K A W A N

Showing posts with label Artis. Show all posts
Showing posts with label Artis. Show all posts

Thursday, August 9, 2012

Di Sebalik Tabir!

سم الله الرحمن الرحيم 
 bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm 

Al-salāmu'alaykum WBT dan Salam Ramadhan diucapkan buat semua muslimin dan muslimat. Semoga kita semua sihat walafiat dalam menjalani ibadah puasa ini. Puasa jangan tak puasa tau. Buat malu je dah besar panjang tak puasa-puasa lagi. Haippp!!

Okay hari ni nak kongsikan dengan korang semua apa aktiviti yang saya lakukan pada minggu lepas. Korang pernah tak dengar drama "Mana Hilangnya Juwita?" yang disiarkan pada jam 10.00 malam setiap hari Isnin di saluran 104, Astro RIA? Haa.. kalau korang pernah dengar, inilah kerja EB! EB bersama rakan photographer yang lain akan merakamkan gambar-gambar pegun disebalik tabir drama ini.


Drama aksi 15 episod terbitan produksi Padi Pictures Sdn Bhd yang berinspirasi dari kisah penculikan ini menggandingkan tiga aktres terbaik iaitu Erra Fazira, Lisa Surihani dan Datin Paduka Umie Aida. Tidak ketinggalan, penampilan Zahiril Adzim, Azhan Rani, Diana Johor, Rizal Hamzah dan Raja Ilya.



p/s: Syukur hari Ahad yang lepas pengambaran di set pengambaran selesai pada pukul 2.00 pagi. So dapatlah balik awal sikit. Selalunya lewat lagi.. Huuuu.. Apa-apa pun jangan lupa saksikan drama ini pada jam 10.00 malam setiap hari Isnin di saluran 104 Astro Ria.


EB JUNAIDI

Friday, October 14, 2011

Wish You Were Here

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.


"And I remember all those crazy thing you said
You left them running through my head
You're always there, you're everywhere
But right now I wish you were here.."


Sunday, October 2, 2011

Manusia Bodoh!

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm
Al-salāmu'alaykum WBT.



Lagu yang aku suka bait-bait liriknya..
Sungguh mendalam maksud-maksudnya..
Lagu yang sentiasa membuatkan aku berfikir dan fikir..
Suara penyanyi yang menyampaikan lagu ini, aku suka!

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * 

Aku akan mencoba bertahan sekuat hati menempuh dugaan hidup ini
Seperti karang yang sentiasa dihempas sang ombak 
Akan ku jalani hidup dengan kekuatan yang ada
Aku serahkan cinta tulus kepada takdir yang direncanakan-Nya
Walau hati masih terpahat nama mu...

Aku tahu,
Semua kisah pasti ada akhir..
Yang harus dilalui, yang harus ditempuhi, 
Begitu juga akhir kisah ini, 
Yakinku indah..

p/s: Semoga kamu bahagia.. 



Monday, April 4, 2011

Congrats SAM!

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Yeah!! Tahniah buat Shaheizy Sam kerana berjaya menjadi Bintang Paling Popular sempena Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010. Lu memang hebat, lu memang berhak.

Klik PLAY untuk lebih feel..




Alhamdulillah beliau mendapat sepenuh kepercayaan dan sokongan daripada Mama beliau. Mama beliau memang sempoi hari-hari dok undi anak sendiri. Hehehe kantoi!. Tapi apa pun itulah kasihnya seorang Ibu. Percayalah Ibu anda sentiasa mendoakan anda malah tidak putus-putus berdoa untuk anda walau beratus ribu jauhnya anda daripada dia.

Sam bakal membawa pulang sebuah kereta Nissan Teana 2.0L yang bernilai RM137k dan set barang kemas Rafflesia edisi terhad yang bernilai lebih RM180k. Tahniah SAM! Atas 2 anugerah yang dimenangi. Ayat paling sempoi dari Sam "Terima kasih Dato' Siti sebab tarik diri" hehehe. Walaupun aku tengok sekerat jalan dah tadi tapi tidak dinafikan gandingan pengacara Kak Engku, Sharifah Shahirah dan Zizan RL sememangnya mengamitkan suasana.

Kehadiran Usop dan Abi Hurairah di penghujung acara meningkatkan semula momentum angerah tersebut walaupun sudah berada di penghujung acara. Memang lawak gila! "Pada sesiapa yang setuju Usop Wilchar umumkan pemenang ni sila angkat tangan macam saya.." Hahahaha.. Siap datang dengan Wilchar tu. Tu lah pentingnya english education.

Okaylah aku nak iron baju luk.. Tahniah kepada semua pemenang dah yang pasti tiada pengalah semua pun menang termasuklah aku.. hahahaha..

Sunday, April 3, 2011

Aku Tengok ABP Online!

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Rasanya semua orang tengah khusyuk menonton Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABP BH 2010) sekarang ni kan. Begitu juga dengan aku sekarang ini. Tapi oleh kerana aku tidak mempunyai TV seperti anda semua maka aku terpaksalah menonton siaran ini secara langsung dari interent. Huhuhu.. Tetiba rindu mak aku pula sekarang ni. Sebab setiap kali ABP mesti tonton sesama dengan mak. Insha-Allah suatu masa nanti.

So kepada sesiapa yang senasib dengan aku, yang tak ada tv bolehlah tengok disini:-


Ok jom layan sesama. Yang ada TV tak payahlah susah-susah tengok online. Tapi yang best tengok online ni sambil online sambil tu boleh tengok juga. Hehehe.. Aku tengah happy ni sesama Zizan dah menang Anugerah Pelakon Lelaki Komedi Popular. Hehehe. Congrats Bro!


p/s: Maharaja Lawak gua sokong lu 2 orang juga!!  Hahaha..

Thursday, March 31, 2011

Anwar Hadi vs Matluthfi

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm


Al-salāmu'alaykum WBT.

Siapakah yang menang? Entri aku kali ini bukan untuk mencari kemenangan mahupun kekalahan mana-mana pihak. Dalam hal ini tidak yang perlu menang tiada juga yang perlu kalah. Kemenangan mahupun kekalahan tiada maknanya dalam hal ini, apa yang pentinga adalah message pintar lagi kreatif daripada 2 anak muda ini. Mereka tidak pernah kering dengan idea-idea mantap yang hendak dikongsikan dengan kita semua sebagai pendengar dan pemerhati. Walaupun video mereka hanya sekadar picisan, namun penuh serta padat dengan info-info yang berguna kalau anda perhatikan dengan penuh ketelitian.

So kepada sesiapa yang suka melaga-lagakan mereka, mengutuk mereka, membanding-bandingkan mereka, mencari yang lebih best, anda lihatlah video dibawah ini dan belajarlah untuk menerima pendapat dan pilihan. Tak perlu serta paksa. Anda perhatikan video ini dengan akal yang waras dan cuba tangkap apa point penting yang Anwar Hadi dan Matluthfi ini cuba sampaikan. Selamat menonton. Jangan benci aku, "Benci membenci sesama manusia umpama membenci Nabi SAW.." So berhati-hati.



vs



p/s: Aku suka 2 2 3 3 4 4.. Hahaha 4 ja tak boleh lebih-lebih.. Hahaha.. Both of you are awesome!! I like!!

Najwa Mahiaddin - GTG!

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm


Al-salāmu'alaykum WBT.


Guys I Got To Go (GTG) for a while because I need to perform Solah. So before I go just enjoy this YT from Najwa Mahiaddin. I love this song so much. Listen it now and I know you gonna love it too. I fall in love with her voice. Catchy you know. Arrghh you all dengarlah. Hahaha..

Who is she?

Najwa Mahiaddin ~ "Sometimes you wonder why she blows hot and cold. Coz the next ear drum to roll, And the next heart to be sold, Is the one to hear the best thing to hit neo soul: Najwa."

Record Label ~ Nada Biru Muzik
Genre ~ Neo Soul/Soul/Jazz


You also can find her here:-
Youtube
Facebook

p/s: FYI Najwa Mahiaddin is our TPM beloved daughter.

Monday, March 28, 2011

AF9 Principals Reveal!!

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm


Assalamu'alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.


Walaupun aku tidak mengikuti sepenuhnya perkembangan Akademi Fantasia atau lebih sinonim dengan panggilan AF pada mulut setiap orang dan kali terakhir mengikutinya adalah pada AF4 bilamana Faizal diangkat sebagai juara ketika itu. Namun pada kali ini aku ingin berkongsi mengenai maklumat yang baru aku temui di dunia siber ini iaitu mengenai Pengetua AF9 yang telah menimbulkan banyak kontroversi sama ada di dalam negara mahupun di luar negara.

Seperti rumors yang kita pernah dengar sebelum ini Ahmad Albab bakal menjadi Pengetua AF9. Eh! Ahmad Dhani. Namun banyak tentangan dan cemuhan yang diterima daripada pelbagai pihak yang tidak bersetuju dengan pilihan Astro tersebut. Peminat AF juga turut mempertikaikan pemilihan Ahmad Dhani yang disebut-sebut bakal menjadi Pengetua AF9. Tidak kurang dengan itu, Ahmad Dhani turut berdepan pelbagai kontroversi di negaranya apabila dia dituduh berketurunan Yahudi sehinggakan beliau menerima bunuh dan mendapat ancaman bom.

Demi meredahkan kontroversi ini, pihak Astro telah bersedia untuk mengumumkan Amy Search atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman 53, sebagai Pengetua AF9. Ya ikon Rock yang menjadi pujaan ramai bakal menjadi Pengetua AF9!! Secara tidak langsung membuatkan aku rasa terpanggil semula untuk duduk menapak di depan TV setiap kali AF ditayangkan (bukan sombong tak tengok AF tapi jujur memang dah lama tak layan AF selepas AF4). Amy Seacrh ada penyanyi yang cukup aku minati bukan hanya kerana nyanyi beliau tapi juga kerana pegangan agama beliau. Syabas Astro dengan pilihan ini. Malaysia masih tidak lekang daripada artis-artis yang cukup berkaliber untuk menjadi Pengetua AF!

Google | Amy Search ~ Pengetua AF9
Google | Pak Nil ~ Pengacara AF9
Seperti yang anda sedia maklum Pak Nil telah dipanggil semula untuk menjadi Pengacara AF9 di mana beliau pasti akan memberikan lebih banyak impak serta kezutan! buat semua. Sama-sama kita nantikan kezutan-kezutan itu daripada Pak Nil. Salute Pak Nil!! You're the  other reason why I'm gonna watch AF again.

Info tambahan:-
Dua bekas pengkritik tetap AF musim terdahulu, Adlin Aman Ramlie dan Ning Baizura antara muka baru yang diserapkan sebagai tenaga pengajar bagi musim terakhir rancangan realiti terbabit, dengan Adlin selaku jurulatih drama manakala Ning sebagai guru vokal persembahan. 

Tenaga pengajar lain ialah orang lama seperti Syafizawati Syarif yang melatih vokal dari sudut teknikal, selain A Aris Kadir yang mengambil alih tempat Linda Jasmine untuk mengajar tarian manakala Fauziah Ahmad Daud yang diundang menjadi pengkritik tetap pada AF6 bakal kembali menghangatkan lagi AF musim ini.

Imam Muda Asyraf juga pernah bercerita pasal Amy Seacrh - Cita-citaku Menjadi Penyanyi Rock. Bacalah memang best. Blog Imam Muda Asyraf ni memang santapan rohani yang best dan membuatkan aku sering tersenyum membacanya dek kerana teringat zaman kanak-kanakku.

p/s: Dah lama gila tak tengok AF..


Sunday, March 20, 2011

Dua dalam Satu!!

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Petang yang disirami hujan renyai ini sangat molek dengan hanya duduk diam di rumah sambil menikmati teh O panas dengan keropok lekor. Program untuk berjogging di Taman Saujana Hijau terpaksa aku batalkan. Maka aku gantikan dengan BlogWalking yang aku anggapkan sama seperti jogging. 

Sambil-sambil itu aku tinjau-tinjau apa yang berlaku di wall MukaBuku aku. Tiba-tiba aku terpandang satu link ini. Aku klik. Oh ok 'Reality Show' yang sama macam dekat America sana tapi yang ini dibuat di negara jiran kita yang terkenal dengan 'Baju Merah' dan 'Baju Kuning', Thailand!

Program Tv ini diberi nama 'Thailand Got Talent'. Apa yang menarik? Ok mari sama-sama kita saksikan video YT dibawah ini. Aku pasti ramai yang teruja. Ok jom layan...



Huu.. Aku tertipu dengan fizikalnya. Deng! Tapi dia sememangnya sangat-sangat berbakal. Dia juga mempunyai suara yang sangat merdu dan kacak. Sehinggakan ada komen-komen di YT mengatakan suaranya lebih sedap berbanding suara penyanyi asal lagu tersebut. Maaf aku pun tak berapa nak tahu lagu ni lagu siapa. Tapi lagu ni memang best! Dia dia berjaya mendendangkan lagu ini dengan baik. Malahan para juri turut memberikan kepercayaan kepada beliau.


So apa pendapat anda?


p/s: Huu.. sungguh dashyat!!
Ramai para Gay boy cuba mendapatkan beliau selepas itu. 
Tak kurang juga para Nyah yang jealous terhadap beliau.
Dunia! Dunia!

Wednesday, March 9, 2011

Klasik itu Sejarah!

سم الله الرحمن الرحيم 
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Kesibukan melanda diri bila mana aku diminta untuk menghadirkan diri dalam satu kursus yang telah dianjurkan oleh pihak BPTM. Maka akan terbataslah ruang waktu untuk aku mengemaskinikan blog terchenta ini. Oleh kerana pihak pengurusan telah menyakinkan bahawa mereka akan menyediakan juadah yang lepas sedap dari juadah di Cafe maka aku akur mengikuti program ini walaupun aku tahu ianya pasti memboringkan. Hehehe.. Namun demi menambah ilmu di dada maka harus ku gagahkan juga mata ini dari mengantuk demi mendapatkan ilmu yang diberi.

©2011 | Klasik itu Sejarah | Pelakon Extra Natrah
Rasanya 1Malaysia dah kecoh mengenai Hikayat Merong Mahawangsa Maju (HMM). Filem terbitan KRU Studios arahan Yusry Abdul Halim ini bakal ditayangkan kepada semua pada hari esok 10 Mac 2011 (Khamis). Mesti yang dah tak sabar nak menonton filem ni kan. Begitu juga dengan aku tapi rasanya esok malam bukanlah hari yang sesuai untuk aku menonton filem itu. Di tambah lagi dengan jemputan Futsal Persahabatan pada esok petang dan malam, memastikan aku tidak akan menonton HMM pada malam esok.

Aku juga tidak menyukai kesesakan yang berlaku pada setiap kali hari pertama sesebuah  filem dipertontonkan. Kesesakan itu merimaskan aku. Itu bukan cara aku menonton filem, aku suka datang menonton pabila ramai orang sudah mulai boring dan kecoh bercerita mengenai filem yang mereka telah tonton itu. Begitu jugalah yang akan berlaku pada HMM ni nanti, so kamu semua silalah tengok dulu ye.. Rajin-rajin buat review pasal HMM lepas dah tengok. Nanti aku bacalah hehehe...

Apa tengok-tengok? | Tontonlah kalau berani!


p/s: Bangga dengan KRU!!
p/s/s: EB pernah tengok wayang kat panggung seramai dua orang sahaja... hehehe...

Saturday, March 5, 2011

Sempoi!!

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum, 

Hai semua di kala IKEA berada jauh di Damansara sana, di kala IDEA belum datang menjelma di diri ini untuk berkarya. Maka demi mengisi masa lapang yang sentiasa terluang di pagi Sabtu yang indah ini, marilah kita bersama-sama mempertingkatkan dan memperbaiki mutu bahasa Inggeris kita. Oleh itu, demi melancarkan sesi pembelajaran, saya telah mendapatkan khidmat 2 orang sahabat baik saya untuk membantu kita dalam mendalami lagi bahasa Inggeris. Dengan itu saya sediakan video di bawah ini untuk memudahkan kita belajar bersama-sama. Ok jom...


So you all mesti dah pandai speaking in English lah ni kan. Don't be scared just speak from the bottom of your heart. Saya ada meeting mesyuarat ni, so saya kena pergi dulu okay. Don't mad at me.. hehehe... daaaa..

p/s: Sila jangan ketawa.. Nanti cikgu marah.. Hahahaha..!!


Selain itu, saya juga telah mendapat satu berita bahawa Dato' Yusof Haslam bertengkar dengan anaknya Syamsul. Tapi syukur mereka hanya bertekak mulut dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan. Syukur Alhamdulillah. Saya bukan bercakap kosong tau tapi semua ini benar belaka dan demi menyokong kata-kata saya ini, saya sertakan bukti kejadian pertengkaran tersebut. Sila lihat video di bawah ni.




Johan dan Zizan (Jozan) adalah 2 orang pengacara yang sangat-sangat sempoi dan mereka adalah gandingan yang sangat-sangat slumber. Saya amat-amat meminati cara dan gaya mereka mengacara sesuatu majlis. Nampak bersahaja dan unsur-unsur lawak yang mereka gunakan memang lawak dan best!! Saya meminati mereka, anda bagaimana???

p/s: Mau pecah perut ketawa, tengok mereka berdua buat lawak.... hahahaha..

Monday, February 21, 2011

No One Else

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm


Al-salāmu'alaykum, EB dalam mood jiwang + rindu sekarang..
So tengah-tengah malam ni EB nak share satu video buat semua rakan bloggers.
Terutama sekali buat kamu Cikgu Dilla. Selamat Malam.. 

당신 허니 감사



Even tough..
I’m reborn a thousand more times
There will not be another one like you.. Mm~

The person who..
Would warm up my sad life
I’m really grateful for that person

For that person..
My heart could 
Be hurt indefinitely

Even though I can’t tell that I love you
The fact that I’m able to
Look at you from far away, 
Give you everything and love you
Although I’m sad, I’m happy

There is no other love in the world
That could make my chest shiver with such anticipation
I've buried so deep in my memories
My one true love

To someone like you..
All the painful tears
I could endure it indefinitely..

Even though I can’t tell that I love you
The fact that I’m able to
Look at you from far away 
Give you everything and love you
Although I’m sad, I’m happy

I don’t want anything else except
Your laugh, with it, I’ll be happy
Because love is about giving everything
Only about giving
So even if I’m sad.. I’m happy..


p/s: I just wanna be your toothbrush....

Sunday, February 20, 2011

Masjid Al-Khalidiah

بسم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm


Al-salāmu'alaykum,

Ok entri kali ini EB nak share mengenai jasa Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dan suaminya Datuk Khalid Mohd Jiwa kepada penduduk kampung Permatang Pasir, Kedah Darul Aman. Untuk makluman semua, sebuah Masjid yang dibiayai sepenuhnya oleh Datuk Siti & Datuk K telah siap dibina dan boleh digunakan sepenuhnya untuk program-program keagamaan dan kemasyarakatan bermula semalam.

Masjid yang diberi nama Masjid Al-Khalidiah ini menelan belanja sebanyak RM1.7 Juta. Membina sebuah Masjid merupakan impian Datuk K semenjak dari kecil lagi dan beliau bersyukur kerana impian tersebut sudah menjadi kenyataan. Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam telah selamat merasmikan Masjid tersebut dalam sebuah majlis pelancaran semalam. Alhamdulillah.

Masjid Al-Khalidiah | Datuk Siti Nurhaliza & Datuk K
Kg. Permatang Pasir, Kedah
Syukur Alhamdulillah niat suci lagi murni Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk K untuk membina sebuah Masjid telah selesai. Alhamdulillah. Sungguh besar pahalanya. EB juga mendoakan agar Datuk Siti akan mengekalkan imej seperti dibawah ini:-

Datuk Siti bertudung litup | Manesss...
Semoga dengan benda yang baik ini Datuk Siti & Datuk K akan sentiasa mendapat rahmat dan barakah daripada Allah SWT. Semoga ramai lagi artis yang mengikut jejak langkah Datuk Siti dan suami. 


Sumber: Oh Bulan!


p/s: Keluarga EB tidaklah sampai tahap membina sebuah Masjid, tapi kami pernah mendapat projek untuk membaikpulih semula sebuah Masjid.. Syukur Alhamdulillah...

Sunday, February 6, 2011

6 Years in |LOve|

بسم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum
"Selamat Sejahtera ke atas kamu semua"


Seperti yang anda sedia maklum saya sedang mengadakan 'Movie Marathon' sempena menikmati percutian di rumah sendiri di sepanjang musim cuti ini. Mesti ada yang tertanya-tanya apa sebenarnya 'Movie Marathon' yang saya katakan ini. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai 'Movie Marathon' ini, anda boleh baca di entri saya sebelum ini. 

Ok! Dalam 'Movie Marathon' yang saya adakan itu, saya cukup-cukup tertarik dengan sebuah filem. Filem Korea yang bertajuk '6 years in Love' arahan Park Hyeon-Jin. Filem dalam durasi 112 minit ini adalah sebuah filem komedi romantik yang diterbitkan pada tahun 2008. Setelah hampir 2 tahun filem ini ditayangkan barulah saya dapat menontonnya pada hari kelmarin. Memalukan.


Filem ini mengisahkan mengenai sepasang kekasih yang telah bercinta selama 6 tahun lamanya. Yoon Kye Sang memegang watak sebagai Kim Jae Yeong yang merupakan seorang Pengarah di sebuah saluran TV. Dia telah berpacaran dengan Kim Ha Neul yang memegang watak Da Jin iaitu sebagai seorang Editor di sebuah syarikat penerbitan. 

Enam tahun yang lalu mereka mula berpacaran. Dua tahun sebelum itu, mereka mula tidur bersama. Sekarang mereka hanya tinggal berjiran tapi rumah hanya bersebelahan. Dinding hanya memisahkan rumah mereka namun tidak mempunyai apa-apa fungsi sebenarnya. Mereka berkongsi rumah, makanan, segala-galanya dan mereka juga berkongsi bilik tidur dan katil yang sama setiap malam. 

Mereka amat mengenali antara satu sama lain sama luaran mahupun dalaman. Namun semua itu kadangkala agak membosankan mereka dan percikan cinta serta kegembiraan mulai hilang. Hubungan mereka nampaknya sudah melewati tahap di mana sesuatu yang khas di tempat kerja sahaja.

Seperti pasangan bercinta yang lain, pasangan ini turut mengalami sesuatu tempoh yang sukar. Perselingkuhan adalah salah satu risiko daripada banyak lagi risiko percintaan, mestipun hidup bersama tidak bererti itu menjadi komitmen yang kukuh untuk sebuah perkahwinan. Da Jin dan Jae Yeong masih muda dan belum berkahwin, mereka juga belum berkongsi begitu banyak benda dalam hidup mereka.


Maaf trailer ini tiada sarikata. Tapi kalau anda ingin saya ahli bahasakan sila beritahu saya okay. ^^,

Kata-kata saya,

Berapa lama kita mengenali pasangan kita bukan menjadi isu. Memahami pasangan kita dan sedia berkongsi apa juga masalah adalah lebih penting daripada kita mengenali pasangan kita sudah bertahun lamanya namun kita langsung tidak pernah memahami pasangan kita.

Sikap bertimbang rasa dan sabar juga perlu ada untuk menjamin kesejahteraan dalam perhubungan. Selain itu, fikirlah lebih jauh mengenai perhubungan itu, adakah kamu mahu hubungan itu sekadar begitu sahaja atau kamu mahu hubungan itu lebih dari sekadar kekasih. Berdoalah, dan Insha Allah semua ini akab dipermudahkan. Setialah pada yang satu dan cintailah kekurangan pasangan kita. Sedarlah tiada manusia yang dilahirkan sempurna. 

Selamat berkasih sayang dan sentiasa ingat batas-batas dalam pergaulan. Apa yang baik dalam filem ini jadikan ikhtibar apa yang buruk dan tidak baik jadikan pengajaran dan berdoalah agar sentiasa diberikan hidayah daripada yang Maha Mengetahui.



p/s: Bagi bloggers yang sedang bercinta, saya amat-amat menyarankan anda untuk melihat filem ini. Banyak lagi perkara yang anda boleh pelajari dari filem ini. Sungguh banyak dan fahamilah.

Saturday, February 5, 2011

Movie Marathon

بسم الله الرحمن الرحيم
Al-salāmu'alaykum
"Selamat Sejahtera ke atas kamu semua"


Saya sedang melakukan Movie Marathon untuk menghargai dan menikmati percutian di rumah sendiri di hari-hari terakhir percutian ini. Movie Marathon yang sangat-sangat menarik di mana saya akan menonton semua kolesi Movie yang telah saya simpan dalam simpanan cakera keras saya. 


Antara movie yang telah saya tonton di sepanjang percutian saya:

Baby and I



Sinopsis:
"Baby and I" is a straight up comedy centered around, Joon-soo (Jang Geun-suk), becoming a student father. Han Joon-su is a tough 18 year old high school kid that loves to cause trouble. He often gets in gang fights, once with 17 other guys, but always comes out as the victor. Then one day Joon-su's parents have decided to go out of town as a way of discipline to their rebellious son. Instead of feeling terrible and lonesome, a party is called over their mansion. He goes shopping and comes upon an unexpected surprise- a little toddler sitting in a shopping basket wearing the name tag "Han Wooram" and points to Joon-soo as his father! Still puzzled, he takes the baby home and thereon starts his adventures in trying to be the best father he could become.


A Light Sleep





Sinopsis:
Sixteen-year-old Yeo Lin used to have a boyfriend and normal life, but everything changed when she lost both her parents two years ago. To support her siblings, she needs to work hard. Quietly bearing wounds and responsibilities beyond her age, she faces the cruel trials of love, friendship, and premature adulthood, and she does it all in seeming detachment. Always tired, Yeo Lin suffers from chronic insomnia and relies on medication to sleep. For Yeo Lin, sleep is an escape that she wakes from too soon. Directed by Lim Seong Chan, the 2008 indie drama A Light Sleep sensitively depicts the ordeals faced by an insomniac high school girl forced to grow up too soon. Teenaged newcomer Choi Ah Jin delivers a mature and compelling performance in the leading role.


A Million




Sinopsis:
Korean thriller about eight people brought together in a Survivor like game. They are taken to the Australian desert where they quickly learn that the losers don't go home. They rules is simple, they can't stop the game unless there's one person left. There are total of seven games, and after each game, one person will be eliminated. Only one person will be able to take the money back home. The participants every move is regarded and stream live on the internet.




p/s: Sambung tengok movie lagi.. hohoho..

Thursday, February 3, 2011

Gong Xi Fa Chai

بسم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum
"Selamat Sejahtera ke atas kamu semua"

Waktu cuti saya ini saya 'manfaat'kan dengan melayan beberapa buah filem Stephen Chow tanda saya meraihkan Tahun Baru Cina. Filem-filem beliau sungguh menceriakan keadaan dan membuatkan saya tidak henti-henti ketawa melihat lawak spontan dan aksi-aksi yang dilakonkan beliau. Aksi-aksi nakal dan spontan yang sungguh mencuit hati para penonton. 

Antara movie Stephen Chow yang saya tonton hari ini:

Legend Of The Dragon (1991)
Flirting Scholar (1993)
From Beijing With Love (1994)
Forbidden City God (1996)
Ada banyak lagi movie beliau yang ada dalam simpanan saya yang belum sempat saya habiskan. Insha Allah saya akan habiskan dalam masa terdekat sempena musim cuti dan Tahun Baru Cina ini. Tidak dinafikan memang ada peningkatan dalam setiap movie beliau dari tahun ke tahun dan saya mengikut perkembangan filemnya. Saya akan pastikan saya tidak ketinggalan untuk menonton setiap kali filem barunya keluar.

Sedikit info mengenai Stephen Chow;

Nama: 
Chau Sing Chi

Tarikh Lahir: 
22 Jun 1962 

Pekerjaan: 
Pelakon, Penulis Skrip, Pengarah dan Produser

Kejayaan yang telah dikecapi beliau:

Hong Kong Film Awards
Best Actor
2002 Shaolin Soccer

Best Director
2002 Shaolin Soccer

Golden Bauhinia Awards
Best Actor
1996 A Chinese Odyssey

Best Director
2002 Shaolin Soccer

Hong Kong Film Critics Society Awards
Best Actor
1996 A Chinese Odyssey

Golden Horse Awards
Best Director
2005 Kung Fu Hustle

Best Supporting Actor
1988 Final Justice

TVB Anniversary Awards
Jade Lifetime Achievement Award
1999

Other Awards
Asia Pacific Film Festival
Best Actor
1992 Justice, My Foot

Blue Ribbon Awards
Best Foreign Language Film
2003 Shaolin Soccer

Amsterdam Fantastic Film Festival
Silver Scream Award
2005 Kung Fu Hustle

Sungguh banyak award yang telah dimenangi beliau.
Jom kita lihat wajah beliau;

Stephen Chow

Dia nampak berusia. Tapi filem-filemnya tetap menjadi keminatan kami adik-beradik. Oleh kerana Stephen Chow ini juga berbangsa Cina maka dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat Tahun Baru Cina kepada beliau dan semua saudara mara saya yang berbangsa Cina dan tidak lupa kepada seluruh rakyat Malaysia yang meraihkan perayaan ini. Tahun Baru Cina tahun ini jatuh pada Tahun Arnab. 1Malaysia! 1Kedamaian! 



Gong Xi Fa Chai!

Ang Pau Lai Leh!


p/s: Nak sambung tengok movie Stephen Chow lagi...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...