K A W A N

Wednesday, April 27, 2011

Nasib Baik Tak Berdarah!

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Fuhh! Nasib baik tak berdarah. Apa yang nasib baik? Apa yang tak berdarah? Okay ni aku nak cite dengan korang pasal apa yang berlaku di hari Jummat lepas. Seperti yang korang semua tahu, hari Jumaat merupakan hari dimana tiada solat Zuhur bagi mereka yang berjantina lelaki, kerna pada hari Jumaat pada sesiapa yang berjantina lelaki akan sama-sama berjemaah di Masjid-masjid untuk menunaikan solat Jumaat secara berjemaah..


Masjid Putra, Putrajaya telah menjadi masjid tetap aku setiap kali Jumaat memandangkan jarak yang tak jauh untuk berjalan kaki ke masjid. Banyak pahala oo0o0.. Maka mendengar khutbah dan bersembahyang Jumaatlah aku disana. Selesai solat, kebetulan aku bawa kamera, so aku plan untuk snap beberapa keping gambar. Snap punya snap, kelihatan di penjuru Masjid Putra ni ada Program Derma Darah. Memandangkan aku dah cukup bulan untuk derma darah (cukup 3 bulan tak derma darah) maka tanpa berlengah aku menuju ke sana untuk meneruskan niat suci ku.


So mendermalah aku. Akukan penderma universal, jadi darah aku memang diperlukan. Hehehe. Ya aku berdarah O. Setelah dibius dan urat telah dikenalpasti, seraya itu jarum besar di cucuk ke lengan kiri ku dan aku pam selaju mungkin. Sedang sedap aku mempam darah ku keluar tiba-tiba ada objek jatuh tepat ke dadaku. "Aduh!" perkataan itu terkeluar dari mulutku. "Siapalah yang buat dajal dengan aku ni??" Hatiku berkata tak tenteram.


Rupa-rupanya ada skru yang terjatuh dari atas siling. Boleh tahan besar juga skrunya. Tapi syukur Alhamdulillah skru tu tak jatuh tepat ke kepalaku, kalau tak? Aku yang sedang menderma darah terpaksa meminta kembali darah yang aku dermakan. Huhuhu.. Nasib baik tak berdarah! Hehehe...

p/s: Aku memang suka menderma darah. Untuk rekod peribadi, aku sudah menderma darah sebanyak 11 kali. Hehehe.. Korang suka tak derma darah??

10 comments:

FirdausMalek said...

suka jgak tp jrg berkesempatan....

cikdil said...

heehe..cian en eb kite..hehe^^

ABA said...

tak pernah derma darah lagi pun. mcm takot ja :p

*sebab ittew orang kurang darah*
=,=

syaza hamid said...

best tak derma darah?haritu nak derma tapi tak cukup umur..tapi sekarang dah cukup..haha

EB said...

@FirdausMalek
Tu la pasal.. Lau dulu time stdy ingat lg kmi pganjur kmi juga yg dulu derma darah.. Pastu ada lg stdnt pmpuan tu x pernah derma darah so dia try2.. Last2 dia pengsan sbb awal sngt dia bgn n x rest dulu..

EB said...

@cik Dil
Sian kn.. Tu la Cik Dil x syg En.EB

EB said...

@Aisyah Ali
Try la.. Best tau..
Sbb blh generate darah baru.. hehehe..
Dlm masa yg sama dpt beramal..
Dpt bantu org lain..

EB said...

@aku
Best lau x best EB x smpi 11 kali nak mderma nya ha..
Try la baru tau best x best.. Tp xda rasa apa pn.. hehehe.. yg PNTING niat...

Hahaha.. bgs2 da ckup umur..

mOon EyEzS said...

owh ingtkan EB periOd x bley p sOlat jumaat...
derma darah..mOon baru buat entri ni...hehehe
EB kementerian pe? xlama lagi kementerian mOon akn pindah putrajaya...yeayyyy

EB said...

@mOon jOhari
Hahahaha gila!

Yupp eb derma darah la..
Eb pening skrg nak mgingat mana eb letak eb pnya buku merah... Haa skali eb mnaip ni baru eb ingat.. Dlm fail rupanya. hahaha..

Oh Eb MOF (Ministry of Female) hahaha Finance la.. hehehe.. tukang bg gaji..
Oh yeke? Nnti lau da pindah jgn lupa habaq noh..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...