangga selepas ini. Insha'Allah. Jom layan gambar..

Oh sebelum itu, pasangan yang dipertanggungjawabkan kepada aku untuk menghasilkan potret mereka ini adalah saudari Iman Nurdian dan saudara Amarruddin Khalid dan mereka telah dicantikkan dan dihensemkan oleh Jurusolek aka MUA, Kak Masliana. Terima kasih atas segala kerjasama yang diberikan. I ♥ you all...







So guys, what you words??
Ada sesiapa yang nak tempah saya untuk majlis perkahwinan anda? Hehehe...

Ok FYI, saudara Amar bukanlah talent yang sepatutnya digandingkan dengan saudari Iman. Oleh kerana, talent yang sepatutnya digandingkan dengan beliau tidak dapat menghadirkan diri atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan makanya saudara Amar (BF) beliau terpaksa mengantikan tempat talent tersebut. So sila abaikan kasut pahlawan moden yang dipakai beliau jika anda semua perasaan ada sesuatu yang ganjil dalam beberapa keping gambar yang saya paparkan disini (rasanya sekeping je kot..). Harap maaf atas kesulitan tersebut. (Dah namanya bidan terjunkan.. hehehe..)

So sebelum mengundur diri untuk ke Majlis Tahli tersebut, ampun maaf dipinta andai ada sesiapa yang pernah tersinggung atau disinggung sepanjang saya berkarya dan berblogging disini. Ampun maaf seikhlas hati, andai ada kekasaran bahasa mahupun terlanjur tingkahlaku yang tidak sopan daripada saya. Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua sahabat-sahabat bloggers... 

p/s: Tak sabar nak puasa....

Wednesday, May 25, 2011

My New Lover!

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Setelah sekian lama ku pendam dan ku telan sendiri. Kini aku harus bangkit bersemangat untuk memulakan hidup baru. Aku kena terima semua ini. Ini bukan ingin ku tapi ku tahu inilah ketetapan dari-Nya. Ketetapan yang sudah tertulis di dalam perjalanan hidup. Aku harus sedar, aku hanya insan hina yang menumpang bumi-Nya ini. Aku bukan siapa-siapa, aku tidak mampu untuk mengubahnya. Cinta yang lama tak akan ku buang tapi akan ku sayang dan ku sayang lagi. Akan ku jadikan kenangan yang terindah yang tak mungkin aku lupakan.

Dua tahun yang lepas, kau ku jaga dengan penuh cermat, penuh gelisah, penuh risau, penuh kasih sayang dan penuh cinta. Ketika kau nangis aku bingkas bangun melihat apa yang menyebabkan tidur mu terganggu. Akan ku biarkan kau tidur terlebih dahulu sebab aku risau ada nyamuk yang akan mengigit kulitmu yang putih gebu itu. Takkan ku biarkan itu berlaku akan ku pastikan kulit mu tak akan bertukar merah digigit sang nyamuk. Kalau keadaan bilik itu panas, aku sanggup kipaskan dirimu agar kau tidak kepanasan.

Itulah dia kekasih hatiku dulu.. yang aku cintai, yang aku sayang, yang aku rindu selalu,
Khadijah Az-Zahirah bte Mohd Aminor, anak buah pertama ku.

I'm using Canon 1000D for this picture..


Kini aku sudah punyai cinta baru, selepas cinta pertamaku tadi.
Setelah disahihkan melalui SMS abangku, Aminor pagi tadi.
Maka sahlah nama kekasih pengarang jantung baruku adalah;

"FATIMAH SYARHA AZ-ZAHRA BTE MOHD AMINOR"

Yeah!! Anak buahku dah ada nama yang sangat-sangat indah!!
Bukan saja indah, malah sangat-sangat panjang okay..
Ayahnya dah registerkan kat Pejabat Pendaftaran pagi tadi.. Yahoooo...
Sabar ya sayang, tunggu uncle balik.. Kita PHOTOSHOOT okay!! Hehehe...
So korang semua tunggu gambarnya dalam bulan Jun nanti ye..



p/s: Sorry untuk cerita yang direka-reka kat atas tu.. Direka supaya kelihatan lebih tragik.. Hehehe.. Jangan marah ye.. 

Monday, May 23, 2011

Happy Belated Birthday and Congratulation to My Lovely S.I.L

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Hari ini barulah saya berkesempatan untuk mengucapkan Selamat Ulang Tahun Kelahiran buat kakak ipar saya, Butiwana Jalipen. Mohon maaf atas kelewatan ini, tapi ucapan ulang tahunnya saya sudah dahulukan melalui SMS, cuma entri khas buat akak ipar saya ini yang terlewat dibuat. Mungkin entri ini tak best sebab tak jatuh pada tarikh yang sesuai iaitu semasa birthday akak ipar saya.

Akak ipar saya telah menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-26 tahun pada tarikh 18 Mei 2011 (Rabu) yang lepas. Dan apa yang lebih menyeronokkan adalah, akak ipar saya juga telah selamat melahirkan seorang lagi bayi perempuan yang sangat-sangat comel pada 17 Mei 2011 (Selassa) pada jam 6.00 pagi di Hospital Ranau, Sabah iaitu sehari sebelum Ulang Tahun Kelahiran akak ipar saya. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Syukur atas rezeki ini Ya Allah.. Syukur Alhamdulillah dipermudahkan semuanya buat Akak Ipar aku.



Saya telah mendapat message seawal jam 8.30 pagi daripada abang saya, Aminor yang berbunyi begini "Kakak kau sudah bersalin jam 6.00 pagi tadi.. Hohoho.. Baby perempuan yang comel.." Aku bingkas bangun dan mengucapkan tahniah kepada abang ku atas berita gumbira ini. Alhamdulillah.. Ini yang membuatkan aku rindu nak balik Sabah ni. 

Buat Khadijah Az-Zahirah, anak buahku yang 1st;

Cubaan membuat sign peace yang terpaksa dibantu ayahnya.. Hehehe..
Kakak, sekarang kakak dah ada adik baru dah. Kakak jangan nakal-nakal tau. Kakak kena jaga adik dah sekarang ni. Tak boleh nangis-nangis nak ikut uncle jalan. Tak boleh minta puji dah. Tak boleh lawan cakap Ummi dan Ayah. Kena jaga Ummi, ummi penat tau lahirkan adik. Kakak kena jadi contoh untuk adik tahu. Kakak dah ada adik perempuan baru dah. Nanti uncle balik kita buat photoshoot lagi okay! Tunggu uncle balik tau..

So guys itulah cerita pagi ni yang dah lama nak story dengan korang semua tapi asyik tak berkesempatan je.. Gambar tak ada lagi, tunggu saya balik Sabah dan saya akan adakan sesi photoshoot dengan anak buah saya ni.. Hahahaha.. Oh ya nama anak buah saya ni tak ada lagi, parents dia masih dok berbincang nak bagi nama yang terbaik buat anak mereka. Apa pun mesti gempak macam nama anak mereka yang pertama tu, Khadijah Az-Zahirah binti Mohd Aminor. hehehe.. Sesama kita nantikan okay, abang saya cakap "Sabar.. Tunggu kakak kau tetapkan dulu mana satu nama yang dia nak..".. So sama-samalah kita bersabar ye.. Aku pula yang excited!! Hahahaha..


p/s: Tak sabar nak balik Sabah.. Uwaaaa....

Thursday, April 7, 2011

Sekolah Ku Tak Seindah Sekolah Mu

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Mungkin pada masa ini anda sudah berjaya memiliki segulung Ijazah, Master dan tidak mustahil Ph.D. Tapi adakah anda bersetuju sekiranya saya mengatakan bahawa tanpa sebuah sekolah harian mahupun sekolah berasrama penuh, anda tidak akan memiliki kejayaan seperti sekarang ini. Tanpa insan yang bergelar Guru/Cikgu anda pasti tidak akan memiliki kejayaan seperti sekarang ini. Setuju?

Kriteria sekolah seperti besar, luas, cantik, dibina daripada batu bata, lengkap dengan kemudahan & kelengkapan, bertingkat-tingkat, kantin yang luas, pelajar yang ramai, cikgu-cikgu yang mencukupi dan bermacam-macam lagi kriteria yang indah-indah adalah pilihan utama seseorang dalam memilih sekolah. Betul? 

Tapi jika sekolah ini tidak memenuhi kesemua kriteria yang anda inginkan. Adakah anda masih sanggup bersekolah di sekolah sedemikian? Sanggupkah anda bersekolah di sekolah yang rupanya saling tak tumpah seperti "Kandang Ayam"? Sanggupkah anda bersekolah di sekolah yang bangunannya terpaksa dikongsikan bersama dengan pelajar-pelajar dari sekolah rendah? Pernahkah anda bersekolah di sekolah yang dibawahnya ada anak sungai? Yang strukturnya Wallahualam!

Insha-Allah setelah selesai saya melakukan sedikit editing dan touch up pada gambar yang ingin saya kongsikan nanti. Saya akan ceritakan lebih lanjut mengenai pahit dan manis mengenai sekolah saya SMK Pekan Telipok (SMKPT). Sungguh banyak yang ingin saya luahkan. Rasa keperitan ini bukan sahaja dialami oleh saya pada 20 tahun yang lalu namun ianya berlanjutan sehingga ke hari ini. Sudah berabad lamanya. Tapi inilah kebenaran dan realitinya.


p/s: Nantikan luahan saya yang sudah dipendam selama 20 tahun lamanya...

Tuesday, March 22, 2011

Antara Aku, Kau dan Dia

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Di suatu petang yang mendung di tepi sebuah hentian bas..
Baca sambil dengar lagu ni lagi feel. Tak percaya? Cuba klik play.



Amer (Bukan nama sebenar) menghulurkan tangan dan memberikan salam kepada ku. Dengan segera aku menyambut tangannya dan menjawab salamnya. Aku mulai mengenali Amer apabila seringkali bertemu dengan dia di Masjid Putra ketika Solat Jumaat.


"Lambat balik hari ni?" Amer bertanya. 
"Ya lambat sikit, aku solat dulu sebelum balik tadi. Yalah Asar pun dah lewatkan sekarang ni. Jadi solatlah dulu kat office sebelum balik.." Aku menjawap soalannya sambil tersenyum.
"Ya! Betul! betul! Sekarang ni Asar dah lewat memang lebih baik solat dahulu sebelum baik manalah tahu ada apa-apa time balik tu kan.." Amer mengiyakan kata-kata ku.
"Mmm.. Awak nama apa ek? Aku lupalah.." Amer bertanya dengan raut wajah seorang yang amat pelupa.
"Oh! panggil saja saya EB. Huruf 'E' dengan 'B' sahaja. EB!.." Aku menerangkan agar dia tidak tersalah sebut namaku dan berharap dia ingat..
"Oooo.. EB! Sorry saya terlupa. Hari tu dah ingat.. Lupa pula.. Sorry ek.." kata Amer penuh penyesalan.
"Oh takpe. Tak kisah, biasalah baru sekali dua jumpa. Jumpa pun selalu kat Masjid je. Itu pun pandang-pandang, jeling-jeling je. Ini jumpa kat Bus Stop ni barulah dapat bertegur sapa." Aku cuba menenangkan Amer agar dia tidak rasa bersalah..
Amer tersenyum.. Kemudian dia mengalihkan pandangannya kepada seseorang. Lama juga dia memerhatikan orang tersebut. Aku sekadar tersenyum melihat.


"Mmm.. EB kau kenal tak awek yang pakai baju putih tudung pink tu?" sambil menudingkan jari ke arah perempuan tersebut.
"Oh.. Yang pakai baju putih, tudung pink tu ek?? Oh kenal.. Kenapa? Awek tu duduk satu taman perumahan dengan aku. Cuma dia di blok lainlah. Kami naik bas yang sama pergi dan balik kerja. Kenapa bro?" Aku bertanya penuh minat. 
"Aku bukan apa bro. Aku dah lama dok perhatikan dia. Aku suka sangat tengok gaya dia, muka dia, cara dia. Memang sweetlah. Gaya dia lain dari awek-awek yang ada kat sini tau. Memang test akulah.." Amer menerangkan dengan penuh semangat kecintaan.
"Dah tu apasal kau tak cakap je kat dia?" Aku menghasut.
"Gila kau bro. Ramai giler orang kita sini. Aku kalau orang tak ramai kat sini aku beranilah. Ni kau tengoklah kiri, kanan, depan, belakang semua awek-awek. Mahu tak malu?? Tak kan aku nak try time tu juga kot? Malu doh.." kata Amer dengan raut wajah yang sedikit hampa.
"Adoi! Kau janganlah try time ramai orang. Kau tunggulah line clear sikit baru kau try cakap dengan dia.." kata aku sedikit memerli.
"Masalahnya bila orang dah tak ramai, masa tu dia dah naik bas dah bro. Tak sempat aku nak cakap apa-apa dia dah chaw dah. Nak buat macamana lagi?" Amer terkilan sedih.
"Kesian kat kau. Dah tu kenapa kau tak ikut saja bas yang dia naik tu. Ikut dia sampai kat taman perumahan dia. Nanti dalam bas bolehlah cakap-cakap, cerita dengan dia. Lagipun bas yang dia naik tu, bila dah sampai kawasan perumahan awek tu bas tu patah balik pula ke kawasan perumahan kau." Aku cuba membuka talian hayat buat beliau walaupun aku tak pasti bas tu akan patah balik ke kawasan perumahan beliau atau pun tidak.
"Oh yaka? Aku tak tahu pula bro. Yalah, aku pun baru saja try try naik bas ni bro. Ni aku tak naik motor balik rumah semata-mata nak jumpa dia. Nak tengok dia.." Amer menerangkan dan aku dapat merasakan sesuatu yang agak sengal berlaku.
Aku tersenyum mendengar penjelasan beliau.


"Bro, kau boleh tolong aku tak? Boleh tak kau tolong sampaikan salam aku kat dia. Bagitahu kat dia aku Amer kirim salam kat dia. Yalah memandangkan kau dah satu bas dengan dia. Nanti dalam bas kau duduklah dekat-dekat dengan dia. Jangan jauh-jauh pula. Nanti bolehlah kau sampaikan salam aku kat dia. Bolehkan bro?" Amer meminta-minta persetujuan daripada aku.
"Insha Allah Mer. Kalau ada rezeki, ada kesempatan aku cubalah sampaikan salam kau kat dia. Insha Allah aku cuba sehabis baik." Aku memberi harapan kepada beliau walhal aku sudah merasa sedikit meluat.
"Huuu.. Terima kasih bro. Kau memang baik hati bro. Terima kasih bebanyak bro. Jangan lupa sampaikan salam aku kat dia tau.." Amer tersenyum riang.
"Insha Allah.." Aku mengakhiri perbualan dengan meminta diri kerana bas aku dah sampai.


©2011 | Gambar Hiasan | Sepilok | Antara aku, kau dan dia..


p/s:-
Kenapa perlu aku menjadi orang tengah aka Posmen untuk aku sampaikan salam cintanya? Sedangkan si Dia sudah berada di depan mata.. Apa salahnya beranikan sahaja diri untuk bertanyakan khabar si Dia. Tingkatkan sahaja kesabaran diri untuk menunggu masa yang sesuai untuk menegur si Dia.

Inilah benda yang sering terjadi bila mana si Lelaki kurang ketabahan serta kesabaran diri untuk bertanyakan sendiri khabar serta status orang yang dia minati tersebut. Kenapa perlu orang tengah? Kenapa perlu Posmen? Tidakkah kamu terfikir bahawa kamu menidakkan sendiri peluang yang kamu ada dan kamu juga memberikan peluang kepada si Posmen ini menonjol? Sebab itulah kenapa ada orang tengah aka posmen ini boleh 'sangkut' dengan si Dia yang kamu minati. Sebab si Dia lebih cenderung melihat keberanian si Posmen berbanding kamu dan si Posmen ini juga boleh menyukarkan kamu memiliki si Dia. 

Tak begitu para wanita?
Apa pendapat kamu mengenai orang tengah aka Posmen ini?
Atau mungkin ada pengalaman anda sendiri sebagai Posmen?

Friday, February 18, 2011

Cap Ibu & Anak

بسم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm



Al-salāmu'alaykum semua, apa khabar hari ini? Semua okay? Kalau tak okay pun buatlah sampai okay, okay.. (Berapa banyak okay dah?)

Mesti anda semua sudah selesai melantak juadah yang dihidangkan malam ini kan. Saya tak makan lagi. Rasanya ikan yang saya rendam sebentar tadi sudah mengecut agaknya. Hahaha.. Ni la bahana Mukabuku!! Adoi.. Ok saya masak lepas entri ini selesai. Hahaha..

Sebenarnya di ketika ini saya sedang menghadapi satu sindrom iaitu sindrom rindu. Ya! RINDU! Saya sedang merindukan beberapa orang ketika ini. Rindu yang amat-amat rindu pada mereka.

Ya! Saya rindukan family saya di Sabah. Rindukan adik-beradik saya, Akak Ipar saya dan yang paling saya rindukan adalah anak buah saya Khadijah Az-Zahirah. Sudah agak lama tidak bersua muka dengan dia. Khadijah semakin hari semakin membesar dan tak lama lagi dia bakal mendapatkan seorang adik. Semoga akak ipar saya, Kak Buty dan kandungannya sentiasa dalam keadaan sihat walafiat. Insha Allah.

Anda nak tengok Anak Buah saya, Khadijah Az-Zahirah bte Mohd Aminor? Anak buah pertama dalam keluarga kami, dan juga merupakan cucu pertama kepada Ibubapa kami. Khadijah telah menyebabkan Mama & Bapa telah menjadi Atuk & Nenek.. Hehehe.. Rindu sangat-sangat kat Khadijah. Lihatlah dia, comelkan..

©2011 | Like Mother, Like Daughter
Hanya gambar yang mampu mengobat kerinduan ini dan saya panjatkan doa kepada Allah  SWT agar seluruh keluarga ku berada dalam sihat walafiat dan dijauhkan dari kecelakaan. Semoga semuanya dalam keadaan selamat. Insha Allah. 

p/s: SAYANG kamu semua....

Monday, January 31, 2011

Cuti di Puncak Tertinggi

بسم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum
"Selamat Sejahtera ke atas kamu semua"

Hai semua. Hari ini saya bangun seawal jam 6.05 pagi. Awal bukan. Ya awal kerana saya bekerja hari ini. Ya bekerja. Bekerja dengan hati yang ikhlas demi mencari rezeki Allah yang halal dibumi-Nya ini. Tanpa rasa cemburu (tipu) pada rakan-rakan yang sedang lena di ulit intan pagi-pagi ini kerana bercuti. Hujan renyai mulai turun seakan tahu akan perasaan ini. Melihat housemate berbungkus dengan selimut merah jambunya begitu enak sekali rasanya. Huuu.. Tabah!

Cukup mengenai selimut merah jambu. Hari ini saya ingin bercerita mengenai akitviti yang akan saya buat sekiranya musim cuti seperti ini datang menjelma. Seperti saya setiap orang pasti mempunyai agenda tersendiri untuk menghabiskan waktu cuti masing-masing. Ada yang pergi melancong, balik ke kampung halaman, berbulan madu, dan ada juga yang hanya duduk beristirehat di rumah bermain game atau melayari interent. 

Apa pun yang dilakukan itu semua menjadi hak masing-masing untuk merencanakan hari cuti masing-masing. Justeru itu saya akan bercerita mengenai aktiviti yang akan saya lakukan sekiranya ada cuti panjang seperti ini. Kalau anda semua nak tahu teruskan membaca dan saya mohon maaf andai cerita saya ini membosankan anda. Selamat membaca.

©2011 | Mount Kinabalu view from Kota Belud
Gambar di atas memperlihatkan bertapa indahnya pemandangan Gunung Kinabalu itu daripada aras bawah dan sememangnya lebih indah sekiranya kita dapat menawan puncak Gunung Kinabalu itu sendiri. Gunung Kinabalu adalah gunung yang tertinggi di Asia Tenggara dengan ketinggian 4,095 meter dari aras laut.

Mendaki Gunung Kinabalu adalah aktiviti tahunan saya bersama-sama dengan sahabat-sahabat 'Poindakod' saya. Poindakod berasal dari perkataan suku kaum Dusun yang bermaksud 'pendaki' dalam bahasa Melayu. Kumpulan ini ditubuhkan atas dasar minat masing-masing dalam aktiviti mendaki ini. Selain mendaki kami juga banyak melakukan aktiviti kayak, berkhemah, treking dan bermacam-macam aktiviti outdoor dan indoor. 

Pada setiap tahun kami akan berbincang bersama untuk menentukan aktiviti apa yang hendak dilakukan. Berbincang mengenai tarikh, tempat, bajet dan bermacam-macam perkara lagi sebelum memutuskan apa aktiviti yang hendak dijalankan. Sekiranya tidak mendaki kami akan berkhemah di dalam hutan, treking mencari air terjun ataupun melakukan aktiviti kemasyarakatan. Akan tetapi sejak kebelakangan ini aktiviti-aktiviti seperti ini sering terkandas disebabkan banyak faktor antaranya faktor jarak, masa serta kesibukan dan komitmen dalam kerja masing-masing.

©2011 | Mesilau Nature Resort | F.r.i.e.n.d.s
Berbalik kepada cerita Gunung Kinabalu, masa yang sesuai untuk melakukan pendakian mengikut kepada pengalaman saya adalah pada sekitar bulan Mac sehingga bulan September kerana cuaca pada ketika itu sungguh elok sekali. Untuk pengetahuan semua terdapat dua laluan untuk mendaki Gunung Kinabalu. Laluan yang pertama ialah laluan yang biasa digunakan iaitu melalui Timpohon Gate Trail dengan jarak pendakian sebanyak 8.72KM manakala laluan kedua daripada Mesilau Trail di mana anda perlu melalui jarak tambahan sebanyak 1.5KM daripada jarak laluan pertama.

Kedua-dua laluan ini mempunyai kelebihan dan kecantikan pemandangan tersendiri. Akan tetapi sekiranya anda melalui laluan yang kedua iaitu laluan daripada Mesilau Trail, anda akan dapat melihat pemandangan Puncak Gunung Kinabalu daripada pandangan belakang. Anda akan dapat lihat bertapa tingginya curam di puncak gunung tersebut. Memang akan membuatkan anda sangat-sangat teruja dan bersyukur dapat melihat keindahan ciptaan Allah ini.

©2011 | 3.45AM | I've meeting at the Low's Peak

Setiap kali mendaki Gunung Kinabalu saya pasti akan memilih salah satu tema pakaian untuk saya pakai semasa berada di puncak nanti. Kenapa ada tema pakaian? Ok idea ini timbul pada kali ketiga saya menawan puncak Gunung Kinabalu ini. Pada ketika itu saya melihat bermacam-macam ragam manusia meriahkan kegembiraan serta kepuasan mereka menawan puncak yang tertinggi di Asia Tenggara ini. Ada yang azan, ada yang berdoa, ada yang cuma diam, ada yang nangis, ada yang bercium, ada yang ketawa riang, ada yang berpelukan, ada yang membuka baju dan bermacam-macam ragam lagi.

©2011 | The Low's Peak Kiss

Ketika itulah idea saya timbul untuk mengenakan pakaian yang kontra ketika berada di puncak gunung. Pakaian kontra ini bermaksud pakaian yang tidak sesuai digunakan semasa berada di puncak gunung. Contohnya anda boleh lihat pada gambar. Tema pakaian yang saya fikirkan ini disambut baik oleh rakan-rakan pendaki dan kami bersetuju untuk memakai baju formal semasa mendaki ketika itu.

Tema pakaian ini bukan untuk saya menunjuk-nunjuk fesyen baju yang saya ada. Tapi tema ini secara tidak langsung akan menjadi sumber kekuatan mental pada setiap pendaki. Sekiranya kita mempunyai tujuan serta matlamat dalam melakukan apa jua benda pasti benda yang dirancang itu akan menjadi lebih senang bukan. Begitulah juga dengan tema pakaian ini, secara tidak langsung membuatkan kita lebih bersemangat, bersedia serta fokus terhadap matlamat anda dan sekaligus melancarkan pendakian anda ke puncak gunung nanti. Betul tak?

Untuk pengetahuan semua selain berbaju kemeja seperti dalam gambar. Saya juga pernah mengenakan baju Melayu ketika berada di puncak gunung. Ketika itu saya menjadi guide jemputan untuk Cabaran Kinabalu 2007, Politeknik Kota Kinabalu, Sabah. Saya menjaga seramai 100 lebih pendaki dan ketika berada di puncak gunung cuma saya seorang sahaja yang berbaju Melayu berwarna Coklat. Semua orang merasa pelik terutama sekali pendaki daripada luar negara. Tapi sayang gambar tersebut tertinggal di rumah saya di Sabah dan tiada dalam simpanan cakera keras saya. Insha Allah bila saya balik ke Sabah saya akan paparkan gambar tu buat tatapan semua.

©2011 | Theme ~ Meeting
Untuk rekod peribadi saya telah menawan puncak Gunung Kinabalu sebanyak sembilan kali iaitu sebanyak tujuh kali di laluan pertama dan dua kali di laluan kedua. Walaupun sudah menawan puncak gunung ini lebih daripada cukup akan tetapi saya tidak pernah merasa bosan untuk mendaki dan mendaki lagi Gunung Kinabalu ini. Keindahan Gunung Kinabalu inilah yang membuatkan saya tidak pernah bosan untuk sentiasa mengucapkan syukur melihat keindahan ciptaan Allah ini. Bayangkan sahaja ketika anda berada di puncak gunung ini awan berada dibawah anda. Awan yang berkepul-kepul dengan warna putih gebu ini sungguh membuatkan diri ini angau.

©2011 | Low's Peak | We are up to the sky
Cantik bukan? Tak percaya cantik? Anda kena cuba sendiri. Barulah anda tahu perasaan yang saya tak dapat gantikan dengan kata-kata semasa saya berada dia diatas puncak Gunung Kinabalu ini. Saya perlu menawan sekali lagi puncak Gunung Kinabalu ini untuk melengkapkan rekod peribadi saya sebanyak 10 kali pendakian. Inilah percutian dipuncak tertinggi saya. Percutian yang amat saya rindui.

p/s: Sorrylah entri kali ni memang panjang. hehehe.. Aku merindu percutian seperti ini..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...