K A W A N

Friday, April 8, 2011

Bilalah Sekolah 'Kandang Ayam' Ku Akan Bertukar Konkrit???

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan Telipok (SMKPT) adalah sebuah sekolah menengah harian yang terletak di daerah Tuaran, Sabah. Ia telah dibuka secara tidak rasmi pada 1 Disember 1989. Sekolah terhasil ekoran satu projek kilat oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sabah bagi menampung pelajar yang berlebihan di daerah Tuaran. Pada awal penubuhannya, sekolah ini tidak mempunyai kemudahan asas seperti air, elektrik dan sistem jalan raya yang sempurna. Pada waktu itu, ia hanya memiliki tiga buah kelas dengan bilangan pelajar seramai 86 orang, 6 orang guru dan 2 orang kerani.

Kini, SMKPT mempunyai 15 bilik darjah yang serba kekurangan yang dikongsi sessi pagi dan petang membentuk 24 buah kelas. SMKPT mempunyai 950 orang pelajar, 56 orang guru dan 5 orang kerani. Terdiri daripada dua blok bangunan kayu yang kini dikhuatiri akan faktor keselamatannya. TIDAK mempunyai padang, TIDAK mempunyai makmal sains apa lagi makmal komputer. SMKPT ketinggalan jauh 20 tahun ke belakang dari segi insfraktruktur tetapi pencapaian SPM dan PMR tetap memberi saingan hebat sekolah-sekolah di seluruh Sabah.


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *


Untuk membuktikan kedaifan sekolah terchenta ku ini kepada semua, gambar-gambar dari pihak PIBG SMKPT ini saya kongsikan kepada semua. Entri ini bukan untuk meriuh rendahkan keadaan tapi untuk membuka mata semua pihak terhadap permasalahan yang telah timbul sejak berabad lamanya. Mungkin rakan bloggers yang berada di semenanjung tidak pernah bersekolah di sekolah seperti ini. Tapi saya PERNAH! Inilah realiti! 

Saya bersekolah di sekolah ini daripada Tingkatan 1 sehinggalah ke Tingkatan 5. Walaupun sekolah kami sering menjadi bahan ejekan kepada rakan-rakan dari sekolah konkrit yang berdekatan yang mengatakan sekolah kami serupa "Kandang Ayam". Namun kedaifan ini tidak pernah menjatuhkan semangat dan prestasi pelajar-pelajar yang pernah bersekolah di sini. Ini terbukti dengan rekod cemerlang yang dicapai dalam pendidikan dan kokurikulum di sekolah ini.


Bangunan yang terpaksa dikongsi dengan sekolah rendah. 
Dingin kerana ada anak sungai di bawah sekolah, 
tetapi bahaya kerana strukturnya lemah.
Anak sungai di bawah bangunan sekolah. Ini ngeri bukan rekreasi!
Sempadan sekolah dengan kampung tanpa pagar.
SMKPT (kanan) SKPT (kiri)
Unik tetapi benar. Terdapat jalan raya yang membahagikan kawasan sekolah.
Kawasan ini juga merupakan tempat latihan kawad kaki pelajar yang 
mampu mengharumkan nama sekolah menggondol Johan perbarisan MSSD 2011.
Jalan raya ini merupakan laluan utama penduduk kampung ke kawasan bandar. 
Keselamatan pelajar amat dititik beratkan, namun apa yang mampu dilakukan 
setiap ruang perlu digunakan dengan baik..
Bahaya mengundang!!
Pintu masuk kantin hanya sedepa daripada jalan raya.


Inilah rupa bentuk dan fizikal kedaifan sekolah terchenta saya. Banyak lagi gambar yang ingin saya kongsikan. Insha'Allah saya kongsikan dalam entri yang seterusnya. Untuk kali ini cukup dengan 5 keping gambar ini dahulu. Semoga semua rakan bloggers mendapat sedikit gambaran terhadap apa yang saya kecewakan selama ini. Jangan risau anda akan lebih memahami kekecewaan saya dalam entri-entri yang seterusnya. Stay tuned!


p/s: Ini bukan cerita rekaan semata-mata.. Ini adalah cerita yang benar-benar belaka.. 

p/s/s: Haa yang lelaki jom pergi Masjid.. Jom.. Jumpa anda disana. Tajuk Khutbah hari ini "Amalan Bersedekah Membawa Berkat".. (Nanti saya cite.. okay..)

12 comments:

ayyu Hasmayyu said...

EB,wah..sekolah yang unik..d ranau pun ada juga sekolah yang masih tahap bukan konkrit...masih bnyak sebenarnya kan sekolah2 terbiar.

EB said...

@ayyu Hasmayyu
Ya Ayyu..
A'aa tp yg dranau syukur cantik lg.. Mmg la yg dpedalaman jgn ckp la.. Tp masalahnya ni sekolah bukan di pedalaman pn.. Btul2 dtngh2 sempadan KK dan Tuaran.. Lau ko balik Ranau mesti ko limpas sini..

Sedih ba betahun suda ni mcm ni.. Hmm...

♥NiniHartini♥ said...

ish...ish..bahaya nye siap ada sungai bwh tu? ni mmg sgt bahaya. tgh pn mcm semakin nk runtuh je. Apa pun moga dijauhkan dr sbrg musibah.

tp belajar kelas papan, mst sejuk kan? kelas konkrit panas.

MiSs F.A said...

even skolah mcm tu tapi still menghasilkan student2 yg pandai n dah berjaya mcm EB.. =P

EB said...

@♥NiniHartini♥
A'aa kak mmg bhya..
Klu musim hujan lebat sklh ni kekdang kena banjir jg.. Dulu masa stdy dkt poli pena dtg sini bt bakti siswa bersihkan kelas² dOrg ni..

A'aa sejuk mmg sejuk.. Nnti akak tngk lg gmbr lepas ni mmg x dinafikan kedamaian angin yg bertiup memasuki kelas.. tngu ek..

Utk rekod eb sklh rndh sklh konkrit.. Sklh menangah eb sklh papan.. Down grade...

EB said...

@MiSs F.A
Itu mmg x dinafikan.. EB mgkn antara produk² yg berjaya dari sekolah lg.. Tapi ada ramai lg.. Yg lebih bjaya drpd EB.. yg menjadi akauntan.. Jd Cikgu.. Engineer.. Mcm² lg..

Itu mmg x dnafikan EB mmg bangga...

zati embong said...

huhu,xpe Eb,walaupun daif tapi smngat belajar yg penting, O.o

Ayie said...

kat johor pun, sekolah masih ada yang beralaskan papan, beratapkan genting..

EB said...

@zati embong
Betul tu Jat..
Itu mmg terbukti dgn usaha guru-guru yg tidak henti myemarakkan semangat belajar di kalangan murid2.. Mmg x nafikan usaha guru2 ini mmg berbaloi2.. Walaupun serba kekurangan..

EB said...

@Ayie
Tu la pasal kan Ayie..
Kita lg 9 tahun nak ke wawasan 2020..
Tp asyik video seks.. Propaganda politik yg mjadi perhatian..
Sekolah2 yg mcm ni la yg perlu diberikan perhatian seseriusnya..

cik rama-rama said...

sy dlu 6 thun duduk sbah..mmg byk sekolah yg terbiar..tp bile kerajaan buat sekolah bru..mmg mcm istana lar sek kt sana..superb...cume x byk lg kot..

EB said...

@cik rama-rama
Tapi tu la sekolah ni still mcm tu walau da 20thn lamanya.. Ntahlah.. Sedih tau..
Tu smua sklh2 yg dbndr2 besar.. yg dkt2 kwsn2 tumpuan.. tu la mcm tu sklhnya..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...