K A W A N

Showing posts with label Black and White. Show all posts
Showing posts with label Black and White. Show all posts

Sunday, August 5, 2012

Senyumlah! Wahai Hati Yang Sedih..


سم الله الرحمن الرحيم 
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm 
 Al-salāmu'alaykum WBT.
Salam Ramadhan!


Saat kita menempuhi onak duri dunia
Derita sekali sekala mencuit hati
Hati remuk menangis tidak henti
Kesedihan terus menerus bersemadi di dasar hati
Ketika itu, sabar pun sudah tidak dikenali lagi
Dalam terharu.. Air mata tertumpah juga

Wahai hamba Illahi..
Begitulah kehidupan di dunia
Kita tidak akan sesekali dapat menjangka
Apa yang Allah aturkan untuk kita
Adakalanya kita tersangat gembira
Adakalanya kita sangat kecewa

Namun,
Jangan risau manusia..
Allah itu Tuhan kita
Tuhan yang Maha Luas Kasih Sayangnya
Percayalah!
Allah tidak akan menduga hambaNya
Kecuali untuk melihat hambaNya..
Tersenyum disana..
Tertawa disana..
Berbahagia disana..
Insha'Allah di Syurga yang mengalir di bawahnya
sungai-sungai yang mendamaikan jiwa..
Oh indahnya!

Di dalam hati manusia ada kekusutan
dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah.

Wahai hamba Allah,
Jangan bersedih..
Kerana anda telah melalui kesedihan itu kelmarin
dan ia sama sekali tidak memberi manfaat pun pada keesokan harinya.
Kesedihan demi kesedihan,
bakal membuat anda semakin teperuk dalam keputus-asaan
dan dunia yang luas dirasakan sempit dan tidak lagi berguna

Padahal,
dunia inilah kesempatan untuk kita dekatkan diri pada Allah
untuk kita raih syurgaNya yang tersangat indah serta bebas daripada rasa kesedihan.

Gara-gara kesedihan..
air yang manis akan terasa pahit,
makanan yang lazat terasa hambar,
bunga mawar yang mekar mewangi kembali layu

Ingatlah,
tangisan terindah itu apabila butir-butir airmata mengalir hangat di pipi
lantaran terasa diri kita begitu kerdil di sisi Allah dan begitu berdosanya disisi Allah.

Wahai hamba Allah,
lihatlah sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu
Sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus asa
Senyuman yang kau berikan dan airmata yang kau titiskan..
Simpan.. jadi tauladan
Segala yang kau pandang dan dengar..
Simpan.. buat pedoman.


by EB Junaidi




Senyum macam saya! Hehehe..

Monday, June 25, 2012

1.. 2.. 3.. & 4..


سم الله الرحمن الرحيم 
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm 
 Al-salāmu'alaykum WBT.


1.
Saya minta maaf banyak-banyak buat semua rakan blogger sebab dah lama sangat tak update blog ni. Mesti semua dah tak kisah dengan blog saya ni kan. Yelah, dah tuan puan blog sendiri dah tak kisah dengan blog sendiri, kenapa pula korang semua nak kisahkan.

2.
EB tak update blog bukan pe, EB sekarang ni weekend dah tak ada waktu renggang dah. Semua dah semakin pack, dengan job di merata tempat di bumi Malaysia ni. (Ceh! cakap bajet macam gempak sangat lah job tu kan.. hehehehehe.. ^_^) Tapi betul EB memang busy dengan job wedding, engagement and events. Dan bila tak ada job, EB biasanya akan menghabiskan masa dengan rehat di rumah dan mengedit gambar-gambar client EB. 


Model : Humaira Hanafi
Studio : The Scope Studio
Photo by EB Junaidi

3.
Gambar kat atas ni EB shoot pada hari sabtu yang lepas kat Scope Studio. Talent adalah tunang kepada sahabat baik saya Shahrul Ikram (GambarWajah Photography). Sangatlah senang nak shoot Umai ni, dia memang dah biasa kena tembak-tembak macam ni. So, tak susahlah nak shoot dia. Tak payah nak ajar-ajar lagi. Dia pose kita shoot. Change pose kita shoot. So simple. Oh ya! untuk pengetahuan korang semua, Umai juga adalah seorang photographer or lebih tepat lagi "Wedding Photographer". Dia shoot wedding bersama-sama dengan tunangannya. Korang taip je kat Facebook ~ GambarWajah Photography, nanti bolehlah lihat artwork mereka yang gempak-gempak.

4.
Memandangkan EB dah jarang update blog EB ni, jarang dapat taip-taip panjang lebar. EB akan update blog EB dengan hanya meletakkan gambar-gambar yang EB shoot. Andai ada kesempatan EB akan tuliskan ceritanya, kalau tak EB akan biarkan gambar tu saja yang bercerita buat anda semua ye kawan-kawan. So jumpa lagi di lain entri. Sila bertemu lagi. Semoga anda semua sihat sentiasa dan sentiasa mendapat perlindungan daripada Allah SWT. Amin.


EB JUNAIDI

  

Sunday, June 24, 2012

The Wedding of Izudin + Zilfalinda



سم الله الرحمن الرحيم 
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm 
 Al-salāmu'alaykum WBT.



Wedding : Izudin + Zilfalinda
Date : 14 April 2012
Venue : Taman Ehsan Ibu, Rawang, Selangor
Photo by EB Junaidi




p/s: Mohon sejuta kemaafan buat semua rakan bloggers, EB dah lama giler tak update blog. Terlalu banyak kekekangan waktu yang menyebabkan EB tak dapat nak update blog EB ni. Ini pun baru saja selesai photoshoot dekat Taman Tasik Titiwangsa. Apa-apa semoga sahabat-sahabat bloggers semua masih sudi singgah ke blog yang telah lama EB biarkan ni. Buat pengubat rindu EB tempekkan beberapa keping gambar perkahwinan yang EB ambik dalam bulan April yang lepas. Semoga terhibur. Hehehe...

Friday, December 30, 2011

Jumaat Yang Terakhir..


سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.




Suatu ketika dahulu..
Pada tarikh 07.01.2011, merupakan Jumaat yang pertama dalam tahun 2011.
Hari ini 30.12.2011, merupakan Jumaat yang terakhir pada tahun 2011.


Maka pada hari ini..
Seluruh umat Islam akan menunaikan Solat Jumaat yang terakhir secara berjemaah.
Selamat menunaikan Solat Jumaat kepada seluruh muslim dan muslimat.
Tajuk Khutbah Jumaat kali ini:-
"Integriti Teras Kekuatan Ummah"


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Begitu cepat masa berlalu.
Dulu kita ternanti-nanti tahun 2000.
Membayang-bayangkan akan tahun 2000 itu sepertimana.
Sedar tak sedar kini kita sudah dipenghujung tahun 2011.
Tahun 2012 bakal tiba sejenak lagi.


Begitu banyak benda yang terjadi disepanjang tahun 2011 ini.
Sama ada suka mahupun duka.
Sama ada salah mahupun betul.
Apa pun itu semua sudah direncanakan Allah.
Terpulang..


Ya terpulang pada diri untuk mentafsirkan mengenai agenda-agenda yang Allah telah rencanakan untuk diri masing-masing. Tapi harus sentiasa ingat, Allah tidak pernah membebankan umat-Nya dengan bebanan yang tidak termampu untuk umat-Nya tanggung. Setiap perkara pasti ada hikmahnya dan yakinlah setiap perkara itu ada kebaikannya. Yakinlah Allah sentiasa sayang akan kita. 


Jangan bersedih... Yakinlah Allah sentiasa bersamamu.


p/s: Maafkan diri yang kerdil ini, andai ada yang pernah tergusir atau diguris disepanjangan perkenalan kita. Sama ada secara maya mahupun realiti. Maafkan kekhilafan itu. Maafkan aku.. 

Tuesday, December 27, 2011

Bila Aku Mencinta..

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.




Kekadangku gusar.
Kekadangku risau.
Bukanku tak percaya.
Bukanku mencari salah. 

Cuma aku bosan.
Aku bosan dengan penat.
Aku bosan dengan hubungan yang tak pernah nak lekat.
Aku bosan dimainkan dengan ligat.
Aku bosan hanya menjadi peneman singkat.

Bila,
Bila aku sudah mencinta.
Bila aku sudah memilih.
Bila aku sudah menyayangi.
Bila aku sudah merindui.

Aku,
Aku akan memberi.
Memberi sepenuhnya cinta.
Memberi sepenuhnya kasih.
Memberi sepenuhnya sayang.
Memberi sepenuh-penuhnya.

Jadi,
Bila aku sudah memberi dengan ikhlas.

Hargailah perasaan itu.
Hargailah perasaan yang tak mudah untuk aku terbitkan ini.
Hargailah kerna aku perlu kekuatan untuk semua ini.
Hargailah cinta dan diri ni,
Kerna itu sudah memadai buat diri ini rasa dihargai.


p/s:
Pada keyboard huruf 'A' lagi dekat dengan huruf 'S'..




Monday, December 26, 2011

Sampai Saat Ini..

Al-salāmu'alaykum WBT.


Sampai saat ini,
Rasaku bertahan disini..
Rasa yang tak akan hilang oleh waktu..

Apa yang harus aku lakukan..
Untuk membuat kau menyayangiku..
Inilah aku yang memilih kau untukku..

Ku berjuang dalam hidupku..
Untuk selalu mengembirakanmu..
Seumur hidupku, setulus hatiku..
Hanya untukmu.


p/s:
Cintai aku dengan hatimu..
Seperti aku mencintaimu..
Sayangi aku dengan kasihmu..
Seperti aku menyayangimu..

Friday, December 2, 2011

The Shades!

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.


"Life is like a good black and white photograph, there's black, there's white, and lots of shades in between."

p/s: Selamat Hari Jumaat!! 

Saturday, November 19, 2011

Kawan Aku Dah Kawen!!


سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.


Fuhh!! 
Inilah rekod terlama aku tak ter update blog kesayangan hamba ni kan.
Sungguh lama.. Kawan-kawan kalau setakat habuk atau sawang-sawang labah-labah tu okay lagi kot.. Aku rasa ini lebih dari itu dah.. Dah berlumut kot!!

Apa pun malam ini aku punya kelapangan dan memandangkan aku ada benda nak share dengan korang semua, maka aku pun rajinkanlah diri ini menekan keyboard hitam aku ni. At least terupdatelah juga blog ni kan. 

Okay straight to the point, korang masih ingat tak gambar ni:-


Bagi mereka yang sudah mengikuti EB's Wall lebih awal, mungkin ingat akan gambar ini. Bagi mereka yang tak pernah melihat gambar ini. Untuk pengetahuan anda, gambar ini telah memenangi RM100 dalam "Contest Gambar Hitam Putih Paling Cool" yang dianjurkan oleh Cik Siti Fatimah.

Dan yang lebih manis adalah, pasangan di dalam gambar tersebut telah sebulat suara untuk menggunakan gambar di atas sebagai gambar hiasan di dalam Kad Jemputan Perkahwinan mereka. Alhamdulillah akhirnya gambar tersebut terpampang juga di dalam kad jemputan  mereka. Aku bersyukur mereka telah selamat diijabkabulkan pada tarikh 29 Oktober 2011 (Sabtu), yakni sehari sebelum Hari Lahir Tuan Punya Blog di Dewan MPKajang. Alhamdulillah akhirnya mereka bersatu juga. Syukur ke hadrat Ilahi.


Tapi apa yang melucukan pada Majlis Persandingan mereka, aku yang sepatutnya mengambil gambar persandingan mereka telah diminta untuk menjadi pengapit mereka  pula. Kawan punya pasal aku turutkan sajalah. Lagipun memang aku yang menjadi saksi permulaan cinta mereka, jadi aku berbesar hati untuk mewarnai hari bahagia mereka. Hehehe... 

Alhamdulillah semoga ikatan halal yang terjalin ini akan berkekalan sehingga ke akhirat sana. Semoga dipermudahkan urusan kamu berdua, semoga berbahagia selalu, sayang-sayang selalu. Jangan gaduh-gaduh!! Syahir jaga Zanna baik-baik!!

p/s: Selamat Pengantin Baru!! Sayang korang dua!! 

Wednesday, November 9, 2011

#WW13 | I Wanna Hold Your Hand


سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.




p/s:-
Kepada mereka yang sedang berkasih sayang, semoga bahagia selalu dan semoga kebahagiaan itu diberkati Allah SWT.. 

p/s/s:-
11 - 12 Nov 2011 (Wedding Jobs)
13 Nov 2011 (Model Photoshoot)
Good Luck EB!


Thursday, September 29, 2011

GEMUK!!


سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.


Dulu..
Dulu-dululah..
Aku gemuk!
Sangat gemuk!

Aku nak bagi kawan-kawan semua tengkok kegemukan aku.
Tapi dulu-dulu aku belum ada kamera lagi.
Jadi tak ada gambar untuk aku memperlihatkan kegemukan aku.
Takpe korang semua layan gambar masa aku dah kuruslah ye.

Zaman kegemilangan, waktu tua-tua dulu.
Gambar ini dirakamkan sewaktu aku belajar di Politeknik Kota Kinabalu, Sabah.
Aku first batch, Diploma in Electronic Engineering.
Berat badan cuma 60kg sahaja.
Ukur lilit pinggang cuma 30inci sahaja.

Dulu sewaktu dari sekolah rendah (tahun 4) sampai ke sekolah menengah (tingkatan 3),

Aku sering diejek.
Aku kena bahan.
Aku tak ada awek.
Aku comel dan gebu.
Aku sangat putih dan tembam sewaktu berada di sekolah rendah dan menengah.

Dari 77kg, berat badan aku turun ke 60kg.
Aku hilang dalam 17kg berat badan.
Boleh tahan banyak bukan?
Kenapa turun mendadak?

Ok semua ini adalah disebabkan oleh seorang awek yang aku tangkap cintan sewaktu aku berada di tingkatan 3 dulu.
Aku minat giler awek ni.
Maka aku bertanyalah kepada dia, yang dia ni suka lelaki macamana?
Dia cakap dia suka lelaki kurus, dia tak suka lelaki gemuk.

Bilamana dia cakap, dia tak suka lelaki gemuk.
Aku terus diet secara drastik.
Aku makan hanya sekali sehari iaitu pada waktu tengahari.
Makan sebungkus nasi lemak dengan kuah sup mangkuk besar. Hahaha..

Setiap hari aku akan pastikan aku hanya makan sekali sehari sahaja iaitu pada waktu tengahari dan aku tidak akan menjamah makanan selain dari waktu itu.
Pada waktu petang, aku akan ke padang untuk bermain bola. Dan kebetulan pada waktu itu aku terpilih untuk mewakili sekolah dalam sukan bola sepak. Semua player dikehendaki menjalani latihan intensif selama 3 bulan berturut-turut bersama-sama dengan bebudak olahraga. Cabaran yang paling berat adalah pada waktu malam, mama selalu masak sedap giler waktu malam. Tapi aku hanya mampu melihat dan mengatakan pada mama "Mama EB dah kenyang.. Mama makanlah ye.." Lakukan ini semua berbulan-bulan. Perit tapi kena disiplin dan sabar.
Alhamdulillah, akhirnya aku mendapat berat badan unggul, prefect shape selepas menjalani latihan intensif dan diet drastik itu.

Tapi lepas aku dah kurus.
Awek tu tak nak aku juga.
Dia dah ada pilihan hati yang lain. 
Tapi aku pun tak kisah sebenarnya. (Tipu!)
Yang penting aku sihat dan bahagia selepas itu.
Badan terasa ringan giler.
Dan aku juga memang nak kurus time tu.

Aku riakan kemenangan itu dengan.... SHOPPING!!!!
Aku beli baju baru.. Aku beli seluar baru..
Sebab semua baju dan seluar dan tak muat dah.
Aku beli baju semua yang ketat-ketat.
Oh happynya!!!!

Tapi beli bukan pakai duit akulah.
Pakai duit mama dan bapa.
Hahahaha.. sebab aku masih sekolah lagi time tu.
Mana ada duit lagi. hehehe..

Tapi itu dulu, sekarang dah kerja dah gemuk balik dah. Hehehe..
Tapi dari dulu sewaktu aku gemuk di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah, aku selalu ingatkan pada diri sendiri dan berkata pada diri sendiri seperti ini;

"EB, JANGAN JADI GEMUK YANG LEMBAB!!!!"

p/s: Aku harap awek tu tak bacalah blog aku ni.
p/s/s: Aku kurus macam Aizatkan dalam gambar tu.. hehehe..


Tuesday, September 27, 2011

Hitam Putih


سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.


Mount Kinabalu Sabah
"Ya Allah.. Ku mohon penyesalan ini adalah penyesalan yang benar-benar datang dari sanubari. Semoga penyesalan hari ini tidak menghalang sedikit kebaikan yang pernah aku lakukan ketika jahil dahulu. Jika KAU memandangnya sia-sia, maka sia-sia jugalah usiaku yang berlalu sebelum taubatku ini. Namun aku bersyukur kerana sempat bertaubat. Ya ALLAH, ku mohon jiwa ini hadir menghadap-MU dalam keadaan KAU redha kerana aku amat mendamba kebahagian yang abadi."



Mood: Susah hati..

Wednesday, September 21, 2011

#WW9 | Wordless Wednesday #9

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

“Don't become a victim of yourself. Forget about the thief waiting in the alley;
what about the thief in your mind?”
Location: Jalan Masjid India





Tuesday, August 16, 2011

Ramadhan Al-Mubarak bukan Ramadhan Al-Murtabak!!


سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.
"Salam Ramadhan Al-Mubarak"


"Curiosity"
Location: Bazaar Ramadhan | Presint 2 | Putrajaya
Searching food for Iftar is really tiring!!
Location: Bazaar Ramadhan | Presint 2 | Putrajaya
Bertiga-tigaan lebih baik bukan?
Location: Bazaar Ramadhan | Presint 2 | Putrajaya


Aku rindu menekan shutter!
Aku rindu melihat sesuatu dari viewfinder!
Aku rindu bermain dengan white balance!
Aku rindu akan kepantasan shutter speed!
Aku rindu akan ISO!

Aku rindu candid street!
Aku rindu akan moment yang indah!
Aku rindu untuk berKARYA!

TAPI..

Aku sedih Ramadhan semakin berlalu pergi...
Semakin hari semakin dia (Ramadhan) berlalu pergi meninggalkan kita..

Hati risau dan resah..
Puasaku diterimakah?
Dosa-dosaku diampunkan kah?
Aku bukan orang yang rugi dan celaka bukan?

Ya ALLAH
Sesungguhnya yang baik itu datang dari-MU ya Allah,
Yang buruk itu datang dari aku sendiri..


p/s: Sahabat-sahabatku ingatlah, ini Ramadhan Al-Mubarak bukan Ramadhan Al-Murtabak!!

Thursday, August 11, 2011

Jarum Syaitan!!

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.
"Salam Ramadhan Al-Mubarak"

Renungkan sejenak...

Perancangan syaitan yang tidak pernah jemu menggoda wanita untuk mendedahkan segenap kecantikan kepada orang yang tidak berhak menikmatinya..



"Alah... buat  apa pakai tudung? Nampak kolotlah," bisik syaitan. (Perancangan pertama)

"Gila ke apa... nak kena parang dengan mak ayah akau kalau tak pakai tudung? Aku ini keturunan baik-baik tau. Ayah aku imam surau, kau tahu tak," balas gadis itu kepada syaitan yang berbisik di sisi hatinya.

"Okey tak apa. Kau pakai aje tudung tu. Tapi pakailah t-shirt lengan pendek sikit. Rimas aku tengok kau pakai baju tangan panjang berbungkus macam ni," bisik syaitan lagi. (Perancangan kedua)

"Wah... cantiknya baju tu tapi tangan pendeklah. Nanti kena sunburn pulak separuh tangan aku ni. Tapi, beli ajelah. Boleh pakai waktu malam, tak ada matahari..." kata gadis itu seraya membawa baju yang disukainya ke kaunter bayaran.

"Eh... kenapa tudung tu labuh sangat? Angkat sikit, letak pin, barulah nampak rantai emas yang mahal tu. Setakat sorok bawah tudung, siapa yang boleh nampak? Lagipun, lurah kau tu kan cantik... tunjuklah sikit aset. Bukan semua, sikit aje," hasut syaitan lagi. (Perancangan ketiga)

Si gadis sedang memandang dirinya di cermin. Sudah sejam di situ, asyik membetul-betulkan tudungnya yang agak labuh. Akhir sekali, dia mencapai beberapa pasang kerongsang sambil menarik tudungnya tinggi ke bahu. Maka terserlahlah lurahan indah itu di sebalik belahan leher baju yang agak luas.

"Kau tahu tak, zaman sekarang ni, anak gadis ayu sangat kalau pakai baju dari kain lace. Apatah lagi kalau kau pakai body tube yang macam singlet tu... confirm anggun! Tengok pulak kainnya, belah kat depan. Barulah senang nak melangkah. Tentu lelaki akan pandang berkali-kali." Syaitan terus-menerus tidak jemu memujuk. (Perancangan keempat).

"Wah... cantiknya baju ni, tapi jaranglah pulak. Tak apa, aku boleh pakai tube kat dalam. Lagipun ni latest design. Mesti kawan pejabat cemburu tengok aku bergaya sakan ni..." sahut gadis itu, mengiyakan pujukan syaitan yang masih melekat rapat dalam hatinya.

Apabila sudah terbiasa mendengar 'nasihat' syaitan ketika berpakaian, beginilah jadinya. Daripada bertudung litup cantik ayu, mulalah terpengaruh dengan bisikan syaitan yang mengatakan memakai pakaian yang ketat, jarang dan terbelah itu lebih ayu. Kemudian, tidak mustahil pula akan terus terpengaruh dengan syaitan yang mahu gadis-gadis seperti anda mula memendekkan kain ke paras atas lutut.

Memakai skirt lebih menyerlah dan lebih mengundang perhatian. Barulah luar biasa, itu pendapat anda. Jika memakai skirt pendek, takkanlah masih hendak memakai tudung, bukan? Maka, perhiasan iman pada diri seorang gadis sunti mula tercabut satu demi satu... hingga akhir sekali, yang ada pada diri hanyalah santapan harian yang tidak lagi berharga. Sesiapa sahaja boleh menikmatinya dengan percuma. Masya-ALLAH.. liciknya permainan syaitan, yang para gadis tidak menyedari kehadirannya.

Friday, August 5, 2011

Alhamdulillah Aku Menang Contest "Pic Hitam|Putih Paling Cool"

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.
"Salam Ramadhan Al-Mubarak"

Masih ingat banner contest ini?


Contest ini telah difikirkan oleh Si Gadis Bermata Sepet atau nama sebenarnya Siti Fatimah. Contest ini bermula pada 1 Januari 2011 (kalau tak silap) dan berakhir pada 1 Mac 2011. Lamakan tempoh contest ini berlangsung. Oleh kerana tempoh masa yang lama yakni selama 3 bulan, maka ada beratus-ratus penyertaan telah diterima oleh Cik Siti Fatimah daripada seluruh bloggers yang ada di Malaysia ini.

Disebabkan penyertaan yang begitu menggalakkan, maka saudari penganjur perlulah membuat penilaian yang lebih teliti dan terperinci, yang mana proses penilaian ini akan mengambil masa yang agak lama dan panjang. Bertambah panjang dan lama proses penilaian ini bila mana saudari penganjur terpaksa berdepan dengan final exam di Universiti beliau. So proses penilaian terpaksalah ditangguhkan sebentar untuk memberi laluan kepada final exam beliau.

Tapi apa yang lebih mendukacitakan selepas sahaja beliau selesai final exam, blog saudari penganjur telah digodam dan beliau tidak dapat login lagi ke blog beliau sendiri disebabkan password yang dimasukkan tidak boleh digunakan lagi. Jadi ini adalah masalah-masalah yang telah dihadapi oleh saudari penganjur untuk membuat keputusan mengenai pertandingan yang dianjurkan beliau ini.

Oleh itu, pada beberapa hari yang lepas barulah saudari penganjur dapat memberitahu berita kemenangan ini melalui facebook kepada saya (sorry saya tak boleh nak print screen kat office FB kena block). Apa-apa pun ribuan terima kasih saya ucapkan kepada Cik Siti Fatimah kerana telah memilik saya sebagai pemenang contest ini, walaupun gambar saya tak adalah cantik mana pun. 

Syukur Alhamdulillah rezeki Ramadhan. Syukur ke hadrat Ilahi di atas rezeki yang diberikan, semoga rezeki ini membawa berkat kepada diri ku dan juga kepada kepada penganjur contest ini, Cik Siti Fatimah. Ok dibawah ini dipersembahkan gambar hitam|putih paling cool dalam contest tersebut.

Location: Pantai UMSKAL 

p/s: Mesti ramai yang dah lupa mengenai contest ini kan?
p/s/s: Untuk link ke entri contest tersebut sila klik SINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...