K A W A N

Showing posts with label Nature. Show all posts
Showing posts with label Nature. Show all posts

Tuesday, September 27, 2011

Hitam Putih


سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.


Mount Kinabalu Sabah
"Ya Allah.. Ku mohon penyesalan ini adalah penyesalan yang benar-benar datang dari sanubari. Semoga penyesalan hari ini tidak menghalang sedikit kebaikan yang pernah aku lakukan ketika jahil dahulu. Jika KAU memandangnya sia-sia, maka sia-sia jugalah usiaku yang berlalu sebelum taubatku ini. Namun aku bersyukur kerana sempat bertaubat. Ya ALLAH, ku mohon jiwa ini hadir menghadap-MU dalam keadaan KAU redha kerana aku amat mendamba kebahagian yang abadi."



Mood: Susah hati..

Monday, September 26, 2011

Couple Photoshoot | Arul ♥ Mey


سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.


Couple : Arul & Mey
Location : Tanjung Aru Beach, Sabah
Photographer : EBjunaidi



Alhamdulillah seperti yang aku janjikan sebelum ini, 'Couple Photoshoot' untuk tatapan anda semua. Couple photoshoot ini aku dedikasikan kepada adik aku yang no.4, Arul dan girlfriend dia si Mey (Mama aku panggil dia Memey). Photoshoot ini adalah hadiah buat mereka berdua yang sedang menghadapi PJJ (Percintaan Jarak Jauh). Adik aku berada di Sabah manakala aweknya berada di semenanjung. Semoga dengan adanya album ini, dapatlah meredakan kerinduan antara mereka berdua. Semoga berkekalan hendaknya, abang mu mendoakan yang terbaik buat kamu berdua dan semoga hubungan ini terjalin dalam hubungan yang lebih serius selepas ini. Insha'ALLAH.

Mood: I'm happy for them!

Friday, August 19, 2011

Ucapkanlah "Inna lillahi wa inna ilahi raji'un"


سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.
"Salam Ramadhan Al-Mubarak"


Usahlah risau akan masalah kerana ia adalah sesuatu yang baik untuk kita.
Tanpa masalah, kita pasti tidak mampu mengenali diri.
Ia juga adalah tanda-tanda seruan ALLAH S.W.T agar kita datang segera kepada-NYA.

Ucapkanlah Inna lillahi wa inna ilahi raji'un
yang bermaksud sesungguhnya kami adalah milik ALLAH
dan kepada ALLAH kami kembali.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Mungkin ramai yang tahu hal ini. Tetapi ingin berkongsi juga sebab ramai yang tahu tetapi tidak ambil tahu dan ramai yang tahu tapi terlupa. Ramai juga yang tahu tetapi terlepas pandang. Semua ini berlaku kerana salah faham sesetengah pihak yang mengatakan bahawa ucapan itu adalah untuk kematian. Ia bukan sekadar untuk kematian tetapi adalah kehidupan dan kehidupan adalah kematian.

Mati dek kerana roh kita tertimbus dengan ego manakala yang hidup sebenarnya adalah nafsu. Mengucapkan saja Inna lillahi wa inna ilahi raji'un tanpa memahami juga tidak membawa seseorang itu ke arah penyelesaian masalah. Cubalah ucapkan dengan perlahan-lahan sebelum tidur. Insha'Allah anda akan dapat mencari jalan keluarnya secepat mungkin.

Mengapa tidur? Mengapa tidak berfikir bagaimana untuk menyelesaikan masalah? Jika kita membacanya dan kemudian mencari jalan keluar, maka kita tidaklah menyerah pada ALLAH secara total. Kita masih yakin kita boleh menyelesaikan maka itu satu pendustaan yang besar. Kita tidur kerana tidur itu mati kecil. Orang yang mati tidak mampu berbuat apa-apa hinggakan untuk masuk ke dalam liang lahad juga dibantu orang. Orang mati tidak perlu memerintah orang untuk mengangkatnya kerana orang akan mengangkatnya dan paling bagus orang itu melakukannya kerana ALLAH.

Segalanya bermula dengan TUHAN dan berakhir juga dengan TUHAN. Apabila meninggal, orang mengucapkan Inna lillahi wa inna ilahi raji'un begitulah kiasannya. Jadi apabila kita sudah mengucapkannya, kita melalui mati kecil. Orang mati akan bergantung dengan ALLAH. Begitu juga apabila kita tidur. Kita tidak tahu apakah yang bakal berlaku. Jadi apabila kita tidur, kita akan melepaskan segala masalah dan inilah yang dikatakan pergantungan. Insha'Allah apabila kita bangun, kita akan mudah melihat jalan keluar bagi setiap permasalahan baik untuk diri sendiri atau untuk orang lain.

Cubalah tanamkan tekad mulai hari ini agar sentiasa memahami dan mengucapkan Inna lillahi wa inna ilahi raji'un bila sahaja kita berdepan dengan musibah sama ada berbentuk fitnah, cercaan, atau penindasan. Jangan pula setelah mengucapkan kita mencari jalan untuk membuat pembalasan atas alasan membuktikan kebenaran. Yang benar pasti terbukti, yang batil pasti ke tepi.

"Tiada suatu musibah pun yang menimpa diri seseorang kecuali dengan izin ALLAH, dan barang siapa yang beriman kepada ALLAH nescaya ALLAH akan memberi petunjuk kepada hatinya" ~ HR Bukhari.

Ucaplah Inna lillahi wa inna ilahi raji'un sebanyak mungkin tetapi ia tidak bermaksud pula anda harus membaca dengan kadar kelajuan yang boleh mengalahkan keretapi ekspres. Ucapkanlah dengan santai, Insha'ALLAH anda akan mendapati masalah adalah satu permainan yang menyeronokkan.

p/s: Aku sudah mengamalkan setiap kali sebelum aku melelapkan mata, Alhamdulillah keputusannya tidak mengecewakan.. Cubalah... 

Friday, July 29, 2011

Is Okay Malaysia!!

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Location: Desa Dairy Farm | Mesilau 
Is okay Malaysia..
We still have a long journey ~ Don't give up!!

Thanks Apek for the wonderful saves..
You're the man, Apek!!
You're the man of the match for the big game..

Tahniah kepada pasukan Malaysia..
Ini bukan kekalahan yang membinasakan..
Ini juga bukan penamat kepada segala-galanya..
Ini adalah suatu petanda agar kita kena berusaha lebih gigih lagi..

Memang kita tak suka dan tak mahu kalah..
Dan sememangnya kekalahan itu agak sukar diterima..
Tapi macam Apek kata,
"Kali ni bukan rezeki kita.. Kita sudah mencuba sedaya upaya.."

Kita sudah berdoa dan berserah kepada Allah..
Dan ini adalah takdir dari-Nya..
Jadi kita kena terima ketentuan dari-Nya..
Jangan sampai kita menyalahkan Tuhan!!

I'm still proud to be Malaysian!!!

Thursday, July 21, 2011

Di Kucup dan Di Peluk Mesra

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Location: Putra Damai | Presint 11 | Putrajaya
Selamat pagi semua, Alhamdulillah kenyang setelah selesai bersarapan dengan menu Nasi Goreng Cina + Ikan Bilis + Telur Mata, Mak Cik Cafe Mee Jawa Sri Perak. Haa namanya memang panjang, jangan marah ye. Pagi ini agak kelaparan sebab semalam ketika diri begitu bersemangat untuk memasak bihun goreng pada pukul 11.00 malam tetiba gas pula dah tamat riwayatnya, Innalillahi wainana ilaihi roji'un. Bersabarlah si comel yang sedang kelaparan ini, diteguknya air sebanyak mungkin kemudian tidurlah dia dengan perut yang lapar. 

Di pagi yang indah ini pula, sewaktu aku menanti driver aku untuk datang ambil aku kat bus stand. Aku tersenyum apabila terlihat suatu kejadian yang cukup-cukup indah. Terharu hati ini apabila melihat seorang ibu mencium kedua-dua belah pipi ketiga-tiga orang anaknya dan kemudian memeluk erat anak-anaknya seorang demi seorang anak-anaknya, sebelum anak-anaknya memasuki perkarangan sekolah. Huuu such a sweet moment.. 

Melihat akan kejadian itu, diri merasa sangat rindu kepada kedua orang tua. Sudah lama rasanya tidak bersalaman dan mengucup tangan kedua orang tuaku. Dek kerana jarak yang begitu jauh, mereka di tanah Borneo aku di tanah Melayu. Maafkan anakanda, tapi jangan risau ayahanda dan bonda doaku kepada kamu tidak pernah lekang di bibir juga di hati ini. Semoga Allah sentiasa memberkati dan mempermudahkan urusan ibubapa kita. Insha'Allah.

"Ya Allah ampunkan dosaku.. Dosa kedua ibubapa ku.. Kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihani ku semasa aku kecil... Amin Ya Allah.."

Doa ini adalah doa yang sering aku baca sebelum aku salam dan kucup tangan ibu dan bapa ku, ketika hendak keluar rumah atau ke sekolah...

p/s: Aku rindu zaman kanak-kanak ku... 

Friday, July 15, 2011

Usah Hidup Kerana Pujian | Usah Mati Kerana Kejian

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syukur dan jutaan terima kasih kepada Dr. Azhar Hj. Sarip atas cerita dan ilmu ini. Saya memohon seikhlas hati kepada Dr. untuk saya  kongsikan cerita ini kepada semua agar ilmu ini bisa dimiliki dan difahami mereka yang lain. Jika anda pernah mendengar kisah ini, renungkanlah sejauh mana anda sudah mempunyai jati diri dan bagi yang baru mengetahui, hayatilah... moga beroleh motivasi diri.

Katak Floria
Location: Pesta Floria, Putrajaya

Pada suatu ketika ada sekumpulan katak berkumpul untuk mengadakan satu pertandingan. Mereka berbincang apakah pertandingan yang dapat memberi cabaran yang dapat menguji serta memperlihatkan kehebatan katak dan bilakah waktu yang sesuai untuk mereka mengadakan pertandingan tersebut. Pelbagai cadangan diterima, ada yang mengatakan pertandingan mencari serengga, ada juga yang mencadangkan pertandingan suara terhebat dan banyak lagi.

Tiba-tiba seekor katak yang datang dengan cadangan lain dari yang lain. Katak tersebut mencadangkan agar diadakan cabaran perlumbaan ke puncak menara komunikasi yang begitu tinggi. Ramai yang terkejut mendengar cadangan yang tidak masuk akal ini. Namun, katak itu bukanlah katak sembarangan, dengan hujah yang begitu menakjubkan, maka kumpulan katak itu bersetuju untuk mengadakan pertandingan tersebut.

Setelah dipersetujui waktu dan tarikh, maka promosi pertandingan itu diadakan secara besar-besaran. Banyak katak menyertainya kerana hadiahnya yang lumayan dan mereka bakal mencipta rekod dunia. Masing-masing mula berlatih, menambah stamina dan pelbagai cara lagi dilakukan untuk memastikan mereka sihat dan kuat pada hari pertandingan dan tidak lupa juga mereka mencari pakar-pakar motivasi untuk menolong mereka dari segi moral.

Pada suatu pagi yang nyaman, mereka berkumpul tidak jauh dari menara yang tinggi itu bagi memulakan pertandingan. Begitu ramai penonton mengelilingi katak-katak tersebut bagi melihat satu pertandingan tidak masuk akal. Katak-katak tersebut begitu bermotivasi kerana telah menjalani latihan yang cukup serta telah dimotivasikan oleh mereka yang pakar.

Sebenarnya hampir kesemua penonton yang datang tidak percaya yang katak-katak ini akan berjaya memanjat menara jaya yang cukup tinggi itu. Kedatangan mereka hanyalah untuk melihat kegagalan katak-katak tersebut dan bagi mereka ia pasti menghiburkan apabila melihat setiap seekor katak yang bertanding jatuh kecundang dengan pelbagai aksi.

Setelah kesemua peserta bersedia, maka pengadil meniup wisel tanda permulaan telah dimulakan. Melompat-lompatlah katak-katak tadi dengan penuh harapan akan menjadi juara tambahan lagi wang untuk persediaan telah banyak dilaburkan.

Ketika bermulanya pertandingan.......

* * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Hehehe seperti biasa cerita ni agak panjang dan demi mengelakkan daripada anda semua terkebil-kebil lagi bosan membaca cerita ini makanya saya akan sambung cerita ini di entri yang ke seterusnya. Sabar ye, saya amat yakin cerita katak ini tak akan membosankan anda. Cerita ini amat menarik dan merupakan kesinambungan daripada entri saya sebelum ini "Hmm.. Takkan menang punya..". Jadi sama-sama kita nantikan sambung cerita katak ini. Tunggu...

p/s: Aku rindukan kedamaian... Aku rindukan ketenangan... 

Wednesday, July 6, 2011

#WW1 | Wordless Wednesday #1

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Awan Nano
Location: LCCT | AirAsia Aircraft

Masalah menjadi masalah apabila kita menamakan sebagai masalah,
melihatnya sebagai masalah dan menganggapnya sebagai bebanan masalah.

Masalah adalah satu keseronokan apabila kita menamakan sebagai permainan,
melihatnya sebagai teman gurauan dan menganggapnya sebagai teman sepermainan.

Dalam permainan,
kemahiran dan semangat kesukanan yang menjadikan permainan itu hidup.
Tanpa kemahiran, kita tidak pandai sebarang permainan.

Tanpa semangat kesukanan, kita sering tertekan dan kelelahan.
Dan tanpa keduanya, kita pasti kalah dan tidak pernah menang.

Tuesday, July 5, 2011

Mari Kita Mulakan Hari Ini Dengan Doa..

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

"Puncak Gunung Kinabalu"
Location: Desa Dairy Farm | Mesilau | Kundasang | Sabah

Kita mulakan hari yang indah ini dengan doa kepada Allah yang Maha Besar lagi Maha Berkuasa atas segala-galanya..

"Ya Allah... pilihkanlah untukku dengan kekuatan ilmu-MU dan tentukanlah untukku dengan kehendak-MU. Aku pohon kemurahan-MU yang sangat luas kerana ENGKAUlah yang boleh menentukan sesuatu. ENGKAU Maha Mengetahui apa yang tidak kuketahui dan ENGKAUlah yang paling tahu hal-hal yang ghaib. Ya ALLAH.. jika sesuatu ini menurut-MU baik bagiku, kehidupan dan kesudahanku, maka pilihlah ia untukku dan mudahkanlah ia bagiku, kemudian berkatilah. Dan seandainya ini menjadi malapetaka bagiku, agamaku, kehidupanku dan kesudahan perkaraku, maka jauhkanlah ia daripadaku sejauh-jauhnya, dan berilah aku kebaikan di mana saja berada dan redhailah aku kerananya.."


p/s: Semoga kita semua sentiasa mendapat barakah daripada-Nya..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...