K A W A N

Showing posts with label Wedding. Show all posts
Showing posts with label Wedding. Show all posts

Sunday, June 24, 2012

The Wedding of Izudin + Zilfalinda



سم الله الرحمن الرحيم 
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm 
 Al-salāmu'alaykum WBT.



Wedding : Izudin + Zilfalinda
Date : 14 April 2012
Venue : Taman Ehsan Ibu, Rawang, Selangor
Photo by EB Junaidi




p/s: Mohon sejuta kemaafan buat semua rakan bloggers, EB dah lama giler tak update blog. Terlalu banyak kekekangan waktu yang menyebabkan EB tak dapat nak update blog EB ni. Ini pun baru saja selesai photoshoot dekat Taman Tasik Titiwangsa. Apa-apa semoga sahabat-sahabat bloggers semua masih sudi singgah ke blog yang telah lama EB biarkan ni. Buat pengubat rindu EB tempekkan beberapa keping gambar perkahwinan yang EB ambik dalam bulan April yang lepas. Semoga terhibur. Hehehe...

Wednesday, March 7, 2012

Wedding of Ady & Wati | 220112


سم الله الرحمن الرحيم 
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm 
 Al-salāmu'alaykum WBT.



Wedding of Ady & Wati
Date : 22 January 2012
Venue : Dewan Perdana Keramat Mall
Photo by EB Junaidi





p/s: Sejuta kemaafaan buat sahabat bloggers sekalian, sungguh kesibukan kerja begitu mencemburui diri ini untuk meng'update' blog ini.. 3 keping gambar ini untuk tatapan serta pengubat kerinduan anda semua.. Semoga kita semua dilindungi Allah SWT. Ameen..

Thursday, February 2, 2012

Zahrul + Emma | 11.11.11

سم الله الرحمن الرحيم 
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm 
 Al-salāmu'alaykum WBT.


Wedding of Zahrul + Emma
Venue: Jalang Enggang Timur 8 | Kg. Melayu, Subang
Date: 11.11.11 | 20.11.11 | 26.11.11
Photographer: EB Junaidi | Megat Rohaizal









Thursday, January 19, 2012

Haire ♥ Syila

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.



Wedding of Haire & Syila
Venue : FRIM, Kepong, KL
Date : 26-27 November 2011
Photographer : EB Junaidi & Megat Rohaizal





Berminat dengan perkhidmatan saya?
Wedding | Portraiture | Event


Sila hubungi saya melalui:-
No. HP : 017-6956587
E-mel : asynor@gmail.com
FB : http://www.facebook.com/iAsynor
500px : http://www.500px.com/ebjunaidi

Monday, January 9, 2012

Kau Mencintaiku..


سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.




Kau mencintaiku..
Seperti bunga mencintai titah Tuhannya
Tak pernah lelah menebar mekar aroma bahagia
Tak pernah lelah meneduhkan gelisahnya lagi


Kau mencintaiku..
Seperti matahari mencintai titah Tuhannya
Tak pernah lelah memberi cerah cahaya
Tak pernah lelah menghangatkan jiwa


Kau mencintaiku..
Ku mencintaimu..

Wednesday, December 7, 2011

#WW15 | Musim Mengawan!


سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.




Terima kasih kepada kedua mempelai (Zahrul♥Emma) kerana memberi kepercayaan kepada diri ini untuk merakamkan detik-detik indah ketika kamu berdua disatukan dalam sebuah hubungan yang halal.

Selamat Pengantin Baru saya ucapkan!
Semoga berbahagia sehingga ke akhirat nanti..
Insha'Allah. Amin.


p/s: Banyak giler gambar wedding nak kena edit! -_-

Tuesday, July 26, 2011

Bridal Outing | Iman ♥ Amar

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Ok hari ini aku ingin menunaikan janji. Sebuah janji yang aku pernah janjikan pada entri ini ~ Bridal Outing | Taman Botani, Putrajaya. Alhamdulillah aku punya masa untuk melangsaikan janji aku untuk anda semua. Walaupun sebentar lagi ada bacaan Yasin dan Tahlil di aras aku ini. Namun aku hendak juga menunaikan janji, aku takut terlupa lagi. So hari ini aku akan paparkan gambar-gambar semasa outing tersebut. Mungkin tak semua tapi ini adalah antara sebilangan gambar yang menarik untuk dilihat. Moga-moga kepada yang belum berkahwin seperti aku mempunyai semangat yang jitu untuk berumahtangga selepas ini. Insha'Allah. Jom layan gambar..

Oh sebelum itu, pasangan yang dipertanggungjawabkan kepada aku untuk menghasilkan potret mereka ini adalah saudari Iman Nurdian dan saudara Amarruddin Khalid dan mereka telah dicantikkan dan dihensemkan oleh Jurusolek aka MUA, Kak Masliana. Terima kasih atas segala kerjasama yang diberikan. I ♥ you all...







So guys, what you words??
Ada sesiapa yang nak tempah saya untuk majlis perkahwinan anda? Hehehe...

Ok FYI, saudara Amar bukanlah talent yang sepatutnya digandingkan dengan saudari Iman. Oleh kerana, talent yang sepatutnya digandingkan dengan beliau tidak dapat menghadirkan diri atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan makanya saudara Amar (BF) beliau terpaksa mengantikan tempat talent tersebut. So sila abaikan kasut pahlawan moden yang dipakai beliau jika anda semua perasaan ada sesuatu yang ganjil dalam beberapa keping gambar yang saya paparkan disini (rasanya sekeping je kot..). Harap maaf atas kesulitan tersebut. (Dah namanya bidan terjunkan.. hehehe..)

So sebelum mengundur diri untuk ke Majlis Tahli tersebut, ampun maaf dipinta andai ada sesiapa yang pernah tersinggung atau disinggung sepanjang saya berkarya dan berblogging disini. Ampun maaf seikhlas hati, andai ada kekasaran bahasa mahupun terlanjur tingkahlaku yang tidak sopan daripada saya. Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua sahabat-sahabat bloggers... 

p/s: Tak sabar nak puasa....

Friday, April 15, 2011

Sebelum Dibius Cinta! | Soalan Lelaki Kepada Pasangannya

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Selamat hari Jumaat kalian. Baru sahaja selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Putra, Putrajaya. Khutbah Jumaat hari ini bertajuk "Kepimpinan Taklif Bukannya Tasrif (Kemuliaan)" Insha'Allah akan saya kupas di entri selepas ini. Entri kali ini adalah sambungan kepada entri "Sebelum Dibius Cinta! | Soalan Perempuan Kepada Pasangannya" yang lepas. 

Sekali lagi suka saya mengingatkan entri ini adalah untuk mengajak pasangan yang sedang mabuk cinta, belangkas yang sedang bertelinga tuli daripada nasihat-nasihat di sekitar mereka, supaya dapat duduk sejenak dan berusaha untuk menjawab soalan-soalan realiti yang saya senaraikan ini.

SOALAN LELAKI KEPADA PASANGANNYA

Photo credit to Bdak Itam
Keceriaanku mungkin pudar oleh tekanan kerja dan kehidupan. Aku cenderung untuk diam dan senyumanku mungkin kurang manis dan indahnya. Diri ini yang pada masa ini suka bergurau senda, ketika pulang dengan kerut dahi, kurang sense of homour, dan hanya bercakap benda-benda besar yang serius. Sabarkah engkau dengan perubahanku ini nanti? Masih kuatkah cintamu kepadaku?

Tekanan hidup mungkin menyebabkan perananku sebagai suami kepadamu terjejas. Upayaku untuk memberi nafkah batin kepadamu terganggu dan untuk menyuarakannya kepadamu aku terasa malu. Masalah mati pucuk yang sering menimpa lelaki yang tertekan dengan pekerjaan dan kehidupan menggugat kepuasan dirimu sebagai isteriku. Sabarkah engkau dengan keadaan itu, dan apa rancanganmu untuk kita menempuh saat-saat itu? Terjejaskah cinta kita di hatimu?

Andai kerjayaku dirempuh badai dan surut seketika, kewanganku dan keluarga kita jauh dari mencapai sempurna keperluan. Keluarga dan teman mencemuhmu kerana 'menanggung' aku sebagai seorang suami yang dilabel dayus. Aku akan berusaha agar ia hanya seketika, namun sabarkah engkau menempuhnya? Masihkah aku kekasih hatimu?

Aku menjadi seorang lelaki yang menjemukan. Aku mengharapkan dirimu sebagai insan yang akan membantu menceriakan aku, namun sabarkah engkau dengan diriku dan mampukah cinta kita di hatimu terus membenih bahagia?

Jika kerjayaku berkembang di luar jangkaan kita, engkau terpaksa berkongsi diriku dengan massa, dan aku terpaksa selalu ke sini sana untuk bekerja, sabarkah engkau dengan suasana itu, dan adakah aku masih cinta hatimu?

Jika aku disalahkan doktor tidak mampu memberikan kita zuriat, rumah tangga kita sunyi tanpa cahaya mata, apakah engkau masih sudi menemaniku dalam bahtera rumah tangga kita?

Sekiranya rumah tangga kita teruji apabila aku ditimpa kemalangan atau strok yang melumpuhkan pergerakan fizikal serta upayaku sebagai suami, kencing berakku yang bertubuh berat ini di dalam kain pelekat yang pernah engkau hadiahkan kepadaku, apakah ia menggugat cinta kita dan mampukah engkau terus hidup di sisiku yang hanya suamimu dengan status suami tanpa mampu melaksanakan banyak tanggungjawabku sebagai suami?

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Seorang suami dan seorang isteri, akan berusaha dan berdoa agar tidak teruji dengan situasi sedemikian rupa. Memohon kepada Allah agar tidak dibebabkan dengan ujian di luar upaya diri.

"... Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya."
(Al-Baqarah: 286)

p/s: Renung-renungkan.....

Thursday, April 14, 2011

Sebelum Dibius Cinta! | Soalan Perempuan Kepada Pasangannya

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

(Klik untuk lebih asyik)

"Bodoh punya batu, kenapa kau langgar kekasih aku?" marah seorang lelaki kepada seketul batu yang  'melanggar' buah hatinya.
"Oh Abang, biarpun baju Abang masam, masam itulah masam-masam manis jiwaku!" kata seorang 'gelifriend' kepada 'buayafriend' beliau.

Dialog di atas adalah ayat-ayat cinta yang biasa. Biarpun bunyinya sangat luar biasa kepada manusia biasa, ia amat biasa dan perlu bagi dua belangkas yang sedang mabuk cinta. Sama ada cinta di antara dua pasangan yang belum bernikah, atau pengantin baru yang sedang menikmati bulan-bulan madu mereka.

©Adznor Photography
Memang cinta itu luar biasa. Cinta bukan sahaja buta, malah boleh membutakan lagi melumpuhkan mereka yang terkena panahannya. Kemabukan cinta ini menyulitkan kita untuk merasionalkan perbincangan. Perbahasan-perbahasan tentang do's and don'ts yang dikemukakan untuk keelokan jangka panjang cintanya, ditepis sambil pandangan melirik sebelah mata sahaja.

Oleh itu, saya ingin mengajak setiap pasangan yang masih 'sedar' sebelum dibius cinta, agar menjawab soalan-soalan berikut dengan jujur dan telus. Jangan tergesa-gesa menjawabnya, fikirkan satu persatu, sehari demi sehari, sebelum menabur janji menyulam kata, sebelum janji dimeterai, sebelum ikatan disahkan dan dihalalkan agama:

SOALAN PEREMPUAN KEPADA PASANGANNYA

Syukur Alhamdulillah, aku disahkan mengandung. Tetapi alahanku menyebabkan aku tidak mampu mencium baumu sayang. Mendekatimu sahaja sudah cukup mengundang loya. Entah berapa lama, mungkin sebulan dua, mungkin empat bulan atau lima. Ada kemungkinan bukan sahaja untuk kandungan kali pertama, malah yang depan-depan juga. Sabarkah engkau dengan kerenahku? Masihkah aku ini cintamu di kala itu?

©Adznor Photography
Semasa mengandung, aku tidak lalu makan, mulutku asyik mengeluh sakit sini sakit sana. Tidur sering tidak lena, aku ceria berubah jadi pemarah dan sering berduka. Bukan aku sengaja, tetapi segala yang kurasa di setiap inci tubuhku, menimbulkan resah dan tidak selesa. Sabarkah engkau dengan kelemahanku ini?

Semasa mengandung, upayaku untuk melayan keperluan batinmu tidak seperti biasa. Aku lemah, sering juga hambar tiada penariknya. Sehebat-hebat mujahadahku, diri ini amat terbatas dalam upaya berperanan sebagai isterimu. Masihkah aku buah hatimu?

Semasa kita mula berumah tangga, pasti hidup kita indah bagai di syurga. Tambah pula dengan kurniaan cahaya mata pertama. Namun, ketika cahaya mata bertambah bilang, kerjaya kita semakin berkembang. Pendapatan bertambah, tanggungan dan beban juga bertambah. Dalam suasana yang banyak tekanan dalam rumah tangga kita, apakah engkau masih mampu ceria? Sabar dengan kerenah anak-anak dan ibu mereka, terus tersenyum menawarkan bahagia?

Selepas beberapa tahun berumah tangga, aku belum merahimkan cahaya mata impian kita, saudara-mara dan teman memperlimu dan menuduh engkau bukan jantan. Sedangkan aku punca sepimu tanpa zuriat. Di kala engkau diasak keluarga dan teman, masihkah aku ada tempat di lubuk cintamu?

Jika aku ditakdirkan Allah diuji dengan barah payu dara, terpaksa mengorbankan salah satu atau kedua-duanya, kimoterapi meluruhkan rambutku yang pernah menjadi pujianmu, tubuh lemahku menumpang kasih dalam pelukanmu, berak kencingku di dalam kain batik yang pernah engkau hadiahkan kepadaku, masihkah engkau mencintaiku?

Aku sangat-sangat tertarik dengan persoalan-persoalan yang ditimbulkan dalam buku "Bercinta Sampai Ke Syurga" tulisan Ustaz Hasrizal Abdul Jalil ini. Aku sedang membaca buku ini sekarang, banyak ilmu serta info-info yang aku perolehi dan aku rasa aku perlu kongsikan kepada anda semua rakan-rakan bloggers. Terutamanya pasangan yang sedang hangat bercinta/bakal bercinta/belum bercinta, marilah kita sama-sama fikir-fikirkan dan renung-renungkan artikel di atas.

p/s: Nantikan selepas ini "Soalan Lelaki Kepada Pasangannya"

Credit to:-
Ustaz Hasrizal Abdul Jalil - Penulis buku "Bercinta Sampai ke Syurga"

Friday, January 21, 2011

Kahwin Jangan Tak Kahwin

Al-salāmu 'alaykum | "Selamat sejahtera ke atas kamu semua"

Setiap kali majlis nikah, ia biasanya dilangsungkan di masjid mahupun di surau. Jadi, di situ biasanya ahli keluarga terdekat dan rakan taulan hadir untuk menyaksikan sendiri majlis bersejarah yang menyatukan dua hati.

Biasanya, jika dilakukan di masjid, semua yang hadir perlu mematuhi adab memasuki masjid. Sudah pasti, antara lain yang dipatuhi ialah adab menutup aurat dengan sempurna.

Jadi, di situ dapat kita lihat ramai yang hadir cantik menutup aurat khususnya yang perempuan, termasuklah perempuan yang akan dinikahkan.

Alangkah indahnya majlis penyatuan hati disertai oleh orang-orang yang patuh pada tuntutan agama. Aurat dijaga, kelakuan diperhati. Si pengantin perempuan elok menutup aurat, duduk tertunduk mengenang hari-hari yang bakal dilalui sebagai isteri sejurus lafaz nikah oleh bakal suaminya disahkan.

Namun yang sedihnya, ia hanya setakat majlis nikah itu.

Apabila tiba majlis persandingan, tudung hilang entah ke mana, aurat terdedah di sini sana.

Tiada lagi kesucian majlis sepertimana yang ada pada majlis nikah sebelumnya. Itu belum lagi dibincangkan hal tingkah laku yang ada kalanya hilang kawalan. Dalam sedar mahupun tidak, banyak mata yang memerhati.

©2011 | Aminor & Butiwana (Post-Wedding) | Semoga berbahagia sehingga ke Akhirat nanti..
Malangnya, bukannya semua yang hadir ke majlis persandingan adalah mahram kepada pengantin. Sudah tentu hadirin terdiri daripada orang-orang yang bukan mahram juga, yang tidak halal mata mereka menjamah aurat pengantin, khususnya yang perempuan.

Jika dalam majlis nikah, segala tuntutan agama boleh dipenuhi, mengapa tidak meneruskannya dalam majlis persandingan pula?

Apakah ada beza amalan agamamu ketika majlis nikah dan ketika majlis persandingan? Apabila ada beza auratmu kepada yang bukan mahram ketika di masjid dan ketika di luar masjid? Mengapa ada kesedaran bahawa agamamu ialah Islam ketika dinikahkan, tetapi tidak ketika berada di persandingan?

Pelik. Tetapi itulah realitinya yang kerap berlaku sekarang.

Buat bakal pengantin, sedarlah bahawa Islam mewajibkan umatnya menutup aurat kepada orang yang bukan mahram setiap masa dan tidak kira di mana-mana.

Nasihat ini bukan khusus untuk wanita sahaja. Buat keluarga pengantin perempuan, tunjukkanlah cara yang terbaik yang menurut tuntutan Islam dalam menganjurkan majlis. Buat si bakal suami, ketahuilah bahawa sejurus lafaz nikah disahkan, tanggungjawab, dosa dan pahala isteri ditanggung suami. Usahlah menjadi suami yang dayus dengan membenarkan isteri mendedahkan auratnya.

"Seolah-olah tidak ada makna dan tidak istimewa nikah yang dilafazkan sekiranya mata orang-orang yang bukan mahram berkongsi melihat aurat isterimu."

Muhammad Zaki Ramli | Editor: Raidah




p/s: Saban hari kita semakin lupa hukum-hukum agama dalam bab perkahwinan. Saya bukan ahli agama tapi saya masih ada agama. Sekadar berkongsi..

Monday, December 27, 2010

Aku HALAL untuk Kamu

EB© | Resepsi Mohd Fitri dan pasangannya Siti Norjannah 
Assalammualaikum wbt,

Selamat pagi semua, semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Pagi yang indah hari ini, suhu di office tidak sesejuk selalu dan begitu menyamankan (kalaulah boleh tidur lagi..). Kalaulah di ketika ini adalah  hari cuti mesti dah sambung tidur jawapnya. Seperti biasa Isnin merupakan hari yang sangat memalaskan dan membosankan. 

Seperti gambar yang anda lihat diatas, ada dua orang pengantin baru sedang bersuap-suapan. Mereka berdua merupakan sahabat kepada kekanda saya Mohd Aminor sewaktu berada di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Ranau (SEMEKAR) dahulu. Kini sekolah itu (SEMEKAR) telah berpindah ke tapak baru dengan bangunan sekolah yang baru dan dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Mohammad Ali Ranau (SMKAMAR).

Entri saya bukan hendak bercerita mengenai sekolah tersebut tetapi adalah untuk mengucapkan selamat pengantin baru buat kedua mempelai Mohd Fitri Jamri dan pasangannya Siti Norjannah Atimin yang telah melangsungkan perkahwinan seterusnya menjadi yang halal buat diri masing-masing pada 4 Disember 2010 (rumah pengantin perempuan) di Kg. Sumalang, Ranau dan pada 18 Disember 2010 (rumah pengantin lelaki) di Kg. Kimolohing, Ranau. 



بَارَكَ اللهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْكَمُاَ فِيْ خَيْرٍ

“Semoga Allah memberi berkah kepadamu dan atasmu serta mengumpulkan kamu berdua 
(pengantin laki-laki dan perempuan) dalam kebaikan.”HR. 
Penyusun-penyusun kitab Sunan, kecuali An-Nasai dan lihat Shahih At- Tirmidzi 1/316.




p/s: 
Selamat Pengantin Baru buat sahabatku Pitt, semoga ikatan yang halal lagi suci ini berkekalan sehingga ke akhir nanti. Mohon maaf kerna tidak dapat datang ke majlis kamu, mahal tiket boss. Gambar ini saya edit dalam versi hitam & putih khas untuk kamu. Harap kamu suka. Tidak lupa kepada abang saya Aminor atas gambar ini. Selamat pengantin baru Fitri dan Ana, maaf lambat update pasal perkahwinan kamu berdua.

Monday, December 6, 2010

Selamat Pengantin Baru Sahabatku

Salam,


Pada 12 Disember 2010 bersamaan dengan hari Ahad ini, salah seorang sahabat saya yang bernama Mohd Ezainudin bin Jambol akan melangsungkan perkahwinannya dengan pilihan hatinya Dinna @ Nina bte Mohd Nizam. Mohd Ezainudin atau panggilan glamernya Jai @ Jai Jaguh merupakan sahabat saya semasa menuntut di Politeknik Kota Kinabalu dahulu. Jai juga merupakan rakan sebilik saya daripada semester 1 sehinggala semester 4. Kami juga menuntut dalam pengajian yang sama iaitu dalam bidang Diploma Kejuruteraan Elektronik. Bermacam-macam kisah suka duka yang kami kongsikan bersama semasa sama-sama menuntut dahulu.

Sahabat saya ini, bertubuh kecil dan comel orangnya. Saya merasakan faktor tubuhnya kecil dan comel inilah yang menyebabkan bakal isterinya Dinna@Nina terpikat kepada akan tuan punya badan. Selain daripada sikapnya yang baik hati, peramah dan penyabar yang menjadikan dirinya begitu istimewa pada semua orang terutama kepada bakal isterinya. Dinna@Nina bakal isterinya ini merupakan seorang pensyarah di SSIL (Sekolah Sains dan Informatik Labuan). Mereka berdua sama-sama berkerja di UMSKAL (Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan).

Mereka berdua akan disatukan pada 12/12/2010 ini di Kg. Pohon Batu, W.P. Labuan. Sedih diri ini kerana tidak dapat menghadirkan diri ke Majlis Perkahwinan mereka. Ingin saja diri ini balik dan tangkap sebanyak mana gambar untuk dialbumkan kepada mereka dan diri ku. Tapi apakan daya, dek kerana berada jauh di negeri orang dan harga tiket kapal terbang yang begitu mahal, maka mustahil bagi diri ini akan berada di sana. Maka dengan itu, saya titipkan doa buat mereka yang berada jauh disana..

"Ya Allah, satukanlah hati kedua mempelai dengan iman, taqwa, dan keyakinan kepadamu. Jadikanlah mereka suami soleh yang sentiasa memimpin dan isteri solehah yang sentiasa membantu. Mewahkanlah rezeki mereka dan kurniakanlah mereka zuriat yang beriman, bertaqwa dan beramal soleh. Semoga kehidupan mereka dilimpahi Nur Iman dan dipenuhi Al-Muwaddah dan Ar-Rahmah didunia dan diakhirat, Amin Ya Rabbal Alamin."




Dengan ini saya sertakan aturcara Majlis bagi pengetahuan semua sahabat-sahabat,


ATURCARA MAJLIS (LELAKI)
9:00pg:  Jamuan Ringan
9:30pg:  Pengantin Lelaki Beredar ke Rumah Pengantin Perempuan

ATURCARA MAJLIS (PEREMPUAN)
10:00pg:  Ketibaan Pengantin Lelaki
10:10pg:  Majlis Pernikahan dan Kesyukuran
11:30pg - 2:00ptg:  Jamuan Makan



EB© | Selamat Pengantin Baru Jai

Monday, November 22, 2010

Musim Mengawan..

Zairey & Arinah Wedding | Akad Nikah

Musim Mengawan??
Apa tu musim mengawan.. Hehehe.. Apa yang saya maksudkan dengan 'Musim Mengawan' ini ialah 'Berkahwin'.. Hehehe.. Jangan salah faham kawan-kawan semua.. Hehehe.. Bulan November dan Disember ini, saya begitu banyak mendapat jemputan untuk ke Majlis-majlis Perkahwinan rakan-rakan saya.. Diseluruh pelusuk Malaysia ini sahabat-sahabat saya menjemput diri ini.. Tetapi begitu sukar untuk saya menghadiri semua jemputan tersebut.. 

Ada yang diadakan disemenanjung tapi bukan semuanya dekat-dekat.. Ada yang di negeri Kelantan, Terangganu, Pahang, Perak, Kedah dan lain-lain tempat lagi.. Di Sabah pun tak kurang hebatnya.. Walaupun di negeri sendiri tapi bukan semuanya dekat-dekat juga.. Ada yang di Sandakan mengambil masa 6jam untuk sampai daripada Kota Kinabalu, ada yang di Tawau mengambil masa 9jam perjalanan pula.. Aduh macamana ni?? Kalau tak pergi takut mereka kecil hati pula.. 

Dengan itu, buat sahabat-sahabat yang melangsungkan perkahwinan di masa terdekat ini... Saya memohon ampun dan maaf sekiranya saya tidak dapat hadir ke Majlis yang penuh bermakna buat anda.. Maafkan diri ini diatas kekurangan yang tidak dapat dielakkan.. Bukan maksud untuk tidak menghadirkan diri, bukan bermaksud diri ini sombong, bukan bermaksud diri ini malas.. Tapi lantaran kekangan waktu, wang ringgit dan bermacam masalah lagi yang tidak dapat dielakkan, maka saya tidak dapat hadir ke Majlis anda kawan-kawan ku.. 

Insha Allah buat Majlis Perkahwinan yang diadakan berdekatan dengan area tempat tinggal saya, saya akan datang untuk melantak juadah yang disediakan.. Hehehe.. Hari ini saya telah pergi 2 Majlis Perkahwinan.. 1st dekat area Subang.. Sebenarnya bukan kawan saya.. Tapi kwn kepada kawan saya Andy, so saya tumpanglah ke rumah rakannya Anuar yang berkahwin dengan pilihannya Mashitah.. Selepas itu, kami ke Shah Alam Golf Club untuk meraihkan Majlis Perkahwinan sahabat kami Wan Zayd dengan pilihan hatinya Nor Baizura.. Tahniah buat semua.. Buat pengantin, terima kasih kerana sudi menjemput kami.. Selamat Pengantin Baru..   

Zairey & Arinah | Sanding

Dengan itu, saya panjatkan kesyukuran buat sahabat-sahabat ku yang bakal melangsungkan perkahwinan.. "Semoga ikatan sah yang terjalin antara kedua-dua mempelai akan berkekalan sehingga ke Akhirat nanti.. Semoga saling berkasih sayang, semoga saling mencintai sehingga ke akhir nanti, semoga saling memahami dan menghormati sesama mempelai, semoga saling bertolak ansur, semoga segala-galanya dipermudahkan Allah swt.. Semoga tabah menghadapi dugaan dan rintangan dalam ranjau kehidupan, semoga dikuatkan iman dalam hati, semoga dimurahkan rezeki, semoga diberikan zuriat yang baik-baik, semoga segala-galanya dirahmati lagi diberkati Allah swt.. Amin"..

p/s: Selamat Pengantin Baru semua... Aku cemburu melihat Photog tu dengan gear mereka D700!!!!

Monday, November 8, 2010

Kahwin Awal

Cerita ini saya dapat dari Blog seorang gadis yang bernama Syarifah Nornazrah Al Yahya.. Cerita ini amat menarik, jadi saya nak share la dengan kamu semua ok.. Selamat membaca... 
_______________________________________________________________________________________________________________________

Nota : Bagaimana seorang pelajar tahun akhir Universiti yang hampir bunuh diri kerana depresi setelah ditinggalkan kekasih mengubah kehidupannya 180 darjah menjadikannya insan yang paling bahagia di muka bumi ini dengan perkahwinan di usia awal. Berikut adalah coretan terus dari hati dan mata pena beliau tanpa sebarang editing…

Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar. Jadi, Mengapa berkahwin? Kalau ikut kata mak ayah, “Nak bagi bini makan apa? Pasir?”

Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami “declare”, untuk bersedia untuk berkahwin. Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain. Kecewa? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri. Saya mengalami depression di maa saya disconnect dengan dunia luar.

Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang. Pada mulanya, saya ingat sekadar “cinta rebound”, tapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin. Pada mulanya, saya ingat satu gurauan. Akhirnya si dia berani call ayah saya, dan minta izin untuk berkahwin, kerana takut kehilangan saya lagi.

Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar, tahun 1 peringkat ijazah. Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya Cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian. Ayah saya bersetuju, dan memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.

Simple bukan? Kenapa perlu pening??? Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda. Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, rate hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?

Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K. Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu, da bukan cara Islam. Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki? Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk Disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.

Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba satu. Hantaran, majlis, belum baju, pelamin. Tapi cuba fikir, perlu tidak? Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru. Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada? Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan. Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang.

“Seganlah. Nanti orang kata apa.” .. “Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran”. Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah. Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama. Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah. Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500. Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.

Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar? Harga lampin pakai buang? Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting? Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah. Pening!! Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.

Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram. Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dulu. Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal. Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri. Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.

Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda. Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. Buat apa menyusahkan suami? Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya),untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.

Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima. Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda. Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda. Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.

Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa. Berkahwinlah! Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.


p/s: Ada tak lagi perempuan macam ni skrg ni??

Friday, October 29, 2010

Happy Anniversary

Assalamualaikum..

Hari ini 29 Oktober 2010, merupakan Ulangtahun Perkahwinan abang sulung saya yang bernama Mohd Aminor bin Junaidi dengan isterinya Butiwana binti Jalipen... Happy Anniversary buat kali ke-4 buat kamu berdua.. Semoga ikatan perkahwinan ini berkekalan sehingga ke akhirat nanti...

Abang sulung saya telah melangsungkan perkahwinan pada 29 Oktober 2006, sehari sebelum hari lahir saya.. hehehe ya betul sebelum hari lahir saya iaitu pada 30 Oktober.. Perkahwinan mereka ini telah selamat dilangsungkan di kediaman Kakak Ipar saya di Kg. Lohan, Ranau... Semua majlis dibuat di rumah pihak perempuan, termasuklah upacara berinai, bebadak, marhaban, sanding, potong kek dan lain-lain yang berkaitan dilakukan di rumah Kakak Ipar saya ini.. Majlis yang simple tapi penuh bermakna...

Sebenarnya perkahwinan abang saya ini amat memeranjatkan saya.. Sebab secara tetiba saja abang saya pula yang kahwin... Selama ini, saya yang dok mengurus sepupu².. cikgu².. serta kawan² saya kahwin.. Tak sangka plak tetiba giliran abang saya pula. yang kahwin.. Umur abang saya memang masih muda ketika itu.. Kalau tak silap saya abang saya berumur 21tahun sama dengan Akak Ipar saya.. Tapi kamu semua jangan fikir bukan-bukan pula, abang saya bukan kahwin koboi tau..Tidak kes-kes terlanjur² ni... Nauzubillah....

Abang saya dengan Akak Ipar saya ni sudah lama bercinta jarak jauh atau dalam istilah manisnya PJJ iaitu "Percintaan Jarak Jauh".. Di mana pada ketika itu Akak Ipar saya ini bertugas/berkerja di Semenanjung atau lebih tepat lagi di W.P.Putrajaya manakala Abang saya berkerja di Sabah... So mereka ini sudah bercinta bertahun-tahun sejak dari zaman sekolah lagi, dan mereka memang sudah lama di alam PJJ ni.. Kesian dOrgkan.. Dan kemuncaknya apabila kedua-dua orang tua telah berjumpa dan berbincang mengenai perkara ini... Dan juga disebabkan Akak Buty sudah berkali-kali memohon untuk pindah semula ke negeri asal tidak dilayan oleh pihak atasan maka kedua-dua pihak bersetuju untuk dilangsunglkan perkahwinan di antara Abang saya dan Akak Buty pada 29 Oktober 2010.. Great!!


Dengan sekali lafaz dan senafas (9saat), Kak. Buty kini sah menjadi isteri kepada Abang saya.. Saya turut berada ditempat kejadian untuk mengambil gambar dari segala sudut ketika berlangsungnya perkahwinan abang saya ini.. Saya lah photographer, saya lah tukang inaikan abang saya.. saya tukang andam abang saya.. serba serbi semuanya adalah saya.. hahaha.. saya bangga dapat urus majlis perkahwinan abang saya ni.. Ramai juga sahabat saya yang datang.. Dari jauh mereka datang menyaksikan persandingan abang saya walaupun mereka tak la berapa kenal abang saya ni.. hehehe....


Tapi saya kecewa jugalah sebab time saya jadi OP masa perkahwinan abang saya tu.. Saya tak ada DSLR lagi.. Berbekalkan Compact Digital Camera, Canon 6.0MegaPixel tu la semua moment perkahwinan abang saya dirakamkan.. Tapi setelah Abang saya telah mendapat seorang puteri hasil dari perkahwinan dengan Kak.Buty, pada Hari Raya Aidilfitri yang lalu saya bersama-sama adik saya Adznor telah berkomplot bersama untuk re-taken semua gambar perkahwinan abang saya ini.. Hahahah... Adik sya si Adznor ni geram sangat-sangat, kerna dia bukan sahaja tak dapat pergi masa Majlis Perkahwinan abang dia ni dulu malah dia cukup kecewa kerna dia tak ada gambar kahwin abang kandungnya sendiri tapi gambar perkahwinan orang lain/client dia banyak pula.. hehehe..

Ok la sampai disini sahaja buat kali ini.. So dalam entri yang lain saya akan post plak gambar yang telah kami ambik semula ok untuk perkahwinan abang saya k... Gambar ini abang saya berhajat untuk diframekan di dinding rumahnya yang kosong itu.. hehehe...

Ok.. Happy Anniversary to both of you..
Loving each other, forever and ever..
p/s: Aku bila nak kawen ni???

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...