K A W A N

Wednesday, April 6, 2011

Henna | Inai

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Ok memandangkan dah banyak respon dari rakan-rakan blogger mengenai inai @ henna ini maka saya juga ingin berkongsi pengetahuan mengenai inai @ henna ini kepada anda semua. Semua pandangan yang anda kongsikan tiada yang salah. Cuma saya ingin memantapkan lagi pengetahuan kita semua mengenai henna dan cara-cara penggunaannya yang betul.


Henna (Lawsonia Inermis) adalah sejenis tumbuhan berbunga yang digunakan sejak dari zaman dahulu untuk mewarnakan kulit, rambut dan kuku. Henna juga digunakan untuk membuat seni tatu sementara. Namun, terdapat juga henna tiruan yang bukan berasal daripada tumbuhan digunakan untuk mewarnakan rambut dan kulit seperti Black Henna.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Diriwayatkan dari Aishah bahawa seorang wanita mengisyaratkan di belakang tabir bahawa dia ingin menyampaikan surat kepada Baginda SAW. Lalu Baginda melihat tangan itu seraya Baginda bersabda: “Aku tidak tahu sama ada ini tangan lelaki atau perempuan.” Perempuan itu menjawab: “Aku adalah seorang wanita.” Baginda bersabda: “Sekiranya kamu seorang perempuan, berbezalah dengan memakai henna (inai) dijarimu.” (HR Abu Dawud).

p/s: Galakan Rasulullah SAW menyuruh kaum wanita untuk memakai inai pada tangan adalah untuk berbeza antara lelaki dan perempuan.


Dari Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah. Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. 

Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarangPemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.

p/s: Wanita diharuskan memakai inai pada tangan dan kaki mereka. Tetapi berwaspada sekiranya tujuan pemakaiannya adalah untuk seperti memakai wangian dengan tujuan tabarruj, maka ia adalah haram.

16 comments:

zati embong said...

betul kn ape jat tahu 2.hihi O.o

FirdausMalek said...

sokong dengan kenyataan anda...sy pun dh bc ttg fatwa berkenaan...

NisaAdnan said...

ohhh baru tau ni ^^
thanks yaaa ;))

si para para said...

maklumat yang bagus..

yang penting niat...

EB said...

@zati embong
Ya betul.. Hehehe.. EB sokong dgn hadith lg..

EB said...

@FirdausMalek
Makasi Daus..
Sya hnya myampaikan dan meneruskan..
Kkdng kita terlupa.. kerana kita terlupa akhirat..

EB said...

@NisaAdnan
Syukur kehadrat Ilahi..
Ambik tau k.. Hehehe...
Ilmu dkongsi x pernah rugi...

EB said...

@si para para
Hehehe sngt2 bagus..
Sbb smakin dilupakan..
Skrg ni trend lg dimartabatkan daripada agama sendiri..

Yupp nawaitu itu yg utama..

.::: Princess MOMOY :::. said...

boleh tapi bukan dengan menulis ayat2 suci Al-Quran
tak boleh masuk ke tandas!
Katak Puru boleh dimakan???"

cikdil said...

baruu nak majuk tapi terbaca entry nii..hehehe
actually Dil pun ada tau jgk skit2 pasal nii..^_^

EB said...

@.::: Princess MOMOY :::.
Tau xpe..
Tp lau bt bunga2 pastu bg tunjuk dgn kawan pn pastu ada btanding2 pun takut ada riak timbul disitu so better buat biasa2 ja.. inai d hujung jari suda..

EB said...

@cik Dil
EB geget lau meajuk..
Nak?

Bagus.. EB padatkn lg pegetahuan itu k..
Maafkn EB anda ada kata yg mguris hati Cik Dil EB.. hehehe..

cikdil said...

xde pape laa..cuma mase mula-mula baca entry yg kt bwh tuu, tsentap jugak..hhehe..tp cool je..xde pape..

EB said...

@cik Dil
Hehehe EB saje bg Dil sentap..
Baru blh geget lau merajuk.. hehehe..

EmmaAkma said...

kte pakai, tapi yg biase jer,bukan ade lakaran nye.pkai kt jari jer..
:)

EB said...

@norakmaMamat
Hehehe itu la sebaik2nya..
X slh pki.. Mmg blh pki.. Jgn mlebih2 singgah mnimbulkan fitnah suda... Smua tu berbalik kpd niat si pemakai kn.. hehehe..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...