K A W A N

Thursday, April 28, 2011

Cinta Yang Saya Agungkan


سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Sejak kebelakangan ini, ketika blogwalking, saya sering terserempak dengan cerita-cerita cinta dunia. Bukan nak memerli tapi kebanyakan entri yang saya baca sememangnya berkenaan cintan cintun. Saya membangkitkan isu ini bukan kerna saya menolak cinta. Itu adalah hak masing-masing, saya bukan orang yang layak untuk menghalang seseorang itu bercinta ataupun meluahkan perasaan cinta mereka, lagi-lagi di blog mereka sendiri. 

Ya! Saya juga bercinta. Tapi saya amat-amat takut untuk mengagung-agungkan kisah cinta saya sendiri. Bukan saya tidak percaya pada pasangan saya, dan bukan juga saya tidak percaya pada diri saya sendiri. Tapi saya lebih suka bersikap sederhana dalam bab ini. Sebab saya ada cinta lain yang lebih saya agungkan dalam bab cinta antara manusia. Cinta yang saya panggil "Cinta Tanpa Syarat".

Allah memberikan percikan sifat Rahman dan Rahim untuk makhluk-Nya mengasihi tanpa syarat, hanyalah pada naluri dan hati seorang ibu dan bapa kepada anaknya. Suami mengasihi isteri, sering mengharap balas. Isteri mengasihi suami, kerap juga ada sesuatu yang terselindung di sebaliknya. Apatah lagi jika hanya antara dua sahabat. Sukar untuk dipastikan tulus persahabatan mereka. Bolehkah seorang sahabat memaafkan sahabatnya tanpa syarat? Mungkin ada, tapi sering tiada.

Apa yang pasti, hanya ibu bapa sahaja yang mampu mengasihi anak-anaknya tanpa syarat. Sebab itulah anak-anak tidak mampu membalas kasih itu. Jika seorang anak jatuh sakit, ibu bapa sanggup berjaga malam dan berdoa agar si anak sembuh dan dipanjangkan umur. Namun apabila tiba giliran anak menjaga ibu bapanya, mereka mungkin terus menjaga, tetapi hati mudah berkata, “bilalah orang tua ini nak mati!”. Ya Allah, lindungilah aku dari menjadi anak seperti itu.

Ya Allah, ampunkanlah dosaku, ampunkan dosa ibu bapaku dan rahmatilah mereka dengan kasih sayang-Mu, sebagaimana mereka menyayangiku ketika diriku masih kecil”.


Adik-adikku, sahabat-sahabatku, janganlah terlalu diagungkan cinta antara dua insan ini. Sesungguhnya ianya tidak seindah seperti di telenovela, drama-drama, mahupun wayang-wayang yang anda tonton. Cinta itu bukan sepertimana fantasi anda, ianya sangat-sangat berbeza apabila ianya muncul di dunia realiti anda sendiri. Tapi jangan salah faham saya bukan menolak cinta tapi saya minta agar kita semua lebih berhati-hati dalam bercinta. Dan dahulukan cinta yang sepatutnya daripada cinta monyet ini.

p/s: Bagi sesiapa yang sedang bercinta ataupun ingin bercinta, aku syorkan kamu bacalah buku "Aku Terima Nikahnya" dan "Bercinta Sampai Ke Syurga" untuk lebih memahami apa itu cinta dan apa persediaan yang perlu sebelum kamu serius bercinta. Buku ini sangat-sangat bagus dan sangat-sangat membuka minda kita mengenai apa itu CINTA.

Credit to Ustaz Hasrizal Abdul Jalil - www.saifulislam.com

4 comments:

zati embong said...

kadang2 takut utk berlebih2.sbbnya yg jadi selalu yg buruk selepas itu.O.o

EB said...

@zati embong
Sebab bila da bg lebih..
Means da all out..
Jadi musuh yg datang selepas itu adalah JEMU!!
JEMU ni la musuh utama..

mOon EyEzS said...

setuju dgn kamu EB...pengalaman lepas2 buat mOon x excited nk bcerita sal cinta ni...bukan pe..kalo x jadi nnti malu je...

EB said...

@mOon jOhari
Better cerita psal parents kita drpd merekakn... Tu la pasal berpada-pada bcerita pasal org ni.. Terutama sekali pasal bf-gf ni takut jadi bongkak..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...