K A W A N

Showing posts with label Birthday. Show all posts
Showing posts with label Birthday. Show all posts

Friday, December 30, 2011

Selamat Ulang Tahun Mama!



سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.


Ku capai telefon bimbitku..
Ku dail nombor itu berkali-kali..
Namun sedih, tak terjawab..
Aku dail dan dail lagi..
Namun hasilnya tetap sama..

"Mungkin Mama tengah berjualan.." aku memujuk hati yang risau.

I My Mama | 28.12.2011

Mama..
Kau memberikanku hidup
Kau memberikanku nyawa
Kau memberikanku kasih sayang
Kau berikan segalanya

Tulusnya cintamu
Tulusnya sayangmu
Putihnya kasihmu
Takkan pernahku terbalaskan

Aku rindu akan hangat dakapanmu
Aku rindu akan belaianmu
Aku rindu akan marahmu
Aku rindu akan suaramu

Kau memberikan aku kedamaian
Kau memberikan aku kebahagaian
Eratnya pelukmu, nikmatnya belaimu
Takkan pernahku terlupakan

Oh mama..
Terima kasih untuk segala-galanya
Terima kasih untuk kasih sayang yang tak pernah usai
Terima kasih untuk tulusnya cintamu yang tak pernah lekang
Terima kasih untuk rindumu yang tak pernah kurang

Oh mama..
Semoga Allah memberikan kedamaian dalam hidupmu
Semoga Allah memberikan kebahagiaan dalam hidupmu
Semoha Allah memberikan keceriaan di setiap harimu
Semoga Allah mengisahmu sepertimana kau mengasihiku
Kasihmu kan abadi dalam hidupku


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Ya Allah, 
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku, izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku. Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi syafa'at untuk mereka, sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu.. 

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua pengasih. 

Amin Ya Rabbul Alamin..

Monday, August 15, 2011

ALLAH Selamatkan Kamu Adikku

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.
"Salam Ramadhan Al-Mubarak"



Selamat Ulang Tahun adikku, Mohd Nor Azrul bin Junaidi yang kami adik-beradik panggil dengan nama Arul. Dulu, pada tarikh 12 Ogos 1989, kau dilahirkan di Hospital Kudat. Kini di ulang tahun kelahiran mu, kau sudah berumur 22 tahun dan kau sudah meningkat remaja. Begitu cepat masa berlalu sehingga aku terpaksa menggunakan kalkulator untuk mengira usia mu, kerana aku tak percaya kau sudah berumur 22 tahun. Mau 2, 3 kali juga abang mu ini tekan kalkulator tak percaya umur kau dah 22 tahun. Hmm..

Hadiah? Insha'Allah raya kali ini ada baju baru untuk mu.. Hehehe..
Duit raya? Insha'Allah diberi kemudian.. Hahaha..

Tapi,

Yang penting sekarang ini adalah hadiah ini:-

Doa untukmu adikku...

Ya Allah, aku memohon kepada-Mu agar Engkau menjadikan sebaik-baik umur adikku pada akhirnya, sebaik-baik amal pada penutupannya, sebaik-baik hari-hari adikku adalah saat bertemu dengan-Mu. 

 Aku memohon kepada-Mu agar Engkau menjadikan kuburan setelah berpisah dengan dunia, sebaik-baik tempat tinggal adikku, luaskanlah liang lahat adikku, dan rahmatilah saat adikku menjadi rendah pada waktu menghadap-Mu saat hisab, tetapkanlah kaki adikku di atas shirath, selamatkanlah adikku dari kesusahan hari kiamat, putihkan wajah adikku pada hari dimana wajah manusia ada yang putih dan ada yang hitam. 

Aku memohon kepada-Mu kenikmatan yang tak terputus-putus, mata yang sejuk yang tidak terputus-putus, aku memohon kepada-Mu untuk dapat melihat wajah-Mu, dan kerinduan bertemu dengan-Mu. Aku memohon agar Engkau mensucikan kerusakan hati adikku dengan taubat, dan menyatukan hati adikku dalam keadaan takut kepada-Mu, dan memberi adikku pemberian yang besar yang dapat memasukkan adikku ke dalam syurga, tempat yang aman.. Amin. 

Ya Allah, kepada-Mu aku beribadah dan untuk-Mu kami shalat dan sujud. Kepada-Mu kami menuju dan bersegera. Kami mohon rahmat-Mu dan takut akan azab-Mu, sesungguhnya azab-Mu menimpa orang-orang kafir. Ya Allah aku memohon perlindungan kepada-Mu, kami meminta ampun dari-Mu, memuji-Mu dengan kebaikan, tidak kufur kepada-mu, tunduk kepada-Mu dan mencabut siapa yang kufur kepada-Mu.. Amin. 

Barakallah fi umrina


p/s: Semoga Allah memberkati usia mu adikku.. 

Monday, May 23, 2011

Happy Belated Birthday and Congratulation to My Lovely S.I.L

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Hari ini barulah saya berkesempatan untuk mengucapkan Selamat Ulang Tahun Kelahiran buat kakak ipar saya, Butiwana Jalipen. Mohon maaf atas kelewatan ini, tapi ucapan ulang tahunnya saya sudah dahulukan melalui SMS, cuma entri khas buat akak ipar saya ini yang terlewat dibuat. Mungkin entri ini tak best sebab tak jatuh pada tarikh yang sesuai iaitu semasa birthday akak ipar saya.

Akak ipar saya telah menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-26 tahun pada tarikh 18 Mei 2011 (Rabu) yang lepas. Dan apa yang lebih menyeronokkan adalah, akak ipar saya juga telah selamat melahirkan seorang lagi bayi perempuan yang sangat-sangat comel pada 17 Mei 2011 (Selassa) pada jam 6.00 pagi di Hospital Ranau, Sabah iaitu sehari sebelum Ulang Tahun Kelahiran akak ipar saya. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Syukur atas rezeki ini Ya Allah.. Syukur Alhamdulillah dipermudahkan semuanya buat Akak Ipar aku.



Saya telah mendapat message seawal jam 8.30 pagi daripada abang saya, Aminor yang berbunyi begini "Kakak kau sudah bersalin jam 6.00 pagi tadi.. Hohoho.. Baby perempuan yang comel.." Aku bingkas bangun dan mengucapkan tahniah kepada abang ku atas berita gumbira ini. Alhamdulillah.. Ini yang membuatkan aku rindu nak balik Sabah ni. 

Buat Khadijah Az-Zahirah, anak buahku yang 1st;

Cubaan membuat sign peace yang terpaksa dibantu ayahnya.. Hehehe..
Kakak, sekarang kakak dah ada adik baru dah. Kakak jangan nakal-nakal tau. Kakak kena jaga adik dah sekarang ni. Tak boleh nangis-nangis nak ikut uncle jalan. Tak boleh minta puji dah. Tak boleh lawan cakap Ummi dan Ayah. Kena jaga Ummi, ummi penat tau lahirkan adik. Kakak kena jadi contoh untuk adik tahu. Kakak dah ada adik perempuan baru dah. Nanti uncle balik kita buat photoshoot lagi okay! Tunggu uncle balik tau..

So guys itulah cerita pagi ni yang dah lama nak story dengan korang semua tapi asyik tak berkesempatan je.. Gambar tak ada lagi, tunggu saya balik Sabah dan saya akan adakan sesi photoshoot dengan anak buah saya ni.. Hahahaha.. Oh ya nama anak buah saya ni tak ada lagi, parents dia masih dok berbincang nak bagi nama yang terbaik buat anak mereka. Apa pun mesti gempak macam nama anak mereka yang pertama tu, Khadijah Az-Zahirah binti Mohd Aminor. hehehe.. Sesama kita nantikan okay, abang saya cakap "Sabar.. Tunggu kakak kau tetapkan dulu mana satu nama yang dia nak..".. So sama-samalah kita bersabar ye.. Aku pula yang excited!! Hahahaha..


p/s: Tak sabar nak balik Sabah.. Uwaaaa....

Thursday, April 28, 2011

Selamat Ulang Tahun Az-Zahirah

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.




Hari ini 28 April 2011, hari Khamis merupakan Ulang Tahun Kelahiran anak buahku Khadijah Az-Zahirah @ Kakak. Maka genaplah 3 tahun umur anak buahku ini. Anak-anak kecil sememangnya cepat membesar. Pejam celik pejam celik, dah besar dah. Lihat sahaja gambar di atas, sungguh bergaya dengan beg tangannya. Hehehe.. 

Di ulang tahun kelahiran mu ini sayang, uncle berdoa semoga kamu akan menjadi anak yang solehah kepada kedua orang tua mu. Semoga kamu membesar dengan sihatnya dan diberi kesihatan yang berpanjangan dari Allah SWT. Semoga Kakak akan menjadi kebanggaan kepada kedua orang tua kakak. Uncle juga doakan agar Ummi Kakak dipermudahkan urusannya untuk melahirkan adik kakak nanti. Semoga Ummi Kakak diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik.

Selamat Hari Lahir sayang.. Maafkan Uncle tak dapat balik celebrate Hari Lahir Kakak. Insha'Allah Uncle bawakan hadiah bila Uncle balik nanti ya. I miss you so much.. Kakak dah besar dah, Uncle rindu nak tengok Kakak bubbling. Hehehe.. Insha'Allah panjang umur, murah rezeki Uncle balik bulan Jun ni. Tunggu Uncle ah..


p/s: Laparnya..

Wednesday, March 16, 2011

Tua & Matang!

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm


Al-salāmu'alaykum WBT.


Hari ini 16/03/2011 merupakan tarikh keramat buat seorang blogger yang saya kagumi dan hormati. Blogger yang saya kenali sewaktu saya kembali mengaktifkan diri dalam dunia blogging setelah lama menyepikan diri pada sekitar tahun 2010. Blooger yang banyak mengajar saya secara tidak langsung dalam dunia blogging ini. Banyak pemerhatian dan pembacaan yang saya lakukan terhadap blog beliau dan banyak yang saya telah pelajari tanpa disedari.

Beliau yang berbangsa Banjar telah mula berbloging pada tarikh 02 Ogos 2009 sedikit lewat daripada saya dengan hanya 3 bulan perbezaan sahaja. Walau bagaimanapun, daripada awal pembabitan beliau dengan hanya ada 6 orang sahaja yang memberi komen dalam entri pertama beliau namun pada hari ini tidak terhitung banyaknya komen-komen yang akan diterima beliau setiap kali mengemaskini entri terbaru.

Namun apa yang saya kagumi dengan beliau adalah idea-idea yang bernas setiap kali mengemaskini blog beliau. Selain itu, beliau juga seorang yang pemurah kerana sentiasa memberikan hadiah buat semua para bloggers yang sentiasa ternanti-nanti akan hadiah daripada beliau. Itulah penyebabnya mengapa followers blog beliau amat-amatlah meriah walaupun tidaklah semeriah followers blogger yang sudah populor. Tak percaya? Nanti tengok sendiri okay. Nanti EB bagi link ke blog beliau di penghujung entri ini.

Okaylah tanpa membuang masa, saya ingin sampaikan tujuan utama saya menulis entri ini. Tidak lain niat saya hanyalah ingin mengucapkan "Selamat Ulang Tahun Kelahiran" buat kamu Edy Zaidi. Hari ini adalah hari yang mendewasakan serta mengenapkan usia kamu ke-25 tahun bukan. Nampaknya kamu tua dulu dari saya hehehe..


Tiup Jangan Tak Tiup..


Selamat Ulang Tahun Kelahiran buat kamu Edy Zaidi, tiada hadiah istimewa yang dapat saya berikan melainkan doa ikhlas dibawah ini dan entri ini sebagai  hadiah buat kamu. Maaf andai ada info yang salah dan tegurlah saya andai ada kekasaran bahasa yang berlaku di dalam entri ini mahupun disepanjang perkenalan kita. Walaupun tidaklah serapat mana tapi sangat-sangat istimewa. 

"Ya Allah, Ya Tuhanku.. di Hari Ulang Tahun Kelahiran sahabat ku ini, Insha Allah muncul hari baru yang penuh keceriaan untuknya. Engkau muliakan dan sayangilah dia sepertimana dia menyayangi dan mengisahi kami serta keluarganya. Engkau berkatilah keluarganya, berikanlah kesihatan yang berpanjangan, sihatkan tubuh badannya, limpahkan rezekinya. Engkau jauhkanlah dia daripada sebarang fitnah dunia, penganiyaan dan penghinaan. Engkau suburkan benih keimanan dalam dirinya dengan penuh rasa kasih sayang serta taqwa. Amin ya robbal alamin.."





Pada sesiapa yang ingin mengucapkan Hari Lahir buat beliau anda bolehlah ke blog beliau di "The Beauty In Ugly" ~ Edy Zaidi. Sila-sila jangan malu jangan segan. Kalau nak bagi hadiah pun boleh. hehehe..

p/s: Mmm.. lama lagi birthday aku ni...

Monday, March 14, 2011

Adikku 23 Tahun!!

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm


Al-salāmu'alaykum WBT.

Walaupun sudah 4 hari berlalu namun aku ingin teruskan juga hajat yang tertunda semenjak beberapa hari yang lalu. Buat adik ku, Mohd Adznor Junaidi Selamat Ulang Tahun Kelahiran yang ke-23 kekanda ucapkan. Ampun maaf di pinta sebab lambat nak buat entri pasal ni. Tapi aku dah wish kat Facebook kan. 

Selamat Ulang Tahun Adik ku
Buat adinda ku Adznor, di Ulang Tahun Kelahiran mu ini kekanda doakan agar muncul hari baru yang penuh keceriaan untuk kamu. Semoga Allah muliakan dan sayangi adinda ku ini selalu. Semoga Allah memberkati keluarga kita, diberikan kesihatan tubuh badan, dilimpahkan rezeki. Semoga adinda ku dijauhkan daripada sebarang fitnah dunia, penganiyaan dan penghinaan. Semoga disuburkan benih keimanan dalam dirinya dengan penuh rasa kasih sayang serta taqwa. Amin ya robbal alamin..

Kekanda juga mendoakan agar kau terus berjaya dalam apa jua bidang yang kau ceburi. Semoga kau akan dapat mengapai cita-cita mu untuk menjadi seorang pendidik sepertimana Ayahanda kita. Insha Allah kau bakal mendidik anak bangsa tidak lama lagi. Semoga berjaya!!

Dalam bidang yang kau minati iaitu fotografi, aku doakan kau akan teruskan minat kau ini sampai bila-bila. Semoga kau akan terus maju dan maju. Insha Allah harapan kau untuk memiliki sebuah studio akan tercapai. Terima kasih kekanda ucapkan kerana selama ini banyak tunjuk ajar yang diberikan dalam bidang fotografi ini. Syukur alhamdulillah kita berkongsi minat yang sama.

Kucinglah yang buat kau lelah masa bebudak dulu..
Untuk pengetahuan semua, adik aku ni lah orang yang banyak mengajar aku pasal fotografi. Dari teknik mengambil gambar, editing dan bermacam-macam lagi semua dia yang ajar. Minat dia pada fotografi sudah bertahun lamanya tapi terpaksa dipendamkan dek kerna tidak mempunyai kamera. Setelah memiliki sebuah telefon bimbit yang mempunyai aplikasi kamera iaitu N73 maka mulalah dia merakamkan gambar-gambar yang dilihatnya setiap hari.

Akan tetapi gambar yang diambil menggunakan telefon bimbit agak kurang memuaskan bagi beliau. Noise yang terlalu banyak menyebabkan gambar sukar dicantikkan dan kurang sharp. Maka dia menyimpan hasrat untuk memiliki sebuah DSLR (Digital Single Lens Reflex)  dan akhirnya dia memiliki jua. Berbekalkan ilmu editing dan fotografi selama 2 tahun yang dipelajari beliau sebelum ini maka bermulalah episod hidup beliau sebagai seorang freelance photographer.

Antara hasil-hasil dari lensa beliau:-

Family Portrait
Model / Talent Photoshot
Wedding Photography
Candid Street Photography


Buat sesiapa yang berada di Sabah yang memerlukan khidmat Photographer.
Anda boleh menghubungi adik saya:-

ADZNOR JUNAIDI
Sabah Freelance Photographer
Tel : +6013 - 858 0285
Email : mohdadznor@gmail.com
Blog : http://mohdadznor.blogspot.com
Photo Stock : http://www.flickr.com/photos/phenography
YM : ad_and_z
Skype : iPheno
p/s: Tak puas tengok gambar? Anda semua boleh follow blog adik saya Adznor Photography. Silalah jangan malu jangan segan. Tapi buat masa ni dia sibuk praktikum jadi rasanya dah lama tak update blog dia. Tapi jangan risau dia ada Wedding job sepanjang cuti sekolah ni. So sama-sama kita nantikan gambar terbaru daripada beliau. SELAMAT ULANG TAHUN ADIK KU!!

Saturday, January 15, 2011

Ayah ~ Selamat Hari Lahir

Al-salāmu 'alaykum | "Selamat sejahtera ke atas kamu semua"

©2011 | Selamat Hari Ayahanda Terchenta | I heart you Daddy

I find myself wondering...
Did I give you your due..
For all that you've done for me
Did I ever thank you?

For all of my childhood memories
For helping me deal with life's stresses
For helping me accept my defeats
And celebrate my successes?

Or for teaching me the value of hard work,
Good judgement, courage, and being true 
The laughter, smiles, and quiet times we've shared
Did I ever thank you? 

If I have forgotten, I'm thanking you now
You taught me right from wrong....
I hope you know how much you're loved and appreciated
I hope you, instinctively, knew it all along.

Happy Birthday, Dad
Junaidi Maidi | 15 January 1961


Doa anakanda buat Ayahanda;

"Ya Allah, Ya Tuhanku... di Hari Ulang Tahun Kelahiran Ayahanda kami ini, Insha Allah muncul hari baru yang penuh keceriaan untuknya. Engkau muliakan dan sayangilah Ayahanda kami sepertimana dia menyayangi dan mengisahi kami semasa kami masih kecil. Engkau berkatilah keluarga kami, sihatkan tubuh badannya, limpahkan rezekinya. Engkau jauhkanlah Ayahanda kami daripada sebarang fitnah dunia, penganiyaan dan penghinaan. Engkau suburkan benih keimanan dalam dirinya dengan penuh rasa kasih sayang serta taqwa. Amin ya robbal alamin.."

Anak-anak Ayah;
Mohd Aminor Junaidi 
Mohd Asynor Junaidi
Mohd Adznor Junaidi
Mohd Nor Azrul Junaidi
Nurul Shafika Fitrianna Junaidi



p/s: Pa, sorry EB hampir-hampir terlupa tadi birthday pa.. Nasib baik abg Minor skype tadi.. Patutlah kelmarin eb beriya-iya mau lagu MLTR dari abg Minor.. MLTR remind me of you.. Huuu.. happy birthday daddy... I love you.. Sorry I can't be there for you to celebrate your big day.. I just can pray and make du'a for you.. Hope you'll always fine and happy there.. Happy always daddy..

Thursday, January 6, 2011

Happy Birthday Yuyun

Al-salāmu 'alaykum
"Selamat sejahtera ke atas kamu semua"


♫♪♫ ..Happy Birthday to you.. ♪♫♪
♫♪♫ ..Happy Birthday to you.. ♪♫♪

♫♪♫ ..Happy Birthday to Yuyun.. ♪♫♪
♫♪♫ ..Happy Birthday to you.. ♪♫♪

©2011 | Yuyun & Anor

Selamat hari jadi abang EB ucapkan pada adik Ayunni (Adik Ipar II / GF adik EB) yang menyambut hari lahirnya hari ini 6 Januari 2011. Hari ini telah membuatkan usianya meningkat naik ke 23 tahun. Hehehe..

Abang EB doakan agar muncul hari baru yang ceria di tahun baru 2011 ini. Semoga adik Yuyun dimuliakan dan disayangi Allah SWT. Seisi keluarga kita diberkati, diberikan kesihatan tubuh badan yang berpanjangan dan dilimpahkan rezeki. Semoga Yuyun dijauhkan daripada fitnah, penganiyaan dan penghinaan, serta disuburkan benih keimanan dengan penuh rasa kasih sayang serta taqwa. Semoga ikatan yang terjalin antara Yuyun dan adik abang EB, Adznor berkekalan hendaknya. Semoga segala dugaan dan rintangan hidup ini dapat kamu berdua harungi dengan penuh rasa sabar dan toleransi. Semoga segala urusan dipermudahkan Allah yang Maha Pengasihi dan Penyayang. Amin Ya Robbal alamin..



p/s: Sorry tiada hadiah Adik Ipar II.. Hanya doa yang abg EB blh titipkan.. Sayang kamu AI2..

Tuesday, December 28, 2010

Di Ulang Tahun Kelahiran Mu ~ Mama


Assalammualaikum wbt.

Hari ini hari Selasa, 28 Disember 2010 merupakan hari ulang tahun kelahiran emak saya, Rosna@Siti Anna binti Aloat@Awuat. Mama telah dilahirkan pada 28 Disember 1967 di Kg. Bangau, Kudat dan kini telah berumur 43 tahun. Ya mama saya seorang mualaf dan bapa sayalah yang telah bertanggungjawab mengislamkan mama saya dan seterusnya mengahwini mama. Mama berkahwin diusianya yang begitu muda dimana dia berkahwin dengan bapa selepas sahaja dia selesai pelajarannya di sekolah menengah. 



Mama pernah berkata "Inilah kelebihan orang berkahwin awal, ibubapanya tidak terlalu tua dan tidak sempat tua untuk melihat anak-anaknya membesar". Kata-kata mama itu jelas menunjukkan mama saya menyangkal bahawa dia kesal untuk berkahwin awal disaat usianya masih begitu mentah. Sehinggakan saya dapat satu kesimpulan daripada kata-kata ringkas emak saya itu, dimana mereka telah membuat perancangan yang begitu rapi sebelum kita dilahirkan di bumi Allah ini. Sesungguhnya jasa orang tua kita tidak terhitung banyaknya. 

Mama telah mengandungkan saya selama 9 bulan kemudian melahirkan saya dengan risiko nyawa yang bakal melayang. Saya pohon ampun dan maaf kerana ketika saya dilahirkan sahaja saya sudah mulai menyakiti mama. Saya tidak minta untuk dilahirkan songsang mama, saya tidak minta untuk dilahirkan kaki terlebih dahulu, ampunkan saya mama kerana saya menyakiti mama. Walaupun saya tahu ampun dan maaf saya ini tidak mampu untuk membalas walau hembusan nafas mama ketika mama menahan kesakitan melahirkan saya.

Ketika saya masih bayi masih tak berdaya, mama berikan makan dan minun agar saya tidak kehausan, tidak kelaparan. Ketika saya membuang air, tanpa jijik mama membersihkan saya dengan penuh rasa cinta dan sayang. Mama berikan pakaian agar saya tidak kesejukan dan juga pendidikan agar saya menjadi yang terpandai. 

Mama sabar menghadapi kemarahan saya, rengekkan, kenakalan, dan masih saya ingat lagi kenakalan saya sewaktu saya masih kecil dimana ketika itu saya dan abang Minor terlewat balik ketika waktu sudah mulai melewati waktu Isyak dan kami sudah terlepas waktu Maghrib. Kelewatan yang disebabkan oleh keseronokan bermandi manda di sebuah tasik terbiar bersama sahabt-sahabat yang lain mengundang kemarahan bapa. Sesampai sahaja kami berdua di rumah habis kami dikerjakan bapa. Kami digantung, dirotan pada kaki, dimandikan dengan air paip kerana kami berbau longkang. Saya menangis semahu-mahunya diperlakukan sebegitu. Jiwa saya memberontak dimarahi dan dipukul bapa sehingga sedemikian rupa. 

Tapi sewaktu saya dimarahi dan dipukul bapa dek kerana kenakalan saya itu, saya melihat mama, mama pun turut menangis sedih melihat saya dan abang dipukul sedemikian. Mama menangis di dalam bilik.  Sekali lagi saya buat mama sedih. Mama tidak sanggup untuk melihat anak-anaknya dipukul dan dimarahi sedemikian rupa. Selesai dipukul, dirotan dan dimandikan, bapa memerintahkan kami untuk tunduk dan sujud memohon keampunan kepada mama yang berbaring menangis kesedihan ketika itu. Saya tunduk dan sujud memegang kedua belah kaki mama demi memohon keampunan daripada mama sehinggakan saya tetidur dalam keadaan sujud tanpa saya sedari, sehinggalah mama mengejutkan saya untuk makan.

Kini saya sedar bahawa pukul dan marah mu ayah bukan untuk menghukumku, dan jauh sekali untuk menyakitiku. Tapi saya tahu betapa risaunya mereka sekiranya ada sesuatu yang buruk terjadi ketika aku sedang leka dan seronok bermandi manda di tasik terbiar itu. Sedangkan binatang menjaga anak-anak mereka dengan sebaik-baiknya apatah lagi manusia yang bergelar ibu dan bapa. Kini aku bersyukur kerana pukul dan marah mereka telah mendidik aku menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya. Terima kasih mama, terima kasih ayah untuk semua ini.


Di hari lahir mama ku yang amat dicintai dan dirindui, anakanda panjatkan doa kepada Allah swt untuk kedua orang tua ku dengan doa..

بسم الله الرحمن الرحيم


"Ya Allah, rendahkanlah suaraku bagi mereka, perindahkanlah ucapanku di depan mereka, lunakkanlah watakku terhadap mereka dan lembutkan hatiku untuk mereka. Ya Allah Ya Tuhanku, berikanlah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas didikan mereka padaku dan Pahala yang besar  atas kasih sayang yang mereka limpahkan pada diriku, peliharalah mereka sebagaimana mereka memelihara aku semasa aku kecil."

"Ya Allah, apa saja gangguan yang telah mereka rasakan atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku, atau hilangnya sesuatu hak mereka karena perbuatanku, maka jadikanlah itu semua penyebab susutnya dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah, hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda."

"Ya Allah, bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku, izinkanlah mereka memberi syafa’at untukku. Sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu."

"Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung, serta anugerah yang 
tak berakhir dan Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua pengasih."

Amin Ya Rabbal Alamin..




p/s:
Selamat Hari Lahir Mama.. EB sayang mama.. Sayang sangat-sangat sayang.. Semoga mama ceria, sihat selalu dan dipanjangkan umur.. Maafkan EB tak dapat balik untuk meraihkan hari lahir mama, walaupun EB tahu mama tak suka kami raihkan hari lahir mama. "Tak payahlah celebrate, buat mama rasa lagi tua pula" itulah kata mama setiap kali anak-anak nak raihkan hari lahir mama. Hehehe..  

Tuesday, December 21, 2010

생일 축하 내 사랑

EB© | Happy Birthday ChiCer
بسم الله الرحمن الرحيم

Syukran ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Syukran juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Syukran untuk setiap cobaan yang Engkau turunkan. Syukran untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepada kami. Tetapi terlalu sedikit pengabdian kami terhadap-Mu.

Engkau tetap menerima walaupun terkadang kami alpa, kami lupa, kami silap dan kami khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besarnya kasih-Mu, Engkau tetap melindungi kami walaupun terkadang kami kalut merunggut ketika saat-saat lemah kami datang. Kami tak pernah menafikan hak-Mu sebagai Khaliq walaupun terkadang terbuai dengan kesedihan yang amat perit.

Ampunkan kami ya Allah apabila kami merintih nasib kami di hadapan-Mu, kepada siapa lagi harus kami mengadu? Kami tidak pernah menyesali kewujudan kami ini ya Allah. Namun kami hanya hamba-Mu yang dhaif dan lemah. Adakalanya kami kurang kesabaran, ada masanya kami goyah keimanan, dan ada masanya kami terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpah kasih sayang-Mu, Engkau menarik kami kembali jauh daripada kesesatan.

Ya Muhaimim - Pimpinlah tangan hamba-Mu ini, pimpinlah hati hamba-Mu ini agar sentiasa berpijak di atas jalan yang benar.

Ya Al Quddus - Sebagai hamba-Mu yang hina dina ini, kami tak mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah kami. Bimbinglah kami agar sentiasa mampu meniti Titian Silatulmustakim-Mu dengan tenang dan mudah tanpa cela.

Ya Al Hakim - Berilah dia kekuatan dan semangat serta ilham agar dia mampu terus membimbing anak-anak muridnya yang sangat dahagiakan ilmu. Berikanlah dia keikhlasan yang jitu agar dapat dia mencurahkan ilmu yang engkau kurniakan kepada anak-anak didiknya supaya lahirlah generasi masa depan yang terus mendokong perintah-Mu. Berilah dia kesabaran dalam menangani karenah generasi muda yang sangat mencabar keimanan dan kesabarannya. Hulurkanlah dia kebijaksanaan agar dia mampu memacu kalam keinsanan hingga tiba masanya Engkau menjemput dia pergi.

Ya Allah - Sesungguhnya kematian itu benar. Alam kubur itu benar. Hari Pembalasan itu juga benar. Hari ini, semakin hampir kami kepada Alam Kematian, semakin dekat kami dengan Alam Kubur, semakin takut kami terhadap Hari Pembalasan. Izinkan kami dalam usia yang semakin sedikit ini untuk kami mengaut sebanyaknya himpunan pahala, untuk dijadikan bekalan kehidupan yang tiada penghujungnya nanti. Semoga dia menjadi anak, ibu, isteri dan muaalim yang solehah.

Syukran ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untuk kami. Engkaulah Yang Maha Besar. Allahu Akbar! Peliharalah kami yang lemah ini agar terus berpegang teguh pada tali-Mu…

Selamat Hari Lahir buat kamu Cikgu...
Semoga hari ini menjadi hari yang indah buat kamu...
Amin Ya Robbalallamin...

Friday, December 10, 2010

Jumaat yang Indah buat Kak Long

Salam,

Hari Jumaat merupakan Penghulu segala hari, juga merupakan hari di mana Nabi Adam as dimasukkan dan dikeluarkan dari Syurga. Hari Jumaat juga merupakan hari di mana Nabi Muhammad SAW dan Siti Khadijah bernikah. KIAMAT juga akan berlaku pada hari Jumaat dan akan turut menjadi sejarah pada umat manusia di dunia ini.

Dan Jumaat pada hari ini, 10 Disember 2010 adalah merupakan hari Ulang Tahun Kelahiran bagi Kak Long atau nama sebenar orang yang saya panggil Kak Long ini, Raja Nadia bte Raja Ahmad aka Cik Raj. Napa saya panggil dia Kak Long? Sebab saya tidak mempunyai kakak melainkan seorang abang, dan Kak Long yang merupakan Pensyarah di Politeknik Kota Kinabalu, Sabah ini merupakan kakak yang sangat-sangat baik hati dan sangat-sangat supportive person. Dia juga merupakan salah seorang Penasihat JPP sewaktu saya berada dalam organisasi tersebut. Di mana dia banyak memberikan pandangan serta dorongan kami lebih maju ke hadapan. Terima kasih untuk semua itu Kak Long, jasa mu tidak dapat dibalas dengan wang ringgit, jasa mu tidak ada setanding nilainya. Ilmu-ilmu yang telah Kak Long berikan sangat-sangat berguna untuk kehidupan saya diwaktu ini. Sayang Kak Long.

Di hari ulang tahun kelahiran Kak Long ini juga saya ingin meminta maaf dengan seikhlas hati saya andai pernah saya menguris hati Kak Long. Ampunkan kesalahan saya terhadap Kak Long dari hujung rambut sehinggalah ke hujung kaki. Halalkan makan minum ku Kak Long. Maafkan saya andai ada perbuatan serta tindakan yang kurang bijak daripada adinda mu ini Kak Long, maafkan andai perbuatan itu betul-betul buat Kak Long geram dan marah.. Sorry Kak Long... 

Selamat Hari Lahir Kak Long, adinda mendoakan semoga:-
a. Akan muncul hari baru yang ceria buat Kak Long;
b. Kak Long dimuliakan dan disayangi Allah swt;
c. Semoga keluarga Kak Long diberkati dan beroleh rahmat daripada-Nya;
d. Sihat tubuh badan dan terhindar dari sebarang penyakit yang berjangkit dan berbahaya;
e. Dimurahkan serta dihalalkan rezeki;
f. Dijauhkan daripada fitnah, penganiayaan dan penghinaan;
g. Disuburkan benih keimanan penuh rasa taqwa;
h. Kak Long tidak lupa akan kami adinda-adinda Kak Long di sini. Amin Ya Robbalalamin..

H a p p y B i r t h d a y Kak Long...

EB© | Cik Raja Nadia bte Raja Ahmad

p/s: 
maaf Kak Long tak jumpa gambar Kak Long yang senyum comel-comel... hehehe..
Kak Long saya memang muka garang tapi jangan risau dia memang baik hati kalau kamu sudah mengenali dia ~ Raja Nadia bte Raja Ahmad.. 

Thursday, December 9, 2010

Selamat Hari Lahir Ayahanda

Salam..

Hari ini 9 Disember 2010, Khamis adalah Ulang tahun Kelahiran kepada En.Samat Saiun, Ayahanda kami (EB, Saleh, Hazizul, Hanafi, Ansar, Fakri, Debby dan juga Yana). Selamat hari lahir Ayahanda, semoga ikatan kekeluargaan dan persahabatan ini akan berkekalan sehingga ke akhir nanti. 

Di hari bertambah usia Ayahanda ini, Anakanda ingin memohon ampun dan maaf dari hujung rambut sampailah ke hujung kaki. Halalkan makan minum Anakanda dan adik beradik yang lain. Maafkan tingkahlaku kami, andai ada yang menguris hati Ayahanda disepanjang kami bergurau senda dengan Ayahanda. Maafkan kami andai ada gurau senda kami yang membuatkan Ayahanda rasa tidak selesa dan rasa marah. Maafkan kami juga andai kemanjaan kami semua tidak bertempat terhadap Ayahanda. Maafkan kami juga kalau ada antara kami yang merajuk dengan Ayahanda, tapi ketahuilah wahai Ayahanda kami, merajuknya kami itu kerana kami sayangkan Ayahanda dan kami tidak mahu lihat Ayahanda bersedih.

Di hari bertambah tahun ini juga, kami semua berharap Ayahanda terus sukses dalam apa juga yang Ayahanda lakukan. Ketahuilah doa kami sentiasa mengiringi Ayahanda disana, walau kami jauh dari pandangan Ayahanda. Kami mungkin sibuk, sibuk dengan kerjaya, sibuk dengan dunia kami, sibuk dengan hidup kami, sibuk dengan hal kami, tapi kami mau Ayahanda tahu bahawa kami tidak pernah melupakan Ayahanda disana itu JANJI anak-anakmu, Ayahanda. Doa kami untuk kesejahteraan dan kebahagiaan Ayahanda sentiasa diingat dan disebut-sebut dalam doa kami Ayahanda.

Maafkan kami kerna tak dapat bersama untuk meraihkan hari lahir Ayahanda disana. Dengan itu, saya tadahkan kedua-dua telapak tangan saya ini berdoa...

"Ya Allah, Ya Tuhanku... di Hari Ulang Tahun Kelahiran Ayahanda kami ini, Insha Allah muncul hari baru yang penuh keceriaan untuknya. Engkau muliakan dan sayangilah Ayahanda kami sepertimana dia menyayangi dan mengisahi kami. Engkau berkatilah keluarganya yang juga merupakan keluarga kami, sihatkan tubuh badannya, limpahkan rezekinya. Engkau jauhkanlah Ayahanda kami daripada sebarang fitnah dunia, penganiyaan dan penghinaan. Engkau suburkan benih keimanan dalam dirinya dengan penuh rasa kasih sayang serta taqwa. Amin ya robbal alamin.."

... mewakili anak-anak Ayahanda yang lain.


|H|a|p|p|y||B|i|r|t|h|d|a|y||A|y|a|h|a|n|d|a|..




p/s: 
We all miss you and love you, our beloved one ~ En.Samat aka Ayahanda..
Jijul and Fakri make sure both of you celebrate Ayahanda birthday.. Okay.. >_<

Saturday, October 30, 2010

Happy Birthday to Me...

Salam...

"Happy Birthday to Me.."
"Happy Birthday to Me.."
"Happy Birthday to Me.."
"Happy Birthday to Me.." 

So pada 30 October 2010 bersamaan hari Sabtu, maka genaplah saya berumur 24 tahun.. Huu.. pejam celik pejam celik umur da 24 tahun dah.. Tahun depan 2011 dah 25 tahun pula.. Memang tak perasaan sama sekali penambahan umur itu berlaku dengan begitu pantas sekali.. Hehehe...  Bersykur ke hadrat Ilahi kerana saya masih lagi diberi kesempatan serta kekuatan untuk terus sujud dan bersyukur mengagumi kebesaran-Mu.. Saya juga bersyukur kerana diberikan kesihatan yang begitu baik sehingga ke hari ini dan semoga di hari mendatang juga terus diberikan kesihatan yang baik.. Insha Allah.. 

Buat Ayahanda dan Bonda yang berada jauh diseberang sana (walaupun kita dipisahkan oleh Laut China Selatan) terima kasih bebnyk kerana bersusah payah membesarkan saya sehingga saya menjadi sebesar ini sekarang.. Hehehe... Saya tahu ungkapan "terima kasih" saya ini tidak cukup untuk membalas segala kesusahan, keperitan dan penah lelah ayah dan ibu membesarkan saya.. EB syg mama, EB syg Baba.. Sayang sangat²... Semoga Mama dan Bapa, dimurahkan rezeki.. diberikan kesihatan yang berpanjangan.. Semoga apa juga yang Mama dan Bapa usahakan, beroleh kejayaan.. Semoga diberikan ketenangan dan kekuatan dalam menghadapi setiap dugaan dan rintangan yang Maha Mengetahui.. Terima kasih kerana menjadi Mama dan Bapa EB.. EB bangga menjadi anak kepada kamu yang bernama Mama dan Bapa pada EB... Terima kasih atas segala-galanya dan ampunkanlah segala dosa anak mu ini.. 

Buat Abg sulung ku yg bernama Mohd Aminor, saya mendoakan agar segala apa yang dilalui dipermudahkan Allah.. Semoga dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang berpanjangan... dan sabarlah menghadapi dugaan Allah ini.. Berusahalah untuk menjadi yang lebih baik.. Berusahalah.. dan janganlah kamu pandang rendah pada dirimu.. Yakinlah kamu mmg boleh jadi yang terbaik dan sememangnya kamu adalah yang terbaik... Walauapapun berlaku kamu tetap abang yg saya hormati dan sayangi sampai bila²..

Buat Kakak Ipar ku, Butiwana Jalipen.. Selamat datang ke keluarga kami.. Kehadiran akak menjadi sebahagian daripada keluarga ini amat dialu-alukan dan amat disenangi..Terima kasih kerana menjadi sebahagian drpd keluarga ini.. Buat masa ini, saya tahu akak sedang mengandung anak yang kedua, semoga kandungan serta akak sihat selalu.. Semoga semuanya berjalan lancar selepas keguguran yang lalu.. 
Oh! sebelum terlupa 'Happy Anniversary buat Abg Minor n Kak Buty' semoga ikatan ini berkekalan sehingga ke akhirat nanti.. Amin.. (Anniversary dOrg 29/10/2010, sehari sebelum birthday saya.. hehe..)

Buat adik beradik ku.. Mohd Adznor, Mohd Nor Azrul dan Nurul Shafika Fitrianna... 
Buat Adznor @ Anor adik ku yang ke-3, yang kini sedang dalam pendakian ke Gunung Kinabalu, saya doakan kamu sampai ke puncak dengan selamatnya bersama c Yuyun.. Semoga semuanya berjalan lancar... Tak lupa juga saya doakan pengajian kmu di IPGM Kampus Tawau itu kamu berjaya dengan jayanya.. Amin..

Buat Azrul @ Arul adikku yg ke-4, yang kini menuntut di UMS KK.. Belajar rajin².. Jgn nakal².. Saya tahu kamu sudah cukup² tahu membezakan antara baik dan buruk.. Saya juga tahu kamu memang pandai membuat keputusan.. Maka teruskanlah sifat itu ke arah kebaikan.. Rajin² jengkuk Mama dan Bapa di rumah.. Ingat melihat muka Mama n Bapa kita pun sudah beroleh pahala.. Ok! hati-hati main futsal.. InsyaAllah kalau ada kesempatan kita main futsal sesama ok.. Semoga kamu sukses dalam bidang yang kamu pelajari.. 

Buat Nurul Shafika Fitrianna @ P-ka, adikku yg ke-5 juga yg bungsu dan merupakan satu satunya puteri dalam adik beradik ku... Abg doakan agar permohonan pertukaran kampus pengajian kamu ke Politeknik KK berjaya dipertimbangkan.. Tapi kalau tak dapat jangan plak tak nak study lagi k.. Abg harap adik jgn lawan ckp Mama dan Bapa.. Jgn tinggikan suara pada orang tua kita k.. Tak baik...  Biarpun kekadang tak suka orang tua kita bagi ceramah free.... Tapi ingat dan fikir bebaik napa dOrg marah dan berleter pasal benda tu.. Mesti ada sebab musabab kenapa orang tua kita cakap macam tu... Abg harap adik dapatlah tengok²kan Mama dan Bapa dikala Abg berada jauh dari pandangan Mama dan Bapa.. Rajin-rajin tolong Mama dan Bapa k.. Jangan malas-malas...

By the way, smoga kamu semua sihat selalu, dimurahkan rezeki.. Dipermudahkan apa sahaja yang sedang kamu lakukan dan semoga tercapai apa yang dihajati..  Good Luck my siblings.. Best of luck in everything you all do.. Love you'll so much... Muah!

Buat sepupu².. saudara².. kawan².. sahabat²... Terima kasih atas segala wishes kOrg.. kOrg semua mmg best.. mmg sporting.. mmg baik.. Tak lupa juga kawan-kawan yang wish kat FB, terima kasih bebanyak.. Ada lebih kurang 300 wishes yg saya kena reply.. Mmg jenuh nak mereply 1 1.. Tp xpa.. Saya tabahkan untuk reply semua..  Insha Allah.. Tapi kalau ada yg t'miss maafkan saya k.. hehehe.. Thanks all of u.. Thanks so much.. Love.. love and love you all..

Oh tak lupa kepada twin saya Khairi Azahari Asirin, Happy Birthday Twin.. Dan kepada semua yang juga menyambut birthday sama seperti saya.. "Happy Birthday to Us!!!!"
Hehehe.. Love you all.. Happy Happy... ^^, 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...