K A W A N

Thursday, April 14, 2011

Sebelum Dibius Cinta! | Soalan Perempuan Kepada Pasangannya

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

(Klik untuk lebih asyik)

"Bodoh punya batu, kenapa kau langgar kekasih aku?" marah seorang lelaki kepada seketul batu yang  'melanggar' buah hatinya.
"Oh Abang, biarpun baju Abang masam, masam itulah masam-masam manis jiwaku!" kata seorang 'gelifriend' kepada 'buayafriend' beliau.

Dialog di atas adalah ayat-ayat cinta yang biasa. Biarpun bunyinya sangat luar biasa kepada manusia biasa, ia amat biasa dan perlu bagi dua belangkas yang sedang mabuk cinta. Sama ada cinta di antara dua pasangan yang belum bernikah, atau pengantin baru yang sedang menikmati bulan-bulan madu mereka.

©Adznor Photography
Memang cinta itu luar biasa. Cinta bukan sahaja buta, malah boleh membutakan lagi melumpuhkan mereka yang terkena panahannya. Kemabukan cinta ini menyulitkan kita untuk merasionalkan perbincangan. Perbahasan-perbahasan tentang do's and don'ts yang dikemukakan untuk keelokan jangka panjang cintanya, ditepis sambil pandangan melirik sebelah mata sahaja.

Oleh itu, saya ingin mengajak setiap pasangan yang masih 'sedar' sebelum dibius cinta, agar menjawab soalan-soalan berikut dengan jujur dan telus. Jangan tergesa-gesa menjawabnya, fikirkan satu persatu, sehari demi sehari, sebelum menabur janji menyulam kata, sebelum janji dimeterai, sebelum ikatan disahkan dan dihalalkan agama:

SOALAN PEREMPUAN KEPADA PASANGANNYA

Syukur Alhamdulillah, aku disahkan mengandung. Tetapi alahanku menyebabkan aku tidak mampu mencium baumu sayang. Mendekatimu sahaja sudah cukup mengundang loya. Entah berapa lama, mungkin sebulan dua, mungkin empat bulan atau lima. Ada kemungkinan bukan sahaja untuk kandungan kali pertama, malah yang depan-depan juga. Sabarkah engkau dengan kerenahku? Masihkah aku ini cintamu di kala itu?

©Adznor Photography
Semasa mengandung, aku tidak lalu makan, mulutku asyik mengeluh sakit sini sakit sana. Tidur sering tidak lena, aku ceria berubah jadi pemarah dan sering berduka. Bukan aku sengaja, tetapi segala yang kurasa di setiap inci tubuhku, menimbulkan resah dan tidak selesa. Sabarkah engkau dengan kelemahanku ini?

Semasa mengandung, upayaku untuk melayan keperluan batinmu tidak seperti biasa. Aku lemah, sering juga hambar tiada penariknya. Sehebat-hebat mujahadahku, diri ini amat terbatas dalam upaya berperanan sebagai isterimu. Masihkah aku buah hatimu?

Semasa kita mula berumah tangga, pasti hidup kita indah bagai di syurga. Tambah pula dengan kurniaan cahaya mata pertama. Namun, ketika cahaya mata bertambah bilang, kerjaya kita semakin berkembang. Pendapatan bertambah, tanggungan dan beban juga bertambah. Dalam suasana yang banyak tekanan dalam rumah tangga kita, apakah engkau masih mampu ceria? Sabar dengan kerenah anak-anak dan ibu mereka, terus tersenyum menawarkan bahagia?

Selepas beberapa tahun berumah tangga, aku belum merahimkan cahaya mata impian kita, saudara-mara dan teman memperlimu dan menuduh engkau bukan jantan. Sedangkan aku punca sepimu tanpa zuriat. Di kala engkau diasak keluarga dan teman, masihkah aku ada tempat di lubuk cintamu?

Jika aku ditakdirkan Allah diuji dengan barah payu dara, terpaksa mengorbankan salah satu atau kedua-duanya, kimoterapi meluruhkan rambutku yang pernah menjadi pujianmu, tubuh lemahku menumpang kasih dalam pelukanmu, berak kencingku di dalam kain batik yang pernah engkau hadiahkan kepadaku, masihkah engkau mencintaiku?

Aku sangat-sangat tertarik dengan persoalan-persoalan yang ditimbulkan dalam buku "Bercinta Sampai Ke Syurga" tulisan Ustaz Hasrizal Abdul Jalil ini. Aku sedang membaca buku ini sekarang, banyak ilmu serta info-info yang aku perolehi dan aku rasa aku perlu kongsikan kepada anda semua rakan-rakan bloggers. Terutamanya pasangan yang sedang hangat bercinta/bakal bercinta/belum bercinta, marilah kita sama-sama fikir-fikirkan dan renung-renungkan artikel di atas.

p/s: Nantikan selepas ini "Soalan Lelaki Kepada Pasangannya"

Credit to:-
Ustaz Hasrizal Abdul Jalil - Penulis buku "Bercinta Sampai ke Syurga"

10 comments:

ezy.fia said...

haa.. mmpu ke lelaki menjwb segala persoalan di atas?
hehekk..
xrmai yg betol2 tabah hadapi sume tu..

EB said...

@Cik Ezy
Tepuk dada tanya iman..
Tanya diri sendiri.. Aku tak blh jwp bgi pihak.. hehehe..

Insha'Allah dengan didikan serta ilmu yg berguna dan iman kukuh si lelaki pasti berjaya.

Persediaan itu kena ada.. Pengetahuan itu kena dalam sedalam²nya.. Tak tahu bukan alasan.. Tp belajar itu pilihan...

LoLypop said...

c luv tya c abi 2....=P

EB said...

@LoLypop
Waa surprise...
Cik Awek komen.. hahahaha... terharu.. sob.. sob...
Ini keajaiban.. Hehehe terima kasih syg.. hehehe...

Ok soalan ini.. Secara jujurnya abi perlu lebih banyak persediaan dalam pemantapan emosi, ekonomi dan segala2nya.. Masih bnyk yg kurang yang belum cukup tajam, belum cukup mantap, belum cukup kukuh.. Cinta dan syg Insha'Allah itu pasti pada masa kini..
Insha'Allah juga Allah memberkati dan memanjangkan cinta ke sebuah hubungan yg halal...
Abi berdoa dan terus berdoa agar diberikan kekuatan serta dipermudahkan Allah dalam menempuhi dugaan dan rintangan hidup ini.. Amin..

E'in said...

nice sharing/..

EB said...

@♥e'in♥
Ilmu ini indah dan sngt penting utk dkongsikn..
Thanks e'in.. lama x nmpk..

June Usri said...

june bukan hangat bcinta . . tapi hangit becinta . haha . sebab da basi :)

EB said...

@June Flizzow
Hahahaha basi x basi..
Cinta harus disemai selalu...
Klu dlm buku "Aku Terima Nikahnya"
Ustaz ckp satu perasaan yg slalu merosakkn cinta adalah.. JEMU..

Unknown said...

cuba minta kunun link web ustaz tu..huhu..sharing is caring ba kan..^_^

EB said...

@nong
Cuba baca smpi abis..
Ada tu di bawah sekali.. Ustaz Hasrizal Abdul Jalil nama dia...
Of cOz im caring.. hehehe..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...