K A W A N

Wednesday, April 20, 2011

Akhirnya Aku Faham..

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Okay pernah tak anda melalui situasi sebegini ketika selesai membaca Tahiyat Akhir??


Ketika anda hendak mengakhiri solat dengan memberikan salam, pernah tak anda melihat seseorang memberikan salam dengan tangan dan mukanya ke kanannya dan ke kirinya dan mengucapkan: As-salamu ‘alaikum, As-salamu ‘alaikum, dan mengisyaratkan dengan tangan dan mukanya ke kanan dan ke kiri. Pernah?

Ya aku pernah, dan aku sangat-sangat pelik dengan perlakuan ini. Perbuatan ini aku perasaan semenjak aku masih di zaman sekolah menengah lagi. Kebiasaannya dilakukan oleh orang-orang yang agak berusia. Aku tertanya-tanya di dalam hati, adakah itu sunnah Nabi SAW? Adakah perbuatan itu diwajibkan dan boleh menambah pahala? Atau sekadar ditokok tambah agar solat itu menjadi lebih versetail dan bergaya? Aku binggung lantas aku mencari Dalil dan Sunnah Nabi SAW mengenai benda ini, agar aku tidak terus buntu.

So jawapannya adalah seperti ini:-

“Dari Jabir bin Samrah berkata:
Semasa kami solat bersama Rasulullah SAW, maka ketika baginda memberi salam, berkata salah seorang dari kami dengan tangannya ke kanannya dan ke kirinya dan mengucapkan: As-salamu ‘alaikum, as-salamu ‘alaikum, dan mengisyaratkan dengan tangannya ke kanan dan ke kiri.
“Maka Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda:
Apa terjadi kepada kamu, mengisyaratkan dengan tangan kamu, tak ubah seperti ekor kuda yang mabuk, tidakkah memadai atau sesungguhnya memadai seseorang kamu meletakkan tangannya di atas pehanya semasa memberi salam ke kanannya dan ke kirinya seraya mengucapkan: As-salamu ‘alaikum wa-rahmatullah, as-salamu ‘alaikum wa-rahmatullah”.  (Hadis Riwayat Muslim)

Adapun yang ditegah oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam pada hadis di atas ialah menggerakkan tangan kanannya ke kanan ketika menoleh ke kanan dan menggerakkan tangan kirinya ke kiri ketika menoleh ke kiri. Hal ini setelah dilihat oleh baginda, kemudian baginda bertanya yang berupa larangan:

“Mengapa kamu menggerakkan tangan kamu seperti gerakan ekor kuda yang lari terbirit-birit dikejar binatang buas? Apabila seseorang antara kamu mengucapkan salam, hendaklah ia berpaling kepada temannya dan tidak perlu menggerakkan tangannya. Maka ketika mereka solat bersama Rasulullah, mereka tidak melakukannya lagi”.

Pada riwayat yang lain baginda bersabda:

“Seseorang antara kamu cukup meletakkan tangannya di atas pahanya, kemudian ia mengucapkan salam dengan berpaling kepada saudaranya yang di sebelah kanan dan saudaranya yang di sebelah kiri”. (Hadis Riwayat Muslim, Abu ‘Awanah, Siraj, Ibnu Khuzaimah dan at-Thabrani)

Menggerakkan tangan ke kanan atau ke kiri sebagai tanda penutup atau selesainya solat telah ditegah oleh Rasulullah SAW sendiri. Melakukan pekerjaan tersebut adalah bid’ah, malah tidak ada hujjah yang sahih mengizinkan perbuatan tersebut. Perbuatan serupa itu adalah bertentangan dengan sunnah Rasulullah dan para sahabat. Maka ia wajib ditinggalkan. Jelas, ianya tiada ditunjukkan contohnya oleh Rasulullah.

Sumber: Al-Fikrah

p/s: Akhirnya aku faham....

8 comments:

Nini Hartini said...

ermm...yg dibuat waktu bila? tak faham..gerak tgn kanan ke kanan masa beri salam? ada eh?

EB said...

@Nini Hartini
Time lepas baca tahiyat akhirkan kita bagi salam kan kak.. Bila bg salam kan tngn just letak atas paha.. xya nak gerak² tp ada certain² org dia gerakkn tangan (seperti kita membuka tangan kita jika kita sembunyikan sesuatu dibawahnya..) dia buat serentak semasa memberikan salam..
Bila dia berpaling kekanan dan memberikan salam tangan tu pn ikut juga.. fhm x kak?

ejulz said...

gud info.. tq bro..

EB said...

@ejulz
Sharing is charing kn org bilang..
Bukan pa lama da berlaku benda ni so kalau kita x kongsikn dan melihat kawan kita buat bgtu tp kta x berani nak tegur sentiasala c kawan tu dlm ksilapan.. hehehe..

Nur Syalillah Kamrudin said...

yg gerak2 nk jari 2 kbykknnye dr mazhab lain rse nye..mazhab syafie' xyah..

Anonymous said...

org2 tua2 selalu buat kan? rupanya x leh buat...good info EB..

EB said...

@mojako_ila
Ya yg gerak2kn jari tu sunat..
Kazen EB da bgtau td.. Kazen EB Ustaz.. hehehe..

EB said...

@zOeY zAu YaH
A'aa org tua2 kebiasaannya yg EB nmpklah..
Yg muda2 ni jarang sbb satu jarang jemaah...
Hehehe..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...