K A W A N

Thursday, April 7, 2011

Sekolah Ku Tak Seindah Sekolah Mu

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Mungkin pada masa ini anda sudah berjaya memiliki segulung Ijazah, Master dan tidak mustahil Ph.D. Tapi adakah anda bersetuju sekiranya saya mengatakan bahawa tanpa sebuah sekolah harian mahupun sekolah berasrama penuh, anda tidak akan memiliki kejayaan seperti sekarang ini. Tanpa insan yang bergelar Guru/Cikgu anda pasti tidak akan memiliki kejayaan seperti sekarang ini. Setuju?

Kriteria sekolah seperti besar, luas, cantik, dibina daripada batu bata, lengkap dengan kemudahan & kelengkapan, bertingkat-tingkat, kantin yang luas, pelajar yang ramai, cikgu-cikgu yang mencukupi dan bermacam-macam lagi kriteria yang indah-indah adalah pilihan utama seseorang dalam memilih sekolah. Betul? 

Tapi jika sekolah ini tidak memenuhi kesemua kriteria yang anda inginkan. Adakah anda masih sanggup bersekolah di sekolah sedemikian? Sanggupkah anda bersekolah di sekolah yang rupanya saling tak tumpah seperti "Kandang Ayam"? Sanggupkah anda bersekolah di sekolah yang bangunannya terpaksa dikongsikan bersama dengan pelajar-pelajar dari sekolah rendah? Pernahkah anda bersekolah di sekolah yang dibawahnya ada anak sungai? Yang strukturnya Wallahualam!

Insha-Allah setelah selesai saya melakukan sedikit editing dan touch up pada gambar yang ingin saya kongsikan nanti. Saya akan ceritakan lebih lanjut mengenai pahit dan manis mengenai sekolah saya SMK Pekan Telipok (SMKPT). Sungguh banyak yang ingin saya luahkan. Rasa keperitan ini bukan sahaja dialami oleh saya pada 20 tahun yang lalu namun ianya berlanjutan sehingga ke hari ini. Sudah berabad lamanya. Tapi inilah kebenaran dan realitinya.


p/s: Nantikan luahan saya yang sudah dipendam selama 20 tahun lamanya...

12 comments:

storyfromme said...

hu3.tak sabar nak tahu luahan terpendam 20 tahun tu :)

::p0t pEt iLa:: said...

wah luahan apakah itu???

EB said...

@storyfromme
Huuu tu la pasal.. Sedih tau.. Sabar noh kena olah ayat secantik mungkin dulu.. Gmbr pn x siap edit lg..

EB said...

@::p0t pEt iLa::
Tunggu ye.. Luahan pasal ketidakadilan.. Dan rasa sedih...

erinn kechiik said...

apakah yg telah anda pendam tu En. EB.. wah sabah bah. salam kenal..

EB said...

@erinn kechiik
Hehehe sabar yg.. suatu yg serius untuk dkongsi..
Ya sbah ba..
Hehehhe.. Salam kenal kenal..

.::: Princess MOMOY :::. said...

tempat jatuh lagi dikenang EB
inikan pula tempat kena rotan. hoho..
Katak Puru boleh dimakan???"

Sasa Al-Sharif said...

aku pun sekolah kampung ja dulu. tp aku bangga dgn sekolah aku :)

EB said...

@.::: Princess MOMOY :::.
Tmpt kena rotan..
Tempat kena penampar kiri dan kanan tngan serentak..
Tmpt btumbuk tmpt bkapel.. tmpt bljr mgayat sklh tu la jd saksi..

EB said...

@Sasa Al-Sharif
Samala kita.. Biarpn aku sklah mcm kandang ayam tp kmi bukan ayam.. sini la smua jaguh2 dtg..
Nntikn full entri pasal sklh ni..

zati embong said...

jat tunggu..

hihi

EB said...

@zati embong
EB tau Ejat mesti tngu pnya.. hehehe..
Syg Jat!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...