سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm
Al-salāmu'alaykum WBT.
Minggu ini merupakan minggu yang agak sibuk buat kami berdua. Kami berdua tu aku dengan Cik Aweklah maksudnya. Hehehe.. Cik Awek sibuk dengan programnya disekolah, jadi pengadil pertandingan berceritalah, jadi pencatat minitlah, jurusolek budak-budak menarilah, guru pengiring ke pertandingan hokilah, dan ahli mesyuarat tingkap (Yang ni aku tambah supaya kau teruskan membaca. Haa kaulah yang baca entri aku sekarang ni. Pandang-pandang belakang konon). Aku pula macam biasalah, busy main futsal dan mengurat.
So malam semalam Cik Awek SMS minta aku telefon dia. Biasalah dah rindu. Kamikan PJJ, kaworang tu PJD.. Huu dengar lagu Korea boleh nangis ni. So perbualan kami lebih kurang macam ni lah. Abi, love rindu abi tahu.. Eh! Bukan, bukan macam tu. Cik Awek meluah pasal anak-anak muridnya yang bermacam-macam ragam dan perangai yang memeningkan kepala Cik Awek. Kemudian Cik Awek bercerita apa yang berlaku ketika sesi Pengajaran & Pembelajaran berlaku.
Ceritanya lebih kurang seperti ini;
Cik Awek sedang mengajar murid-muridnya bagaimana membina ayat berdasarkan gambar. Gambar itu lebih kurang seperti ini:-
"Murid-murid semua, hari ini kita akan belajar membina ayat melalui gambar." Terang Cik Awek kepada murid-muridnya.
"O000.. Maksudnya kita tengok gambar lepas tu kita buat ayatkah Cikgu?" Tanya salah seorang murid Cik awek.
"Ya betul. Contohnya gambar ini. Apa yang mereka sedang buat dalam gambar ni?" Sekali lagi Cik Awek bertanya.
"Gotong-royong Cikgu!" Jawapan anak muridnya serentak.
"Ya betul! Gotong-royong. Jadi ayat yang boleh dibina daripada gambar ini adalah seperti ini mereka sedang bergotong-royong membersihkan kawasan kampung." Terang Cik Awek dengan membaca ayat tersebut mengikut suku kata.
"Faham semua??" Cik Awek bertanya kepada anak muridnya penuh keraguan.
"Faham Cikgu!" Mereka menjawap yakin.
"Ok kalau semua dah faham, Cikgu nak kamu buat ayat berdasarkan gambar ini pula." Cik Awek melekatkan gambar ke-2 di papan hijau.
"Okay.. Ni gambar apa?" Cik Awek bertanya sambil tersenyum.
"Gambar Orang Utan Cikgu!!" Serentak dan tegas jawapan dari anak-anak muridnya.
"Ok betul Orang Utan. Comelkan Orang Utan ni. Hehehe. Okay sekarang ni, Cikgu nak kamu cuba buat satu ayat berdasarkan gambar Orang Utan ni. Lepas tu Cikgu akan tanya seorang demi seorang. Jadi ada sesiapa yang nak cuba dulu sebelum Cikgu panggil nama? Sila angkat tangan." Pinta Cik Awek tegas.
Ada 4 orang murid mengangkat tangan.
"Okay kamu Daniel. Sila buat ayat daripada gambar ini." kata Cik Awek.
"Ok Cikgu. Ayat saya macam ni.." Daniel mengambil nafas.
"Saya Orang Utan!" Daniel berkata dengan tegas tanpa keraguan dipenuh dengan keyakinan.
Seluruh kelas gegak gempita ketawa dengan ayat si Daniel. Termasuklah Cik Awek. Cik Awek kata lepas tu mereka satu kelas hanya mampu ketawa terbahak-bahak termasuklah si Daniel tu sekali. Cik Awek dah tak mampu nak mengajar selepas itu kerana terlalu penat ketawa.
Sedangkan aku yang mendengar cerita Cik Awek melalui telefon pun terbahak-bahak ketawa apatah lagi dia yang mendengar secara LIVE! ketika itu.. Hahahaha.... Lawak-lawak. "Saya Orang Utan!!" Hahahahaha...
Okaylah aku nak pegi Jusco Sri Kembangan luk. Daaa..
p/s: Ayat ni yang sebenarnya Si Daniel tu nak buat "Saya terlihat Orang Utan..". Tapi jadi "Saya Orang Utan!"..
p/s/s: Sorry kalau gambar kurang menyenangkan. Hahaha..
6 comments:
hahaha.aduhla jat yg baca ni pun da gelak.bestkan jd cikgu,layan perangai budak2 ni.
kalau Eb x cakap jat xperasan pn dia terkangkang cmtu.haha
@zati embong
Hahaha tau takpe.. mcm ragam bebdk sklh ni.. hehehe...
Hahahaha.. ni gmbr kontroversi ni....
hahaha...klu sy..tegulink2 sdh ketawa.....
@ayyu Hasmayyu
Hahaha lucu ba.. biasala budak baru tahun 2 kn.. hehehe..
hahaha...ei nda bulih tu sy jadi guru budak2,,,komfom ketawa jak kerja sy....
@ayyu Hasmayyu
Jd mau jd Cikgu sama org besar lai ni? Hahahaha.. gelagat bdk2.. ada lagi cerita pasal Cikgu kena urat siap kena bg surat cinta tau.. hahahaha..
Post a Comment