K A W A N

Showing posts with label Akhbar. Show all posts
Showing posts with label Akhbar. Show all posts

Friday, May 20, 2011

Anak Kucing Bermata Satu!!


TAWAU: Pelik tapi benar. Itulah yang berlaku ke atas seorang penduduk di Kampung Batu 4, Jalan Apas, di sini, apabila ibu kucing miliknya melahirkan anak kucing bermata satu, kelmarin.

Apa yang lebih menghairankan, kucing berkenaan tidak mempunyai hidung selain lidahnya sentiasa terkeluar.

Pemilik kucing terbabit mahu dikenali Jamal, 30, mengakui keganjilan anak kucing itu disedari sebaik dimaklumkan anaknya yang melihat ibu kucing itu melahirkan anaknya.

“Kucing berkenaan yang baru saja dilahirkan kira-kira jam 10 pagi di rumah dan menyangka anak saya bergurau apabila menyatakan anak kucing yang baru dilahirkan itu mempunyai mata satu.

“Sebaik diberitahu, saya terus melihat anak kucing itu dan terkejut apabila mendapati memang anak kucing itu pelik kerana mempunyai satu mat saja,” katanya ketika Harian Metro, semalam.

Buat masa ini, katanya, rumahnya sentiasa tidak lekang pengunjung yang mahu melihat anak kucing ganjil itu.

Sumber : Harian Metro

p/s: Dajal??

Monday, April 25, 2011

Marah Kejut Solat Subuh!

AMPANG: Seorang isteri kini terlantar dalam keadaan koma dan bertarung nyawa di hospital akibat dibelasah serta ditikam suaminya yang naik hantu selepas wanita itu menyuruhnya menunaikan solat Subuh.

Kejadian berlaku di rumah pasangan berusia 30-an terbabit di Pandan Indah Commercial Park, di sini, kira-kira jam 6 pagi semalam dan mangsa yang kehilangan banyak darah akibat cedera di perut kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang.

Sumber polis berkata, kejadian berlaku apabila suami mangsa yang tidur berang selepas dikejutkan isterinya dan disuruh mendirikan solat Subuh.

“Tindakan mangsa menyebabkan suaminya berang sebelum berlaku pertengkaran hampir 10 minit. Suaminya yang hilang pertimbangan membelasah mangsa lebih 30 minit sebelum mengarahkan mangsa jangan menyuruhnya bersolat.

“Biarpun dibelasah dan diugut demikian rupa, mangsa masih meminta supaya suaminya berubah selain menunaikan solat,” katanya.

Menurutnya, keengganan mangsa mematuhi arahannya menyebabkan suaminya bertindak lebih agresif dengan mengambil pisau dan menikam perut wanita itu.

“Mangsa terjatuh sebaik ditikam dan keadaan itu menyebabkan suaminya panik, apatah lagi selepas melihat isterinya berlumuran darah serta meraung kesakitan,” katanya.

Sumber itu berkata, bunyi bising akibat pertengkaran dan serangan suspek ke atas mangsa menarik perhatian jiran mereka, seorang lelaki berusia lewat 20-an yang bergegas ke rumah pasangan itu.

“Sebaik masuk ke rumah berkenaan yang pintunya tidak berkunci, jiran itu melihat mangsa terbaring dalam keadaan berlumuran darah manakala suaminya berdiri sambil memegang pisau.

“Terkejut dengan kehadiran jirannya, suspek segera melarikan manakala mangsa dibawa jirannya itu ke hospital dengan bantuan beberapa jiran lain,” katanya.

Difahamkan, sehingga petang semalam keadaan mangsa dilaporkan kritikal manakala suaminya yang menghilangkan diri kini diburu polis.

Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan dan siasatan lanjut dilakukan.


Sumber : Harian Metro

Friday, March 25, 2011

I Jump!!

KOTA BHARU: Sekeping tilam yang dipinjam dari premis berdekatan memisahkan seorang gadis berusia lingkungan 20-an dengan maut selepas dipercayai cuba membunuh diri dengan terjun dari tingkat tiga pusat beli-belah KB Mall di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.50 petang itu, gadis berkenaan yang memakai baju-T putih dan berseluar jeans biru, sempat mengacukan pisau kepada anggota bomba yang cuba menghalangnya dari terjun dari ketinggian kira-kira 30 meter.

PEGANG...anggota bomba memaut tangan gadis terbabit.
MERONTA...gadis yang cuba membunuh diri meronta-ronta mahu melepaskan diri tergantung tiga minit.
TERLEPAS...gadis terbabit terjatuh selepas tangan yang dipegang anggota bomba terlepas.
DISELAMATKAN...gadis terbabit terjatuh atas tilam di bawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.
Kejadian yang mengundang panik ratusan pengunjung pusat beli-belah berkenaan itu, turut menyaksikan drama mendebarkan apabila gadis itu tergantung kira-kira tiga minit ketika anggota bomba cuba memaut tangannya sebelum dia jatuh dan mendarat di atas tilam berkenaan.

Difahamkan, gadis itu cuba membunuh diri kerana menghadapi masalah cinta dengan teman lelakinya. Saksi kejadian, Mohd Syah Azrul Afandi Yusof, 25, berkata, sebelum menyaksikan aksi mendebarkan itu, dia melihat gadis berkenaan mundar-mandir di tingkat berkenaan dan terkejut apabila dia cuba mengelar lengannya dengan pisau.

“Sebelum jam 4 petang, saya lihat dia di berlegar-legar di tingkat tiga pusat beli-belah KB Mall. Dia juga dilihat cuba mengelar leher dan lengannya. “Tindakannya itu disedari orang ramai yang kemudian menghubungi bomba,” katanya.

Sementara itu, Penguasa Bahagian Operasi Negeri Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Shahrin Yusmal Mat Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan jam 3.54 petang sebelum bergegas ke tempat kejadian bersama 16 anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu serta Pengkalan Chepa.

Menurutnya, mereka terpaksa memujuk dan bergelut selama 20 minit dengan gadis terbabit memandangkan dia enggan bekerjasama, malah mengacukan pisau menyebabkan tiga anggota bomba yang cuba menyelamatkannya mengambil langkah berhati-hati.

“Mangsa enggan bekerjasama dan meronta-ronta minta dilepaskan menyebabkan berlakunya pergelutan. Ketika usaha memujuk, mangsa yang memegang sebilah pisau turut mengacukan senjata itu kepada anggota bomba. “Kita sempat memaut tangannya tetapi gadis itu meronta-ronta menyebabkan dia terjatuh selepas pautan tangannya terlepas daripada pegangan anggota bomba,” katanya.

Tuesday, March 15, 2011

Ini Betul-Betul Ahli Bina Badan

CHRISIE EDKINS semasa dia seorang lelaki.
Gambar kecil wajah Chrisie Edkins selepas menjadi mak nyah.
SOUTHAMPTON, Britain - Seorang bekas ahli bina badan lelaki, Chrisie Edkins kini bergelar model glamor selepas dia menukar identitinya menjadi seorang wanita, lapor sebuah akhbar semalam. Edkins, 31, ditawarkan banyak kontrak peragaan yang menyaksikannya beraksi sebagai model wanita malah dia juga menceburi bidang nyanyian.

Lelaki tersebut yang memiliki seorang anak perempuan berusia sembilan tahun, Chloe, hidup sebagai seorang wanita selama bertahun-tahun sebelum dia tampil secara terbuka dengan identiti barunya itu pada tahun 2003. "Saya masih melaksanakan tanggungjawab sebagai penjaga dan anak saya memahami kehidupan baru saya," katanya.

Edkins yang dahulunya dikenali dengan nama lelaki, Chris pernah bekerja sebagai seorang mekanik dan juruelektrik dengan tujuan untuk membuktikan kepada dirinya bahawa dia ialah seorang lelaki 'sejati'. Namun, dia kemudian memutuskan untuk akur kepada naluri kewanitaan yang kuat dalam dirinya.

Edkins kemudian menjalani terapi hormon dan pelbagai rawatan kosmetik termasuk rawatan membesarkan payu dara untuk tampil sebagai seorang wanita yang cantik. Dia mengubah profil diri di Facebook kepada wanita pada tahun 2003. - Agensi

Friday, March 11, 2011

RM10 Only!!

DEDAH...wartawan Harian Metro menemubual Lina yang  sanggup menjual tubuh sejak berusia 15 tahun.

KOTA KINABALU: Hanya RM10. Itu bayaran dikenakan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang masih bersekolah kepada rakan sekelas yang mahu mengadakan hubungan seks dengannya.

Remaja berkenaan juga tidak kisah melakukan perbuatan terkutuk itu pada siang hari di hotel murah pilihannya dan lebih memeranjatkan sudah melakukannya sejak berusia 15 tahun lagi. 

Dalam pertemuan dengan wartawan Harian Metro, pelajar itu yang hanya mahu dikenali sebagai Lina berkata, dia mula membabitkan diri dengan kegiatan tidak bermoral itu selepas dipengaruhi beberapa rakan wanita lebih tua yang dikenalinya ketika melepak di kompleks beli-belah di bandar raya ini. 

“Ketika itu, saya memerlukan wang untuk membeli pakaian berjenama selain mendapatkan peralatan sekolah lebih lengkap, sedangkan keluarga tidak mampu menyediakannya termasuk buku latihan disebabkan faktor kemiskinan,” katanya.

Lina berkata, selepas menceritakan masalah kewangan dihadapinya, seorang rakan mempengaruhi supaya melakukan pekerjaan itu kerana boleh memperoleh wang dengan mudah. “Pada mulanya, saya pelik dengan pekerjaan ditawarkan kerana dibawa ke sebuah bilik hotel dengan alasan untuk ‘ditemu duga’ sebelum didatangi seorang lelaki berusia sekitar 30-an. 

“Sebelum berbual, saya melihat lelaki berkenaan menyediakan segelas air sebelum memasukkan sejenis pil lalu mengarahkan saya meminumnya dengan alasan untuk menghilangkan perasaan takut dan gemuruh,” katanya. 

Katanya, selepas beberapa minit meneguk air berkenaan, dia berasa ghairah sebelum lelaki berkenaan mengarahkannya berbaring. “Saya hanya tersedar beberapa jam selepas itu dalam keadaan tidak berpakaian. Pada masa itu, saya hanya mampu menangis, namun ditenangkan rakan itu sambil menunjukkan sejumlah wang untuk saya,” katanya. 

Lina berkata, selepas kejadian itu, dia semakin ketagih untuk melakukan hubungan seks dan mula menawarkan diri kepada rakan lelaki yang dikenali saja. “Selepas kejadian itu, saya sering mengulangi perbuatan sama terutama selepas waktu sekolah hingga mampu hidup senang. 

“Bagaimanapun, disebabkan terlalu kerap melakukan hubungan seks dengan pelbagai lelaki, saya mengalami jangkitan kuman pada kemaluan,” katanya. Menurutnya, keadaan itu menyebabkan dia berhenti daripada kegiatan itu dan akhirnya menyesal dengan apa dilakukannya. 

“Mungkin itu balasan atas perbuatan saya kerana mahu mencari wang dengan mudah. Mujur saya tidak mengandung, jika tidak pasti nasib lebih buruk,” katanya.

p/s: Masya Allah..

Thursday, March 3, 2011

Cintaku Ditolak!

MALANG...anggota polis menurunkan mayat mangsa.
©Harian Metro | Gantung diri kecewa CINTA
Info kejadian:-
  • Mayat seorang remaja ditemui mati tergantung pada sebatang pokok jambu di Lorong Taman Ayer Keroh Height (TAKH) 7, Melaka.
  • Difahamkan, akibat masalah cinta, remaja terbabit, Deklies Anak Dely, 19, berketurunan Bidayuh dari Kampung Sebobok, Bau, Sarawak itu nekad menggantung dirinya. Mayat mangsa yang memakai kemeja-T lengan panjang putih, berseluar jeans dan kasut hitam serta membawa sebuah beg kecil ditemui seorang wanita di taman terbabit yang keluar berjoging sebelum memberitahu kepada penduduk lain yang menghubungi polis.
  • Dipercayai mangsa membunuh diri kira-kira jam 9 pagi dan bapa saudara beliau mengesyaki mangsa membunuh diri akibat putus cinta kerana sebelum ini mangsa pernah menyatakan bahawa mangsa ingin pergi ke rumah teman wanitanya di perkampungan Orang Asli di Gapam.
  • Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman berkata, Balai Polis Ayer Keroh menerima maklumat awam kira-kira jam 8.20 pagi sebelum sepasukan polis tiba melakukan siasatan di tempat kejadian.
Sumber: Harian Metro ~ Gantung Diri Kecewa Cinta

************************

“Barangsiapa bunuh diri dengan besi, maka di neraka jahanam nanti besi itu selalu di tangannya, ia menusuk-nusukkannya ke perutnya selama-lamanya. Dan barangsiapa bunuh diri dengan minum racun, maka di neraka jahanam nanti ia akan terus meminumnya selama-lamanya. Dan barangsiapa bunuh diri dengan menjatuhkan diri dari gunung, maka di neraka jahanam nanti, ia akan menjatuhkan (dirinya) selama-lamanya.” (HR. Muslim, 109)

************************

“Janganlah mengharapkan kematian kerana tertimpa musibah duniawi, jika terpaksa, maka hendaklah ia mengucapkan: Ya Allah panjangkan hidupku, jika kehidupan itu lebih baik bagiku, dan wafatkanlah aku jika kematian itu lebih baik bagiku!” (HR. Bukhari, no. 5671, An-Nasa’i, no. 1820, disahihkan oleh Albani)

Thursday, February 24, 2011

Orang Kita Kaya "Budi Bahasa"

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm



Assalamualaikum,


"Budi Bahasa Budaya Kita"

Seperti yang kita ketahui rakyat Malaysia sememangnya mempunyai budi bahasa yang cukup-cukup tinggi. Keramahan dan kemesraan rakyat Malaysia cukup membuatkan para pelancong tertarik untuk datang bercuti ke negara kita. Selain itu, keunikan budaya dan amalan serta masyarakat yang berbilang kaum tapi mampu bersatu juga antara faktor kenapa Malaysia cukup disegani di mata dunia.

Tapi adakah ianya hanyalah pada suatu masa dahulu?? Sekarang masihkah??

Cuba perhatikan gambar dibawah ini:-

"Tolong menolong" amalan mulia
Rakyat kita memang 'pantas' memberikan bantuan andai berlaku kemalangan jalan raya. Mereka sangat-sangat ringan tulang menghulurkan bantuan dengan membantu membersihkan kawasan kemalangan jalan raya tanpa diminta. Lihat saja pada gambar di atas sudah terbukti rakyat kita sememangnya 'prihatin'.

Oleh itu, atas rasa 'terhutang budi' dan 'berterima kasih', mangsa yang mengalami kemalangan jalan raya tersebut ingin memberikan ucapan terima kasih kepada mereka semua yang "banyak memberikan bantuan". Mari kita lihat ucapan 'terima kasih' sahabat kita yang mengalami kemalangan jalan raya tersebut. Oh sebelum itu, aku paparkan sekali gambar beliau supaya semua pihak mengenali beliau dan nampak lebih ikhlas.

Ahmad Rodzlin Ahmad Murad ditemani adiknya, Putra Mohd. Ahmad Murad menunjukkan paha kaki kirinya di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak, semalam
Ok antara petikan ucapan terima kasih beliau:-

“Hampir satu jam saya terbaring di atas lebuh raya dan tiada seorang pun yang menghulurkan bantuan. Malah, mereka kelam kabut mengutip beras yang bertaburan.

“Tidak cukup dengan beras, beg dan telefon bimbit saya juga diambil. Bayangkan dalam keadaan berlumuran darah, mereka hanya memandang tanpa membantu memberikan kain untuk menutup luka saya,” katanya ketika ditemui di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini hari ini.

Kan aku dah kata rakyat kita memang kaya budi bahasa. Bukan itu sahaja mereka juga kaya beras. Untuk berita penuh anda boleh klik sini - Orang Ramai Sibuk Kaut Beras

Nak tengok lagi orang kita kaya budi bahasa?
Baca entri ini - Kutip Duit | Kutip Dosa?


p/s: Entri ini bukan nak kondem orang kita. Tapi inilah realiti kebanyakan orang kita masa kini. Sekadar renungan dan luahan hati si penulis.

Mati Imamkan Solat

ANGKAT - Peserta PLKN Kem Tondong, Bau mengangkat jenazah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, malam tadi.
RAWANG: Seorang pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kem Temasya Rimba Templer, Rawang, di sini, rebah ketika mengimamkan solat Zuhur di surau kem berkenaan sebelum disahkan meninggal dunia di hospital, kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira jam 1.45 tengah hari dan sejurus Syed Abdul Rahman Wan Ahmad, 17, rebah, dia dibantu rakan-rakannya mendapat rawatan di klinik kem berkenaan. 

Remaja itu yang berasal dari Menggatal, Kota Kinabalu, Sabah, diberi bantuan pernafasan (CPR), namun keadaannya yang kritikal menyebabkan pihak kem menghantarnya ke Hospital Selayang sebelum dia disahkan meninggal dunia. 

Jenazah Syed Abdul Rahman dihantar ke Hospital Kuala Lumpur pagi semalam untuk dibedah siasat dan polis mengesahkan kematian remaja itu tidak membabitkan unsur jenayah, sebaliknya disebabkan serangan sawan.

Bapa Allahyarham, Wan Ahmad Wan Yasin, 50, ketika dihubungi berkata, dia menerima berita kematian anaknya daripada pengurusan kem berkenaan kira-kira jam 2.45 petang kelmarin dan tiba di Kuala Lumpur, semalam.

Menurut Wan Ahmad, dia berbual dengan anaknya ketika menghubunginya untuk bertanya khabar, Ahad lalu. 

“Dalam perbualan itu anak saya tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap, malah memberitahu gembira tinggal di kem berkenaan. Anak saya juga memberitahu dia sihat dan ramai kawan baru serta selesa berada di kem itu. 

“Namun, saya tidak menyangka keceriaannya itu hanya sementara kerana kini dia meninggalkan kami,” katanya. 

Wan Ahmad berkata, ketika berbual dengan Syed Abdul Rahman, Ahad lalu, dia berpesan kepada anaknya supaya menjaga diri, jangan lupa solat serta selalu berdoa. 

“Setakat ini, saya belum dimaklumkan punca kematian anak saya. Saya cuma diberitahu anak saya menjadi imam solat Zuhur, namun tiba-tiba rebah sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya. 

Sementara itu, Ketua Polis Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, berkata mangsa yang berasal dari Sabah menjalani latihan di kem berkenaan sejak 2 Januari lalu dan akan tamat pada 13 Mac depan. 

Menurutnya, mangsa yang pengsan dihantar ke Hospital Selayang, namun gagal diselamatkan sebelum mayatnya dibawa ke HKL untuk bedah siasat. 

“Kami mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut dan hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia kerana sawan,” katanya. 

Abdul Rahim berkata, keluarga mangsa sudah menuntut jenazah Syed Abdul Rahman yang dijadual dikebumikan di kampung neneknya di Kampung Masjid Sebuyau, Kota Samarahan, Sarawak, hari ini. 

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil, berkata berdasarkan rekod, Allahyarham pernah menerima rawatan sekali akibat batuk di kem itu. 

Katanya, setakat ini, pihaknya menunggu laporan penuh bedah siasat pelatih terbabit yang dijangka siap dalam dua minggu. 

“Berikutan itu, keluarga pelatih berkenaan layak menerima khairat kematian RM5,000 dan insurans nyawa RM50,000,” katanya. 

Menurutnya, kejadian itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan JLKN meminta mana-mana pihak tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara itu sehingga laporan lengkap mengenai kematian pelatih berkenaan diketahui.

Monday, February 21, 2011

Do'akan Azizulhasni Awang

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum, pagi ini seluruh rakyat Malaysia dikejutkan dengan insiden pelanggaran yang berlaku terhadap pelumba basikal negara, Azizulhasni Awang. Insiden ini telah menyebabkan serpihan kayu trek sepanjang 17.5cm (7 inci) tertusuk ke betis beliau. Walaupun menghadapi kecederaan beliau tetap menamatkan perlumbaan untuk muncul juara keseluruhan Kejohanan Trek Berbasikal Siri Piala Dunia di Manchester pagi semalam.




Insiden pelanggaran kelajuan tinggi di selekoh terakhir itu turut membabitkan Kamil Kuczynski (Poland), Edward Dawkins (New Zealand) dan Juan Peralta Gascon (Sepanyol). Di kala Azizul meneruskan semula kayuhan, Dawkins menolak basikal ke garisan penamat, manakala Peralta berlari tanpa basikal yang menyebabkan penyertaannya dibatalkan.

"Saya juga tidak tahu Azizulhasni terkena serpihan kayu itu sehinggalah dia menamatkan perlumbaan. Perkara ini cukup mengejutkan seluruh pegawai dan pelumba-pelumba Malaysia," kata ketua jurulatih, John Beasley. - (KOSMO)

Azizul bakal terlepas peluang beraksi di Kejohanan Dunia di Apeldoorn, Belanda pada 23 Mac ini.

p/s: Marilah kita semua do'akan agar pelumba basikal negara kita, Azizulhasni Awang ini cepat pulih daripada kecederaannya dan seterusnya dapat beraksi di kejohanan peringkat dunia di masa akan datang. Semangat juang yang ditunjukkan beliau sememangnya harus dipuji dan semua ini pasti ada hikmahnya.

Thursday, February 10, 2011

Kejam!! Kejam!! Kejam!!

KUALA LUMPUR: Jika angka dijadikan ukuran nilai kemanusiaan, rakyat negara ini boleh dianggap kejam kerana statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan sejumlah 517 bayi dibuang di seluruh negara sejak enam tahun lalu.

Kebanyakan kes buang bayi dilakukan individu terutama gadis yang bimbang maksiat terbongkar selain tiada tempat mengadu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata, berdasarkan perangkaan, seramai 203 mangsa dikenal pasti sebagai bayi lelaki manakala 164 bayi perempuan. “Bagaimanapun, 150 kes lagi gagal dikenal pasti jantina berikutan keadaan bayi tidak cukup sifat atau hanya penemuan janin. “Malah, ada juga mayat bayi sudah reput dan bedah siasat tidak dapat dilakukan.

“Daripada jumlah itu juga seramai 230 bayi ditemui masih hidup manakala 287 sudah meninggal dunia. Tahun 2008 mencatatkan jumlah pembuangan bayi teramai membabitkan 102 kes.

“Statistik ini agak menggerunkan apatah lagi gejala buang bayi terus berlaku. Dalam bulan lalu saja, sebanyak 19 kes bayi dilaporkan dan angka ini dijangka meningkat,” katanya dalam sidang media di pejabatnya di Bukit Aman, di sini, semalam.

Menurutnya, sepanjang tempoh itu juga seramai 37 suspek ditahan termasuk empat individu sepanjang bulan lalu.

“Hasil kajian mendapati lokasi yang paling digemari untuk membuang bayi di kawasan perumahan, tempat pembuangan sampah, masjid, surau, jalan, sungai, semak dan tandas,” katanya.

Beliau berkata, gejala pembuangan bayi ini banyak dipengaruhi faktor bimbang rahsia terlanjur melakukan hubungan seks diketahui keluarga dan rakan-rakan selain tidak mempunyai tempat untuk mendapatkan khidmat nasihat, jagaan dan sokongan moral daripada masyarakat sekeliling.

“Apa yang jelas kebanyakan remaja yang mengandung anak luar nikah itu tetap melakukan perbuatan kejam berkenaan walaupun menyedari perbuatan membuang bayi yang baru dilahirkan menyalahi undang-undang,” katanya.

Mohd Bakri berkata, dalam menangani masalah sosial itu, PDRM mengambil pendekatan serius dengan menggunakan pendekatan pencegahan dan rawatan serentak.

“Paling penting peranan ibu bapa dalam mengukuhkan institusi kekeluargaan selain menjadi contoh terbaik kepada anak-anak. Mereka juga perlu mengawal pergaulan anak-anak bagi memastikan anak masing-masing tidak terbabit dengan seks bebas.

“Selain itu penyebaran filem pornografi turut menjadi punca aktiviti seks bebas ini terus menular di dalam masyarakat,” katanya. Pada masa sama beliau turut memberi penerangan berhubungan sistem amaran awal kehilangan kanak-kanak yang dikenali sebagai NUR Alert (National Urgent Response Alert) yang kini diambil alih sepenuhnya oleh pihak PDRM daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Menurutnya, tanggungjawab itu yang mula dijalankan PDRM sejak 27 Januari lalu membolehkan polis melakukan tugas mengesan, menyiasat dan menghebahkan perkara itu kepada media dengan lebih pantas berhubung laporan kes kehilangan kanak-kanak berusia bawah 12 tahun.

Sumber: Harian Metro

Monday, February 7, 2011

Khalwat


Berduaan di alam siber sama seperti khalwat

KUALA LUMPUR: Wanita dan lelaki bukan mahrim yang berbual berduaan biarpun di alam siber, melakukan perlakuan sama seperti berkhalwat kerana ia mengundang bisikan syaitan yang akhirnya akan menarik mereka melakukan perbuatan mungkar, termasuk curang pada suami atau isteri.

Sehubungan itu, penceramah dan pakar motivasi, Datuk Mohd Zawawi Yusoh, berkata mereka yang menggunakan kemudahan Internet perlu meletakkan sempadan syariat dan sempadan hati supaya teknologi itu tidak disalah guna atau menjadi alat perantaraan untuk membuat maksiat.

Beliau berkata, isteri tidak seharusnya membenarkan lelaki bukan mahrim memasuki rumahnya ketika suami tiada di rumah, begitu juga halnya dengan perbuatan isteri berbual dengan lelaki lain menerusi Internet, seumpama membenarkan individu itu memasuki rumahnya, seterusnya merosakkan rumah tangga.

“Membenarkan perkara sebegini memasuki rumah bermakna membenarkan ia memasuki hati dan apabila manusia sudah keluar daripada sempadan, manusia itu akan menjadi rosak,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, bisikan syaitan menjadikan seseorang itu merasakan sesuatu perkara itu begitu menyeronokkan hingga sanggup melakukan perkara mungkar termasuk meninggalkan suami, isteri atau anak-anak, sedangkan ia bakal menyesali perbuatannya kerana keseronokan berkenaan hanya bersifat sementara disebabkan ia berada dalam alam fantasi.

Katanya, alam khayalan dan realiti tidak sama dengan di alam nyata, kita semua mempunyai tanggungjawab dan amanah yang perlu dipikul, bukan sekadar untuk berseronok.

“Asasnya adalah apabila hubungan dengan Allah rosak, maka semuanya akan meruntuh. Teknologi itu tidak salah, tetapi orang yang menyalah gunakan teknologi untuk tujuan terpesong,” katanya.

Monday, January 31, 2011

Bayi Campak Dalam Longkang

astaghfirullahalazim

BATU PAHAT - Penduduk Taman Mekar, Ayer Hitam dekat sini gempar apabila mayat seorang bayi lelaki lengkap dengan tali pusat dan uri ditemui di dalam longkang berair yang masih dalam pembinaan di kawasan perumahan tersebut pagi semalam.

Mayat bayi itu ditemui seorang pekerja kontrak, Hamid Marsuki, 43, pada pukul 8.10 pagi ketika hendak memulakan tugas membina tembok rumah dan longkang di Jalan Mekar 5 di taman tersebut.

Sumber: KOSMO


p/s:
innalillahiwainnailaihirojiun..
Apalah dosa si Anak kecil ini..
Masya-Allah...

Wednesday, January 26, 2011

Bayi Kronik

Kelahiran bayi tidak sah taraf pada tahap kronik

KUALA TERENGGANU: Menggerunkan apabila seramai 623 anak tidak sah taraf dilahirkan di negeri ini tahun lalu sekali gus menunjukkan gejala kelahiran anak luar nikah berada pada tahap kronik.

Lebih mengejutkan, daripada jumlah itu, kadar tertinggi dicatatkan pada Mei dengan 72 kelahiran dan September 60 kelahiran yang dikaitkan dengan kemunculan ‘produk’ yang dibuat sembilan bulan sebelum itu iaitu pada Ogos dan Disember.

Hasil kelahiran dicatatkan dua bulan itu juga dikaitkan sebagai ‘musim mengawan’ pasangan muda-mudi yang berpesta seks tanpa ikatan sah pada malam sambutan hari kemerdekaan dan tahun baru.

Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Terengganu, Ghazali @ Suhaimi Muhammad berkata, jumlah kelahiran anak tidak sah taraf itu dicatatkan di sembilan pejabat JPN membabitkan bayi pelbagai agama daripada pasangan warganegara dan bukan warganegara.

“Angka ini begitu menggerunkan dan menunjukkan penyakit masyarakat yang membimbangkan semua pihak. Lebih menyedihkan, majoriti bayi dilahirkan daripada ibu beragama Islam.

“Jadi kita minta kerjasama agensi lain seperti Jabatan Agama Islam Negeri, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan agensi lain bersama membanteras pergaulan bebas muda-mudi bagi mengelak mereka terjerumus ke lembah maksiat dan menghasilkan anak luar nikah,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Penganugerahan Taraf Kewarganegaraan Malaysia di pejabat JPN Terengganu, di sini, semalam.

Pada majlis itu, lima orang menerima sijil warganegara mengikut Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan dan lapan lagi mengikut Perkara 19(1)(a) Perlembagaan Persekutuan dengan lapan berasal dari Kemboja serta masing-masing satu dari Indonesia dan India.


Sumber: Harian Metro

©2011 | Adakah kamu akan sentiasa memimpin tangan si kecil ini?
p/s: Nampaknya musim mengawan sudah menjadi budaya pada setiap bulan Ogos (Tanah Tumpahnya Dara ku) dan Disember (Happy New Year Dear/Buang Sial). Budaya apakah itu? Ikutlah sangat budaya b@®*+ tu. Yalah mereka-merekakan yang follow ni kan UTD (UpToDate) and super sporting. WTH!! WTF!! Maaflah kalau terasa tapi 623 bukanlah jumlah yang sedikit. Nasib baik tak 666!

Salah siapakah semua ini? Ingat ayat ini dan fikirkan maksud tersirat ayat ini "majoriti bayi dilahirkan oleh ibu yang beragama Islam..."

Semoga kita dijauhkan dari segala kemungkaran sebegini. Semoga kita tidak memperbodohkan orang dan tidak juga diperbodohkan oleh orang lain. Semoga kita sentiasa berada dalam lindung barakah-Nya dan sentiasa mendapat rahmat dan hidayah-Nya. 

"Sebaik-baik kawan adalah kawan yang berkata BENAR, bukannya kawan yang MEMBENARKAN semua kata-kata"

Wednesday, January 19, 2011

Kutip Duit? | Kutip Dosa?

(KUDU) vs (KUDO)






Apa pendapat anda:
Kutip Duit?? | Kutip Dosa??
KUDU | KUDO


Info Kejadian:
Lokasi: KM 244 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dekat Rembau, Negeri Sembilan
Tarikh: 18 Januari 2011
Masa: 3.00pm
Perkara: 
Sebuah Toyota Hilux (dipercayai milik syarikat mengedarkan duit siling kepada premis perniagaan di Melaka) terbabas sebelum terbalik ke tepi jalan akibat rempuhan sebuah lagi kereta (BMW) mengakibatkan duit siling (RM70k- RM75k) yang dibawa bertaburan di sekitar kawasan berkenaan, sebelum disedari pengguna jalan raya yang kemudiannya berhenti untuk mengutip duit tersebut.


Untuk berita selanjutnya:
Berebut duit syiling di lebuh raya

Tuesday, January 18, 2011

K E J A M!!

Pelajar dibunuh, ditanam di belakang rumah suspek

Menyayat hati
Seorang anggota Polis sedang mengeluarkan mayat mangsa
Sedih..

Info kejadian:
Mangsa: Taufik Abdul Halim, 15 Tahun merupakan anak ke-3 daripada 5 adik beradik dan berasal dari Kg. Iboi, Sadong Jaya
Tempat: Samarahan, Sarawak
Tarikh: 15 Januari 2011 (dipercayai dibunuh)


Kronologi kes:
- Mangsa dilaporkan hilang oleh keluarganya pada hari Sabtu yang lalu. (15 Januari 2011)
- Polis telah melakukan siasatan hingga membawa kepada penangkapan seorang suspek berusia 19 tahun di kediamannya di Kg. Sadong Jaya,         berhampiran SK Rendam pada pukul 7 pagi ini.
- Mangsa ditemui ditanam dalam tanah sedalam 0.5 meter dibelakang rumah salah seorang suspek di Kg. Sadong Jaya
- Siasatan awal Polis mendapati sebelum dipukul, sekumpulan lelaki yang dipercayai ahli geng sindiket curi motorsikal dan pecah rumah cuba         memujuk mangsa untuk menyertai kumpulan mereka, namun mangsa enggan.


Untuk berita penuh:-
Bunuh nak simpan rahsia
Pelajar hilang di bunuh kejam

Monday, January 10, 2011

Tahniah Datuk!

Chong Wei Lakar Hatrik



DATUK LEE Chong Wei melakar satu lagi sejarah apabila muncul juara hatrik Siri Super Final 2010 selepas menundukkan jaguh Eropah, Peter Gade di perlawanan akhir di Taiwan, semalam.

Kejuaraan ketiga miliknya itu bermakna dia menyapu bersih kejuaraan perseorangan lelaki sejak dipertandingkan pada 2008.

Pada aksi semalam, Chong Wei menang mudah 21-9, 21-14 dalam masa 40 minit untuk melakar kemenangan ke-14 daripada 15 pertemuan dengan pemain itu.

Jumaat lalu, Chong Wei turut mencapai kemenangan straight set di peringkat kumpulan dan kedua-duanya mempamer persembahan bertenaga di separuh akhir untuk bertemu sekali lagi.

“Ini adalah final, langsung tidak sama dengan peringkat kumpulan kerana kami berdua tidak bermain bersungguh-sungguh di peringkat awal, kata Chong Wei.

Kemenangan ini permulaan baik buat Chong Wei pada pembuka tirai 2011 sebagai penyuntik semangat merangkul lebih banyak kejuaraan.

Kemenangan ini juga bermakna Chong Wei buat kali ketiga menang hadiah wang tunai AS$40,000 (RM122,720). Namun bezanya Chong Wei berseorangan tidak lagi meraikan kejuaraan bersama rakan senegara seperti tahun lalu ketika Wong Mew Choo dan Wong Pei Tty-Chin Eei Hui yang muncul juara kategori masing-masing.

“Ini adalah persiapan terbaik untuk Terbuka Malaysia minggu depan. Saya dijangka berdepan Lin Dan di separuh akhir, saya tidak mahu fikirkan. Saya akan tempuhi perlawanan satu demi satu,” kata Chong Wei dalam laman web Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Siri Super Terbuka Malaysia akan berlangsung 18 hingga 23 Januari ini, namun walau di mana Chong Wei berada dia tetap ditanya mengenai peletakan jawatan jurulatihnya, Datuk Misbun Sidek.

“Peletakan jawatan Misbun agak mengganggu fokus saya tapi saya tetap berpegang pada sasaran. Saya harap isu itu berakhir dengan baik,” kata Chong Wei.

Dalam pada itu, China mula menguasai Siri Super Final apabila meraih tiga gelaran dalam acara perseorangan dan beregu wanita serta beregu campuran. Wang Shixian menewaskan Bae Youn Joo (Korea), Wang Xiaoli-Yu Yang menundukkan rakan senegara Cheng- Shu-Zhao Yunlei manakala Zhang Nan-Zhao Yunlei mengatasi Sudket Prapakamil-Saralee Thoungthongkam (Thailand).

Sumber : Arena | Harian Metro


p/s: Tahniah Datuk! Semoga di Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Malaysia, Datuk akan mengulangi kejayaan yang sama seperti ini. Tidak lupa kepada Datuk Misbun Sidek agar semua masalah dipermudahkan untuk beliau. Tahniah!
I Heart Malaysia..

DERHAKA!!

Buang Ibu Demi Kekasih Asing

Kejam!
KUALA LUMPUR: “Selama membesarkan dia, saya tak pernah terfikir yang dia tergamak membuang ibu sendiri,” rintih seorang ibu yang kini hidup merempat sejak enam bulan lalu selepas ‘dibuang’ anak perempuan tunggalnya akibat penangan cinta lelaki Iran.

Ibu itu yang hanya mahu dikenali sebagai Ani, 47, kini menumpang berteduh di rumah rakan dan berpindah-randah dari satu kediaman ke kediaman lain di Seremban, Negeri Sembilan serta Selayang di sini, dengan hanya membawa lima helai pakaian.

“Saya tidak menumpang lama di rumah orang dan berpindah-randah dari rumah rakan ke rumah rakan lain selepas tinggal dua atau tiga hari. Saya tidak ada sesiapa dalam hidup ini. Selepas suami meninggal dunia pada 2008, hanya anak perempuan tunggal itu yang menjadi tempat saya bergantung.

“Namun, perkenalannya dengan seorang lelaki Iran menerusi Internet mengubah hidup saya. Saya dihambat lelaki itu keluar dari rumah manakala anak pula langsung tidak peduli, malah ‘menghiris’ hati saya apabila sanggup meminta saya pergi jauh daripada hidupnya,” katanya yang ditemui, semalam.

Menurutnya, sebelum ini keluarganya hidup bahagia, malah perkahwinan anak perempuannya dengan seorang lelaki tempatan menghadiahkannya seorang cucu lelaki.

“Saya tidak bekerja, tetapi mujur arwah suami meninggalkan sedikit wang dan sebuah kereta kepada saya.

“Begitu juga dengan anak perempuan saya, dia berkahwin dan mempunyai kerja yang baik dengan gaji antara RM7,000 hingga RM8,000 sebulan. Dia juga membeli sebuah apartmen di Subang Jaya dan meminta saya tinggal di situ selepas kematian suami saya,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, hidupnya musnah selepas anaknya jatuh cinta dengan seorang pelajar sebuah kolej swasta warga Iran berusia 25 tahun kira-kira dua tahun lalu.

“Demi pelajar kolej swasta itu, anak saya sanggup meninggalkan suami, berhenti kerja dan duduk serumah dengan lelaki itu.

“Dia berubah, nasihat saya dibalas dengan kata-kata kesat, malah kunci apartmen miliknya yang menjadi tempat tinggal saya ditukar apabila saya keluar ke rumah rakan selepas dimintanya atas alasan kawan kekasihnya yang datang dari Iran mahu menumpang sementara waktu,” katanya.

Ani berkata, ketika cuba bertanyakan mengapa kunci ditukar, lelaki Iran terbabit menghalaunya keluar dari apartmen itu di depan anaknya dengan alasan dia cuba mengganggu kehidupan mereka.

“Saya tidak ada sesiapa di dunia ini kecuali anak saya. Dia nyawa dan jiwa saya, tetapi semuanya musnah sekelip mata disebabkan orang asing.

“Kereta milik saya juga dilelong bulan lalu kerana bayaran ansuran tertunggak dan sejak Jun lalu, saya menumpang ihsan rakan, tetapi berapa lama boleh berteduh di rumah orang menyebabkan saya sering berpindah-randah selepas beberapa hari.

“Mungkin satu hari nanti, saya terpaksa tinggal di bawah jambatan kerana tidak memiliki apa pun, sudahlah tiada harta, anak kesayangan pula membuang saya,” katanya.


Sumber: Harian Metro


p/s: 
Kes seperti ini dah semakin kerap berlaku.. Nauzubillah....
Tidakkah langsung dia ingat akan jasa ibunya?? yang melahirkan dia.. yang membesarkan dia..
Dimanakah kewarasan wanita ini?? Ya Allah tunjukkanlah dia jalan yang lurus..
Semoga kita semua berada dalam barakah-Nya..

Friday, January 7, 2011

Di KK pun mula Sudah!!

Tanam Janin Waktu Malam


KOTA KINABALU: Kecurigaan dua sahabat melihat kelibat dua manusia menyiram air selepas menanam sesuatu di kawasan lapang di Pusat Komersial Salut di sini, malam kelmarin membongkar satu lagi cubaan menyembunyikan janin akibat pengguguran haram yang dipercayai dilakukan pasangan terlanjur.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, Noor Mohamad Mat, 23, dan Pance Fransisu, 22, yang kebetulan berada tidak jauh dari lokasi kejadian itu tidak menyangka kehadiran seorang lelaki dan wanita di kawasan lapang itu untuk mengebumikan janin bayi yang dipercayai berusia lima bulan itu.

Noor Mohamad berkata, ketika itu dia dan rakannya melepak di kawasan berkenaan dan pada awalnya dia menyangka pasangan berkenaan menanam bangkai haiwan peliharaan kesayangan mereka.

“Ketika itu saya melihat seorang lelaki dan seorang wanita bertudung dalam keadaan mencangkung menggali tanah dan menimbusnya semula sebelum membuang sebuah kotak kecil ke kawasan berhampiran.

“Lelaki berkenaan dilihat terus ke kereta Proton Iswara mengambil sebotol air dan menyiramnya ke atas tanah yang digali itu sebelum diikuti wanita terbabit,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Menurutnya, pasangan berkenaan dilihat beredar ke sebuah restoran untuk menjamu selera sebelum meninggalkan kawasan berkenaan tidak lama kemudian.

“Sebaik yakin mereka sudah beredar, saya dan rakan tergerak untuk menyiasat apakah sebenarnya dilakukan pasangan berkenaan di kawasan lapang di situ kerana kami bertambah curiga apabila mendapati kotak yang dibuang pasangan berkenaan ada kesan darah.

“Pance memberanikan diri menggali semula tanah itu dan kami terkejut apabila mendapati satu bungkusan kain putih yang tertanam di dalam lubang itu mengandungi janin,” katanya.

Mengesyaki perkara itu ada kaitan dengan cubaan menyembunyikan pengguguran haram, mereka menghubungi Balai Polis Manggatal untuk tindakan selanjutnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Ahmad Sofi Zakaria berkata, sepasukan anggota polis bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan penemuan janin bayi terbabit.

Katanya, polis sedang giat mengesan kenderaan yang dinaiki pasangan mencurigakan itu dan percaya kejadian ada kaitan dengan cubaan menyembunyikan pengguguran janin secara haram.

“Janin dipercayai berusia lima bulan itu dibawa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk bedah siasat dan kami melakukan siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.

“Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta memberi kerjasama bagi mengesan suspek atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu 088-242111,” katanya.

Dua hari lalu, Harian Metro melaporkan penemuan janin berusia enam bulan di tempat pembuangan sampah tidak jauh dari lokasi penemuan terbaru kelmarin.

©2011 | Khadijah Az-Zahirah bte Mohd Aminor | My Nephew

p/s: 
Sudah 2 kali tempat yang sama ini.. Pihak Polis kena kerapkan rondaan ditempat ni.. Lagipun tempat tu memang sunyi sepi dan gelap gelita.. Hmm.. Sahabat-sahabat ku yang mau kahwin awal, cepat-cepatlah kahwin ah.. Tak payah tunggu aku.. Hehehe.. 

Sedih oh.. Semalam baru ja terbaca artikel pasal seorang ibu yang mati tertimbus dalam runtuhan bangunan tapi dia masih mampu menjaga anak kecilnya. Lagi menyedihkan dia mati dalam keadaan bersujud menahan runtuhan bangunan itu dari menghempap anaknya. Bayangkan dia menyusukan anaknya dalam keadaan sebegitu rupa.. Bayangkan anda bersujud dan anak kecil itu berada dibawah tempat anda bersujud.. Wanita itu mati dalam keadaan seperti itu.. Tapi anaknya selamat.. Kejadian ini berlaku di China..

Orang kita terlalu menjaga air muka..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...