K A W A N

Showing posts with label Wildlife Photography. Show all posts
Showing posts with label Wildlife Photography. Show all posts

Sunday, November 6, 2011

Eidul-Adha | Minal Aidin Wal Faizin

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.



“Tidak ada satu amalan anak Adam di hari-hari Nahar (Hari-hari ‘Eidul Adha) yang paling Allah sukai selain daripada menumpahkan darah (sembelih), kerana ia (binatang korban) itu akan datang di hari kiamat nanti dengan tanduk dan kukunya dan bulu-bulunya (sebagai saksi ke atas ibadah korban tuannya), dan sesungguhnya darah (binatang korban itu) akan tumpah di sisi Allah di suatu tempat sebelum tumpah ke bumi, oleh itu pilihlah olehmu binatang terbaik (paling menarik) untuk dikorbankan. ”
(Hadis riwayat Hakim, Ibnu Majah dan Tirmizi dan dianggap sebagai Hadis Hasan Gharib)



p/s: Happy Eidul-Adha to all of you...



Friday, August 12, 2011

Tingkahlaku Manusia Akan Dipersoalkan

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.
"Salam Ramadhan Al-Mubarak"

Salam Ramadhan dan salam Jumaat semua. Semoga anda semua sihat walafiat hendaknya. Alhamdulillah di 11 Ramadhan ini, Allah S.W.T masih lagi memberikan kesempatan kepada diri ini untuk mengemaskini entri di blog kesayangan hamba ini. Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai sebuah cerita yang saya baca di sebuah buku yang bertajuk "Kerana-MU Aku Berubah" tulisan Puan Ruhana Zaki. Semoga kita dapat bermuhasabah diri dengan cerita ini, Insha'Allah.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Pada suatu hari, Allah S.W.T memerintahkan malaikat Jibril bertemu seekor kerbau dan meminta dia bertanya satu soalan. Malaikat Jibril segera mematuhi perintah itu. Pada suatu siang yang panas, kerbau berendam di sebatang sungai.

Malaikat Jibril mendekatinya lalu bertanya, "Hai kerbau, apakah kamu selesa dijadikan oleh Allah sebagai seekor kerbau?"

Lembu New Zealand!!
Location: Desa Dairy Farm | Mesilau | Ranau | Sabah
Kerbau menjawab, "Masya-ALLAH, alhamdulillah! Aku bersyukur kepada ALLAH yang telah menjadikan aku sebagai seekor kerbau. Ini berbeza jika aku dijadikan sebagai seekor kelawar yang mandi dengan air kencingnya sendiri."

Mendengar jawapan itu, malaikat Jibril segera pergi menemui seekor kelawar yang pada ketika itu sedang tidur bergantungan di dalam sebuah gua. Kemudian dia bertanya, "Hai kelawar, apakah kamu selesa dijadikan oleh Allah sebagai seekor kelawar?"

"Masya-ALLAH! Alhamdulillah. Aku bersyukur kepada ALLAH yang telah menjadikan aku sebagai seekor kelawar daripada dijadikanku seekor cacing. Tubuhnya kecil, tinggal di dalam tanah dan berjalan menggunakan perut," jawab si kelawar.

Mendengar jawapan itu, malaikat Jibril segera pergi menemui seekor cacing yang sedang merayap di atas tanah. Lalu Jibril bertanya kepada cacing, "Wahai cacing yang kecil, apakah kamu selesa dijadikan ALLAH sebagai seekor cacing?"

Mount Kinabalu Worm!
Location: Mount Kinabalu, Sabah
Jawab cacing, "Masya-ALLAH, alhamdulillah! Aku bersyukur kepada ALLAH yang telah menjadikan aku sebagai seekor cacing daripada  dijadikanku sebagai seorang manusia. Apabila mereka tidak memiliki iman yang sempurna dan tidak beramal, ketika mereka mati mereka akan diseksa selama-lamanya.

Moral: Manusia adalah ciptaan terhebat. Dengan akal yang dikurniakan, manusia wajib berfikir untuk menjadi makhluk yang terpuji dalam semua tindak-tanduknya. Ingat... semua perbuatan ada balasannya..


Monday, July 25, 2011

Hidup Tanpa Jalur Lebar!

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

"I must learn to love the fool in me, the one who feels too much, talks too much, takes too many chances, wins sometimes and loses often, lacks self-control, loves and hates, hurts and gets hurt, promises and breaks promises, laughs and cries."
Location: Treasury | MOF

Hai apa khabar semua? Alhamdulillah akhirnya di pagi Isnin ini, aku punya peluang untuk menconteng kembali dinding kesayangan aku ini. Masih banyak ruang-ruang kosong yang harus aku penuhkan, masih banyak idea-idea, ilmu-ilmu, info-info, luahan perasan yang ingin dikongsikan. Mohon sejuta kemaafan andai ada yang merindui diri ini atau lebih tepat lagi entri terbaru daripada blog ini. Harus menyedarkan diri, mana mungkin ada yang merindui diri ini. Ok.. Ok.. Sebelum menyimpang lebih jauh, ingin aku memperjelaskan kenapa ada kesunyian melanda beberapa hari ini.

Dek kerana terlupa membayar perkhidmatan interent yang aku "sewa" daripada P1wimax, maka mereka pihak yang berwajib telah memutuskan perkhidmatan tersebut untuk sementara waktu. Pengajaran bagi diri ini, jangan memperlambat-lambatkan pembayaran. Wajib dibayar apabila sampai waktunya. Akhirnya aku telah terputus hubungan dengan dunia selama 3 hari. Masa yang singkat namun memberi impak yang cukup besar kepada diri sendiri.

Hidup bagaikan nak gila tanpa kemudahan akses internet. Ditambah lagi dengan rumah yang tidak mempunyai Televisyen. Ingin sahaja diusung laptop mahal ini ke Mc'D. Aku mention laptop mahal sebab ianya memang mahal dan disebabkan ianya terlalu mahal maka aku terlalu malu untuk membawanya ke kedai Pak Mc'D. Risau ditertawakan orang, malu andai ada orang mengatakan begini, "Laptop mahal tapi online kat Mc'D". Huu.. akhirnya membatalkan niat suci yang difikirkan sebentar tadi. 

Akhirnya aku telah menghabiskan drama ini dalam masa 2 hari tanpa henti:-


Setelah lama aku tak berkesempatan untuk menonton series ini akhirnya selama 2 hari iaitu pada hari Sabtu dan Ahad aku telah melangsaikan series ini sekali harung. Kesimpulannya, drama yang banyak info dan ilmu yang berlandaskan realiti pengalaman sehari-hari dalam kehidupan kita. Aku suka akan hubungan dan kemesraan mereka dalam sebuah kejiranan, walaupun bermacam-macam ragam yang harus mereka hadapi daripada ramai orang  samaada sahabat mereka, jiran mereka dan juga diri mereka sendiri. Aku suka drama ini!

Berita gumbira ini aku ingin kongsikan kepada anda semua dan juga diri aku sendiri, kemudahan akses interent, Insha'Allah akan pulih semula pada hari ini setelah 2 hari aku menanti agar disambung kembali. Namun diri harus positif agar tidak menyalahkan mana-mana pihak malahan aku harus menyalahkan diri sendiri atas kelalaian ini. So kepada anda semua, Insha'Allah EB's Wall akan bersiaran kembali seperti biasa.. (Dah macam station TV dah aku rasa..) Hehehe..

p/s: Kalau aku nak story pasal cerita cinta, korang nak baca tak??

Wednesday, July 20, 2011

Putrajaya Flower & Garden Festival 2011

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Okay hari ini sudah 3 hari Floria di Putrajaya melabuhkan tirainya, Floria 2011 ini telah secara rasminya ditutup kepada pengunjung pada hari Ahad yang lepas itu pada 17 Julai 2011 (Hari Ahad). Untuk rekod saya telah ke Floria 2011 ini sebanyak 2 kali untuk merakamkan berpuluh-puluh jenis bunga-bungaan dan moments yang ada disana. Rasanya tak semua dapat saya rakamkan tapi syukur Alhamdulillah ada jugalah telah dirakamkan sebagai kenang-kenangan. Rasanya itu lebih penting bukan. So lets us enjoy the photos..

I'd rather have roses on my heart than diamonds on my neck.
Flowers always make people better, happier, and more helpful;
they are sunshine, food and medicine for the soul.
 
Love is like a butterfly:  It goes where it pleases and it pleases wherever it goes.  
"Knowing trees, I understand the meaning of patience.
Knowing grass, I can appreciate persistence."
There are always two people in every picture: the photographer and the viewer.

EB kata:
Ini adalah antara ratusan gambar yang saya dapat kongsikan semasa Floria di Putrajaya baru-baru ini. Insha'Allah andai ada kelapangan serta kesempatan akan saya kongsikan lagi kepada anda semua gambar-gambar yang selebihnya (mungkin ada Part 2). Bermacam-macam ragam dan moment  yang dapat saya rakamkan. Sungguh indah dan sungguh menghiburkan. Walaupun sendirian namun saya dapat rasakan kepuasan, sehinggakan saya mampu tersenyum dikala melihat daripada viewfinder kamera saya sendiri. Dalam hati berkata "Huu.. what a moment.. Thanks Allah for this wonderful moments.."

p/s: Sehingga berjumpa lagi di Floria 2012 Insha'Allah andai kita punya kesempatan.. 

Friday, July 15, 2011

Usah Hidup Kerana Pujian | Usah Mati Kerana Kejian | Part 2

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

p/s: Untuk lebih memahami entri / kisah ini anda perlulah membaca entri sebelum ini terlebih dahulu. Sila klik di SINI untuk membaca entri terdahulu.


Photo credit to my friend Aizat A.Naeeim

Ketika bermulanya pertandingan, terdengar suara-suara sumbang yang berkata, "Aku yakin katak-katak ini tidak seekor pun menang kerana mana boleh katak panjat menara, kelakarlah..."

Kata-kata tersebut disambut oleh seorang penonton, "Aku yakin macam tu."

Tetapi dek kerana kuatnya semangat tadi, katak-katak tersebut tidak memperdulikannya dan terus memanjat menara yang tinggi tadi.

Ketika mula menaiki aras pertama sebuah menara, seorang penonton berteriak menyuruh sekumpulan katak melihat ke atas dan mentertawakan katak-katak tersebut. Kononnya, mereka pasti akan jatuh dan tidak mampu untuk naik. Tiba-tiba beberapa ekor katak memandang ke atas dan mereka terhenti dari melakukan pendakian, lalu jatuh dari aras tersebut. Meskipun begitu, peserta-peserta lain tidak memperdulikan apa yang berlaku, mereka terus cekal dalam mengharungi cabaran pendakian.

Ketika sedang mendaki ke aras seterusnya, penonton terus bersorak sambil mengejek, "Tak payahlah diteruskan benda yang tak mungkin kamu lakukan, kamu tak mungkin berjaya. Ha... Ha... Ha..." Begitulah sorokan penonton yang hanya ingin melihat kegagalan dalam pertandingan itu. Semakin kuat sorakan begitu, semakin banyak katak yang jatuh dan aksi kejatuhan mereka merupakan hiburan kepada penonton.

Mereka begitu terhibur melihat katak-katak yang bertanding gagal dan jatuh. Tetapi dalam banyak-banyak katak yang bertanding, terdapat seekor katak yang begitu bersemangat dan tidak langsung menghiraukan sorakan negatif penonton. Ia terus menghiraukan sorakan negatif penonton. Katak-katak lain biarpun telah dimotivasikan oleh pakar-pakar namun tidak dapat meneruskan pendakian ke menara puncak jaya yang tinggi kerana mulai lemah apabila mengenangkan ketinggian menara tersebut.

Dalam fikiran mereka, ada betulnya apa yang dikatakan oleh para penonton kerana pertandingan ini merupakan satu kerja yang mustahil, biarpun mereka tahu berada di puncak merupakan satu penghargaan yang tinggi nilainya dalam kehidupan seekor katak. Di kala seekor demi seekor katak kecundang jatuh ke tanah, katak yang tadi terus sahaja memanjat menara tadi tanpa mempedulikan ejekan penonton yang ingin melihat aksinya jatuh dari aras yang cukup tinggi.

Ternyata harapan penonton.....

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Alamak nampaknya cerita ini perlu disambung lagi.. Maaf ye kengkawan semua. Jangan risau part seterusnya aku janji lagi menarik dan lagi membuka minda. Jadi harap anda semua bersabar dengan kisah yang seterusnya ok.. Insha'Allah andai ada kesempatan malam nanti lepas Is'ya aku sambung okay.. 

Oh ya sebelum terlupa, jutaan terima kasih buat sahabat aku Aizat Anaeeim kerana sudi bagi pinjam gambar katak beliau. Hang memang sempoi, gua suka lu!! Sangat cantik bukan gambar katak itu. Terima kasih bebanyak Aizat!! Kalau korang nak tahu sahabat aku ni juga ada menyediakan perkhidmatan fotografi. Perkhidmatan yang macamana? Hang anda semua bolehlah layari ke blog beliau di http://shoesonthecobblestone.blogspot.com/

p/s: See you all later!!! Aku nak pi Pasaq Tani sat...

Thursday, June 30, 2011

Berdiri Teguh!

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Location: Pekan Ranau, Sabah
Hai korang.. Selamat pagi semua. Apa khabar? Semua kalian semua dalam keadaan sihat hendaknya. Sekali lagi entri ini akan dimulakan dengan ucapan maaf. Ya maaf kepada anda semua dan kepada diri sendiri kerana blog terchenta ini sudah amat jarang dikemaskini. Mungkin ada readers yang dah bosan nak membaca blog yang semakin lama semakin jarang terupdate ni. Apa pun semua itu bukan kehendak tuan blog ni dan bukan juga kehendak siapa-siapa. Ini semua disebabkan oleh banyak benda yang perlu diuruskan terlebih dahulu.

Bermacam-macam cerita yang hendak dikongsikan bersama, bermacam-macam perkara yang terjadi, bermacam-macam kisah yang tidak mampu nak diungkapkan atau dicoretkan di dinding maya ini. Apa pun aku harus berdiri kukuh. Berdiri teguh untuk meneruskan perjuangan hidup ini. Seperti mana pokok ru diatas, walau ada dahan yang patah tapi dahan yang lain masih memerlukan batangnya. Mereka saling memerlukan antara satu sama lain agar dapat terus berdiri kukuh.

Hmm aku harus bermula daripada mana? Kekadang aku juga buntu. Buntu kerna begitu banyak benda yang harus dihadapi. Kadang-kadang aku juga tersilap langkah. Kadang-kadang aku juga gopoh. Tapi aku harus bersyukur kerna benda yang terjadi itu hanya bersifat kadang-kadang dan bukannya selalu. 

p/s: Aku sudah lama tak join apa-apa contest. Rindunyaaa...
p/s/s: Aku berpuasa sunat hari ini. Melatih diri untuk Ramadhan yang bakal tiba. Semoga aku tabah dan sabar selalu.. 

Thursday, February 17, 2011

Mencari Ketenangan

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum semua,

©2011 | Terolobou Waterfall
Apakah perasaan anda bila anda melihat gambar ini? Hati anda merasa tenang bukan? Walhal ia hanyalah sebuah air terjun. Air yang sama seperti yang kita gunakan setiap hari untuk mandi, minum dan sebagainya. Tapi mengapa bila melihat air terjun ini hati anda seperti mendapat terapi, hati anda merasakan sesuatu yang sungguh tenang. Ketenangan yang tidak boleh dibayangkan dengan kata-kata.

Seperti semua orang, saya juga sentiasa mencari dan memerlukan ketenangan. Sesungguhnya bila kita beroleh ketenangan hati kita akan rasa lapang, rasa senang dan rasa gembira. Tiada langsung perasaan yang tidak elok timbul. Secara tidak langsung antibodi kita juga akan bertindak balas dengan lebih baik dan juga kesihatan kita semakin terjaga. Seperti mana yang dijelaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya:

Maksudnya: 
"Amat menarik hati keadaan orang beriman, semua pekerjaannya baik belaka,
dan itu ada hanya pada orang beriman: Jika memperoleh kesenangan, dia bersyukur.
Dan itu memberikannya kebaikan (pahala). Jika ditimpa bahaya (kesusahan), 
dia sabar dan itu juga memberikannya kebaikan." – Al Hadis.

Setiap orang juga mempunyai cara tersendiri mencari ketenangan. Begitu juga dengan diri saya sendiri. Dalam konteks pemerhatian, ketenangan itu dapat saya perolehi apabila melihat air terjun, melihat lautan, menikmati saat-saat matahari terbit/terbenam, dan melihat wajah ibubapa saya sendiri. Sesungguhnya daripada perkara-perkara itu bukan sahaja kita akan mendapat ketenangan, malahan secara tidak langsung kita akan memperolehi PAHALA ganjaran daripada Allah SWT.

Namun terpulang pada setiap individu untuk mencari ketenangan bagi dirinya sendiri. Setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk menenangkan diri. Setiap orang mempunyai hak untuk merasa tenang. Tidak ada larang atau sekatan untuk anda beroleh ketenangan. Cuma terpulang bagaimana cara anda mendapatkan ketenangan itu, sama ada cara yang betul ataupun salah, halal ataupun haram. Terpulang....

©2011 | Maliau Basin | Sabah Lost World 
Kedua-dua gambar air terjun ini adalah sebilangan koleksi gambar air terjun yang saya tangkap disekitar negeri Sabah. Insha Allah di masa akan datang saya akan menambah lagi koleksi gambar Air Terjun saya di tempat-tempat lain pula.

Gambar pertama adalah gambar air terjun di kampung asal Atuk saya iaitu di Kg. Terolobou, Ranau, Sabah. Untuk memdapatkan gambar air terjun ini saya perlu trekking ke dalam hutan lebih kurang 2 jam untuk sampai ke kawasan air terjun tersebut. Manakala bagi gambar kedua iaitu gambar air terjun Maliau Basin atau juga dikenali sebagai Sabah Lost World. Air Terjun Maliau Basin ini memerlukan saya trekking ke tengah hutan belantara selama 2 hari untuk mendapatkan gambar secantik ini.

Walau bagaimanapun perjalanan ke air terjun Maliau Basin ini sangat-sangat berbaloi dan penuh dengan kenangan manis. Untuk cerita lebih lanjut mengenai Maliau Basin | Sabah Lost World ini. Anda boleh baca di entri saya sebelum ini atau klik di SINI dan Insha Allah saya akan ceritakan lebih lanjut mengenai Maliau Basin | Sabah Lost World di entri yang akan datang.


Firman Allah:
“Dialah Tuhan yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang yang beriman, supaya keimanan mereka makin bertambah daripada keimanan yang telah ada. Kepunyaan Allah tentang langit dan bumi, dan Allah itu Maha Tahu dan Bijaksana.” - Al Fathu 4.


p/s: Semoga kita semua sentiasa berolehi ketenangan  daripada Allah SWT. Insha Allah.. Tapi still Al-Quran is the best way to get peace.

Friday, January 21, 2011

The Sunset

Al-salāmu 'alaykum | "Selamat sejahtera ke atas kamu semua"

©2011 | The Sun is Crawling down
Theme: Sunset | Nature
Date: 16 April 2007
Venue: Anjung Rasa now known as KK Waterfront (in front of Wawasan Plaza)
Taken using: Canon Digital IXUS 800 IS (Compact Camera)
Photog: EBphotography™

Gambar di atas merupakan antara gambar-gambar terawal saya dalam dunia fotografi. Gambar sunset ini saya rakamkan dengan hanya mengunakan Compact Camera atau dalam bahasa yang lebih mudah difahami, kamera digital. Saya memang suka mengambil gambar sejak dari kecil lagi. Tapi apakan daya saya bukan berasal dari keluarga yang kaya raya yang mana mampu untuk membelikan sebuah DSLR yang sangat-sangat mahal pada ketika itu.

Thursday, December 16, 2010

Makhluk ciptaan Allah

EB© | Mount Squirrel
Mission Impossible? Hehehe.. Not for me..

EB© | Mount Worm
Which one is head and which one is tail?

EB© | Ikan Keli
They were struggle for their life..

EB© | Orang Utan
I'm sorry if I am rude..


p/s: Semoga anda semua teruja serta terhibur melihat binatang-binatang yang juga merupakan makhluk ciptaan Allah swt. Gambar-gambar ini saya shoot di sekitar bumi Sabah seperti di area Gunung Kinabalu, Taman Buaya, dan juga di Sepilok, Sandakan. Maaf dipinta andai ada gambar yang saya upload di sini kurang menyenangkan. Komen dan kritikan membina amat dialu-alukan. Ok enjoy you all..

Monday, November 15, 2010

Kampung Halaman | Kg. Terolobou, Ranau

Salam, selamat pagi semua...
Ok, entri hari ini saya ingin bercerita mengenai kampung halaman datuk saya iaitu Kg. Terolobou... Hehehe.. Mesti ada semua rasa pelik dengan nama kampung ni kan... Yupp.. Memang  benar itulah namanya Kg. Terolobou... Kampung ini adalah kampung halaman atau kampung asal Atuk saya  iaitu bapa kepada Ayahanda saya... Kampung ini terletak di Sabah iaitu lebih kurang 85km daripada Ibu Negeri Sabah, Kota Kinabalu dan 10km daripada Kinabalu Park, Ranau.. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 1 jam 45 minit untuk sampai ke kampung ini dengan menggunakan pacuan empat roda.

Nama kampung ini memang agak pelik dan melucukan bagi siapa yang kali pertama mendengar nama kampung saya ni.. Nama kampung ini berasal daripada kisah nenek moyang  dulu-dulu, ringkasnya nama kampung ni didapati daripada cerita "Air sungai yang jernih menjadi keruh disebabkan oleh babi hutan yang melintas di kawasan sungai tersebut".. Yupp dulu-dulu memang banyak babi hutan kat kampung saya ni.. Sekarang dah takda dah.. Hehehe... Sebenarnya bukan sahaja babi hutan yang ada tetapi banyak lagi binatang-binatang yang singgah ke sungai tersebut untuk minum... Sungai tersebut memang jernih, dan sampai sekarang kejernihan sungai tersebut masih terpelihara.. Alhamdulillah..

© Jalan ke Kg. Terolobou, Ranau

Penduduk di kampung ni tidaklah seramai penduduk kampung yang berdekatan, terdapat tidak lebih daripada 15 buah rumah di kawasan kampung ini.. Kampung ini juga tidak mempunyai kemudahan bekalan elektrik.. Oleh itu, penduduk kampung hanya menggunakan kemudahan 'Generator' yang mana minyak diesel untuk mesin tersebut dibeli secara kongsi.. Bekalan elektrik melalui 'Generator' tersebut hanya dibekalkan bermula daripada jam 6.00 petang sehingga 11.00 malam..

Bagi bekalan air pula, kampung saya ni tidak mempunyai masalah untuk mendapatikan bekalan air yang bersih, kerana sistem paip graviti telah diguna pakai untuk menyalurkan bekalan air bersih yang sedia ada melalui sungai yang ada di kampung ini.. Bestkan air free.. Bukan sahaja bekalan air percuma malah kebersihan air ini memang tidak perlu dirisaukan, sehinggakan anda boleh terus sahaja minum air tersebut.. (serius saya dah pernah try masak maggi dan nescafe semasa saya dan kawan saya Ansar dan Bob, mandi dan bersantai ditepi sungai menikmat keindahan kampung saya ni.. Best giler....)


© Beras Bukit




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...