K A W A N

Showing posts with label Sharing is Caring. Show all posts
Showing posts with label Sharing is Caring. Show all posts

Wednesday, January 25, 2012

Awesome Song! Awesome Lyric!

سم الله الرحمن الرحيم 
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm 
 Al-salāmu'alaykum WBT.

Photo credit to www.ILuvIslam.com
Tuhan tolong lembutkan hati hamba
Untuk mencintai-Mu seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu 
Menghadapi siksa neraka-MU 

Tuhan aku tahu banyak dosaku 
Hanya ingatkan-Mu kala dukaku 
Namun hanya KAMU yang mampu membuka 
Pintu hatiku untuk cinta-Mu 

Allah.. Ampunkanlah hamba-Mu (dosaku) 
Yang selalu dustakan janjiku 
Agar kelak ku tak kan disiksa 
Kerna dosa-dosa masa lalu 

Allah.. Jatuh air mataku 
dan trus mengalir mengiringi doaku 
Allah.. Yang mengampuni segala 
Dosa-dosa hamba yang meminta.. 

Hanya mampu berdoa.. 
Moga maghfirah (keampunan) tiba nanti..


Ombak Rindu by Mr. Bie

Friday, October 14, 2011

Wish You Were Here

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.


"And I remember all those crazy thing you said
You left them running through my head
You're always there, you're everywhere
But right now I wish you were here.."


Friday, August 19, 2011

This is all because of Mary!!

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.
"Salam Ramadhan Al-Mubarak"

Salam 20 Ramadhan semua, huu rasanya dah lama tak buat entri yang tak berapa nak seriuskan. Asyik-asyik entri yang serius je, bila entri dah serius dan penuh dengan fakta semakin ramailah orang tak nak bacakan.. Lagilah kalau bab agamakan, semakin bertambah malaslah orang nak baca entri terbaru dari saya kan? Apa pun, saya nak minta maaf kat semua, sebab saya sememangnya tak berapa suka nak taip pasal gosip, ataupun benda-benda yang sewaktu dengannya.. Sorry ye..

So, kepada mereka yang suka baca entri fakta saya, anda dialu-alukan untuk membaca dan berbanyak-banyak terima kasih saya ucapkan atas kesudian anda untuk meluangkan masa membaca entri skema saya. Buat mereka yang tak berapa suka nak baca, terima kasih kerana sudi singgah dan saya ingin memohon maaf sebab entri yang kamu klik, tak sepertimana yang kamu inginkan dan hanya membuang masa kamu untuk baca. Maafkan saya ye.

Di kesempatan ini juga, saya ingin meminta maaf kepada semua sebab entri terbaru daripada saya tak memberangsangkan kepada anda-anda semua, buat kebelakangan ini. Kenapa tak memberangsangkan? Mesti ada sebabnya...

Hehehe sekarang ini saya lebih banyak beristirehat di rumah mahupun di pejabat, lebih-lebih lagi selepas solat sunat Tarawih. Semua ini disebabkan Mary! Siapa Mary? Mary bukan kekasih non-muslim saya tapi Mary adalah waktu heroin dalam drama Korea yang saya tengah layan sekarang ini. Mungkin ramai yang dah tengok kot, saya yang kuno ni je kot yang belum tengok lagi.

Drama Korea yang saya tengah layan sekarang ni bertajuk, "Mary Stayed Out All Night"!!. Nanti bila saya dah habis tengok semua episod, saya buat reveiw untuk korang ok. So far drama ni tak merugikan untuk ditonton. Hehehe..






p/s: Aku nak sambung tengok Korean series ni dululah ye.. Selamat malam semua. Mohon sejuta kemaafan andai ada salah dan silap yang melukakan korang semua. Daaa Assalamualaikum.. 

p/s/s: My Korean language is getting better... hehehe..

Ucapkanlah "Inna lillahi wa inna ilahi raji'un"


سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.
"Salam Ramadhan Al-Mubarak"


Usahlah risau akan masalah kerana ia adalah sesuatu yang baik untuk kita.
Tanpa masalah, kita pasti tidak mampu mengenali diri.
Ia juga adalah tanda-tanda seruan ALLAH S.W.T agar kita datang segera kepada-NYA.

Ucapkanlah Inna lillahi wa inna ilahi raji'un
yang bermaksud sesungguhnya kami adalah milik ALLAH
dan kepada ALLAH kami kembali.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Mungkin ramai yang tahu hal ini. Tetapi ingin berkongsi juga sebab ramai yang tahu tetapi tidak ambil tahu dan ramai yang tahu tapi terlupa. Ramai juga yang tahu tetapi terlepas pandang. Semua ini berlaku kerana salah faham sesetengah pihak yang mengatakan bahawa ucapan itu adalah untuk kematian. Ia bukan sekadar untuk kematian tetapi adalah kehidupan dan kehidupan adalah kematian.

Mati dek kerana roh kita tertimbus dengan ego manakala yang hidup sebenarnya adalah nafsu. Mengucapkan saja Inna lillahi wa inna ilahi raji'un tanpa memahami juga tidak membawa seseorang itu ke arah penyelesaian masalah. Cubalah ucapkan dengan perlahan-lahan sebelum tidur. Insha'Allah anda akan dapat mencari jalan keluarnya secepat mungkin.

Mengapa tidur? Mengapa tidak berfikir bagaimana untuk menyelesaikan masalah? Jika kita membacanya dan kemudian mencari jalan keluar, maka kita tidaklah menyerah pada ALLAH secara total. Kita masih yakin kita boleh menyelesaikan maka itu satu pendustaan yang besar. Kita tidur kerana tidur itu mati kecil. Orang yang mati tidak mampu berbuat apa-apa hinggakan untuk masuk ke dalam liang lahad juga dibantu orang. Orang mati tidak perlu memerintah orang untuk mengangkatnya kerana orang akan mengangkatnya dan paling bagus orang itu melakukannya kerana ALLAH.

Segalanya bermula dengan TUHAN dan berakhir juga dengan TUHAN. Apabila meninggal, orang mengucapkan Inna lillahi wa inna ilahi raji'un begitulah kiasannya. Jadi apabila kita sudah mengucapkannya, kita melalui mati kecil. Orang mati akan bergantung dengan ALLAH. Begitu juga apabila kita tidur. Kita tidak tahu apakah yang bakal berlaku. Jadi apabila kita tidur, kita akan melepaskan segala masalah dan inilah yang dikatakan pergantungan. Insha'Allah apabila kita bangun, kita akan mudah melihat jalan keluar bagi setiap permasalahan baik untuk diri sendiri atau untuk orang lain.

Cubalah tanamkan tekad mulai hari ini agar sentiasa memahami dan mengucapkan Inna lillahi wa inna ilahi raji'un bila sahaja kita berdepan dengan musibah sama ada berbentuk fitnah, cercaan, atau penindasan. Jangan pula setelah mengucapkan kita mencari jalan untuk membuat pembalasan atas alasan membuktikan kebenaran. Yang benar pasti terbukti, yang batil pasti ke tepi.

"Tiada suatu musibah pun yang menimpa diri seseorang kecuali dengan izin ALLAH, dan barang siapa yang beriman kepada ALLAH nescaya ALLAH akan memberi petunjuk kepada hatinya" ~ HR Bukhari.

Ucaplah Inna lillahi wa inna ilahi raji'un sebanyak mungkin tetapi ia tidak bermaksud pula anda harus membaca dengan kadar kelajuan yang boleh mengalahkan keretapi ekspres. Ucapkanlah dengan santai, Insha'ALLAH anda akan mendapati masalah adalah satu permainan yang menyeronokkan.

p/s: Aku sudah mengamalkan setiap kali sebelum aku melelapkan mata, Alhamdulillah keputusannya tidak mengecewakan.. Cubalah... 

Tuesday, August 16, 2011

Teman Untuk Diri


سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.
"Salam Ramadhan Al-Mubarak"

Salam 16 Ramadhan buat anda semua..

Location: 1Borneo | Sabah
Lazimnya, kita semua memerlukan teman untuk berdamping. Adakalanya kita akan mendapat kekuatan melalui aura seorang teman, maksud saya teman sejantina. Adakalanya, apa yang kita bualkan dengan ayah dan ibu, tidak sama seperti apa yang kita bualkan dengan seorang teman. Adakalanya, kita memerlukan seorang teman pada saat-saat kecemasan. Adakalanya, ada berita tertentu yang hanya boleh dikongsi dengan seseorang teman sahaja.

Untuk mendapatkan kawan yang baik, pertama sekali kita sendiri mestilah baik. Jika menilai orang lain sebagai jahat, maka apa pula penilaian orang tentang diri kita?

"Ala.. kau tu bukannya baik sangat!"

Kata-kata umpama ini sangat menyakitkan. Betul tak? Oleh itu, cermin diri dahulu, perbaiki diri dan cuba menjadi insan yang sebaik mungkin walaupun agak mustahil untuk mencapai tahap sempurna.

Kemudian, carilah kawan-kawan yang baik, yang boleh dijadikan teman sewaktu gembira mahupun sedih. Disebabkan seseorang kawan itu akan banyak mempengaruhi cara dan gaya hidup kita, Rasulullah s.a.w menasihati kita supaya berhati-hati ketika memilihnya. Sabda baginda: "Seseorang itu mengikut agama (perjalanan) temannya. Oleh itu, kamu hendaklah memerhatikan siapa yang hendak dijadikan teman." HR Bukhari

Maksud hadis ini mudah. Kita dinilai sebagai orang yang baik jika kawan kita itu baik perangainya. Sebaliknya kita akan dinilai sebagai jahat jika kawan kita itu seorang yang jahat meskipun hakikatnya tidak begitu. Adakala kita berkawan dengannya atas alasan kerana memerlukan pertolongannya tetapi identiti buruk dirinya itu akan terpalit pada diri kita. Ini kerana masyarakat selalunya menilai sifat manusia seperti menilai kulit buku. Jika coraknya cantik, isi buku juga cantik. Jika kulit buku tidak cantik, automatiknya isi buku juga tidak cantik.

Jadi, dengan siapa kita bergandingan, itulah tanggapan pertama oleh mata yang memandang.


p/s: Insha'Allah selepas ini saya akan berkongsi panduan/tips mencari kawan.


Friday, July 29, 2011

Duit Siling Malaysia Siri Ke-3

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Oh rupa-rupanya kita dah ada duit siling baru rupanya. Duit siling ini akan mula digunakan bermula pada tahun depan iaitu pada tahun 2012. Duit siling ini telah dilancarkan pada 25 Julai 2011 yang lepas oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Untuk maklumat lanjut mengenai duit siling baru ini, anda semua boleh klik pada link ini untuk info lanjut ~ Issuance of Commemorative Coins for Malaysia's New Third Coins Series.

Dibawah ini adalah rupa bentuk duit siling yang bakal kita gunakan pada tahun hadapan. BNM cuba menerapkan nilai-nilai adat dan budaya serta flora dan fauna yang sinonim dengan negara kita Malaysia. Cantik jugakan? Mesti rasa kekok dengan penggunaan duit siling baru ni kan.



p/s: Aku rindu duit siling RM1 yang warna keemasan.. Kalau call kat public boleh gayut lama-lama.. Hehehe.. 
p/s/s: Cakap pasal call kat public, rasanya dah lama gila tak pakai public phone.. Heee ^_^

Wednesday, April 20, 2011

♥ Letter | -The End-

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Hai semua.. Apa habaq? Harap semua sihat noh..
Mm.. hari ni aku nak sambung cerita pasal ♥ Love Letter ♥ yang pernah aku cite dalam entri INI. Si Zaty mesti nak tahu apa kesudahan cerita ni, yela dia yang bersungguh-sungguh nak aku sampaikan surat cinta tu. Dia kata amanah orang so aku kenalah sampaikan amanah orang tu, lagi pun orang tu berharap bebenor dengan aku kan..

Ok kesudahan cerita tu macam ni. 

Dengan takdir Allah maka aku dengan Si Gadis yang Si Amer ni minat naiklah satu bas ke tempat kerja. Setelah bell ditekan akhirnya kami sama-sama turun di hentian bas di hadapan kawasan office memasing. Tanpa berlengah masa aku menyapa beliau.

"Awak, awak.. Tunggu sebentar."
"Mm.. Ye saya.. Kenapa ek?" dengan wajah sedikit cuak.
"Awak sorrylah ganggu awak, saya ada sesuatu nak bagi kat awak.."
"Oh yeke? Apa tu?" dia bertanya runsing.
"Oh ni ada surat yang perlu saya berikan kat awak.." aku menerangkan.
"O00.. Daripada siapa ek?" dia bertanya lagi.
"Mmm.. awak perasaan tak setiap kali petang masa kita sesama tunggu bas, ada seorang lagi lelaki selalu borak dengan saya. Haa budak tu lah yang minta saya bagi surat ni kat awak.." aku menjelaskan.
"Mmm saya tak berapa nak ingatlah. Mm takpelah. Apa-apa pun terima kasih tau. Sorrylah menyusahkan awak." 
"Tak ada hal lah. Pekara kecil je. Actually daripada minggu lepas lagi nak bagi surat ni kat awak tapi saya agak busy dan asyik tak jumpa awak je. Tu yang tak dan nak bagi tu. Sorry ye..'
"Alaa tak kisah. Is okay. Mm eh sebelum tu lelaki tu nama apa ek? Dia orang mana?" dia bertanya lagi.
"Oh nama dia Amer, dia kerja kat Kastam ni. Kalau tak silap saya dia orang Terengganu. Kalau tak silaplah. Tapi dari cari dia cakap saya rasa dia orang Ganu lah." aku main petik je.
"Oh ok terima kasih ek. Awak kerja kat MOF ek?" dia bertanya lagi buat kesekian kalinya.
"A'aa saya kerja kat MOF." aku menjawab.
"Oh okay. Saya kerja kat AG. Okaylah nanti kita jumpa lagi. Assalamualaikum.." 
"Waalaikumusalam.. Wokey.. Daa.." dengan segera aku bergegas pergi nak punch in takut punch card merah. Hahaha.

So petang tu, jumpa dengan Amer aku beritahu kat dia yang surat tu aku dah sampaikan kat Awek yang dia minat tu. Apa yang berlaku selepas itu terpulang kepada mereka berdua. Tapi apa yang pasti, aku dah semakin jarang berjumpa dengan Awek itu dan Amer pun aku dah jarang sangat jumpa. Tapi aku bersyukur amanah itu sudah aku sampaikan dan terpulang kepada Amer untuk melakukan langkah seterusnya. So Zaty aku dah laksanakan tanggungjawab aku dan aku doakan yang terbaik buat mereka berdua.

p/s: Kepada lelaki-lelaki yang nak mengurat si perempuan ni, pleaselah tunjukkan semangat korang dan tunjukkan juga yang kamu bersungguh. Jangan hangat-hangat tahi ayam. Tapi kalau aku perempuan yang terima surat ni aku dah reject lelaki ni. Kalau akulah. Kalau korang aku tak tahulah.

Monday, April 18, 2011

Contest Cik Epal (B&W Picture) - Me 2nd Place!



سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Hai korunk!! Hahaha Cik Epal style.
Tak kiralah! Aku nak bagitahu juga kat korang semua yang aku telah menang tempat
kedua dalam Contest Cik Epal | Black and White Picture. Alhamdulillah rezeki sempena Ulang Tahun Kelahiran Abang aku (18 April) hari ni. Syukur Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga aku "Menternak Lemak Bersama-sama Cik Epal". Untuk pengetahuan semua, pemenang tempat ke-2 ni Cik Epal buat secara grouping, so di tempat ke-2 ni ada 5 orang pemenang yang akan bersama-sama menternak lemak di IKEA". Yaho00!!!

Tak sangka gambar ini menjadi pilihan dan menarik perhatian Cik Epal.
Banyak lagi gambar yang power-power dari bloggers yang lain sebenarnya.

©EB | Alhamdulillah gambar Atuk dan Cucu ini menjadi pilihan ke-2 Cik Epal.
Jadi kalau korang nak tahu siapa pemenang pertama Contest ini, dan siapakah
mereka-mereka yang turut bertuah menternak lemak bersama Cik Epal secara koir, korang boleh klik SINI

Tahniah kepada semua pemenang dan tiada yang kalah dalam Contest ini. Semua pemenang tiada pengalah! Syukur Alhamdulillah kita dapat berkenalan dan merapatkan lagi silahturrahim melalui contest ini. Terima kasih kepada Cik Puan Pemikir kita Cik Epal Gonjeng!. So lepas ni diet sebab nak ternak lemak dengan Cik Epal. Hmm tambah gemuklah nampaknya (bila masa aku kurus.. hahaha..)

p/s: Syukran Ya Allah!

Friday, April 15, 2011

Tension?? Tengok Ni..

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Siapa yang rasa-rasa tension, feed up, takde mood, atau apa saja yang tak kena. Aku syorkan korang tengok YT ini. Best! Aku suka, so aku rasa korang pun akan mesti suka juga. Hehehe.. Cerita panjang lebar pun korang tak faham juga. So korang layan je lah YT ni.


p/s: Memang layan beb! Gua tak tipu..

Sebelum Dibius Cinta! | Soalan Lelaki Kepada Pasangannya

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Selamat hari Jumaat kalian. Baru sahaja selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Putra, Putrajaya. Khutbah Jumaat hari ini bertajuk "Kepimpinan Taklif Bukannya Tasrif (Kemuliaan)" Insha'Allah akan saya kupas di entri selepas ini. Entri kali ini adalah sambungan kepada entri "Sebelum Dibius Cinta! | Soalan Perempuan Kepada Pasangannya" yang lepas. 

Sekali lagi suka saya mengingatkan entri ini adalah untuk mengajak pasangan yang sedang mabuk cinta, belangkas yang sedang bertelinga tuli daripada nasihat-nasihat di sekitar mereka, supaya dapat duduk sejenak dan berusaha untuk menjawab soalan-soalan realiti yang saya senaraikan ini.

SOALAN LELAKI KEPADA PASANGANNYA

Photo credit to Bdak Itam
Keceriaanku mungkin pudar oleh tekanan kerja dan kehidupan. Aku cenderung untuk diam dan senyumanku mungkin kurang manis dan indahnya. Diri ini yang pada masa ini suka bergurau senda, ketika pulang dengan kerut dahi, kurang sense of homour, dan hanya bercakap benda-benda besar yang serius. Sabarkah engkau dengan perubahanku ini nanti? Masih kuatkah cintamu kepadaku?

Tekanan hidup mungkin menyebabkan perananku sebagai suami kepadamu terjejas. Upayaku untuk memberi nafkah batin kepadamu terganggu dan untuk menyuarakannya kepadamu aku terasa malu. Masalah mati pucuk yang sering menimpa lelaki yang tertekan dengan pekerjaan dan kehidupan menggugat kepuasan dirimu sebagai isteriku. Sabarkah engkau dengan keadaan itu, dan apa rancanganmu untuk kita menempuh saat-saat itu? Terjejaskah cinta kita di hatimu?

Andai kerjayaku dirempuh badai dan surut seketika, kewanganku dan keluarga kita jauh dari mencapai sempurna keperluan. Keluarga dan teman mencemuhmu kerana 'menanggung' aku sebagai seorang suami yang dilabel dayus. Aku akan berusaha agar ia hanya seketika, namun sabarkah engkau menempuhnya? Masihkah aku kekasih hatimu?

Aku menjadi seorang lelaki yang menjemukan. Aku mengharapkan dirimu sebagai insan yang akan membantu menceriakan aku, namun sabarkah engkau dengan diriku dan mampukah cinta kita di hatimu terus membenih bahagia?

Jika kerjayaku berkembang di luar jangkaan kita, engkau terpaksa berkongsi diriku dengan massa, dan aku terpaksa selalu ke sini sana untuk bekerja, sabarkah engkau dengan suasana itu, dan adakah aku masih cinta hatimu?

Jika aku disalahkan doktor tidak mampu memberikan kita zuriat, rumah tangga kita sunyi tanpa cahaya mata, apakah engkau masih sudi menemaniku dalam bahtera rumah tangga kita?

Sekiranya rumah tangga kita teruji apabila aku ditimpa kemalangan atau strok yang melumpuhkan pergerakan fizikal serta upayaku sebagai suami, kencing berakku yang bertubuh berat ini di dalam kain pelekat yang pernah engkau hadiahkan kepadaku, apakah ia menggugat cinta kita dan mampukah engkau terus hidup di sisiku yang hanya suamimu dengan status suami tanpa mampu melaksanakan banyak tanggungjawabku sebagai suami?

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Seorang suami dan seorang isteri, akan berusaha dan berdoa agar tidak teruji dengan situasi sedemikian rupa. Memohon kepada Allah agar tidak dibebabkan dengan ujian di luar upaya diri.

"... Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya."
(Al-Baqarah: 286)

p/s: Renung-renungkan.....

Thursday, April 14, 2011

Rebus Telur Guna Air Kencing!!

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm


Al-salāmu'alaykum WBT.

Kalau sebelum ini kecoh dengan telur palsu daripada China. Kali ni cerita pasal telur juga, tapi ini kisah telur yang berlaku di China sana. Di China memang terkenal dengan kepelbagaian serta keunikan. Tapi kepelikan ini sungguh meloyakan lagi mengelikan aku. Tapi sanggupkah anda makan telur yang direbus dengan air kencing budak yang berumur dalam lingkungan 10 tahun? Mereka mengatakan ianya berkhasiat dan mampu mengubat penyakit.

Gambar yang ingin dikongsikan mungkin meloyakan anda. Jadi kepada sesiapa yang tak sanggup tengok jangan tengok okay. Kalau nak tengok juga sediakan plastik muntah. Hehe.. Btw credit to Oh! Tidak untuk gambar-gambar ini.





Chef makanan tradisional, Lu Ming berkata, dia mahu mempromosikan
semula makanan tradisi ini ke peringkat antarabangsa.

"Air kencing tersebut dikumpul daripada pelajar sekolah lelaki yang berumur 10 tahun, mereka
kencing dalam sebuah tong dan kami mengambil air itu pada setiap hari."

Menurutnya, telur tersebut berasa sedap dan berkahsiat untuk menyembuhkan demam
selain meningkatkan konsentrasi serta menghilangkan mengantuk..


p/s:
Gila mahu muntah aku tengok! Ni yang buat aku semakin takut nak makan telur ni, dah lah aku banyak gunakan telur dalam resipi masakan aku.. Hmm.. Siapalah yang gila buat resipi macam ni. Adoi.. Anda suka makan telur??

Sebelum Dibius Cinta! | Soalan Perempuan Kepada Pasangannya

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

(Klik untuk lebih asyik)

"Bodoh punya batu, kenapa kau langgar kekasih aku?" marah seorang lelaki kepada seketul batu yang  'melanggar' buah hatinya.
"Oh Abang, biarpun baju Abang masam, masam itulah masam-masam manis jiwaku!" kata seorang 'gelifriend' kepada 'buayafriend' beliau.

Dialog di atas adalah ayat-ayat cinta yang biasa. Biarpun bunyinya sangat luar biasa kepada manusia biasa, ia amat biasa dan perlu bagi dua belangkas yang sedang mabuk cinta. Sama ada cinta di antara dua pasangan yang belum bernikah, atau pengantin baru yang sedang menikmati bulan-bulan madu mereka.

©Adznor Photography
Memang cinta itu luar biasa. Cinta bukan sahaja buta, malah boleh membutakan lagi melumpuhkan mereka yang terkena panahannya. Kemabukan cinta ini menyulitkan kita untuk merasionalkan perbincangan. Perbahasan-perbahasan tentang do's and don'ts yang dikemukakan untuk keelokan jangka panjang cintanya, ditepis sambil pandangan melirik sebelah mata sahaja.

Oleh itu, saya ingin mengajak setiap pasangan yang masih 'sedar' sebelum dibius cinta, agar menjawab soalan-soalan berikut dengan jujur dan telus. Jangan tergesa-gesa menjawabnya, fikirkan satu persatu, sehari demi sehari, sebelum menabur janji menyulam kata, sebelum janji dimeterai, sebelum ikatan disahkan dan dihalalkan agama:

SOALAN PEREMPUAN KEPADA PASANGANNYA

Syukur Alhamdulillah, aku disahkan mengandung. Tetapi alahanku menyebabkan aku tidak mampu mencium baumu sayang. Mendekatimu sahaja sudah cukup mengundang loya. Entah berapa lama, mungkin sebulan dua, mungkin empat bulan atau lima. Ada kemungkinan bukan sahaja untuk kandungan kali pertama, malah yang depan-depan juga. Sabarkah engkau dengan kerenahku? Masihkah aku ini cintamu di kala itu?

©Adznor Photography
Semasa mengandung, aku tidak lalu makan, mulutku asyik mengeluh sakit sini sakit sana. Tidur sering tidak lena, aku ceria berubah jadi pemarah dan sering berduka. Bukan aku sengaja, tetapi segala yang kurasa di setiap inci tubuhku, menimbulkan resah dan tidak selesa. Sabarkah engkau dengan kelemahanku ini?

Semasa mengandung, upayaku untuk melayan keperluan batinmu tidak seperti biasa. Aku lemah, sering juga hambar tiada penariknya. Sehebat-hebat mujahadahku, diri ini amat terbatas dalam upaya berperanan sebagai isterimu. Masihkah aku buah hatimu?

Semasa kita mula berumah tangga, pasti hidup kita indah bagai di syurga. Tambah pula dengan kurniaan cahaya mata pertama. Namun, ketika cahaya mata bertambah bilang, kerjaya kita semakin berkembang. Pendapatan bertambah, tanggungan dan beban juga bertambah. Dalam suasana yang banyak tekanan dalam rumah tangga kita, apakah engkau masih mampu ceria? Sabar dengan kerenah anak-anak dan ibu mereka, terus tersenyum menawarkan bahagia?

Selepas beberapa tahun berumah tangga, aku belum merahimkan cahaya mata impian kita, saudara-mara dan teman memperlimu dan menuduh engkau bukan jantan. Sedangkan aku punca sepimu tanpa zuriat. Di kala engkau diasak keluarga dan teman, masihkah aku ada tempat di lubuk cintamu?

Jika aku ditakdirkan Allah diuji dengan barah payu dara, terpaksa mengorbankan salah satu atau kedua-duanya, kimoterapi meluruhkan rambutku yang pernah menjadi pujianmu, tubuh lemahku menumpang kasih dalam pelukanmu, berak kencingku di dalam kain batik yang pernah engkau hadiahkan kepadaku, masihkah engkau mencintaiku?

Aku sangat-sangat tertarik dengan persoalan-persoalan yang ditimbulkan dalam buku "Bercinta Sampai Ke Syurga" tulisan Ustaz Hasrizal Abdul Jalil ini. Aku sedang membaca buku ini sekarang, banyak ilmu serta info-info yang aku perolehi dan aku rasa aku perlu kongsikan kepada anda semua rakan-rakan bloggers. Terutamanya pasangan yang sedang hangat bercinta/bakal bercinta/belum bercinta, marilah kita sama-sama fikir-fikirkan dan renung-renungkan artikel di atas.

p/s: Nantikan selepas ini "Soalan Lelaki Kepada Pasangannya"

Credit to:-
Ustaz Hasrizal Abdul Jalil - Penulis buku "Bercinta Sampai ke Syurga"

Wednesday, April 13, 2011

Jom Join Bloglist Budak Chomot!

سم الله الرحمن الرحيم

bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Ok memandangkan malam ni aku plan nak tidur awal, ya tidur awal okay. Jam pun dah menunjukkan pukul 11.25 pm ketika aku menaip entri ini. So bagi korang yang belum tidur, mempunyai sepasang mata seperti mata burung hantu dan masih rajin jogging-jogging, walking-walking kat blog semua orang. Apa kata korang pergi ronda kat blog Cik Melin aka Budak Chomot ni. Mesti ada faedahnya.

Nanti bolehlah korang meramai-ramaikan serta memeriahkan lagi blog beliau. So nanti alang-alang korang dah singgah sana apa kata korang join Bloglist Budak Chomot ni. Dia pun tengah mengalu-alukan tu. Tak caye? Haa korang klik banner kat bawah ni sure korang akan sampai ke blog Budak Chomot ni sepantas kilat. Ce try!


Pada sesiapa yang dah terbaca entri ni aku haruskan kamu follow bloglist beliau. Kalau rasa-rasa terbacalah entri ni. Kalau tak terbaca takpe. Tapi harus jujur tahu. Kalau dah terbaca, JOIN. Tak terbaca, JOIN BOLEH/TAK JOIN PUN BOLEH. Terpulang. Hehehe.. Gurau je..

p/s: Esok aku akan bagi tag kepada sesiapa yang bertuah pasal Bloglist Budak Chomot ni. Jadi bersiap sedialah ye.. hehehe... 

p/s/s: Aku nak tidur dah. Esok aku nak masak breakfast lagi. Daaa semua..

Sekolah 'Kandang Ayam' | Part 2

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm


Al-salāmu'alaykum WBT.

Okay seperti yang dijanjikan hari ini aku nak sambung lagi cerita pasal sekolah 'Kandang Ayam', sekolah kebanggaan aku. Untuk cerita dan gambar sebelum ini anda boleh lihat dan baca di entri ini - "Bilalah Sekolah 'Kandang Ayam' Ku Akan Bertukar Konkrit??". Sebelum tu ampun maaf dipinta sekiranya gambar-gambar yang aku selitkan tak berapa terang. Gambar-gambar tu bukan daripada kamera aku sendiri tapi daripada pihak PIBG SMKPT yang prihatin terhadap permasalahan ini. Aku hanya melakukan sedikit editing dan toning sahaja. Terima kasih dan syabas kepada mereka.

Untuk pengetahuan semua, sekolah SMKPT ini dulu (20 tahun yang lalu) pernah didatangi oleh Datuk Seri Najib semasa beliau menyandang jawatan Menteri Pendidikan ketika itu (1995-1999). Beliaulah yang menandatangani perjanjian tapak baru sekolah ini (aku nampak beliau buat kali pertama ^^). Sekolah yang sepatutnya dibina di sebuah tempat yang bernama Bukit Payung (aku pernah tangkap ketam kat sini). Tapi sedih kerana kawasan tapak baru sekolah adalah kawasan tanah jerlus makanya tidak sesuai untuk dibuat bangunan sekolah disana. Hmmm..

Dan sehingga kini beginilah keadaan sekolah ku;

Setelah 22 tahun usia sekolahku, papan yang kukuh menjadi debu..
Lubang angin semula jadi, mereput dan daif..
Ini bukan sengaja dilubang-lubangkan..
Bahagian belakang dewan sekolah yang juga merupakan bilik darjah
mengundang pelbagai bahaya dan penyakit.
Lubang di belakang dewan, pembaikan menunggu peruntukan.
Sistem Perparitan Tidak Sempurna – Menimbulkan pelbagai wabak dan penyakit.


p/s: Nantikan bahagian ke-3 pula (ini bukan drama ini realiti). Bahagian yang lagi menyedihkan. Entah bilalah baru merasa anak-anak di sekolah ni bangunan sekolah yang baru. Adakah mereka akan menerima nasib yang sama seperti kami? Dah habis belajar still nampak sekolah lama yang semakin usang dan semakin usang ditelan waktu. 

Tuesday, April 12, 2011

Hati-Hati Air Soya Ada Ludah!

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.


Asgtaufirullah al-azim!
Asgtaufirullah al-azim!
Asgtaufirullah al-azim!

"Jika ini benar adalah perbuatan yang salah maka ENGKAU berilah
petunjuk kepada beliau yang tersesat dari jalan-Mu Ya Allah.."


Kepada semua sila ambik perhatian terutama sekali kepada mereka yang berdekatan dengan area bangi. Ada seorang peniaga yang menjual air soya di tepi jalan berdekatan dengan Maybank, berdepan dengan Shell, disyaki meludah terlebih dahulu ke dalam setiap bungkusan air kacang soyanya sebelum diikat dan dijualnya.
Berhati-hati kerna ini sungguh menjijikkan.
Syabas kepada yang merakamkan video ini.

p/s: Motif sebenar peniaga ni tak dapat dipastikan untuk apa dia berbuat sedemikian.. Peniaga dikenali pasti berasal dari Palembang.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...