K A W A N

Showing posts with label G|A. Show all posts
Showing posts with label G|A. Show all posts

Sunday, August 7, 2011

"The Colors of Ramadhan"

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.
"Salam Ramadhan Al-Mubarak"


Salam Ramadhan semua, selamat menunaikan solat fardhu Zuhur. Jadi di hari terakhir Giveaway (G|A) ini berlangsung, dan setelah saya keraskan hati untuk turun ke Bazaar Ramadhan di Presint 2, Putrajaya untuk mengambil gambar suasana Bazaar Ramadhan di sana. Akhirnya saya dengan berbesar hati serta bersedia untuk mengikut G|A anjuran Abg. EZ ini. Kepada sesiapa yang berminat untuk mengetahui dan seterusnya mengikut sila klik banner di bawah ini untuk maklumat lanjut. Silakan..






"The Colors of RAMADHAN"

Location: Bazaar Ramadhan | Presint 2 | Putrajaya
Exif : D90 | f/4.5 | 1/400 | ISO200
Sebenarnya hati cukup risau dan resah untuk ke Bazaar Ramadhan. Bazaar Ramadhan bukanlah tempat yang saya suka untuk pergi tapi demi minat kepada fotografi dan juga untuk mencari gambar yang sesuai untuk entri ini, saya turun juga ke Bazaar Ramadhan dengan niat yang betul dan tidak putus-putus beristighfar kepada Allah dan berharap semoga dipermudahkan urusanku dan diampunkan dosaku.

Bazaar Ramadhan bukan sahaja ada banyak pilihan juadah berbuka, tapi juga banyak godaan-godaan yang lain. Perempuan berbaju ketat dan seksi, pasangan kekasih yang tanpa segan silu berpimpin tangan dan bermacam-macam lagi. Namun apa yang menjadi tarikan lensa kamera ku setiap kali di bulan Ramadhan ini adalah gelagat anak-anak kecil yang ikut sama membeli juadah bersama ibu dan bapa mereka. Sungguh menghiburkan dan kadangkala bila merakamkan aksi-aksi mereka, secara tidak langsung membuatkan aku tersenyum sendiri. Aksi mereka lebih seksi daripada perempuan-perempuan yang berpakaian tidak senonoh dan lebih manja daripada pasangan kekasih yang berpimpin tangan di Bazaar Ramadhan.

Alhamdulillah, Ramadhan ini banyak nikmatnya jadi marilah kita bersama-sama memperbanyakkan amalan kita untuk mendapat segala nikmat yang Allah SWT limpahkan di bulan Ramadhan ini. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dari Ramadhan sebelum ini. Insha'Allah. Yang baik itu datangnya daripada Allah SWT, yang kurang baik itu datangnya daripada diri saya sendiri dengan keizinan Allah..

p/s: Abg EZ, maafkan entri ini dah jadi panjang dah. Maaf..

Wednesday, June 8, 2011

Aku Dapat By Hand Lagi Tau!!

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Selamat pagi semua. Jangan lupa sarapan! Okay ni nak kongsi kat korang semua cerita semalam ni. Semalam lebih kurang pukul 2.00 petang saya telah mendapat satu panggilan telefon yang bernombor tapi tidak bernama. Mmm cuak tapi saya jawab juga panggilan itu. Berikut adalah perbualan telefon tersebut;

"Hello.. Assalamualaikum.. Ini EB ke??" pemanggil itu bertanya.
"Waalaikumusalam. Ye saya.. Mm ini siapa ek??" saya bertanya pula kepada pemanggil tersebut.
"Oh.. Ni Abang Eq ni.." dia menjawap.
"Abang Eq.. Siapa ek??" aku musykil.
"Ni Abang Eqbal ni.. Eqbalzack.. Blogger.. Ingat tak??" dia menerangkan.
"Oh Abang Eqbal.. Ingat.. Ingat.." aku agak teruja menjawap.
"Haa ni Abang Eq nak tanya, EB sekarang ni katner ek??" Abang Eq bertanya.
"Oh sekarang ni kat office bang. " aku menjawap.
"Office EB katner ek?" dia bertanya lagi.
"Office saya kat Putrajaya bang. Kat Kementerian Kewangan bang." aku menerangkan.
"Mm okay macam ni, abang dah on the way nak ke Putrajaya. Abang nak hantar hadiah kat EB ni. Boleh tak EB SMS alamat office EB? Nanti bila abang dah nak sampai abang sms EB okay." Abang Eq menerangkan dengan pantas.

Perbualan kami terhenti di sini dan bersambung ke SMS disebabkan Abang Eq perlu memandu dan sedang mengejar masa.

Hadiah apa yang aku dapat ni? Sempena apa? Siapa Abang Eq ni??

Haa rasanya semua orang dah kenal siapa Abang Eq ni sebenarnya. Seorang blogger yang sangat-sangat baik hati dan peramah. Yang mana beliau merupakan seorang tutor dan PhD Research Student di UPM sekarang ini. Hanya kerana ingin menyampaikan sendiri hadiah-hadiah kepada semua peserta dalam GiveAway "I Light U" anjuran beliau, dia sanggup mengambil cuti untuk memastikan kesemua pemenang yang bertuah mendapat hadiah yang telah beliau janjikan. Aku memang respect beliau!!

So kepada sesiapa yang nak berkenalan dengan Abang Eq ni anda bolehlah ke blog beliau dengan hanya klik pada header blog beliau dibawah ini. Untuk pengetahuan anda semua, header dibawah ini adalah header terkini Abang Eq. Cantikkan!! Jeles ni. Nak buat macam ni jugalah. Hehehe.. Dan kepada mereka-mereka yang dah berkenalan dengan Abang Eq rasanya tak salah jika kita nak merapatkan lagi silahturrahim antara kitakan. Jadi jom terjah!! Yahoooo...


Terima kasih bebanyak Abang Eq, terharu giler boleh jumpa Abang Eq face to face. Gilalah wei!! Dah lama berniat nak jumpa Abang Eq ni actually. Alhamdulillah ada juga rezeki nak berjumpa. Apa-apa pun thanks so much for the love present Abang Eq!!! Gua sayang lu Abang Eq!

p/s: Untuk melihat hadiah apa yang saya menenangi anda boleh lihat di SINI!
p/s/s: Untuk melihat entri yang memenangkan saya anda boleh lihat di SINI!

Wednesday, May 25, 2011

Alhamdulillah ~ Saguhati "I Light U"

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.


Pertamanya aku ingin berterima kasih buat saudari Nurr Kasih kerana kalau bukan beliau yang tag aku dalam G|A ini tak mungkin aku akan tahu akan kewujudan G|A ini. Terima kasih yang tidak terhingga kepada beliau dan Alhamdulillah jasa beliau itu terbalas, kerana beliau berjaya memikat hati abang EZ kita dan seterusnya memenangi hadiah utama G|A ini.

Keduanya aku juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Abang EZ kerna bijak membuat G|A seperti ini. Tema G|A ini "I Light U" sememangnya tema yang sangat-sangat membuka minda dan banyak pengertiannya. Terima kasih juga kerna turut memilihi aku sebagai pemenang saguhati G|A ini. Thanks Abang EqbalZack!! ^^

Di bawah ni adalah hadiah saguhati aku, semua hadiah adalah daripada produk IKEA.

Tindra MYS Candle (dengan bauan rose)
So kalau korang rasa nak tahu apa entri yang menyebabkan saya menang saguhati untuk G|A ni, korang semua boleh baca entri saya kat SINI!

Tahniah kepada semua pemenang, terima kasih kepada Abang EqbalZack (EZ) dan tidak dilupakan anda semua yang sentiasa memberi sokongan dengan meronda-ronda ke blog saya ini. Semoga segala urusan korang akan dipermudahkan oleh yang Maha Esa. Insha'Allah..
Sehingga berjumpa lagi di entri yang akan datang.

Thursday, May 12, 2011

GiveAway | 'I Light U'

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Sepatutnya entri untuk G|A ini sudah aku selesaikan pada tengahari tadi. Akan tetapi disebabkan kesibukan yang melanda secara tiba-tiba, aku langsung tidak berkesempatan untuk menyelesaikan entri ini. Ayat permulaan entri ini sebelum ini terpaksa di ubah kerna tidak lagi sesuai dengan situasi dan keadaan sekarang.


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Okay ke perkara utama entri ini!
Aku telah ditag oleh saudari Nurr Kasih dalam sebuah G|A yang dianjurkan oleh En. Eqbalzack. G|A yang sangat-sangat menarik dan sungguh membinggungkan aku untuk membuat pilihan yang terbaik memandangkan aku mempunyai ratusan gambar untuk dipilih. So sebelum ke peringkat yang seterusnya, jom lihat syarat-syarat serta hadiah-hadiah yang bakal dimenangi daripada G|A ini. Klik pada banner dibawah ini.


 


~ Ceritera Cahaya Kehidupan ~

"I light You"
Apabila kita asyik duduk termenung, memikirkan nasib diri di sini.. 
Merenung jauh mereka di sana, hidup penuh keseronokan dan kegembiraan..
Namun, kita masih tak sedar tentang hakikat erti kebahagiaan yang sebenar-benarnya..

Ramai orang, tersalah sangka tentang maksud ketenangan dalam hidupnya..
Selalunya orang mengaitkan ketenangan itu dengan faktor harta, faktor kekayaan..
Tapi sedarlah, itu bukanlah kebahagiaan sebenar..

Jika Allah hendak memberikan kebahagiaan kepada seseorang..
Dia tidak boleh ditahan dengan apa-apa tangan sekali pun..
Tiada siapa yang mampu menghalang ketetapan Allah SWT..

Apabila kita asyik mengeluh setiap kali kita ditimpa musibah..
Kita asyik mengatakan "Habislah aku kali ini!" Habislah aku kali ini!"..
Tetapi usia kita masih berjalan, kita masih lagi hidup dan menikmati kurniaan Tuhan..

Kita sering lupa kita masih mempunyai kehidupan di akhirat..
Masihkan kita teringat akan nikmat yang Allah berikan selama ini..
Bersyukurlah wahai diri ini..

Bersyukurlah dengan cahaya Ilahi ini..
Cahaya Ilahi yang tidak pernah hilang..
Untuk kita manusia yang sering lalai dan alpa.


I hope I can light you too Jayllytaa.

Wednesday, April 27, 2011

“My Life’s Story Blog First Giveaway”

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Ummu Alisha memang suka menyusahkan EB nampaknya hehehe. Tak adalah sesusah mana pun.. Buat kesekian (actually baru 2 kali) kalinya Ummu Alisha tag EB lagi.. Tengok sayangkan Ummu Alisha kat EB.  Korang tak nak kena sayang macam Ummu Alisha sayang kat EB, dengan selalu tag EB dalam apa jua segmen.. Haaa apa lagi terjah blog Ummu Alisha ni. Klik SINI untuk terjah kalau nak kena sayang. hehehe..

So untuk kali ini EB ditag dalam satu segmen atau lebih tepat lagi GiveAway. G|A ini dianjurkan oleh Cik My yang mana G|A ini merupakan G|A yang pertama daripada beliau. G|A ini bernama My Life’s Story Blog First Giveawaydan apa yang menarik daripada G|A ini adalah hadiah G|A ini sendiri. Hadiah yang dilahirkan dari Ho Chi Minh, Vietnam tau!! Wow!! siapa yang tak join rugilah nampaknya.. So pada sesiapa yang berminat anda bolehlah klik banner atau lebih tepat lagi header baru Cik My kat bawah ni.. Comelkan? Pelangi-pelangi lagi.. Hehehe...


Okaylah tak nak korang buang masa baca entri aku ni, apa yang penting sekarang korang join G|A ni. Dengan memendekkan entri aku ni maka akan mempercepatkan lagi masa korang yang membaca entri ini untuk membuat persiapan kreatif untuk G|A Cik My ni. So apa tunggu lagi join jangan tak join. Yang aku bakal tag siap siaga.. Hehehe... I'm sorry naik lorry..


Aku sayang kawan aku:-

Expired Date:
10 Mei 2011

Tuesday, April 26, 2011

Vespa Degil Friends!

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Hai semua, EB baru sahaja balik dari ceramah mengenai Cyber Crime, so hari ini agak lambat untuk update entri baru. Ceramah yang banyak memberikan info-info berguna kepada kita sebagai pengguna tegar Internet. Banyak kekurangan dan kelebihan dalam kita merentasi kecanggihan teknologi dari masa ke masa. Insha'Allah aku akan ceritakan dalam entri yang lain.



So pada malam semalam, EB telah ditag oleh Ummi Alisha, jadi nampaknya EB kenalah menyiapkan tugasan yang diberi. Tag yang diberi ni bertajuk "Vespa Degil Friends" anjuran En. Azizul Hakim kita.  So pada sesiapa yang nak berkahwin berkawan dengan Si Azizul Hakim ni bolehlah klik banner kat tepi ni ye. Bila anda join, anda akan dimasukkan dalam bloglist Vespa Degil dan secara tak langsung akan jadi peserta GiveAway Blog Vespa Degil. Menarikkan? So apa tunggu lagi? Jom!

Jom! Saya nak jadi kawan Vespa Degil!!

Dekat Blog Vespa Degil ni anda boleh baca banyak cerita pasal Vespa-Vespa yang Degil.
Hehehe.. Anda juga boleh dapat info-info menarik dan terkini daripada blog beliau. Dan untuk rekod terbaik beliau, dalam masa 4 bulan follower beliau sudah mencecah 400 orang. Hebat bukan? So pada sesiapa yang ingin mendapatkan tips-tips bagaimana nak dapat follower seperti itu, anda bolehlah terjah ke blog beliau. Tapi ada baiknya anda join "Vespa Degil Friends" ini kemudian anda terjah. Lagi best! Dapat join bloglist, dapat jadi peserta G|A dan dapat berkenalan dengan beliau. Yeah!

Ok EB nak Sahsa Ghaff join "Vespa Degil Friends" ni.

Expired Date:-
11 Mei 2011


Monday, April 18, 2011

GiveAway from Moscow by MiszLullaby!



سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Okay sampai-sampai kat rumah je terus on laptop, on P1, on speaker, on charger then terus online. Yela kat 'office'kan limited access so kat rumah dah fully access to interent, so bolehlah checking apa yang ada kat 'Kotak Teriak' tu. Aku tahu mesti ramai yang tinggalkan pesanan. Sorrylah ye kat office 'Kotak Teriak' tu memang tak ada function, tak boleh tengok langsung. Tak percaya baca entri ini - "Tak Boleh Teriak! | Nanti Kena Marah".

Jadi bila check apa yang ada kat 'Kotak Teriak' ni, rupa-rupanya ada taggie daripada Ummu Alisha. Terima kasih bebanyak Ummu Alisha aka Kak Noorzarina kerna sudi tag EB dalam G|A from Moscow by Mizslullaby ni. So korang semua kalau berminat nak join G|A ni, sila klik laju-laju banner kat bawah ni, nanti boleh baca syarat lanjut G|A ni. Okay! 


Okay EB tag 5 orang sahabat blogger EB:-

HADIAH:-
Hadiah tak diberitahu apa benda secara detail.
Tapi kata-kata hadiah daripada Miszlullaby ni memang menarik;
"ML rahsiakan hadiahnye buat masa ni. Hehe.. Kasi berdebar sikit!
Tapi semestinya hadiah yang BEST dari Moscow dan
SESUAI untuk kaum perempuan dan lelaki. 
Benda ni memang boleh dapat dari Moscow je lah!"


p/s: Pada rakan bloggers lain anda dialu-alukan untuk join. Hadiah gempak!! 

Friday, April 15, 2011

Yeah! Mummy Nak Kasi Gift Lagi!

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm


Al-salāmu'alaykum WBT.

Firstly nak ucap terima kasih kat Haryati Molly @ Tunung sebab tag EB dalam G|A ni. Tapi EB minta maaf banyak-banyak sebab lambat buat entri untuk G|A ni. Sorry ah Tunung, saya terlupa ni, lagipun di office "Kotak Teriak" saya tiada function ni sudah kena block. So balik rumah baru dapat check "Kotak Teriak". 

G|A yang si Tunung tag saya ni adalah G|A yang dianjurkan oleh Mummy Danny. So seperti biasa untuk mengetahui syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam G|A ini, anda semua boleh klik pada banner dibawah ini:



Untuk pengetahuan semua Mummy Danny nak bagi sebanyak 20 hadiah untuk diberikan kepada anda semua yang akan join G|A ini. 20 buah hadiah tau bukan 2 tapi 20! So tunggu apa lagi? Jom join ramai-ramai. Hadiah yang dijanjikan Mummy Danny tak bagitahu lagi apa, tapi yang pasti hadiah yang diberikan, dijanjikan yang comel-comel belaka.

Expired Date:
Mummy Danny tak bagitahu lagi. Nampaknya surprise!
So cepat-cepat takut dah tutup pula.

Tag untuk 5 orang sahabat EB:-


p/s: Aku ngantuk...

Monday, April 11, 2011

G|A OurKizunaStore

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Klik untuk JOIN!
Kalau beberapa hari sebelum ni aku banyak join contest. So untuk kali ni aku nak join GiveAway (G|A) pula lah. Lagipun dah lama dah Kak Dya tag EB ni tapi asyik terlupa nak buat je. Sorry ye Kak Nad delay sangat responnya. Takut Kak Nad ingat EB tak berminat pula nanti. Apa-apa pun thanks Kak Nad sebab sudi tag EB. Sayang Kak Nad!

Memandangkan EB tak lama lagi bakal menimang mendapat seorang lagi anak buah maka dengan ini EB amat berbesar hati untuk join G|A yang dianjurkan oleh OurKizunaStore ni. Untuk makluman semua, G|A ini adalah bersempena dengan Anniversary owner OurKizunaStore. So Happy Sweet Anniversary to you!

Hadiahnya semua best! Tak caye? Usharlah.. Hehehe..
Mesti happy abang dan kakak ipar aku ni.
Insha'Allah kalau bertuah dapatlah. Yeah!

Aku rasa 5 orang mesti nak join G|A ni:-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...