K A W A N

Showing posts with label Contest. Show all posts
Showing posts with label Contest. Show all posts

Friday, August 5, 2011

Alhamdulillah Aku Menang Contest "Pic Hitam|Putih Paling Cool"

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.
"Salam Ramadhan Al-Mubarak"

Masih ingat banner contest ini?


Contest ini telah difikirkan oleh Si Gadis Bermata Sepet atau nama sebenarnya Siti Fatimah. Contest ini bermula pada 1 Januari 2011 (kalau tak silap) dan berakhir pada 1 Mac 2011. Lamakan tempoh contest ini berlangsung. Oleh kerana tempoh masa yang lama yakni selama 3 bulan, maka ada beratus-ratus penyertaan telah diterima oleh Cik Siti Fatimah daripada seluruh bloggers yang ada di Malaysia ini.

Disebabkan penyertaan yang begitu menggalakkan, maka saudari penganjur perlulah membuat penilaian yang lebih teliti dan terperinci, yang mana proses penilaian ini akan mengambil masa yang agak lama dan panjang. Bertambah panjang dan lama proses penilaian ini bila mana saudari penganjur terpaksa berdepan dengan final exam di Universiti beliau. So proses penilaian terpaksalah ditangguhkan sebentar untuk memberi laluan kepada final exam beliau.

Tapi apa yang lebih mendukacitakan selepas sahaja beliau selesai final exam, blog saudari penganjur telah digodam dan beliau tidak dapat login lagi ke blog beliau sendiri disebabkan password yang dimasukkan tidak boleh digunakan lagi. Jadi ini adalah masalah-masalah yang telah dihadapi oleh saudari penganjur untuk membuat keputusan mengenai pertandingan yang dianjurkan beliau ini.

Oleh itu, pada beberapa hari yang lepas barulah saudari penganjur dapat memberitahu berita kemenangan ini melalui facebook kepada saya (sorry saya tak boleh nak print screen kat office FB kena block). Apa-apa pun ribuan terima kasih saya ucapkan kepada Cik Siti Fatimah kerana telah memilik saya sebagai pemenang contest ini, walaupun gambar saya tak adalah cantik mana pun. 

Syukur Alhamdulillah rezeki Ramadhan. Syukur ke hadrat Ilahi di atas rezeki yang diberikan, semoga rezeki ini membawa berkat kepada diri ku dan juga kepada kepada penganjur contest ini, Cik Siti Fatimah. Ok dibawah ini dipersembahkan gambar hitam|putih paling cool dalam contest tersebut.

Location: Pantai UMSKAL 

p/s: Mesti ramai yang dah lupa mengenai contest ini kan?
p/s/s: Untuk link ke entri contest tersebut sila klik SINI

Thursday, July 28, 2011

Syukran Cik Nico!

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Alhamdulillah punya kesempatan lagi untuk mengupdate entri baru untuk blog ini. Ok entri ini mungkin baru tapi mungkin kisahnya sudah agak lama dan lapuk. Lama tak lama, lapuk tak lapuk, aku harus juga buat entri ini sebagai ucapan terima kasih dan juga sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang ikhlas memberi.

Ok kisah ini bermula pada awal Januari dan berakhir pada hujung Februari. Mungkin sudah agak lama tapi hadiah ataupun habuannya masih baru lagi.. Hehehe.. Jikalau anda semua masih ingat lagi, aku pernah mengikuti sebuah segmen yang diberi nama "Tangan Bertuah Cik Nico".. Haaa korang masih ingat tak pasal segmen ini. Rasanya ramai yang masih ingat memandangkan entri ini antara entri yang hits. 

Ok untuk memudahkan flashback, aku tempekkan 2 link ini untuk anda semua klik dan baca untuk memudahkan anda mengingat kembali apakah sebenarnya yang aku nak sampaikan disini. Anda boleh baca entri ini ~ "Tangan Bertuah Cik Nico" dan "EB-Hang Bertuah". 

Maka pada 07/07/2011, hadiah daripada segmen Cik Nico ini telah selamat aku terima. Walaupun agak lambat untuk menerima hadiah ini namun aku amat memahami akan kesibukan Cik Nico sebagai seorang student. Don't worry Cik Nico, no hard feeling but then I'm really honored to be the luckiest person from you wonderful style of selecting the winner. Thanks so much again and again.. ♥ ^_^

Ini adalah hadiah yang telah aku menangi..

Tangan Bertuah Cik Nico
Syukran for the wonderful present Miss Nico

Alhamdulillah, berbanyak-banyak terima kasih atas rezeki ini.. Juga mohon sejuta kemaafan kerana ucapan terima kasih ini amat-amat lewat saya berikan.. Maafkan saya atas kealpaan ini.. Apa pun saya amat berterima kasih atas pemberian ini.. Semoga Cik Nico sentiasa dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang berpanjangan.. Semoga dipermudahkan urusan Cik Nico sehari-hari, semoga lulus dengan jayanya dalam pengajian Cik Nico.. Alhamdulillah, syukran for all of this Cik Nico.. Semoga cita-cita mu untuk menjadi pendidik anak bangsa akan tercapai suatu hari nanti.. Amin.. 


p/s: Tangan ini untuk letak cincinkan? Correct me if I was wrong....

Monday, May 9, 2011

Photo Contest: The Best Sunset In Your Life

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Petang yang panas ini aku hanya berblogwalking dari blog ke blog. Terasa agak lama tidak berblogwalking. Sedang aku berblogwalking, perjalanan aku terhenti di blog saudari pemenang bagi contest "Jangan Pandang Camera" iaitu saudari Nurr Kasih. Sekali lagi inginku mengucapkan tahniah atas kejayaan kamu memenangi contest tersebut. Ternyata gambar itu memang lawa dan layak untuk menang. (Klik pada nama contest untuk melihat gambar kemenangan beliau..)

Aku terhenti di blog Lensa Nurr Kasih ini bukan sahaja kerna aku ingin mengucapkan tahniah. Tapi juga disebabkan aku terpandang sebuah lagi contest yang telah diikuti oleh saudari Nurr Kasih iaitu sebuah Photo Contest: "The Best Sunset In Your Life". Photo Contest ini adalah anjuran daripada saudara Afundee bersempena Ulang Tahun Kelahiran beliau pada 11 Mei 2011 ini nanti. Jadi kepada sesiapa yang berminat nak follow photo contest ni, anda boleh klik pada banner dibawah untuk syarat-syarat lanjut.


Okay gambar sunset ini aku rakamkan pada hari kelmarin berbekalkan kamera Nikon D80, selalunya aku akan menggunakan D90 tapi hari ini aku ingin merehatkan si D90 yang telah bertungkus lumus menjalankan tugas. Walaupun aku menggunakan si D80, tapi aku tahu si D80 tidak akan mengecewakan aku dengan kualitinya. So ini adalah hasilnya dan juga gambar yang aku pertaruhkan dalam Photo Contest ini:-

Pergi sudah tinggalkan aku...
Okay cerita disebalik gambar. Gambar ini aku rakamkan di sebuah taman berdekatan dengan kawasan perumahanku di Presint 11, Putrajaya. Apa yang menarik adalah outing ini tidak dirancang sama sekali antara aku dengan seorang photographer iaitu Abang Pejai. Kami hanya kenal-kenal macam tu sahaja di MukaBuku dan akhirnya kelmarin telah menjadi hari yang bersejarah kerna kami dapat berjumpa buat pertama kalinya setelah sekian lama berkenalan dan komen-mengomen gambar di FB. Bukan hanya berjumpa begitu sahaja tapi kami dapat jumpa dan outing bersama untuk menembak sunset. Abang Pejai teruja dengan Taman Saujana Hijau ini. Benarlah "Photography make us family"

Dikala fajar menyinsing, mentari pun perlahan-lahan merangkak meninggalkan kita. Maka  tamatnya perjalanan untuk hari ini dan akan muncul hari baru yang Insha'Allah lebih indah. Semoga hari ini lebih baik daripada semalam, dan semoga hari esok lebih baik dari hari ini.
Ok done!

Wanna see beautiful sunset from you:

Expired Date:
Pukul 12.00 Tengah Malam, semasa Birthday Tuan Penganjur

Friday, May 6, 2011

Segmen Kerana Manisnya Epal | Susun & Menang

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Di kala mata ini mula redup, mata yang kecik semakin kecik, aku gagahi juga untuk menyiapkan entri bagi sebuah Segmen yang difikirkan oleh Mera Dil or yang betulnya Cik Dil yang sweet. Ok apa segmen yang aku bersusah payah sangat nak buat ni?? Actually tak susah mana pun aku saja suka menyusahkan diri sendiri. 



Kat atas ni header penganjur segmen ini, Cik Dil nama diberi. Nama panjang ada tapi malaslah nak bagitahu korang semua. Nanti korang potong line aku. Hehehe. Okay segmen ini tajuknya sama seperti tajuk entri ini "Segmen Kerana Manisnya Epal:  Susun dan Menang". So kalau korang rasa-rasa tergerak hati nak join segmen ini, korang boleh klik header kat atas tu atau kat nama segmen yang aku kaler hijau ni, okay.

So jawapan aku bagi segmen ini aku tak nak bagi ringkas-ringkas macam tu saja.
Oleh kerana segmen ni Mera Dil yang buat jadi kenalah special sikit.
So ini jawapan aku:-


Inilah jawapan EB ye Cik Dil!!
Salah pun kena bagi betul juga tau sebab EB nak hadiah!! Hehehe.. 

EB nak 2 orang ni join segmen ni, hahaha:-

Expired Date:
Tuan punya blog rahsiakan!


p/s: Adoi ngantuknye... Cik Dil kena bagi EB menang tau! Hehehe..

Saturday, April 30, 2011

Contest | Gambar Desktop Lappy!

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Terima kasih, Cik MOon kerna sudi tag EB dalam contest "Gambar Desktop Lappy" anjuran Cik Gugu ni. Maaf ye Cik MOon sebab ambik masa yang agak lama untuk siapkan entri untuk contest ni. Actually nak buat hari Jumaat semalam, tapi semalam tak bawa lappy ke office so tak dapatlah print screen, nak print screen desktop kat office boleh tapi skemalah sesangat. Hehehe.. So kepada sesiapa yang berminat nak join contest ni, macam biasa, cara yang mudah, klik saja pada header tuan blog kat bawah ni. Segala syarat-syarat boleh diketahui di sana. Klik jangan tak klik. 

Okay sebelum EB tunjukkan apa gambar desktop lappy EB, EB nak bagitahu kat Cik Gugu, Cik Moon dan kepada semua, gambar dekstop EB sentiasa berubah-ubah setiap 5 minit. Untuk gambar desktop EB lebih prefer guna gambar-gambar kartun. Kartun yang warna-warni dan terang benderang. Tapi ada masanya juga EB akan gunakan gambar-gambar yang EB tangkap dan edit sebagai wallpaper. 

So untuk contest ini gambar desktop lappy EB adalah ini:-


Gambar desktop lappy EB simple je. Untuk kali ini EB guna gambar lembu comel ni je.
EB tak suka gambar yang crowded, dan EB suka gambar-gambar yang nampak lucu tapi menarik! Oh sebelum tu, nampak macam tak banyak icon-icon kat desktop EB kan? Itu bukan bermaksud EB dah sembunyikan icon-icon, folder-folder, shortcuts, EB tau. Tapi EB memang tak suka desktop EB ada banyak shortcut or folder. Shortcut tu ada tapi tersembunyi kat bawah. 

Macam ni:-


Okaylah rasanya itu sahaja, tak ada yang special sangat dengan gambar desktop lappy EB. Semua biasa-biasa je. Mesti yang lain lagi gempak-gempakkan. Bagi EB yang penting kemas dan mudah nak cari. Itu sahaja. Sendiri punya lappy sendiri mahu ingat!!

Ok nak tengok gambar dekstop lappy 2 orang ni:

Expired Date:
14 Mei 2011

Tuesday, April 26, 2011

Vespa Degil Friends!

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Hai semua, EB baru sahaja balik dari ceramah mengenai Cyber Crime, so hari ini agak lambat untuk update entri baru. Ceramah yang banyak memberikan info-info berguna kepada kita sebagai pengguna tegar Internet. Banyak kekurangan dan kelebihan dalam kita merentasi kecanggihan teknologi dari masa ke masa. Insha'Allah aku akan ceritakan dalam entri yang lain.



So pada malam semalam, EB telah ditag oleh Ummi Alisha, jadi nampaknya EB kenalah menyiapkan tugasan yang diberi. Tag yang diberi ni bertajuk "Vespa Degil Friends" anjuran En. Azizul Hakim kita.  So pada sesiapa yang nak berkahwin berkawan dengan Si Azizul Hakim ni bolehlah klik banner kat tepi ni ye. Bila anda join, anda akan dimasukkan dalam bloglist Vespa Degil dan secara tak langsung akan jadi peserta GiveAway Blog Vespa Degil. Menarikkan? So apa tunggu lagi? Jom!

Jom! Saya nak jadi kawan Vespa Degil!!

Dekat Blog Vespa Degil ni anda boleh baca banyak cerita pasal Vespa-Vespa yang Degil.
Hehehe.. Anda juga boleh dapat info-info menarik dan terkini daripada blog beliau. Dan untuk rekod terbaik beliau, dalam masa 4 bulan follower beliau sudah mencecah 400 orang. Hebat bukan? So pada sesiapa yang ingin mendapatkan tips-tips bagaimana nak dapat follower seperti itu, anda bolehlah terjah ke blog beliau. Tapi ada baiknya anda join "Vespa Degil Friends" ini kemudian anda terjah. Lagi best! Dapat join bloglist, dapat jadi peserta G|A dan dapat berkenalan dengan beliau. Yeah!

Ok EB nak Sahsa Ghaff join "Vespa Degil Friends" ni.

Expired Date:-
11 Mei 2011


Monday, April 25, 2011

Contest Candid dari Blog SueMuncet

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.


Haa.. korang nampak tak banner kat atas ni. Tu banner contest tau.
Muncet bukan sebarang Muncet tau. Muncet ni anjurkan Contest kalau korang nak tahu. Haa.. Contest apa? Contest ni memang aku suka sebab pasal gambar candid. Contest ini Cik Muncet kita namakan sebagai "Contest Candid dari Blog SUEMUNCET". Aku kalau bab-bab candid ni memang aku sukalah. So korang kalau nak cuba-cuba nasib atau memang berminat, joinlah contest ni. Klik saja banner kat atas tu.

So gambar candid yang aku nak guna kali ni adalah gambar ini:-

©EB | Candid | Mommy I want my milk!
Okay gambar ni aku tangkap tahun lepas dekat Palm Square, Center Point, Sabah. Time ni aku tengah menikmati aiskrim Sundae Cone, M'cD bersama-sama Cik Awek. Sedang lazat-lazat menjilat aiskrim M'cD, tetiba nampak sweet moment ni. Tanpa berlengah aku snaplah gambar ni dan aku abadikan dalam hardisk aku. 

Inilah lumrah ketika kita kecil dahulu, kita ditatang bagai minyak yang penuh.
Apa sahaja kemahuan kita pasti akan dituruti, pasti akan diusahakan oleh kedua orang tua kita. 
"Seorang ibu mampu untuk menjaga 10 orang anaknya tapi 10 orang anak ada yang tidak mampu untuk menjaga seorang IBU."

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * 

Cik SueMuncet suruh buat tagline:-
"Saya follow blog SueMuncet kerana dia buat contest tidak wajib untuk follow tapi kalau tak follow seganlah wei. Hehehe.. Saya juga follow blog SueMuncet kerna saya nak tengok betulkah dia ni muncet? Tapi jauh panggang dari api, tak muncet pun. Atau muncet tu ada maksud lain lagi selain dari muncet pemahaman saya? Selain itu, saya follow blog SueMuncet juga sebagai tanda sokongan saya terhadap Contest beliau dan juga tanda sokongan bertubi-tubi saya terhadap blog beliau. Di samping itu, bolehlah tambah-tambah kenalan dan melihat gambar-gambar kreatif dari rakan-rakan bloggers yang lain."

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * 

Tag untuk 5 orang rakan:-

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Hadiah SURPRISE!!

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Expired Date:
She said 1 month from now. 


p/s: Good luck you all.

Friday, April 22, 2011

Contest TABIK Sama Kamu!!

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm


Al-salāmu'alaykum WBT.

Okay sebelum aku pergi berjemaah untuk solat Jumaat kat Masjid Putra, Putrajaya. Aku nak settlekan dulu entri untuk satu contest ni. Contest ni sangat menarik bagi aku, sebab dia nak tahu siapa orang yang korang sangat respect dalam hidup korang atau bahasa ranggi yang orang selalu kata 'Tabik'. Contest yang diberi tajuk "Contest TABIK Sama Kamu!" ini difikirkan oleh "KureKure Comel", so bagi sesiapa yang berminat korang boleh klik banner dibawah ni untuk baca info selanjutnya. Sila.. Sila..





So orang yang aku memang tabik spring dari dahulu sehingga selama-lamanya adalah:-


©EB | My Mom is My Everything!
"Dialah segala-galanya buat aku. Dialah yang bersabung nyawa melahirkan aku ke dunia ini. Tidak bandingan yang boleh membalas keperitan serta kesakitan yang dia hadapi ketika itu. Akulah yang menyebabkan dia menanggung azab itu. Aku tak minta untuk dilahirkan songsang. Maafkan aku ibu. Aku tahu walaupun aku melakukan tawaf sambil mendukung ibu ku mengelilingi Kaabah, ia tidak akan dapat membalas jasa ibu ku walaupun sekadar hembusan nafas ketika dia melahirkan aku. Masyallah! Ampunkan anak mu ini ibu...  Dia adalah Ibuku yang aku akan ku sayangi dan ku hormati sehingga ke hujung nafas ku. Semoga Ibuku diberikan kesihatan yang berpanjangan.. Insha'Allah.. Amin"



p/s: Kalau KureKure Comel aka Cik Mina nak bagi Choki Choki je pun takpe, aku ok jer. Choki-choki tu favorite EB tau!. Hehehe.. Xpela kalau nak bagi lens 50mm pun kira ok lah. hehehe.. Mmm apa-apa pun tak kisahlah.. Janji bukan benda haram sudah.. Yang penting happy.. Yeah!!

Expired Date:
25 April 2011

Monday, April 18, 2011

Contest Cik Epal (B&W Picture) - Me 2nd Place!



سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Hai korunk!! Hahaha Cik Epal style.
Tak kiralah! Aku nak bagitahu juga kat korang semua yang aku telah menang tempat
kedua dalam Contest Cik Epal | Black and White Picture. Alhamdulillah rezeki sempena Ulang Tahun Kelahiran Abang aku (18 April) hari ni. Syukur Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga aku "Menternak Lemak Bersama-sama Cik Epal". Untuk pengetahuan semua, pemenang tempat ke-2 ni Cik Epal buat secara grouping, so di tempat ke-2 ni ada 5 orang pemenang yang akan bersama-sama menternak lemak di IKEA". Yaho00!!!

Tak sangka gambar ini menjadi pilihan dan menarik perhatian Cik Epal.
Banyak lagi gambar yang power-power dari bloggers yang lain sebenarnya.

©EB | Alhamdulillah gambar Atuk dan Cucu ini menjadi pilihan ke-2 Cik Epal.
Jadi kalau korang nak tahu siapa pemenang pertama Contest ini, dan siapakah
mereka-mereka yang turut bertuah menternak lemak bersama Cik Epal secara koir, korang boleh klik SINI

Tahniah kepada semua pemenang dan tiada yang kalah dalam Contest ini. Semua pemenang tiada pengalah! Syukur Alhamdulillah kita dapat berkenalan dan merapatkan lagi silahturrahim melalui contest ini. Terima kasih kepada Cik Puan Pemikir kita Cik Epal Gonjeng!. So lepas ni diet sebab nak ternak lemak dengan Cik Epal. Hmm tambah gemuklah nampaknya (bila masa aku kurus.. hahaha..)

p/s: Syukran Ya Allah!

Saturday, April 16, 2011

Contest "Aku dan Kaca Mata"

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Hari ini tak sempat nak update entri baru maaf ye kawan-kawan semua. Hari ini aku menyibukkan diri dengan melakukan kerja-kerja rumah yang lazimnya dilakukan oleh seorang isteri ataupun wanita. Memandangkan aku masih lagi bujang, makanya semua kerja-kerja ini harus dilakukan sendiri. Oh terlupa aku pergi main futsal Liga Super KBS juga hari ni. Okaylah, aku nak bagitahu kat korang semua bahawa malam ni aku nak join satu lagi contest. Contest apa? Haa korang tengok banner kat bawah ni. Aku bagi besar punya...



Nampak tak banner tu? Mustahil tak nampakkan. Okay kali ini aku join pula contest "Aku dan Kaca Mata" yang difikirkan oleh Cik Fara VaVaVoom. Aku follow sebab ada juga koleksi gambar aku dengan kaca mata, kalau tak ada tak ikutlah jawapnya. So kepada sesiapa yang berminat nak join contest ni, korang boleh klik pada banner di atas ni. Okay gambar kat bawah ni aku pilih untuk contest ni.


Cik Fara ni kata, dia nak tahu apa sebab aku suka/sayang kat kaca mata ni. Okay aku sayang kat kaca mata ni sebab kaca mata ni dah takde dah, dah patah aku terduduk hari tu. Bila kaca mata ni dah tak ada baru aku rasa sayang. Rasa sayang duit aku kan. Hmm...

Ok dah settle dah.
So aku nak tag 4 orang untuk join contest ni juga:-

Expired date:
30 April 2011

p/s: Good luck to me and to you all. Siapa yang tag aku ah? Aku lupa lah...
p/s/s: Sila abaikan lubang hidungku.. Hehehe...

Wednesday, April 13, 2011

I'm Shortlisted in Cik Epal Contest!



سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Alhamdulillah! 
Tak ku sangka dalam beratus yang join "Contest Cik Epal - B&W Picture".
Aku antara yang tersenarai dalam Top 25. Syukur Alhamdulillah!
Bangga kot! Mahu tak bangga beratus kot orang join!!
Menang kalah belakang cerita dah tersenarai ni pun dah cukup baik.
Thanks Cik Epal.

Eh! Aku cakap macam dah menang korang tak ingat contest yang mana 1?
Alaa yang banner contestnya macam ni:-


Jutaan terima kasih buat Cik Epal sebab menyenaraikan gambar aku dalam 25 yang terbaik. Mungkin berkat tuah pada gambar bapa dan anak buah aku dalam gambar tu kot. Hehehe.. Gambar ini diambil semasa Hari Raya Aidilfitri yang lepas. Aku melakukan sedikit toning pada gambar ini dimana aku mencantumkan B&W tone dan Sephia tone dalam gambar tersebut. Itulah pasal gambar tu nampak kekuningan. So bagi sesiapa yang belum pernah lihat gambar tersebut, kat bawah ni lah gambar yang aku pertaruhkan dalam contest tu.
Sila-silalah komen. Kot-kot ada kekurangan.



Kalau korang nak tengok Top 25 Contestants korang boleh klik kat sini:-

p/s: Korang doa-doalah aku menang. Nanti bolehlah aku berjimba-jimba dengan Cik Epal. Sesi menternak lemak itu pasti sebab itu hadiah utama. Hehehe.. Good luck to all Contestants!! 

Tuesday, April 12, 2011

Shortlisted Rupanya!

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.




Hai semua.. Memandang korang semua dah jijik tengok entri "Hati-Hati Air Soya Ada Ludah!". Ini aku nak update entrilah ni supaya korang tak muntah-muntah tengok kejijikan penjual air kacang soya tu. Apa-apa pun kita doakan semoga Allah memberi petunjuk kepada beliau ke atas apa yang dibuatnya selama ini. 

Okay berbalik kepada tujuan asal entri ini. Mmm.. Korang nampak tak banner kat sebelah kiri entri ni <---- | Ingat  tak? Ini adalah "My Life | Photo Contest 1" yang telah difikirkan oleh saudari eezance. Aku terlupa tarikh tutup contest ni adalah pada 13 March yang lalu. Jadi nampaknya contest ni dah ada pemenang.




Anda nak tahu siapa pemenang contest ni? Tak lain, tak bukan siapa lagi kalau bukan saudara Sasa Al-Sharif. Sememangnya kemenangan beliau sudah aku jangkakan daripada awal lagi. Bukan kerana aku sms on undi tapi sememangnya gambar yang beliau pertaruhkan membawa sejuta maksud yang amat-amat bermakna kepada kita umat manusia yang seringkali lalai. Nak tengok gambar beliau? Naa..

"I hope everyone will find the straight way. InsyaAllah".
Dengan caption yang sungguh menusuk kalbu mana mungkin kemenangan beliau harus dipersoalkan. Tahniah bro! What a wonderful photo here.. Tapi selain kemenangan beliau yang aku gembirakan aku juga merasa terharu kerana gambar aku juga turut disenaraikan antara gambar yang terbaik dalam kategori yang saudari Eezance pilih iaitu dalam kategori "Meaningfulness Photo". Thanks so much Eezance! Appreciated that. Dan ini adalah gambar yang aku pertaruhkan dalam contest tersebut:-

"I hope you will grow up healthier.. son.."
Thank you again Eezance!


p/s: Kalau nak tengok gambar-gambar bloggers yang turut disenaraikan, anda boleh klik di sini - Contestants of My Life. contest 1Tahniah kepada semua!

Sunday, April 10, 2011

"1st Contest dari xcyber : Pose Depan Cermin"

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Di waktu petang yang mendung ditemani dengan tiupan kipas angin. Aku nak bagitahu kat korang semua yang aku naik join 1 lagi contest. Ya tanpa rasa malu dan segan. Hahaha.. Tak kisahlah apa orang nak cakap. Yang penting entri update aku happy korang pun turut happy. Tak begitu kawan-kawan?

Untuk contest yang aku nak join ini, nama contest ini "Pose Depan Cermin" yang merupakan contest pertama daripada saudara pemikir Sharul Amri atau nama glamer di dunia blog ini AM (xcyber). So aku dengan semangat "1Contest 1Blog" yang aku cipta sendiri motto ini mengumumkan dengan rasminya join Contest: "Pose Depan Cermin"

Seperti biasa untuk info lanjut contest ini. 
Anda boleh klik pada banner di bawah ini:-

Okay tanpa membuang masa mari kita lihat gambar yang aku pilih untuk contest ini:-


Hahaha.. Silap-silap.. 
Soley-soley, gambar ni memang diambil dari cermin kereta
tapi tak nampak muka so macam tak berapa nice kan. 
Jadi untuk gambar yang lebih sesuai aku pilih gambar ini:-



Okay gambar ni baru betul! Hehehe.. Berdua lebih baikkan. Gambar ni EB ambil masa buat photoshoot untuk Cik Awek masa cuti sekolah tahun lepas. Gambar nampak kotor sebab gambar tu EB snap thru cermin. So memang tak berapa nak clear. Tapi itulah buktinya gambar ni EB snap daripada cermin. Hehehe. Actually ada cerita disebalik gambar ni, kalau ada orang tanya baru EB cite okay? hehehe..


6 orang yang EB yakin suka tangkap gambar depan cermin:-
Pink Diva | Dilla Nur | Cik Yan | Ct.Keyrun | Aku Gadis | Niesa

Expired Date:
23 April 2011

Contest Natural Beauty

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Ya! Contest datang lagi!! Memandangkan EB telah mendapat taggie daripada Cik Dil makanya EB kenalah selesaikan taggie ini secepat mungkin. Tadi ingat nak buat taggie ni sebelum  pergi tengok bola. Oleh kerana aura bola lebih kuat dari aura tugasan ni, EB pergilah tengok bola dulu tadi. Oleh kerana MU dah menang dengan rasa gumbiranya EB selesaikan tugasan ini.

Okay contest "Natural Beauty"  telah diilhamkan oleh Abang Stalker. Natural Beauty atau kecantikan semulajadi ini sangat sinonim kepada wanita terutamanya. Lelaki biasanya hensem bukan cantik. Tapi di akhir zaman ni dah semakin ramai lelaki yang bersusah payah nak cantik bukan nak hensem. Hmm musykil!! Okaylah kepada sesiapa yang berminat dan yang bakal EB tag nanti anda boleh tengok syarat-syarat yang telah ditetapkan dengan hanya klik pada banner dibawah ini.


Okay gambar yang tak tahulah natural beauty ke tak ni ada kat bawah ni.
EB harap Abang Stalker bolehlah terima gambar natural beauty EB ni. Hehe.. 

©EB | "Contest Natural Beauty"
4 orang jejaki "Natural Beauty":-

4 orang jejaka "Natural Handsome":-

Tarikh basi:-
Hari Pekerja

p/s: 2 orang dah memadai sebenarnya tapi EB nak tag ramai-ramai so tak kisahkan tuan penganjur? Hehehe.. Selamat ber"Natural Beauty" semua!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...