K A W A N

Monday, April 18, 2011

Selamat Ulang Tahun Abangku ~ Aminor Junaidi

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm


Al-salāmu'alaykum WBT.


Hari ini 18 hb April 2011 merupakan Ulang Tahun Kelahiran ke-26 tahun buat abangku, Mohd Aminor bin Junaidi. Jadi di kesempatan ini aku ingin menghadiahkan entri khas ini buat beliau. Aku tahu dia merupakan silent reader blog picisan aku ini. Silent reader pun tak kisahlah janji ada juga dia jenguk-jenguk dan baca. 

Abangku cuma setahun tua daripada aku. Kalau dilihat pada wajah kami kelihatan seusia tapi aku muda lagilah, awet mudalah katakan. Abang aku merupakan seorang yang sangat-sangat supportive. Aku suka berkongsi masalah, pendapat, gosip, info atau apa sahaja dengan abang aku. Abang aku adalah pen'download' tegar movie-movie dan juga lagu-lagu terkini. Dia adalah orang yang bertanggungjawab men'download' dan menyediakan movie-movie/drama-drama Korea buat aku. Hahahaha.. Cakap sahaja movie apa, lagu apa, pasti dah ada dalam hardisk beliau.

Abang aku sudah berumahtangga dan kini sedang menghitung hari, menunggu kelahiran anak kedua beliau yang Insha'Allah akan lahir pada bulan Mei. Yeah! Aku ada anak buah baru lagi. Oh ya kalau anak buah aku lahir pada bulan Mei makanya dia akan lahir ikut bulan kelahiran Umminya. Anak buahku yang pertama, Khadijah Az-Zahirah lahir pada bulan yang sama dengan Ayahnya iaitu pada April tanggal 28. Hehehe. Aku doakan semoga semuanya berjalan lancar. Amin.

©EB | Semoga kau cepat-cepat berhenti merokok!
Doa buat kekandaku;
"Ya Allah, Ya Tuhanku.. Di Hari Ulang Tahun Kelahiran Abangku ini, munculkan hari baru yang penuh keceriaan untuknya. Engkau muliakan dan sayangilah Abangku ini sepertimana dia menyayangi dan menjaga kami semasa kami masih kecil dahulu dan sehingga ke hari ini. Engkau berkatilah keluarga Abangku, engkau sihatkan tubuh badannya, engkau limpahkan rezekinya. Engkau jauhkanlah Abangku ini daripada sebarang fitnah dunia, penganiyaan dan penghinaan. Engkau suburkan benih keimanan dalam dirinya dengan penuh rasa kasih sayang serta taqwa untuk menjalani kehidupan ini dan rumahtangganya. Semoga rezekinya bertambah-tambah sempena menunggu kelahiran
anak kedua beliau. Insha'Allah.. Amin ya robbal alamin.."

©EB | Semoga rumahtangga kamu aman selalu dan berkekalan sehingga ke akhirat nanti.
Jagalah isterimu sebaik-baiknya. Aku sentiasa mendoakan yang terbaik buat kamu sekeluarga.
©EB | Semoga kau menjadi Ayah yang terbaik buat anak-anakmu. Insha'Allah.
©EB | Semoga Akak diberikan kesihatan yang berpanjangan dan dipermudahkan
segala-galanya sempena menunggu kelahiran anak yang ke-2 nanti. 

p/s: Abangku lahir pada 18 April manakala isterinya pula lahir pada 18 Mei. hehehe..

12 comments:

Noor FazLiena said...

epy besday abg EB..:)

EB said...

@Tulip Putih
Hehehe makasi Cik Tulip White...

khatycute said...

hepy bufday 2 abg ko eb,,, sok bday kkak khty plak,,hehee,,,

EB said...

@khatycute
Hehehe thanks Khaty..
Hehehe sambung² nmpknya...
Kim slm Assalamualaikum sama kakak Khaty ah...

Nini Hartini said...

ep birthday to abang Aminor dan isteri. semoga mendapat keberkatan dr Allah dan kebahagiaan hingga ke syurga.

buat kakak, semoga dipermudahkan urusannya ketika hendak bersalin nnt.

EB said...

@Nini Hartini
Hehehe makasi Akak Nini..
Insha'Allah.. Amin..

Ya! Semoga semuanya berjalan lancar.. Amin..

Little F's World said...

hey..i have follow you back..seriously semua gamba you tersangat la cantek..serious i terpikat gile :) well,happy besday to your brother k ;)

EB said...

@bloGGer sTory
Thanks awk..
Hehehehe.. gmbr biasa2 je...
Bgsla klu kmu suka.. Kmu suka sya pun happy..
Thanks kerna suka karya2 sya..
Thanks for the wishes too...

nyonya penang said...

semoga pnjg umur, dan sentiasa dalam redha-Nya..=)

EB said...

@nyonya penang
Insha'Allah..
Semoga kamu juga beroleh keberkatan itu..
Insha'Allah.. Thanks..

♥♥Cikngah♥♥ said...

hepi belated besday 2 ur brother.mudanya abang EB kawin.dh nk msk anak 2

EB said...

@♥♥Cikngah♥♥
Hehehe tau takpe..
Masih dOrg kawen ni xda DSLR lg..
Eb ambik gmbr dOrg kawen pki Compact Camera ja..
Ya kawen awal sbb xda alasan lain kakak ipar EB kena balik Sabah time tu..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...