K A W A N

Showing posts with label Candid Photography. Show all posts
Showing posts with label Candid Photography. Show all posts

Friday, December 30, 2011

Jumaat Yang Terakhir..


سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.




Suatu ketika dahulu..
Pada tarikh 07.01.2011, merupakan Jumaat yang pertama dalam tahun 2011.
Hari ini 30.12.2011, merupakan Jumaat yang terakhir pada tahun 2011.


Maka pada hari ini..
Seluruh umat Islam akan menunaikan Solat Jumaat yang terakhir secara berjemaah.
Selamat menunaikan Solat Jumaat kepada seluruh muslim dan muslimat.
Tajuk Khutbah Jumaat kali ini:-
"Integriti Teras Kekuatan Ummah"


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Begitu cepat masa berlalu.
Dulu kita ternanti-nanti tahun 2000.
Membayang-bayangkan akan tahun 2000 itu sepertimana.
Sedar tak sedar kini kita sudah dipenghujung tahun 2011.
Tahun 2012 bakal tiba sejenak lagi.


Begitu banyak benda yang terjadi disepanjang tahun 2011 ini.
Sama ada suka mahupun duka.
Sama ada salah mahupun betul.
Apa pun itu semua sudah direncanakan Allah.
Terpulang..


Ya terpulang pada diri untuk mentafsirkan mengenai agenda-agenda yang Allah telah rencanakan untuk diri masing-masing. Tapi harus sentiasa ingat, Allah tidak pernah membebankan umat-Nya dengan bebanan yang tidak termampu untuk umat-Nya tanggung. Setiap perkara pasti ada hikmahnya dan yakinlah setiap perkara itu ada kebaikannya. Yakinlah Allah sentiasa sayang akan kita. 


Jangan bersedih... Yakinlah Allah sentiasa bersamamu.


p/s: Maafkan diri yang kerdil ini, andai ada yang pernah tergusir atau diguris disepanjangan perkenalan kita. Sama ada secara maya mahupun realiti. Maafkan kekhilafan itu. Maafkan aku.. 

Wednesday, December 21, 2011

#WW17 | The Ride Worthwhile


Al-salāmu'alaykum WBT.



p/s:
Happy Birthday to 'you'..
Semoga kamu gembira selalu..
Semoga diberikan kesihatan yang berpanjangan..
Semoga dipermudahkan segala urusan..
Semoga dimurahkan rezeki..
I'm happy for you..

Friday, December 2, 2011

The Shades!

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.


"Life is like a good black and white photograph, there's black, there's white, and lots of shades in between."

p/s: Selamat Hari Jumaat!! 

Tuesday, November 22, 2011

Malaysia ILYSM!!


سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.


Garuda sudah tidak bisa terbang tinggi...

Jika mereka ada Garuda Muda..
Kita ada Harimau Muda..

Kita menang sebab kita ada Muslim..
Kita menang sebab kita ada Thamil..
Kita menang sebab kita ada Apek..
Kita menang sebab kita ada Guru..
Dan;
Yang paling penting..
Kita menang sebab kita ada ONG lah!!

Hahahaha...
Tahniah MALAYSIA!!!
Sayang MALAYSIA!!!
Cinta MALAYSIA!!!

Thursday, September 22, 2011

Kerinduan Abadi


سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Location: Menumbok - Labuan | Labuan Ferry

Sahabat yang baik adalah lebih baik daripada seorang kekasih yang tidak jujur.
Ini kerana persahabatan yang unggul lebih baik daripada percintaan.
Tanpa persahabatan, percintaan akan berakhir tetapi tanpa percintaan,
persahabatan boleh kekal. Oleh itu hargailah persahabatan yang terjalin.
Persahabatan yang sejati akan membawa kerinduan yang abadi.



Mood: Rindu sahabat-sahabat lama....

Wednesday, September 21, 2011

#WW9 | Wordless Wednesday #9

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

“Don't become a victim of yourself. Forget about the thief waiting in the alley;
what about the thief in your mind?”
Location: Jalan Masjid India





Tuesday, August 16, 2011

Ramadhan Al-Mubarak bukan Ramadhan Al-Murtabak!!


سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.
"Salam Ramadhan Al-Mubarak"


"Curiosity"
Location: Bazaar Ramadhan | Presint 2 | Putrajaya
Searching food for Iftar is really tiring!!
Location: Bazaar Ramadhan | Presint 2 | Putrajaya
Bertiga-tigaan lebih baik bukan?
Location: Bazaar Ramadhan | Presint 2 | Putrajaya


Aku rindu menekan shutter!
Aku rindu melihat sesuatu dari viewfinder!
Aku rindu bermain dengan white balance!
Aku rindu akan kepantasan shutter speed!
Aku rindu akan ISO!

Aku rindu candid street!
Aku rindu akan moment yang indah!
Aku rindu untuk berKARYA!

TAPI..

Aku sedih Ramadhan semakin berlalu pergi...
Semakin hari semakin dia (Ramadhan) berlalu pergi meninggalkan kita..

Hati risau dan resah..
Puasaku diterimakah?
Dosa-dosaku diampunkan kah?
Aku bukan orang yang rugi dan celaka bukan?

Ya ALLAH
Sesungguhnya yang baik itu datang dari-MU ya Allah,
Yang buruk itu datang dari aku sendiri..


p/s: Sahabat-sahabatku ingatlah, ini Ramadhan Al-Mubarak bukan Ramadhan Al-Murtabak!!

Wednesday, August 10, 2011

#WW6 | Wordless Wednesday #6


سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.
"Salam Ramadhan Al-Mubarak"

Ayah.. adik dah boleh buka puasakan??
Location: Bazaar Ramadhan  | Presint 2 | Putrajaya



Thursday, August 4, 2011

Muslimah | Mukminah

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.
"Salam Ramadhan Al-Mubarak"

Bicara seorang penulis...

Kita perempuan. Kita juga beragama Islam. Maka kita adalah seorang muslimah. Ada orang yang akan membantah. Katanya, aku tidak warak jadi tidak layak digelar muslimah. Eh.. usahlah sensitif sangat! Muslimah itu perkataan Arab. Maksudnya, tidak lain tidak bukan.. perempuan beragama Islam. Terma ini tidak ada kaitan pun dengan warak atau tidak warak. Lainlah jika perkataan mukminah. Itu maksudnya perempuan yang beriman dan warak.

Sesungguhnya, terma mukminah inilah yang belum layak disandang oleh ramai perempuan. Malah, ada yang tidak suka! Dalam facebook, saya sering bersembang dengan rakan-rakan dan bekas pelajar saya. Biasalah, bermacam-macam karakter mereka kerana dilahirkan dengan latar belakang berbeza. Kebanyakannya berstatus anak orang berada. Tidak pernah langsung mengenal erti susah.


Ada seorang bekas pelajar yang sangat moden ini cepat melatah apabila saya bertanya, "Kenapa awak pakai tudung masa bulan puasa saja? Cikgu tengok, awak lebih cantik dan manis jika bertudung."

"Alah cikgu... saya malulah. Saya belum bersedia nak pakai tudung sepenuh masa. Lagipun, saya bukanlah perempuan beriman." Noktah!

Astaghfirullahalazim... pengakuannya itu amat menyentap dada. Apakah dia ingat, iman itu boleh dibuat mainan? Jika malu hendak mengaku sebagai perempuan yang warak sekalipun, tidak perlulah menyebut 'bukan perempuan beriman'!

Mungkin pada pelajar ini, beriman maksudnya sopan santun, memakai tudung dan hidup berlandaskan syariat sepenuhnya. Sedangkan dia masih muda, masih mahu bebas bersuka ria dan tidak dikongkong oleh batasan syariat.

Walau apa sekalipun tafsirannya, saya kira pegangan pelajar perempuan ini salah. Jika masih belum mahu mentaati ajaran Islam sepenuhnya, usahlah sampai melabel diri sesuka hati, bimbang akan menjadi syirik pula nanti.

Kita dilahirkan beragama Islam. Jadi, usah sesekali mensia-siakannya. Islam sudah ada dalam diri, ketika masih dalam kandungan ibu lagi. Iman juga sudah ada walaupun senipis kulit bawang. Jadi, ia perlu digilap dan dijaga biar bergemerlap di dalam diri. Usah biarkan ia pudar hingga kelama-kelamaan menjadi kelabu dan gelap. Akibatnya, hati akan kering dan mati.


Srikandi Islam pada zaman silam semuanya berlumba-lumba, hendak mencapai title mukminah ini. Jadi, kita juga mesti mencontohi mereka. Bukan apa, kerana wanita beriman banyak disebut di dalam al-Quran. Jaminan keuntungan untuk wanita beriman juga sangat banyak. Wanita beriman juga amat dirindui oleh syurga-NYA.

Islam adalah satu-satunya agama yang diterima dan diredhai oleh ALLAH S.W.T seperti firman-NYA dalam Surah Ali Imran ayat 19 yang bermaksud: Sesungguhnya agama yang benar dan diredhai di sisi ALLAH ialah Islam.

Akuilah, apa yang diajar oleh agama kita ini cukup indah dan mudah. Saat ini, kita hanya perlu menerima dan boleh mengamalkannya sahaja secara terbuka. Tidak sama seperti srikandi Islam zaman lampau yang hanya boleh mengamalkan Islam secara sembunyi kerana bimbang akan diseksa. Malah, ketika mula hendak menyebarkan Islam, Rasulullah s.a.w sendiri pernah dicerca dan dipulaukan oleh kaumnya sendiri.

Islam maksudnya sejahtera. Jadi, apabila kita mengaku diri sebagai seorang muslimah, maka kita sudah masuk dalam golongan yang selamat dan sejahtera. Kemudian, apabila kita mengamalkan semua perintah dan meninggalkan semua larangan, kita semakin menghampiri taraf seorang mukminah, iaitu wanita yang beriman pula. Ya... semudah itu sebenarnya, jika kita tidak membantah!!


p/s: Cerita ini adalah hasil tulisan Puan Ruhana Zaki di bab awal buku beliau yang bertajuk "Kerana-MU AKU BERUBAH". Sungguh indah hasil tulisan penerima Pingat Emas Al-Imam Al-Ghazali, Anugerah Khidmat Cemerlang dan Anugerah Guru Pendidikan Islam Peringkat Negeri Selangor, 2009 ini. Baru baca bab pertama saya dah tertarik dengan penulisan beliau. Semoga kita semua mendapat syafaat daripada buku beliau. Insha'Allah saya akan kongsikan dengan anda semua info-info menarik daripada buku ini.

Wednesday, August 3, 2011

#WW5 | Wordless Wednesday #5

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.
"Salam Ramadhan Al-Mubarak"

"You must have been a beautiful baby, 'Cos baby just look at you now."


Friday, July 22, 2011

Berprasangka Baik

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Kadang-kadang hati berasa curiga dengan orang..
Perasaan curiga datang akibat persekitaran sekarang..
Kepercayaan sesama insan, lama-kelamaan semakin menghilang..
Menghilang kerana jarang disemai nikmat berkasih sayang..

A lovely kiss from her daddy.. Sweet right..
Location: Monumen Alaf Baru | Presint 2 | Putrajaya

Agama Islam amat menganjurkan umatnya supaya bersifat dengan sikap berprasangka baik di dalam kehidupan berbanding dengan sikap berprasangka buruk yang jelas sekali begitu keji dan tercela. Seorang ulama terkenal Syeikh Abdul kadir al- Jailani pernah berpesan kepada kita dengan katanya: 

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu "Mungkin kedudukannya di sisi Allah SWT jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku". 

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) "Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepada-Nya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku".

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu) "Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku." 

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu) "Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku." 

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu):
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepada-Nya padahal aku mengetahui akibatnya. Aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu)
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk".


p/s: Yang baik datangnya dari Allah swt.. Yang buruk dan jelek semuanya datang dari diri aku sendiri.. Renung-renungkan.


p/s/s: Tapi berhati-hati itu perlu juga.. Tepuk dada tanya iman.. Semua dah besar panjang dah boleh bezakan mana yang baik dan mana yang burukkan.. heee.. 


Wednesday, July 20, 2011

Putrajaya Flower & Garden Festival 2011

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Okay hari ini sudah 3 hari Floria di Putrajaya melabuhkan tirainya, Floria 2011 ini telah secara rasminya ditutup kepada pengunjung pada hari Ahad yang lepas itu pada 17 Julai 2011 (Hari Ahad). Untuk rekod saya telah ke Floria 2011 ini sebanyak 2 kali untuk merakamkan berpuluh-puluh jenis bunga-bungaan dan moments yang ada disana. Rasanya tak semua dapat saya rakamkan tapi syukur Alhamdulillah ada jugalah telah dirakamkan sebagai kenang-kenangan. Rasanya itu lebih penting bukan. So lets us enjoy the photos..

I'd rather have roses on my heart than diamonds on my neck.
Flowers always make people better, happier, and more helpful;
they are sunshine, food and medicine for the soul.
 
Love is like a butterfly:  It goes where it pleases and it pleases wherever it goes.  
"Knowing trees, I understand the meaning of patience.
Knowing grass, I can appreciate persistence."
There are always two people in every picture: the photographer and the viewer.

EB kata:
Ini adalah antara ratusan gambar yang saya dapat kongsikan semasa Floria di Putrajaya baru-baru ini. Insha'Allah andai ada kelapangan serta kesempatan akan saya kongsikan lagi kepada anda semua gambar-gambar yang selebihnya (mungkin ada Part 2). Bermacam-macam ragam dan moment  yang dapat saya rakamkan. Sungguh indah dan sungguh menghiburkan. Walaupun sendirian namun saya dapat rasakan kepuasan, sehinggakan saya mampu tersenyum dikala melihat daripada viewfinder kamera saya sendiri. Dalam hati berkata "Huu.. what a moment.. Thanks Allah for this wonderful moments.."

p/s: Sehingga berjumpa lagi di Floria 2012 Insha'Allah andai kita punya kesempatan.. 

Thursday, July 14, 2011

Hmmm.. Takkan menang punya..

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Hmm.. Takkan menang punya ni..
Hmm.. Tengok tu tak lawa pun..
Tengok yang ini, nampak tak real je.. Nampak macam dibuat-buat..
Alaa ko tak payah hantarlah, takkan menang punye.. 

Ini adalah kata-kata yang aku dapat daripada seseorang tatkala dia melihat-lihat gambar-gambar yang ingin aku hantar untuk sebuah pertandingan fotografi di tempat aku bekerja ini. Pertandingan fotografi ini bersempena dengan sebuah kempen iaitu 'Kempen Senyum' yang telah dilancarkan oleh PM yang mana beliau juga merupakan Menteri Kewangan di Kementerian aku ini.

Bagi pertandingan fotografi ini, para peserta diwajibkan untuk mengambil gambar semasa 2 hari Pesta Sukan Perbendaharaan kali XXI bagi tahun 2011 ini berlangsung di UKM, Banggi. Anda boleh baca entri INI kalau dah lupa. Syukur Alhamdulillah walaupun tidak diberi kata semangat dek orang yang melihat gambar aku sebelum ini, akhirnya keputusan pertandingan telah diumumkan dan syukur Alhamdulillah aku telah mendapat tempat ke-3 dalam pertandingan fotografi tersebut. 

Naa secara tidak langsung membuktikan gambar aku masih mempunyai daya tarikannya sendiri walaupun aku tidak memenangi tempat pertama. Kepada orang yang berkata TIDAK kepada gambar aku, inilah buktinya. Tidak perlu aku bersuara untuk menidakkan kata-kata mu itu. Lain kali tak perlulah tipikal sangat. Bukan aku pinta kata-kata pujian tapi tidak pula aku inginkan kata-kata hinaan. Cukuplah sekadar kata-kata semangat yang boleh mendorong agar aku terus berkarya.

Gadis ini walaupun bersuara kecil tapi tetap bersemangat memberikan sokongan kepada pasukannya..
Location: UKM, Banggi
Terima kasih diucapkan buat juri yang telah memilih gambar yang tidak seberapa ini. Terima kasih juga diucapkan kepada Si Gadis di atas ini, kerana mempunyai senyuman yang sungguh menawan. Maafkan aku kerna aku tidak mengetahui namamu, tapi aku tetap akan mengenali wajahmu sampai bila-bila. Juga terima kasih diucapkan kepada Encik-Encik yang mengatakan gambar-gambar aku tidak akan menang kerana membuatkan aku lebih bersemangat untuk berkarya selepas ini. Syukran ya Allah..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...