سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīmAl-salāmu'alaykum WBT.
Selamat hari Jumaat kalian. Baru sahaja selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Putra, Putrajaya. Khutbah Jumaat hari ini bertajuk "Kepimpinan Taklif Bukannya Tasrif (Kemuliaan)" Insha'Allah akan saya kupas di entri selepas ini. Entri kali ini adalah sambungan kepada entri "Sebelum Dibius Cinta! | Soalan Perempuan Kepada Pasangannya" yang lepas.
Sekali lagi suka saya mengingatkan entri ini adalah untuk mengajak pasangan yang sedang mabuk cinta, belangkas yang sedang bertelinga tuli daripada nasihat-nasihat di sekitar mereka, supaya dapat duduk sejenak dan berusaha untuk menjawab soalan-soalan realiti yang saya senaraikan ini.
SOALAN LELAKI KEPADA PASANGANNYA
Photo credit to Bdak Itam |
Keceriaanku mungkin pudar oleh tekanan kerja dan kehidupan. Aku cenderung untuk diam dan senyumanku mungkin kurang manis dan indahnya. Diri ini yang pada masa ini suka bergurau senda, ketika pulang dengan kerut dahi, kurang sense of homour, dan hanya bercakap benda-benda besar yang serius. Sabarkah engkau dengan perubahanku ini nanti? Masih kuatkah cintamu kepadaku?
Tekanan hidup mungkin menyebabkan perananku sebagai suami kepadamu terjejas. Upayaku untuk memberi nafkah batin kepadamu terganggu dan untuk menyuarakannya kepadamu aku terasa malu. Masalah mati pucuk yang sering menimpa lelaki yang tertekan dengan pekerjaan dan kehidupan menggugat kepuasan dirimu sebagai isteriku. Sabarkah engkau dengan keadaan itu, dan apa rancanganmu untuk kita menempuh saat-saat itu? Terjejaskah cinta kita di hatimu?
Andai kerjayaku dirempuh badai dan surut seketika, kewanganku dan keluarga kita jauh dari mencapai sempurna keperluan. Keluarga dan teman mencemuhmu kerana 'menanggung' aku sebagai seorang suami yang dilabel dayus. Aku akan berusaha agar ia hanya seketika, namun sabarkah engkau menempuhnya? Masihkah aku kekasih hatimu?
Aku menjadi seorang lelaki yang menjemukan. Aku mengharapkan dirimu sebagai insan yang akan membantu menceriakan aku, namun sabarkah engkau dengan diriku dan mampukah cinta kita di hatimu terus membenih bahagia?
Jika kerjayaku berkembang di luar jangkaan kita, engkau terpaksa berkongsi diriku dengan massa, dan aku terpaksa selalu ke sini sana untuk bekerja, sabarkah engkau dengan suasana itu, dan adakah aku masih cinta hatimu?
Jika aku disalahkan doktor tidak mampu memberikan kita zuriat, rumah tangga kita sunyi tanpa cahaya mata, apakah engkau masih sudi menemaniku dalam bahtera rumah tangga kita?
Sekiranya rumah tangga kita teruji apabila aku ditimpa kemalangan atau strok yang melumpuhkan pergerakan fizikal serta upayaku sebagai suami, kencing berakku yang bertubuh berat ini di dalam kain pelekat yang pernah engkau hadiahkan kepadaku, apakah ia menggugat cinta kita dan mampukah engkau terus hidup di sisiku yang hanya suamimu dengan status suami tanpa mampu melaksanakan banyak tanggungjawabku sebagai suami?
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Seorang suami dan seorang isteri, akan berusaha dan berdoa agar tidak teruji dengan situasi sedemikian rupa. Memohon kepada Allah agar tidak dibebabkan dengan ujian di luar upaya diri.
"... Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya."
(Al-Baqarah: 286)
p/s: Renung-renungkan.....
8 comments:
INFO YG BERGUNA UTK DIKONGSI BERSAMA...
wah tq suka baca n3 ni dan kebetulan kite br je kgsikan satu n3 ttg poligami hurmmmm....
@azzey
Sangat² berguna..
Kongsi²kanlah..
@||aLeaSaRa||
Alhamdulillah kamu suka...
X ramai yg suka info² mcm ni.. Gosip lebih disukai drpd ilmu seperti ni.. Bak kat Ustaz Hasrizal dipandang enteng dan ditepis dengan jelingan mata kiri sahaja...
enchek EB...entry ni sngt mengusik jiwa...
@nyonya penang
Mmg sengaja mgusik jiwa...
EB juga pnya misi tersirat dgn adanya entri ini sbnrnya..
EB syorkn bacala buku
"Aku Terima Nikahnya"
"Bercinta Sampai Ke Syurga"
betullah kan..saya suka sangat kalau sentuh bab rumahtangga.bukan sbb gatal x tentu hala tp untuk ilmu gak kan.saya pun sdg merancang ke arah itu walaupun tempohnye mgkin sgt panjang...jd saya suka nak tahu mengenai rumahtangga nih.seorang isteri merangkap teman pada pasangan mmg perlu berdoa dijauhkan dari dugaan yg tak mampu ditanggung oleh kita.doa kan blh mengubah sesuatu takdir juga..insyaallah.
@zOeY zAu YaH
Betul Zoey...
Cinta sahaja x cukup..
Smua persediaan kena dperlengkapkan, diperkukuhkan.. Ilmu rumahtangga mmg amat2 perlu.. Perlu dmantapkn sebaik mgkn.. tu la pasal napa ada buku rumahtangga diselitkn disebalik buku2 ilmiah..
Apa pun Zoey.. Sikap ambik tahu tu mmg bagus.. Tp ambik tahu dr sudut yg baik bukan dengar org mgumpat.. hehehehe.. Ya bnyk2kn berdoa k..
Post a Comment